Manusia puisi,
Tiada siapa tahu sebenarnya yang berdialog di fikirannya
Sedang penanya terherot-herot menulis huruf-huruf kecil dan halus
Manusia puisi,
Duduknya jauh dari pinggiran kota kebisingan
Dia rimas dengan hiruk pikuk dan propaganda harian
Manusia puisi,
Rambutnya hitam tersisir rapi
Sebatang pensil kayu terselit antara telinga dan kepala
Di tangannya sebuah catatan dan nyanyian hatinya
Manusia puisi,
Dia sukar untuk bersahabat dengan orang asing
Dia lebih selesa mengekalkan sahabat yang tersedia ada
Yang mengenali senyum manis dan tawarnya, oh manusia puisi!
Dialah manusia puisi yang mengira tapak langkahnya bila berjalan
Pabila dia memikirkan sesuatu yang rumit, langit dan awan menjadi kanvas imaginasinya
Oh manusia puisi!
Diamnya tanda dia berbicara
Bicaranya tanda dia berfikir
Berfikirnya tanda dia berdiam
note : jenuh nak taip puisi!
30 Disember, 2011
26 November, 2011
You are my dream, sayang!
Daaanngg!!! Ayu menendang pintu rumah teres 2 tingkat yang memang sentiasa tidak berkunci itu, dengan sekuat hati. Walaupun dia tahu pintu itu boleh dibuka dengan mudah tapi dia lebih selesa bertindak dengan menendangnya.
"Razak, mana Razak?" Soal Ayu dengan sedikit terpekik. Dua tiga pasang mata yang memerhatikannya agak terkejut dengan tingkah Ayu itu, dari mula dia masuk rumah dengan cara begitu, langsung tidak memberi salam, apatah lagi meminta izin untuk masuk. "Aku tanya Razak mana?" Pekik Ayu lagi apabila masing-masing tidak memberikan sebarang respon positif kepada Ayu.
Masing-masing kelu seribu bahasa untuk memberi jawapan terbaik kepada Ayu. Lalu, Ayu bergegas menuju ke tangga rumah itu dan terus menuju ke ruang di tingkat atas. Sampai di tingkat atas, Ayu terhenti seketika. Ada 3 buah bilik di situ. Ayu berfikir-fikir sendirian, yang mana satu bilik Razak sebenarnya.
Belum sempat Ayu bertindak, salah satu pintu terbuka dan menampakkan wajah Razak yang agak terkejut dengan kehadiran Ayu. Dia bangun dan keluar dari bilik itu pun kerana mendengar seperti ada huru-hara di ruang tamu bawah.
"Sayang, you..." Belum sempat Razak menyambung bicaranya, Ayu menolak Razak dari muka pintu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik Razak.
Hatinya jadi remuk. Maka, betullah apa yang dilaporkan oleh seorang hamba Allah yang tidak dikenalinya menerusi panggilan telefon sewaktu dia bangun untuk menunaikan solat Subuh. Gugurnya jantungnya melihat seorang wanita tidak dikenali sedang lena diulit mimpi di atas katil Razak, dan hanya dibaluti selimut, mungkin tiada seurat benang yang menyaluti wanita itu.
22 November, 2011
1001 Duka, 1001 Pertanyaan, 1001 Bahagia & 1001 Persoalan....
12.31 PM
Aku melihat jam di tangan. Lapar betul hari ni. Bosan sungguh memulakan kerja di hari Isnin. Monday Madness! Duduk di kaunter perpustakaan berseorangan sambil menunggu kehadiran pengunjung yang keluar masuk singgah ke kaunter hari ni.
12.35 PM
Terlihat kelibat seorang makcik yang rasanya seusia emak aku. Mungkin 50 tahun ke atas. Tak terdetik pula di hati nak bertanya lebih lanjut. Dia kemudian datang menghampiri kaunter sambil melemparkan sebuah senyuman, persis senyuman emak aku. Aku membalasnya dgn reaksi mata bertanya, "Boleh saya bantu, makcik?" (reaksi mata sahaja) kerana tiba-tiba lidah aku kelu untuk memulakan berbicara.
"Makcik nak mintak tandatangan untuk anak makcik menarik diri dari belajar.", kata makcik itu sambil mengunjurkan sehelai kertas yang biasa aku lihat. Ya, borang untuk menarik diri/berhenti dari sesi pengajian. Aku meneliti borang itu dan meminta makcik itu untuk mendapatkan tempat duduk di hadapan kaunter sementara aku menyiapkan tugas seperti yang biasa dilakukan.
Aku meneliti borang itu sambil tanganku menaip beberapa maklumat penting mengenai pelajar yang ingin menarik diri tersebut.
Sila tandakan ( X ) sebab untuk menarik diri :
( ) Tidak minat bidang pengajian
( ) Bertukar kolej
( ) Mendapat pekerjaan
( X ) Masalah peribadi
( ) Lain-lain. Sila nyatakan ______________________________________
Sesekali aku mengerling kelibat makcik yang duduk di hadapan kaunter, fikirannya menerawang jauh sehingga dia tidak perasan yang aku sedang memerhatikan tingkahnya. Aku kembali menaip sesuatu. Lalu, aku mencapai Buku Rekod Pelajar Menarik Diri.
"Maaf makcik, saya nak minta tandatangan makcik di sini." Sambil menghulurkan sebatang pen kepadanya. "Ok. Itu sahaja, makcik. Terima kasih." Aku memulangkan semula borang yang diserahkan kepada aku sebentar tadi. Makcik itu menyambut sambil menguntumkan sebuah senyuman yang penuh bermakna. Senyuman manis yang melindungi 1001 duka di dalamnya.
12.45 PM
Makcik itu berlalu pergi setelah membalas terima kasih aku dengan 1001 pertanyaan. Selalunya, dengan girang hati seseorang pelajar menarik diri atas sebab ( X ) Bertukar Kolej. Dan, kebiasaanya mereka akan datang sendiri untuk menguruskan hal menarik diri dari sesi pengajian. Pasti aku bertanya, "Dapat sambung belajar kat mana, dik?" Dengan girang mereka menjawab "University of Manchester, under KPM. Bulan depan kena pergi Biro Tatanegara. Then, the next month terus fly ke sana, InsyaAllah. Belajar 3 tahun kat sana", panjang sekali jawapan yang diberikan sebelum soalan lanjut diajukan. Mereka menguntum senyum yang meluahkan 1001 bahagia. Rasanya kalau mereka duduk lebih lama lagi di hadapan kaunter perpustakaan ini, pasti mereka akan bercerita tentang keterujaan yang dialami dengan lebih mendalam. Ya, aku tahu perasaan itu walaupun tidak pernah mengalaminya.
Tapi, makcik itu benar-benar membuat aku rasa sebu. Perasaan sebu kerana aku tidak sempat bertanyakan itu ini. Tapi, rasanya kami tidak digalakkan untuk bertanya tentang masalah peribadi seseorang, walaupun sekadar untuk berbasa-basi. Cukuplah sekadar menyenangkan makcik itu dengan memudahkan segala urusan, dari bertanya itu ini, kelak akan menambahkan lagi 'masalah peribadi' makcik itu.
Tapi...
Kenapa makcik itu datang bersendirian menguruskan hal anaknya? Jikalau anaknya sakit sekalipun, pihak universiti faham akan masalah yang dihadapi. Mereka akan membenarkan pelajar berkenaan menangguhkan semester dari menamatkan terus sesi pengajian.
Kenapa makcik itu merenung jauh seperti memikirkan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal dan imaginasi aku?
Kenapa kenapa kenapa?
12.59 PM
Aku disapa dari hadapan kaunter oleh rakan sekerjaku, "Jauh termenung!" Bergegar dunia aku sekejap.
Aku membalas kata-kata itu dengan senyuman, senyuman yang cuba merungkaikan 1001 persoalan.
"Nak pergi makan tak?" Tanya rakanku lagi.
Aku melihat jam di tangan. Dah waktu rehat nampaknya. Lama juga aku mentafsir itu dan ini sehingga hilang dalam dunia aku sendiri.
"Cepatlah, nanti lauk habis. Lapar ni!" Sedikit pekik rakanku di dalam perpustakaan yang serba sunyi ini, apabila aku hanya membatukan diri merenung jam di tangan. Mungkin dia lapar sangat barangkali, tambahan pula melihat responku yang seperti acuh tidak acuh.
Aku bangkit meninggalkan kaunter perpustakaan dengan harapan agar segala persoalan yang bermain di benak akan menemui jawapannya kelak.
note : boleh anda dengar saya batuk dari jauh?

03 November, 2011
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432H
Assalamualaikum wbt..
Hari Raya Aidil Adha bakal tiba tak lama lagi. Mengikut pengumuman oleh pemegang mohor besar Raja-Raja tempoh hari, maka dengan ini diisytiharkan Raya Haji jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011. Alhamdulillah...sekali lagi diberi peluang kita bernafas untuk menyambut Raya Haji yang bakal tiba 3 hari dari sekarang..insyaAllah kalau dipanjangkan umur dalam tempoh itu.
Macamner persiapan Raya Haji kawan2 tahun ni? Meriah tak? Apa-apa pun, bersederhana dalam segalanya tu lebih elok dari berlebih-lebihan.
Apabila ketibaan Raya Haji semakin hampir, hati ini menjadi sayu dan hiba. Mengenangkan sesuatu yang sudah pergi selama-lamanya dari kehidupan ini. Kerana, pada sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun lepas merupakan kali terakhir aku bertemu dengan arwah ayahku, yang telah pergi buat selama-lamanya pada 8 Disember 2010, bersamaan 2 Muharram 1432H.
Tidak siapa menduga takdir yang telah tertulis untuk keluarga kami, memandangkan kepergian ayah secara mengejut. Raya Haji itu, adalah yang terakhir aku bersalaman dan memohon keampunan darinya, siapa mampu menduga itulah keampunan terakhir yang aku pinta darinya sendiri.
Kemudian, aku harus meninggalkan kampung halaman untuk pulang semula bekerja beberapa hari selepas itu. Itu juga merupakan kali terakhir aku bersalam dengan arwah ayah untuk meminta izin pulang ke daerah tempat pekerjaan aku. Aku masih ingat lagi detik itu. Ayah tidak seperti selalu, kerana ayah tidak mencium dahiku seperti kebiasaannya. Tapi, aku tidak berlengah lagi untuk meneruskan perjalanan yang jauh pulang ke tempat aku bekerja. Melalui cermin pandang belakang kereta ku, ku lihat kelibat ayah dan ibu mengiringi aku dengan sorotan mata yang sayu. Puas aku menahan deraian airmata dari tumpah, tapi tewas juga. Aku tidak tahu kenapa begitu sebak untuk meninggalkan mereka. Jikalau aku dapat membaca tadkir, akan aku kekal tidak berganjak ke mana-mana dari rumah untuk menjaga arwah ayah di saat akhir kehidupannya.
Selang 3 minggu selepas itu, seawal selepas sehari menyambut Awal Muharram seorang diri di rumah sewa. Aku mendapat panggilan yang tidak disangka-sangka dari ibu saudara ku mengatakan ayah ditahan di ICU kerana kesukaran untuk bernafas. Aku jadi buntu. Tapi, ibu berpesan yang ayah dalam keadaan stabil. Ya, waktu itu aku diminta pulang tapi tidak dengan kadar segera. Ibu berpesan yang ayah okey-okey sahaja. Aku menarik nafas lega kerana tiada apa-apa yang mungkin berlaku ke atas ayahku, kerana ayah tidak pernah dimasukkan ke ICU selama ini. Walaupun ayah mempunyai beberapa sakit seperti darah tinggi, tapi ia masih belum mencapai tahap kronik sehingga diminta tinggal di hospital.
Selepas waktu bekerja, aku pun bergegas pulang ke kampung halaman, yang mengambil masa 4 jam. Kereta yang aku pandu sudah tidak mengenal erti "SpeedTrap". Keinginan aku hanya untuk tiba di hospital itu secepat mungkin. Sambil itu, aku tidak putus2 ber'SMS' dengan sepupuku yang sudah berada di sana. Katanya, "Abang kau pesan jangan bawak laju2. Ayah kau stabil. Mak kau pun ok ni"
Mendapat SMS itu membuat hati menjadi tenang. Ya, ayah memang stabil waktu tu, doktor pun melaporkan perkara yang sama kepada seluruh ahli keluarga kami.
10.45 malam, 8 Disember 2010. Sedetik aku tiba di perkarangan hospital, aku menjadi kaget melihat ibuku meraung tidak tentu hala duduk di atas "wheelchair". Ya, ibu ku sudah 2,3 kali pengsan sepanjang ayah dimasukkan ke hospital seawal pagi tadi.
"Doktor baru call, panggil korang ke atas sebab ayah dah kritikal." Bisikan kata-kata dari bapa saudaraku membuat aku lemah di bahagian lutut, hampir-hampir aku jatuh terduduk tapi sempat dipapah oleh bapa saudaraku sendiri.
Setiba di wad ICU itu, ku lihat ayah sudah tidak bermaya, berkerumun jururawat dan doktor membantu merawat ayah. Abangku, dan ibuku tidak putus-putus membisikkan kalimah syahadah di telinga ayah. Ku lihat airmata ayah mengalir tapi ayah masih tidak sedarkan diri. Kaku!
11.25 malam, 8 Disember 2010. Aku berdiri jauh dari katil ayah. Aku lihat doktor berkata sesuatu kepada abang dan ibuku di sana. Aku tidak pasti bait kata-katanya, tapi jelas ku lihat gelengan kepala doktor itu. Aku jatuh terduduk. Dunia aku seperti sudah tidak berpaksi lagi dengan graviti bumi.
Aku seperti tidak mahu mengalah, kenapa terlalu awal ayah pergi sedangkan itu baru hari pertama ayah dimasukkan ke hospital. Kenapa doktor di hospital ini tidak mampu merawat ayah, sekurang-kurangnya ayah mampu bertahan hidup 2,3 hari lagi untuk bertemu dengan aku buat kali terakhir. Sekurang-kurangnya aku mampu menjaga ayah di hari-hari terakhir dalam hidupnya. DOKTOR NI SEMUA TAK BUAT KERJA KEEE!!!!!
12.30 pagi, 9 Disember 2010. Sejam aku jadi manusia yang tidak menentu, berdialog sendirian di hujung bangku hospital di aras itu. Terima kasih kepada sepupuku, kerana memegang bahuku dan berkata, "Sudah sampai ajalnya, sayang. Doktor terhebat dalam dunia ni pun tidak akan mampu memperlahankan waktu ajal seseorang itu."
Tumpah juga airmata yang ku cuba tahan sedari tadi...
Raya Aidil Adha pada tahun ini, akan mengingatkan aku pada arwah ayah yang tidak pernah putus kasih dan sayang kepada anak-anaknya walau senakal, sejahat mana pun seorang anak itu.
"Terima kasih abah, kerana bersusah payah bergegas dari pejabat untuk menjemput saya pulang dari sekolah sepanjang 2 tahun dan tidak pernah mengeluh." Kalaulah abah mampu mendengar ayat yang tidak terucap dari aku ini di sepanjang hayatnya....

note : semoga dipermudahkan urusan perjalanan menaiki bas pada hari esok. amin =)
25 Oktober, 2011
Twilight Breaking Dawn Part1 ditayangkan pada 24/11/11
Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

And all along I believed that I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
One step closer
One step closer
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
note : "twilight breaking dawn part 1" reminds me of SCYL
10 Oktober, 2011
Jiran yang baik vs Jiran yang kurang baik
Assalamulaikum wbt...
Menemui follower blog aku yang dikasihi sekalian. Rasa macam dah berkulapuk sungguh blog ini kerana penulisnyabusy semenjak kebelakangan ini. Hari tu, aku busy beraya. Sekarang ni, busy selepas raya. Maklumlah..sibuk pikir pasal Bajet 2012. Alhamdulillah, rezki masing-masing. Mana yang dapat, jangan nak mintak lebih dari itu. Mana yang tak dapat, jangan merungut.
Okeylah. Taknak cerita pasal Bajet 2012 pun. Terlalu banyak dah rasanye blogger2 lain dah update pasal benda ni. Ada yang memuji, tak kurang juga yang mengutuk. Biaselah...bukan senang nak jadi pemimpin nak puaskan hati semua orang.
Hari ni kita tinggalkan cerita-cerita bajet 2012 2013 2014, tarikh sebenar PRU13, video skandal seks, liwat sana liwat sini dan lain-lain yang sememangnya takde dalam blog ni. Langsung tak ada!!!
Hari ni rasa macam nak bercerita mengenai JIRAN!
Ya, jiran.
Bagi aku, definisi jiran adalah yang 1 rumah disebelah kiri dan 1 rumah di sebelah kanan rumah aku.
Maaf ya, tapi itu bukan definisi sebenar jiran. Jiran adalah penduduk-penduduk seisi rumah, 40 buah rumah di kiri, 40 buah rumah di kanan, 40 buah rumah di hadapan, 40 buah rumah ke belakang.
Total rumah jiran kita : 40 + 40 + 40 + 40 = 160
Total sebuah rumah mungkin puratanya 5 orang
Total jiran-jiran kita : 160 buah rumah x 5 orang = 800orang
Menemui follower blog aku yang dikasihi sekalian. Rasa macam dah berkulapuk sungguh blog ini kerana penulisnya
Okeylah. Taknak cerita pasal Bajet 2012 pun. Terlalu banyak dah rasanye blogger2 lain dah update pasal benda ni. Ada yang memuji, tak kurang juga yang mengutuk. Biaselah...bukan senang nak jadi pemimpin nak puaskan hati semua orang.
Hari ni kita tinggalkan cerita-cerita bajet 2012 2013 2014, tarikh sebenar PRU13, video skandal seks, liwat sana liwat sini dan lain-lain yang sememangnya takde dalam blog ni. Langsung tak ada!!!
Hari ni rasa macam nak bercerita mengenai JIRAN!
Ya, jiran.
Bagi aku, definisi jiran adalah yang 1 rumah disebelah kiri dan 1 rumah di sebelah kanan rumah aku.
Maaf ya, tapi itu bukan definisi sebenar jiran. Jiran adalah penduduk-penduduk seisi rumah, 40 buah rumah di kiri, 40 buah rumah di kanan, 40 buah rumah di hadapan, 40 buah rumah ke belakang.
Total rumah jiran kita : 40 + 40 + 40 + 40 = 160
Total sebuah rumah mungkin puratanya 5 orang
Total jiran-jiran kita : 160 buah rumah x 5 orang = 800orang
13 September, 2011
facebook dan aku
Hai kawan-kawan!!! I'm back. Rasa macam dah lama bebeno tak update blog. Sampai dah berhabuk dah blog ni. Biasalah busy beraya. Takkan tengah-tengah kacau dodol nak taip blog kan??!!! Kang ada jatuh laptop lalu tejelus dalam dodol. Dah dodol resepi ibunda tercinta jadi 'dodol motherboard recipe' pulak yeee....!!!!
Hari yang sangat busy sejak kebelakangan ni, asyik cari idea yang sesuai nak update tajuk apa. Tapi, ilham dah datang dah. Mari bercerita pasal Facebook & Aku!
Haaaa......!!!! Apa tu Facebook?
Facebook tu laman sosial laaa...
Haaaa.....laman sosial pun tak tahu...????
Laman sosial tuuu....tempat kita bersosial dalam lamanlah...haaa...jangan salah anggap ya, jangan ada nak double meaning sangat.
Kalau tak tahu apa tu Facebook, pergi google taip je FACEBOOK.
Haaaaa..!!!!!!!! Google tu apa?????
Daaannggggggg......!!!!!!!!!

23 Ogos, 2011
Persiapan Raya!!!
Waaahhhh...suka betul kalau orang google Persiapan Raya, tiba-tiba termasuk kat blog Jalan Yang Jauh ni. Alang-alang dah masuk kat blog aku ni, baik korang abiskan baca satu entry ni. Mana tahu ada yang berfaedah dan boleh diambil sebagai pedoman.
Tajuk entry pada hari ini adalah Persiapan Raya. Haaa....Persiapan Raya Yang Patut dan Persiapan Yang Memang Tak Patut.
Yang Patut
Beli baju raya baru, adalah menjadi sunah Rasulullah SAW mengenai persiapan memakai pakaian serba baru di hari raya. Tapi, berpadalah mengikut kemampuan.
Yang Memang Tak Patut
Baju diaaaa...bukan raya pertama je. Kadang-kadang tempah sampai 30 pasang untuk 30 hari dalam bulan Syawal tu. Kalah artis wooo...sabo sabo. Tu dah kategori membazir ya kawan-kawan. Ni especially ditujukan untuk golongan perempuanlah kan. Kalau ada duit lebih sikit, bolehlah beli maksimum 5 pasanglah. Janganlah beli macam nak borong satu kedai Jakel tu ya! Beringat sikit.
Yang Patut
Hiaslah rumah. Lap-lap kipas kat siling yang dahseinci habuknya tu. Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih sebab kita tak tahu dalam masa 30 hari ni, bila-bila je muncul lah sedara-mara, jiran tetangga, rakan taulan dan geng-geng bas sekolah yang kerja collect duit raya tu.
Yang Memang Tak Patut
Beli sofa baru, tv LCD 42" baru, karpet baru, meja makan baru, rak kasut baru, meja kopi baru, rak dapur baru, alas kaki pun baru. Sekali pandang dah macam kedai perabot pun ada. Lagi satu penyakit perabot ni dia macam penyakit berjangkit sebenarnya, ia berjangkit bila tengok jiran sebelah pakai perabot baru. Dapat pulak jiran tu kata "Semuanya percuma tanpa bayaran sehingga 2012". Alahaiiiii.....
Yang Patut
Kuih raya. Ni memang kategori wajib ada lah ye. Kalau takde kuih raya tu, rasa macam pelik je. Tak kisahlah kuih buatan tangan sendiri ke, buatan tangan orang lain, atau kuih tunjuk pakai tangan pun boleh jugak. Seronok betul dapat makan kuih raya di hari raya!
Yang Memang Tak Patut
Persiapan MERCUN RAYA! Ni memang kategori wajib ada jugak di hari raya. Wajib masuk surat khabar sebab hilang jari. Lebih baik beli kuih raya pelbagai jenis dari korang bakar duit ni..tak gitu kawan-kawan?
Yang Patut
Pecahkan duit raya siap-siap. Ikutlah kemampuan masing-masing. Duit raya ni dah jadi amalan tapi sebenarnya ini bukan hanya amalan kosong sebab ini sebenarnya sunnah Rasulullah SAW untuk memberi sedekah lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.
Yang Memang Tak Patut
Sibuk sangat pikir hal duit raya nak bagi kat orang, tapi zakat korang lupa nak bayar. Dah sampai orang sembahyang raya baru teringat tak bayar zakat lagi. Parah ni!
Yang Patut
Disebabkan nak balik beraya kat kampung, siap-siaplah servis kereta. Cek angin tayar, cek minyak hitam, cek air, cek sidemirror, cek lampu. Senang kata semua pun pasal kereta dipastikan dalam keadaan baik untuk selamat sampai ke kampung halaman.
Yang Memang Tak Patut
Memandu dalam keadaan mengantuk atau memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan untuk sampai ke kampung halaman. Hati-hati ya! Biar lambat asal selamat. Tambahan lagi, OPS SIKAP 24 dah pun bermula mulai semalam (kalau tak silap). Sekarang polis 'shoot' dengan gambar-gambar sekali. Maka, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhilah undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. INGATLAH ORANG TERSAYANG!
Rasanya setakat ini saja perkongsian ilmu kita pada hari ini. Persiapan yang lain tu korang fikirlah sendiri..rasanya tak awal sangat untuk aku mengucapkan....
Tajuk entry pada hari ini adalah Persiapan Raya. Haaa....Persiapan Raya Yang Patut dan Persiapan Yang Memang Tak Patut.
Yang Patut
Beli baju raya baru, adalah menjadi sunah Rasulullah SAW mengenai persiapan memakai pakaian serba baru di hari raya. Tapi, berpadalah mengikut kemampuan.
Yang Memang Tak Patut
Baju diaaaa...bukan raya pertama je. Kadang-kadang tempah sampai 30 pasang untuk 30 hari dalam bulan Syawal tu. Kalah artis wooo...sabo sabo. Tu dah kategori membazir ya kawan-kawan. Ni especially ditujukan untuk golongan perempuanlah kan. Kalau ada duit lebih sikit, bolehlah beli maksimum 5 pasanglah. Janganlah beli macam nak borong satu kedai Jakel tu ya! Beringat sikit.
Yang Patut
Hiaslah rumah. Lap-lap kipas kat siling yang dah
Yang Memang Tak Patut
Beli sofa baru, tv LCD 42" baru, karpet baru, meja makan baru, rak kasut baru, meja kopi baru, rak dapur baru, alas kaki pun baru. Sekali pandang dah macam kedai perabot pun ada. Lagi satu penyakit perabot ni dia macam penyakit berjangkit sebenarnya, ia berjangkit bila tengok jiran sebelah pakai perabot baru. Dapat pulak jiran tu kata "Semuanya percuma tanpa bayaran sehingga 2012". Alahaiiiii.....
Yang Patut
Kuih raya. Ni memang kategori wajib ada lah ye. Kalau takde kuih raya tu, rasa macam pelik je. Tak kisahlah kuih buatan tangan sendiri ke, buatan tangan orang lain, atau kuih tunjuk pakai tangan pun boleh jugak. Seronok betul dapat makan kuih raya di hari raya!
Yang Memang Tak Patut
Persiapan MERCUN RAYA! Ni memang kategori wajib ada jugak di hari raya. Wajib masuk surat khabar sebab hilang jari. Lebih baik beli kuih raya pelbagai jenis dari korang bakar duit ni..tak gitu kawan-kawan?
Yang Patut
Pecahkan duit raya siap-siap. Ikutlah kemampuan masing-masing. Duit raya ni dah jadi amalan tapi sebenarnya ini bukan hanya amalan kosong sebab ini sebenarnya sunnah Rasulullah SAW untuk memberi sedekah lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.
Yang Memang Tak Patut
Sibuk sangat pikir hal duit raya nak bagi kat orang, tapi zakat korang lupa nak bayar. Dah sampai orang sembahyang raya baru teringat tak bayar zakat lagi. Parah ni!
Yang Patut
Disebabkan nak balik beraya kat kampung, siap-siaplah servis kereta. Cek angin tayar, cek minyak hitam, cek air, cek sidemirror, cek lampu. Senang kata semua pun pasal kereta dipastikan dalam keadaan baik untuk selamat sampai ke kampung halaman.
Yang Memang Tak Patut
Memandu dalam keadaan mengantuk atau memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan untuk sampai ke kampung halaman. Hati-hati ya! Biar lambat asal selamat. Tambahan lagi, OPS SIKAP 24 dah pun bermula mulai semalam (kalau tak silap). Sekarang polis 'shoot' dengan gambar-gambar sekali. Maka, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhilah undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. INGATLAH ORANG TERSAYANG!
Rasanya setakat ini saja perkongsian ilmu kita pada hari ini. Persiapan yang lain tu korang fikirlah sendiri..rasanya tak awal sangat untuk aku mengucapkan....
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
note : nak rak kasut IKEA ke?
19 Ogos, 2011
Mencari Lailatul Qadar
Di suatu malam yang dingin selepas waktu berbuka puasa, duduk 2 orang sahabat menghadap bintang di langit..
Si A : Hey babe, aku nak tanya soalan sikit lah.
Si B : Tanyalah.
Si A : Malam Lailatul Qadar tu apa erk?
Si B : Malam Lailatul Qadar tuuu...malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Kenapa kau tanya?
Si A : Oh! Tanya je. Sebab hari tu aku dengar orang cerita-cerita pasal kelebihan Lailatul Qadar.
Si B : Apa yang orang cerita? Cerita lah kat aku jugak.
Si A : Orang kata malam tu pintu-pintu syurga terbuka, doa kita akan termakbul, kalau kita beribadah malam tu, pahala kita akan digandakan macam kita beribadat 1000 bulan.
Si B : Oh!
Diam sekejap...
Si A : Babe, nak tanya lagi boleh?
Si B : Tanyalah.
Si A : Bila malam Lailatul Qadar tu?
Si B : Malam tu adalah 1 malam di antara 10 malam-malam terakhir dalam bulan Ramadhan.
Si A : Ohhh...tapi...
Si B : Tapi apa?
Si A : Tapi bila 1 malam antara 10 tu?
Si B : Entah. Tu rahsia Allah.
Si A : Kenapa Allah rahsiakan pulak? Itu kan perkara baik.
Si B : Kalau Allah bagitahu, nanti orang-orang malas beribadah macam kita ni akan beribadah bersungguh-sungguh untuk malam tu saja. Lepas tu, 1000 bulan kita tak buat ibadah kat DIA lagi.
Si A : Oh!
Diam lagi...
Si A : Babe, macammana nak cari malam Lailatul Qadar tu?
Si B : ......(diam)
Si A : Babe, kau dengar tak soalan aku ni?
Si B : Soalan kau ni susah sangat la aku nak jawab.
Si A : Oh!
Si B : Selalunya 10 malam-malam terakhir ni lah kita kena lebihkan ibadah kita sebab mesti dalam 10 malam tu, ada 1 malam Lailatul Qadar. So, kita tak missed la malam tu. Tambahan lagi, orang dulu-dulu selalu cakap, kalau malam tu malam Lailatul Qadar, pagi esoknya mesti mendung redup macam nak hujan. Rasa tenang je pagi tu.
Si A : Oh!
Si B : Emak aku pernah cerita dulu, kalau tengok malam Lailatul Qadar ni, semua pokok-pokok, tumbuhan seolah-olah sujud ke arab kiblat. Itu cerita emak aku lah.
Si A : Oh!
Si B : Kau ni asyik Oh! je dari tadi.
Si A : Heheheee...banyak jugak benda kau tahu, tapi kau tak pernah cerita kat aku pun.
Si B : Dah engkau tak tanya.
Tenang sekejap...
Si A : Babe, agak-agak kan.....agak-agak lah kan.....
Si B : Agak-agak apa?
Si A : Agak-agak...orang macam kita ni boleh 'jumpa' malam Lailatul Qadar tu tak?
Si B : ........(diam)
Si A : Babe, soalan ni pun susah jugak ke?
Si B : Susah.
Si A : OK!
Senyap lama sikit.....
Si A : Boleh ke kita 'jumpa' malam tu, babe?
Si B : Entah. Tu pun rahsia Allah.
Si A : Tapi....
Si B : Kenalah betul-betul mendapatkan rahmatNya.
Si A : Oh!
Senyap lagi...
Si A : Jom!
Si B : Mana?
Si A : Nak dapat malam Lailatul Qadar tu, takkan nak duduk tengok bintang je.
Si B : Ya tak ya jugak...
Si A : Kau imam lah.
Si B : Yolah. Kalau kau jadi imam, panjang sangat surah kau baca nanti.
Si A : Jangan perli aku sangat, babe.
Sekian...
note : semoga................... =)

16 Ogos, 2011
Bila Allah Menduga Kita part 3
Surat ini dituliskan oleh aku kepada Aliza sendiri. Semoga menjadi iktibar dan tauladan kepada rakan-rakan pembaca entry ini juga.
12 Ogos, 2011
Kisah Raya yang tak berapa nak sadis!
Assalamualaikum pembaca-pembaca budiman sekalian tak kira jauh dan dekat (mcm ramai sangat nak baca blog aku). As usual, aku akan cakap yang aku tak perlukan follower yang ramai sampai boleh jadi blogger terkaya, aku cuma memerlukan follower yang SETIA..hehee..
Sempena Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi..hahaha..walaupun hari ni baru 12 Ramadhan, aku nak cerita tentang kisah raya yang tak berapa nak sadis sangat dari kisah raya yang sebelum ni. Mungkin ada yang ingat entry aku sebelum2 ni. Malas nak link dah. Pandai2 korang la carik ye.
Selalunya saudara mara, sepupu sepapat aku akan berkumpul di kampung kami di satu kawasan di Johor. Memang seronok sangat, tak perlulah nak explain macammaner seronoknya beraya di kampung. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, masing2 dengan keletah masing-masing lah.
Kisah yang tragis yang bakal aku ceritakan ini berlaku pada hari raya kedua tahun 2007. Ya, setahun selepas kejadian hari raya yang sadis dalam entry sebelum ni.

08 Ogos, 2011
Ramadhan Tanpa Ayah
Kehadapan ayah yang berada nun jauh di sana,
Surat ini dituliskan dari seorang anakmu yang kini sudah semakin dewasa. Takdir Allah telah menjemput ayah tepat pada waktunya. Tapi, sedarkah ayah, takdir itu sebenarnya terlalu awal untuk anakmu ini menerimanya. Untuk menerima dengan hati yang redha.
Ramadhan ini yang pertama tanpa ayah. Syawal yang menjelang juga yang pertama tanpamu. Kekesalan atau rindu jenis apakah yang menghimpit ruang-ruang hatiku ini.
Ayah,
Anakmu ini yang berhati batu, degil dan mungkin yang derhaka pada hayatmu, tahukah ayah yang aku menangis di dalam Ramadhan mengharapkan diberikan kekuatan hati dan memohon untuk bertemu ayah. Entah beban apa yang menggunung di hati ini tatkala mengingatkan masa silam kita.
Ayah,
Aku masih ingat puasamu tahun lepas, bukan hanya diuji dengan lapar dan dahaga. Tapi, kau masih tabah memaafkan kesilapanku yang kelmarin. Kata-katamu masih berlegar di ruang minda aku, "mungkin raya ini yang terakhir buat ayah." Aku saja yang mendengar kata-katamu itu, ayah, saat kau ucapkannya dengan genangan airmata. Dan, hari ini kau buktikan kata-kata kau sangat benar belaka.
Ayah,
Ramadhan ini, aku pinta sekali sahaja pada Tuhanku, "Izinkanlah ayah untuk kejutkan aku bersahur, dalam sedar dan tidak. Amin, Ya Allah"..Semoga dengan keadaan ini, aku tahu ayah masih menjaga aku, dan tidak pernah putus menghadiahkan kasihmu padaku walaupun hayatmu sudah tiada. Seperti juga Ramadhan sebelum ini, waktu kau mengejutkan aku bersahur dan mengingatkan aku, pentingnya untuk bersahur walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Ayah,
Ibu, abang dan adik juga sebenarnya sangat merinduimu. Aku mahu kau tahu perkara itu. Benar sunyi Ramadhan tanpamu, yang aku baru tahu kebenaran itu sejak aku kehilanganmu.
Ayah,
Terima kasih kerana menunggu aku pulang, dahulu. Terima kasih kerana mengizinkan aku berbakti walaupun hanya dihujungnya.
Yang benar,
Anakmu....
note : "kita tak tahu rahsia Allah.." thanks sahabat =)

02 Ogos, 2011
Kabus Kota di Kuala Lumpur!
Kabus kota di Kuala Lumpur
Maghribnya, masih riuh di jalanan
Remaja belasan tahun mencari kedamaian kebebasan
Lebih bebas dan megah dari merak kayangan
Kabus kota di Kuala Lumpur
Punca rezeki sang pengemis, kadang tidak berkaki
Manakan mampu berjalan sejauh ini?
Kabus kota di Kuala Lumpur
Kemajuan dikecapi jadi pembunuh halus umat manusia
Berlegar menikmati makna permodenan
Kabus kota di Kuala Lumpur
Bukit Bintang ~ syurga si pelancong asing
Menogak apa sahaja tanpa rasa malu pada negara berdaulat ini
Oh, itu dia bangsaku sibuk berpesta
Hilang sudah warna dan rupa bangsaku
Kabus kota di Kuala Lumpur
Ia berdebu dan menyesakkan!

28 Julai, 2011
Tanda-Tanda Awal Si Dia Berubah Hati
Hari ni nak kongsi beberapa ciri-ciri yg dapat anda kenalpasti melalui perlakuan pasangan anda yg sudah tidak menyayangi anda lagi. Kalau terasa mcm ada ciri-ciri di bawah pada pasangan anda, lebih baik berjaga-jaga dan memulakan persediaan mental & fizikal sekiranya anda & pasangan berpisah kelak :
Time si dia sayang kat anda : Apabila anda menceritakan sesuatu perkara, si dia sangat ingin tahu sehingga bermacam-macam soalan akan ditanya. Detail sungguh dia nak tahu. Cerita nak pergi toilet pun dia tanya kenapa nak kena pergi toilet? Hahahaha...ini contoh saja.
Time si dia dah tak sayang : "You niee...I penatlah hari-hari dengar cerita you pasal budak-budak office you. Esok-esok jelah cerita lagi." Lagi satu kena notice, mata si dia tidak lagi memandang wajah anda. Si dia lebih berminat memandang kucing yg sedang melintas jalan, atau mamak yg mengambil order makan di kedai makan.
Time si dia sayang kat anda : Ada saja waktu lapang lepas kerja/kuliah untuk dihabiskan dengan anda. Kadang-kadang anda tertanya-tanya yang dia ni tak lepak dengan kawan-kawan dia lagi ke?
Time si dia dah tak sayang : "Minggu ni I banyak dateline lah kat office. Kena overtime. Hujung minggu ni I teman emak I pergi kenduri kahwin. Tengoklah next week kalau I free, kita keluar, tapi tak janji tau."

12 Julai, 2011
Kenapa mesti ada Diari?
Topik hari ini adalah DIARI. Apakah itu DIARI atau dlm bahasa omputehnya dieja dgn DIARY tp sebutannya sama je. Korang pernah ada diari tak? Ada orang yg tulis diari masa kecik2 dulu, ada jugak yg masih ada diari smpai dah dewasa pun. Ada jugak dah tua-tua pun masih ada diari. Diari yg dimaksudkan di sini adalah diari yg berbentuk peribadi, bukan diari harian kerja-kerja pejabat yang padat dgn jadual kerja (kalau padat sgt laaa...)
Kalau zaman dulu, diari tu kebiasaannya ditulis dalam buku-buku note. Nak cantik sikit..bajet lebih sikit lah beli buku yg depan colour-colour gmbar Snow White ke. Nak secure sikit, diari tu mesti nak ada mangga, siap ada kunci dengan kata laluan pelbagai. Taknak kasik orang bacalah katakan. Diari zaman sekarang, tak payah buku note sgt sebab orang dah pakai notebook dah. Agak-agaknya zaman Hang Tuah dulu, diorang tulis diari kat mana? Urrmmm...diorang ada diari ke?

06 Julai, 2011
Kota Keriangan!
Entry kali ni nak menceritakan pengalaman ke2 aku pergi Genting Highland..hihiii..kpd yg belum pernah pergi Genting tu..jgn jealous. Nanti aku bawak pergi sana ya kalau duit kita banyak.
Baik aku start cerita dari mula. Pergi Genting ni tak rancang awal pun, sebab sebenarnya nak pergi bercuti kat pulau lah konon. Tapi, disebabkan bajet 2011 yg tak berapa nak bajet sangat tu telah menjadikan percutian ke pulau ditukar ke Genting Highland saja. Jimat kos katanya.
Maka, pagi-pagi tu berangkat lah ke Genting bersama-sama adik dan abang aku pada jam 8.00 pagi. 3 orang pun havoc jugak nak pergi sana. Start dari pagi berebut bilik air, sampai masuk kereta pulak, aku & adik aku berebut nak duduk depan. Semua pun berebut. Sampai nak salam mak aku pun berebut lagi.
Kebetulan pagi tu hujan sgt lebat di sekitar Selangor. Jalan jam. Tapi, kitorang tiba juga di Stesen Kereta Kabel Skyway kt Genting tu jam 10.30 pagi. Hujan memang lebat. Sejuknya cecah kat tulang rawan aku sikit. Walaupun ni adalah kali ke2 aku jejakkan kaki kt Genting, tapi ini merupakan kali pertama aku naik kereta kabel ni. Sebab 1st time aku pergi sana pada tahun 2009, bendaklah ni semua tgh under construction.
Kalau diberi peluang lagi sekali naik benda ni, aku rela jalan kaki sampai atas. Memang taklah aku nk naik kereta kabel ni lagi. Tapi, pagi tu disebabkan hujan yg sgt lebat, kabus pun tebal je. So pemandangan sekitar gunung-ganang, gaung-maung, lurah dendam tak kelihatan sgt pada pagi itu. Tapi, aku dpt rasakan tekanan udara kt telinga aku ni memang tinggi betol nak sampai Genting Highland dgn kereta kabel ni. Rasa dekat 20 minit perjalanan nak sampai atas tu, dapat pulak adik beradik aku yg kuat menyakat aku yg gayat tapi ala-ala cover macho ni, aku rasa mcm separuh nyawa aku menahan debaran yg menusuk-nusuk di segenap ruang kereta kabel tu. Time-time tulah adik & abang aku nk bergambar kat tepi-tepi gaung. Time tu jugaklah diorang nak tolak aku kat pintu kabel.Nak buat-buat pengsan pun ada jugak masa tu.
Baik aku start cerita dari mula. Pergi Genting ni tak rancang awal pun, sebab sebenarnya nak pergi bercuti kat pulau lah konon. Tapi, disebabkan bajet 2011
Maka, pagi-pagi tu berangkat lah ke Genting bersama-sama adik dan abang aku pada jam 8.00 pagi. 3 orang pun havoc jugak nak pergi sana. Start dari pagi berebut bilik air, sampai masuk kereta pulak, aku & adik aku berebut nak duduk depan. Semua pun berebut. Sampai nak salam mak aku pun berebut lagi.
Kebetulan pagi tu hujan sgt lebat di sekitar Selangor. Jalan jam. Tapi, kitorang tiba juga di Stesen Kereta Kabel Skyway kt Genting tu jam 10.30 pagi. Hujan memang lebat. Sejuknya cecah kat tulang rawan aku sikit. Walaupun ni adalah kali ke2 aku jejakkan kaki kt Genting, tapi ini merupakan kali pertama aku naik kereta kabel ni. Sebab 1st time aku pergi sana pada tahun 2009, bendaklah ni semua tgh under construction.
Kalau diberi peluang lagi sekali naik benda ni, aku rela jalan kaki sampai atas. Memang taklah aku nk naik kereta kabel ni lagi. Tapi, pagi tu disebabkan hujan yg sgt lebat, kabus pun tebal je. So pemandangan sekitar gunung-ganang, gaung-maung, lurah dendam tak kelihatan sgt pada pagi itu. Tapi, aku dpt rasakan tekanan udara kt telinga aku ni memang tinggi betol nak sampai Genting Highland dgn kereta kabel ni. Rasa dekat 20 minit perjalanan nak sampai atas tu, dapat pulak adik beradik aku yg kuat menyakat aku yg gayat tapi ala-ala cover macho ni, aku rasa mcm separuh nyawa aku menahan debaran yg menusuk-nusuk di segenap ruang kereta kabel tu. Time-time tulah adik & abang aku nk bergambar kat tepi-tepi gaung. Time tu jugaklah diorang nak tolak aku kat pintu kabel.
01 Julai, 2011
Edisi Khas : Sponge Bob Square Pants
Assalamualaikum wbt,
Mood hari ni tiba terkenang kat Spongebob Squarepants! Kisah kartun kesayangan aku! Biarlah hari ni rasa mcm budak-budak tak matang. Dah korang pun baca blog aku, maka baca jelah sampai habis. Sebab tadi terbaca kat Mastika sikit info pasal kartun ni. Baru aku tahu umur Spongebob dah 24 tahun. Aku tengok Spongebob tu mcm budak-budak je, lagi-lagi kalau dia boleh layan kepala si Patrick yg tingtong tu. Patrick tu merupakan spesies tapak sulaiman sebenarnya. Kalau korang bukan peminat siri kartun Spongebob ni, baik jgn sambung baca post ni, nanti muntah hijau sebab aku cerita psl Spongebob mcm syok sendiri. Lantaklah! Aku bukan tulis kat blog korang pun..huhu...
Sambung balik ~ Spongebob ni seorang yg sgt berdedikasi dgn kerja..sampaikan Encik Krab kena saman dengan Majlis Perbandaran Bikini Bottom sebab ada sorang pekerja yg bernama Spongebob tak pernah ambil cuti sepanjang berkhidmat di Krusty Krab.
Tapi, ada satu makhluk spesies sotong kurita ni memang menyampah betul dekat Spongebob dan kawan baiknya, si Patrick.
Si PLANKTON ni memang tak kering dengan idea-idea jahat untuk merampas resepi KRABBY PATTY yg sedap tu...
Mood hari ni tiba terkenang kat Spongebob Squarepants! Kisah kartun kesayangan aku! Biarlah hari ni rasa mcm budak-budak tak matang. Dah korang pun baca blog aku, maka baca jelah sampai habis. Sebab tadi terbaca kat Mastika sikit info pasal kartun ni. Baru aku tahu umur Spongebob dah 24 tahun. Aku tengok Spongebob tu mcm budak-budak je, lagi-lagi kalau dia boleh layan kepala si Patrick yg tingtong tu. Patrick tu merupakan spesies tapak sulaiman sebenarnya. Kalau korang bukan peminat siri kartun Spongebob ni, baik jgn sambung baca post ni, nanti muntah hijau sebab aku cerita psl Spongebob mcm syok sendiri. Lantaklah! Aku bukan tulis kat blog korang pun..huhu...
Inilah Patrick, kawan baik Spongebob! |
Sambung balik ~ Spongebob ni seorang yg sgt berdedikasi dgn kerja..sampaikan Encik Krab kena saman dengan Majlis Perbandaran Bikini Bottom sebab ada sorang pekerja yg bernama Spongebob tak pernah ambil cuti sepanjang berkhidmat di Krusty Krab.
Cantik tak tempat kerja Spongebob? |
Memang muka SQUIDWARD ni mintak kaki sikit. Nak dijadikan cerita, sotong kurita ni pulak, rumah dia betul-betul kat tengah antara rumah Patrick & Spongebob
HAAAAAA...korang tengok tu. Kiri sekali, rumah Patrick yg bulat separuh tu. Sebab Patrick tu tapak sulaiman jer. Dia memang hidup bawah batu agaknya sebab rumah dia tu sebenarnya mcm bawah tanah.
Who Live In A Pineapple Under The Sea?
Sponge Bob Square Pants!
Yg rumah lagi satu tu, memang mcm muka Squidward sikit..hehehee...
Tapi, kadang-kadang aku pun stress jugak dapat jiran kiri kanan macam Spongebob & Patrick ni..hehehee..
Belum habis lagi pasal Squidward ni sebab dia ni adalah rakan kerja Spongebob di Krusty Krab..hahaha..(jgn gelak kalau tak paham)
Oh ya! Bagi sesiapa yg tak tahu..atau tak berkesempatan bertemu dengan parent Spongebob dalam tv, korang mesti tak pernah terfikir rupa kedut tua parent Spongebob ni.
Sambung cerita psl Spongebob balik! Hobi dia menangkap obor-obor bersama Patrick. Obor-obor tu konon-konon mcm tangkap rama-rama lah kalau kat atas darat ni. Aku lupa nak mention kat korang yg tak tahu apa-apa psl Spongebob. Sebenarnya semua kejadian-kejadian di atas yg aku ceritakan ni berlaku jauh di dasar laut. Sebuah bandar yg bernama Bikini Bottom yg ada mcm-mcm hidupan laut. Tapi, aku terfikir jugak mcmmaner sponge kuning tu boleh berada bersama-sama hidupan laut? Hihihihihiii....
Di tempat kerja Spongebob ni, Spongebob ditugaskan untuk menyediakan resepi rahsia Encik Krab yg bernamaaaaaaa.....
Benda ni lah yg menjadi kegilaan penduduk di Bikini Bottom. Aku yg tengok cerita ni pun terdetik jauh di sudut hati nak mkn KRABBY PATTY yg sedaaappppp sangaatttttt ni. Boleh lawan Double Cheese tak?? Heheeheee...
Disebabkan resepi rahsia dari Encik Krab yg sgt rahsia ni, ada sorang musuh dia yg kecik molek sibuk nak curi KRABBY PATTY yg sedap ni
PLANKTON nama dia. Tengok jela tuh. Tak padan dengan kecik tapi tak pernah putus asa. Sebenarnya PLANKTON ni dulu bestfriend dengan Encik Krab. Pasal perebutan kuasa si PLANKTON yg gila kuasa sgt ni, mereka pun berselisih pendapat dan bergaduh
Comel kan mereka masa kecik-kecik dulu??? |
Oklah..sebenarnya banyak lagi nak cerita psl Spongebob ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut psl Spongebob, boleh comment je bwh ni. Sebab korang memang tak tahu betapa addictnya aku dekat sponge kuning ni. Tu belum masuk aku cerita pasal Spongebob yg dah ambik ujian memandu sebanyak beratus ribu kali tapi tak pernah lulus. Hihihi...kesian spongebob. Diorang memandu bot tau kt dasar laut tu.
Hihihihiii...dah la. Esok pun tak habis nak cerita psl Spongebob ni. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sgt dekat Spongebob ni? Mungkin ideologi cerita ni kena dengan jiwa muda aku kot.
Tu jer. Rasa tak fair pulak kat kartun-kartun lain sebab ada lagi kartun yg aku suka, tapi Spongebob la yg plg aku syg..(tak boleh blah ayat)
note : percubaan pertama masukkan gambar dalam post =)
27 Jun, 2011
Apa yang kekal?
Ada perkara yg kita harapkan untuk kekal selama-lamanya. Dan selalunya kita percaya ia akan kekal kerana telah lama kita membina impian itu, tapi kuasa Tuhan juga telah menetapkan tiada apa yg abadi di dunia ini. Diri kita sendiri pun tidak akan selama-lamanya di sini, di dunia yg fana ini. Ia telah ditetapkan untuk berlaku seperti apa saja kehendakNya. Kita harus merelakannya. Mahu atau tidak? Redha atau tidak? Itu bukan persoalan lagi.
Korang lihat pada diri sendiri. Apa yg masih kekal ada pada diri korang sendiri setelah sekian lama. Tengok jam tangan korang pakai sekarang. Rasanya jam tangan yg korang pakai sekarang tu jam tangan ke berapa dalam hidup? Korang pasti ke jam tangan tu korang akan pakai sampai akhir hayat? Kita mungkin boleh jaga dan pakai selagi termampu tapi siapa tahu takdir yg mendatang esok, lusa, tulat, minggu depan?
Jadi, apabila kita kehilangan sesuatu dalam kehidupan. Mungkin harta benda, orang kesayangan, perhubungan yg dibina bertahun-tahun, kerja yg paling disukai, atau apa saja yg kita fikir adalah milik kita, ia akan hilang/musnah/pergi meninggalkan kita suatu hari nanti. Terima atau tidak kenyataan itu, bukan masalah bagi sesiapa melainkan diri kita sendiri.
Pernah tak tengok orang mengeluh apabila kehilangan sesuatu. Tengok mcm penat je dia mengeluh. Tapi, penat lagi orang yang menanggung sebuah kehilangan itu. Mungkin korang jugak pernah rasa kehilangan sesuatu dalam hidup yg korang tahu ia tidak akan kembali seperti sedia kala. Seperti pokok yg patah, tak mungkin bahagian yg patah itu boleh disambung semula dan hidup seperti sediakala, tapi bahagian yg patah boleh tumbuh yg baru. Sedangkan yg patah boleh tumbuh, yg hilang pun akan berganti.

18 Jun, 2011
Bila Allah Menduga Kita part 2
Assalamualaikum wbt,
Buat pembaca budiman yg dikasihi Allah swt. Hari ni nak buat kisah sambungan dari kisah 'Aliza' yg dinanti2kan oleh pembaca sekalian..hahaha..confident je aku kata ada orang menantikan sambungannya. Kalau ada yg tak berapa nak ingat atau tak berapa nak tahu cerita ni. Korang klik kat Bila Allah menduga kita, so kira ni part 2 lah untuk tatapan pembaca2 sekalian.
Buat pembaca budiman yg dikasihi Allah swt. Hari ni nak buat kisah sambungan dari kisah 'Aliza' yg dinanti2kan oleh pembaca sekalian..hahaha.
03 Jun, 2011
It's All About Library
Assalamualaikum wbt,
Bertemu lagi kita di petang yg mulia ini..hehehee..petang Jumaat yg indah bersamaan 1 REJAB 1432 Hijrah. Maknanya dah nak dekat bulan puasa lah yer. Kalau ada ladies- ladies yg belum ganti puasa tu jgn buat2 gelabah sgt. Dari awal tahun dulu, sibuk sgt sampai asyik postpone nk ganti puasa. Skrg ni, baru la sibuk kira2 hari nk ganti. Bukan saja ladies, yg gentleman pun kalau ada terbatal puasa...oppsss...manalah tau sakit/demam masa puasa tahun lepas. Aku tahu korang bkn sengaja ponteng pun kaannnn..
Hari ni bukan la nak cerita pasal puasa pun sebenarnya. Tu selingan je. Hari ni nak cerita psl pekerjaan yg aku kerja skrg ni. Kalau korang ni peminat setia blog ni mesti dpt baca post2 sebelum ni ada ckp psl aku ni bekerja di PERPUSTAKAAN. Perpustakaan mana tu tak perlulah nak bagitau sebab mana-mana perpustakaan tu lebih kurang sama sahaja fungsi dan peranannya. Post ni pun bukan nak cerita pasal jenis-jenis dan fungsi perpustakaan, tetapi nak ceritakan perbezaan aku sebagai pengguna perpustakaan dan petugas di perpustakaan sendiri. Haaa...apa maksudnya pengguna perpustakaan?
Pengguna atau pelanggan perpustakaan adalah mereka-mereka yg menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara am atau khususnya. Aku jugak pernah menjadi pengguna/pelanggan perpustakaan secara rasmi dan kadang-kadang tak rasmi sangat. Bermula di zaman sekolah, zaman belajar tinggi tak tinggi sangat, sehinggalah meningkat dewasa pun, aku masih jadi pelanggan perpustakaan.
Petugas perpustakaan pula adalah mereka yg ditugaskan utk menjaga semua perihal perpustakaan dari A-Z. Rasanya benda ni tak perlulah aku terangkan sebab ia melibatkan skop tugas aku yg mungkin sangat kerahsiaan untuk tatapan umum.
Hari ni aku nak ungkap kisah DULU-DULU aku sebagai pelanggan perpustakaan & kisah SEKARANG aku sbg petugas perpustakaan. Check it out!
Bertemu lagi kita di petang yg mulia ini..hehehee..petang Jumaat yg indah bersamaan 1 REJAB 1432 Hijrah. Maknanya dah nak dekat bulan puasa lah yer. Kalau ada ladies- ladies yg belum ganti puasa tu jgn buat2 gelabah sgt. Dari awal tahun dulu, sibuk sgt sampai asyik postpone nk ganti puasa. Skrg ni, baru la sibuk kira2 hari nk ganti. Bukan saja ladies, yg gentleman pun kalau ada terbatal puasa...oppsss...manalah tau sakit/demam masa puasa tahun lepas. Aku tahu korang bkn sengaja ponteng pun kaannnn..
Hari ni bukan la nak cerita pasal puasa pun sebenarnya. Tu selingan je. Hari ni nak cerita psl pekerjaan yg aku kerja skrg ni. Kalau korang ni peminat setia blog ni mesti dpt baca post2 sebelum ni ada ckp psl aku ni bekerja di PERPUSTAKAAN. Perpustakaan mana tu tak perlulah nak bagitau sebab mana-mana perpustakaan tu lebih kurang sama sahaja fungsi dan peranannya. Post ni pun bukan nak cerita pasal jenis-jenis dan fungsi perpustakaan, tetapi nak ceritakan perbezaan aku sebagai pengguna perpustakaan dan petugas di perpustakaan sendiri. Haaa...apa maksudnya pengguna perpustakaan?
Pengguna atau pelanggan perpustakaan adalah mereka-mereka yg menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara am atau khususnya. Aku jugak pernah menjadi pengguna/pelanggan perpustakaan secara rasmi dan kadang-kadang tak rasmi sangat. Bermula di zaman sekolah, zaman belajar tinggi
Petugas perpustakaan pula adalah mereka yg ditugaskan utk menjaga semua perihal perpustakaan dari A-Z. Rasanya benda ni tak perlulah aku terangkan sebab ia melibatkan skop tugas aku yg mungkin sangat kerahsiaan untuk tatapan umum.
Hari ni aku nak ungkap kisah DULU-DULU aku sebagai pelanggan perpustakaan & kisah SEKARANG aku sbg petugas perpustakaan. Check it out!
30 Mei, 2011
Kisah sadis di malam raya
Tibe2 hari ni teringat kisah zaman dulu2 masa kat kampung. Sejak arwah nenek dah takde, aku dah jarang blk kampung sbb kampung dah takde siapa2 dah. Tapi bila ingat zaman dulu2 dgn sepupu2 kt sana, rasa rindu sangat detik2 tu. Yg paling aku tak boleh lupa kisah di malam raya tahun 2006..
Masa tu, aku muda lagi. Muda sgt lah katakan. Sepupu dan adik beradik pun kebanyakannya umur di lingkungan umur2 aku dan ada jugak yg muda remaja dan kanak-kanak. Malam tu, kampung sgt meriah. Dah lepas berbuka puasa, ada lagi juadah raya mcm ketupat rendang masih dlm proses pembikinan kt blkg rumah. Tu mmg tugas2 makcik2 la senang kata. Nk harapkn aku yg konon-konon tak tahu nk buat kerja ni tp sebenarnya pemalas.
Rumah kampung aku ada 2 tingkat. Ada beranda tempat lepak-lepak bergosip di malam hari. Sedang makcik sibuk-sibuk di dapur, yg budak-budak berlarian seluruh rumah, naik tingkat atas, lompat tangga. Pakcik-pakcik pulak sibuk rewang kt blkg rumah. Yg paling 'busy' sekali adalah golongan 16-23 tahun. Cuba korang teka busy apa..
Busy dgn handphone. Masa tu aku berada dalam kategori tu la. Sgt busy duduk kat tingkat atas. Ada lebih kurang 8-9 orang yg masuk dlm kategori tu. Sambil duduk bersembang, tgn sikit2 sibuk balas mesej. Masing2 masa tu sibuk la nak mesej dgn buah hati dan kawan-kawan, tanya mkn apa, masak apa, dan kalau tak silap trend raya dulu2 mesti ada mesej raya yg mcmni,

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman SMS pun dah kira grand lah ye..!

10 Mei, 2011
HARI YANG PENTING DALAM HIDUP..
Semua org pun tahu makna hari-hari penting dlm hidup. Sebab dalam setahun ada 365 hari, maka kena ada beberapa hari dari 365 hari itu merupakan hari yg kita wajib ingat. Hari ni kita bincang topik HARI PENTING! Bermula dari kanak-kanak hingga warga emas.
Kanak-kanak (5-10 tahun)
Kanak-kanak (5-10 tahun)
- Hari ulangtahun : Hari ini penting sebab hari ni la family akan buat birthday party panggil jiran-jiran. Kawan-kawan kelas pun adalah yg datang 2-3 orang. Masa tu, perasaan teruja sbb dpt hadiah teddy bear, kereta control, bantal peluk dsb.
- Hari anugerah pelajar cemerlang : Hari ni emak ayah datang sekolah tengok kita naik pentas sebab jd pelajar cemerlang dlm subjek matematik, BM atau keseluruhannya sekali. Memang kalau lepas kita turun pentas, pengacara panggil nama kita lagi sebab byk sgt skor utk subjek kat sekolah. Kira mmg cemerlang habis lah tu. Perkara inilah yg buat emak ayah rasa mcm tak sia-sia bergolok gadai sbb nak sekolahkan kita.
- Hari pertama cuti sekolah : Hari ni la sebenarnya yg ditunggu-tunggu nak2 pulak cuti bulan 12 yg panjang dan takde homework. Yippi!!!!!
Remaja (11-18 tahun)
- Hari ulangtahun : Hari yg ni berbeza sedikit dgn perasaan masa kanak-kanak. Hari ni lah rasa mcm takut je nak sambut birthday. Sebab kawan-kawan asrama semua pulak kategori mendengki orang mmg power habis!!! Masa nilah tilam katil kita nak tidur pun boleh hilang. Makanya 1 malam jadi birthday girl/boy tu lah tidur atas katil kayu saja. Nasib baik bantal diorang tak ambik. Tu belum cerita telur, tepung, yis, mentega dan mcm2 lagi la diadun kat muka dan rambut. Pagi2 bangun dah rasa mcm ada kek melekat kt kepala.
- Hari pertama bertemu janji dgn gadis/jejaka idaman : Biasalah zaman-zaman ni, tgk minah/mamat tu cantik/handsome mula lah
tergedik-gediknak berkenalan. Mula-mula tulis surat pas kat kawan-kawan. Malulah konon! Almaklumlah...zaman aku dulu takde lagi iPhone 4 keBlackBerrymcm budak-budak sekolah skrg. Zaman aku dulu, pakai surat..potong kertas colour biru, pink, cokelat, tampal cantik2.Letak bedak wangi sampai berdebu sampul surat. Padahal nak tulis 3 patah perkataan je "SAYA SAYANG AWAK". Lepas dah berbulan-bulan berkirim surat, hari yg berbahagia adalah pergi dating kat mall-mall. Masa tu rasa mcm dah cukup baguslah sebab konon dah kenal erticinta. Konon lagi lelaki/perempuan itu yg pertama dan terakhir la dalam hidup..huhuhu... - Hari pertandingan sukan : Masa ni jadi wakil sekolah utk pertandingan bola baling, balapan, renang berirama atau pidato pon boleh. Asalkan jadi wakil sekolah utk bertanding kt peringkat-peringkat tertentu. Hari ini sgt penting kerana hari ini membuktikan siapa korang sebenar di mata guru-guru, pengetua, family, rakan-rakan, adik, abang, kekasih hati tak lupa jugak..haha..
Belia (19-30 tahun)
- Hari ulangtahun : Hari ni kita tidak berharap utk ramai yg menyambut birthday kita atau nak buat kenduri panggil jiran-jiran lagi. Kita cuma berharap ORANG-ORANG YG PENTING sepertimana PENTINGNYA HARI INI utk tidak pernah lupa akan TARIKH-TARIKH PENTING DALAM HIDUP KITA. Kadang-kadang kita tidaklah mengharapkan hadiah sebesar rumah banglo atau semahal permata, tapi bila ORANG-ORANG PENTING ini ada di sisi dan mendoakn diri kita, itu lebih bermakna dari hadiah juta juta juta ringgit malaysia sekalipon.
- Hari perkahwinan : Ini sgt penting kerana ia mungkin berlaku sekali dalam hidup. Orang yg kita pilih utk melalui segala-galanya bersama. Kerana 1 hari yg penting ini akan merubah hidup kita sampai bila-bila. Memikul lebih byk tanggungjwb. Atau mungkin memindahkn syurga kita di bawah telapak kaki orang lain (khusus utk org perempuan sahaja)
- Hari mula bekerja/ kenaikan pangkat : Dah penat belajar sampai menara gading bak kata orang dulu-dulu, dpt jugak kerja utk membalas jasa keluarga *skema gila ayat* Hari pertama memulakan pekerjaan atau hari kita diberi mandat untuk kenaikan pangkat atas usaha gigih kita sendiri bkn dgn cara mengipas majikan kita.
Dewasa (31-40 tahun)
- Hari ulangtahun : Bila dah umur mcmni, apa yg lebih bermakna adalah suami/isteri dan anak-anak. Doa-doa merekalah yg sentiasa kita harapkan. Dgn memiliki keluarga yg bahagia, hari-hari pun sebenarnya mcm hari ulangtahun.
- Hari pertama menjadi ibu/ayah : Bagi orang perempuan, dah 9 bulan mengendong anak itu ke mana-mana, akhirnya penat lelah itu seakan hilang saat mendengar tangisan bayi itu bergema di wad bersalin..hehehe..sama jgk mcm lelaki. Rasa mcm bahagia sgt bila dpt mengalunkan azan di telinga anaknya sendiri. Detik itu tidak mungkin dilupakan oleh kedua mereka.
- Hari mengambil report card anak kat sekolah : Hari ni wajib ambil cuti! Sebulan sblm cuti dah apply cuti kat boss. Excited kot! Tertanya-tanya dalam hati mcm mana lah prestasi anak aku ni kat sekolah. Tengok kat rumah rajin membaca tp bila tengok markah keseluruhan pelajaran kat sekolah
sgt hampeh. Rupanya khusyuk baca komik ye! Sabo jelah...
Warga emas (40-60 tahun)
- Hari ulangtahun : Masa hari ni, kadang-kadang diri sendiri pun dah lupa yg hari ni hari jadi. Sebab byk sgt nak kena igt.
Memory card pun dah berat..hahaha.. Tapi plg best sekali, tiba-tiba anak-anak buat surprise birthday party jemput Dato' Siti Nurhaliza sekali utk menyanyi di majlis hari jadi kita. Wow! Adik-beradik yg busy pun ada masa hari yg penting dlm hidup kita. Semua tu anak-anak kita yg plan. Rasa mcm dihargai sgt sehingga melinangkn airmata ketika memotong kek18 tingkat. - Hari kejayaan anak-anak : Hari yg sgt bersejarah dlm hidup anak kita bila mereka dpt naik pentas pakai jubah. Hari penting mereka secara kesimpulannya akan menjadi hari penting kita jugak secara automatik. Ambil gambar dgn kawan-kawan sambil campak topi konvo, kita yang tersenyum lebar sebagai ibu/bapa mereka. Hari penting dlm hidup adalah melihat mereka membesar dgn sempurna. Hari mereka menemui seseorang yg bermakna dlm hidup mereka adalah hari yg penting bg kita juga. Senang kata apa-apa hari yg penting untuk anak-anak kita pun adalah hari penting utk kita juga.
- Hari bersara : Yessszzaaaaa!!!! Cuti dapat gaji!!! Hahaha...syok gila! InsyaAllah. Kalau panjang umur, dpt keluar KWSP boleh pergi haji! Aminnnn..Boleh cari kawan-kawan lama yg terpisah. Boleh contact-contact dan jumpa balik kawan lama. Kawan lama yeee bkn kekasih lama! Boleh cari Cik Siti kat Penang, manalah tahu beliau dah gemuk
gedempolketika itu. Maklumlah anak dah ramai kan. Dekat 12 orang..hahaha..
Itu sahaja lah nak dicoretkan hari ini. Sebab semalam adalah HARI PENTING SAYA! hehe...gila glamour jap..
note : tahun ni first time emak wish birthday ckp psl jodoh..erkkk.....
27 April, 2011
Manusia dan Kuasa
Yang kaya terus kaya
Yang lemah terus ditindas
Di mana asasnya kemanusiaan kita?
Bagai lembu dicucuk hidungnya
Manusia yg lebih buruk dari lalang
Senget-senget lalang ditiup angin, senget lagi manusia ditiup noda
Nilai manusia kini hanya pada duit, harta, kuasa
Materialnya hanya perkara-perkara dunia
Bkn mengejar saksamanya dunia
Tidak lagi menegak keadilan sejagat
Dunia kini
Manusia kaya terus dijaga dihormati
Manusia lemah terus dibuang diabai
Apakah peranan kamu semua sudah berakhir?
Atau memang tiada peranan dari azalinya?
Atau peranan itu dikaburkan dari penglihatan zaman-berzaman?
Aku sebenarnya yg masih kabur
Tentang peranan, tanggungjawab, nilai, etika, konsep dan segala bentuk fahaman yg terwujud kini
Hanya janji semata
Tidak lebih dari kata-kata
Kerana kekaburan aku ini adalah kekaburan yg nyata
Janji itu tetap palsu!
Manusia yg bermimpi di balik awan biru
Hanyut dan terus hilang spt pelangi!
Manusia yg berjanji dgn kota-kota janji
Maka, kotakanlah!
Manusia yg berdiam bisu kaku buntu
Kau manusia yg akan terus begitu!
Manusia yg mewah dlm kegemilangan
Mewahlah kamu sebelum tiba ajalmu!
Manusia yg hingar bingar
Pulanglah ke jalan lurus!
Manusia seperti aku
Tulisan ini dan doa itu senjata kita!
Amin!
note : puisi ini ditujukan kpd pemimpin-pemimpin yg memimpin

25 April, 2011
TIPS KESELAMATAN UNTUK ORANG PEREMPUAN
KETIKA MENAIKI KENDERAAN TERUTAMANYA KERETA
- Perkara plg penting sekali, apabila masuk saja dlm kereta. Terus kunci pintu kereta. Then, baru lah start enjin kereta. Kunci semua pintu dpn, belakang, tepi, bonet pun kunci la sekali. Tak payahla masuk kereta..sibuk tengok muka kat cermin dulu. Nak adjust lisptik
tersenget kena pipi ke apa ke. Sebab perkara ini akan mengundang bahaya kepada korang jika terleka. Yang paling penting, jgn lupa baca doa naik kenderaan. - Sekiranya ada kertas atau apa-apa saja iklan di cermin belakang, atau cermin depan. Abaikan iklan atau kertas itu. Korang boleh membuang kertas tersebut kemudian. Kerana dikhuatiri kertas itu adalah taktik penjenayah utk melakukan serangan terhadap korang sekiranya korang keluar semula dari kenderaan utk membuang kertas/iklan tersebut. Bahaya tau ni! Kes ini pernah terjadi di Malaysia.
- Jika kereta korang tiba-tiba saja rosak di tengah2 malam sunyi. First, parking kenderaan ke tepi bahu jalan. Dan, jangan sesekali keluar dari kenderaan kerana tindakan ini akan mengundang minat si penjenayah utk mendekati korang dgn lebih dekat lagi. Susah nak percaya org zaman sekarang. Dan segera hubungi kawan-kawan yg boleh diharapkan/berhampiran dgn kwsn tersebut utk mengambil korang secepat mungkin. Bila mereka dah sampai, barulah keluar dari kenderaan. Dan, pastikan semua kenderaan dikunci. Biar sahajalah kereta tu kat situ untuk 1 malam. Esok siang2 pun boleh hanto repair. Tak pyh syg sgt nak repair time tu jugak. Bahaya beb! Serius sgt bahaya walaupun kawan yg dtg ambil korang tu merupakan lelaki
yg gagah. - Kalau lah terjadi yg korang ni lupa jugak nak kunci kereta sewaktu memandu, dan nak dijadikan cerita korang diugut utk diberikan wang atau apa saja. Wahai kaum Hawa semua, jangan panik. TOLONG JANGAN PANIK. Bila nampak saja penjenayah itu membuka pintu kereta terutamana ketika sedang berhenti kat traffic light, dan ada dpt menghidu bahaya yg mungkin tiba. Apa nak buat? Nak kunci pintu pun tak sempat. Ok. Tekan hon kereta dan jangan lepaskan. Sebab bunyi hon yg panjang itu akan mengundang perhatian/publisiti
murahanorg sekeliling. Semua org akan memandang ke arah kenderaan korang. Nak lagi best, buatlah gaya-gaya spt kerani bank ketika banknya dirompak. Percayalah! Tindakan korang ini akan membuatkan penjenayah tadi panik dan akan segera berlari meninggalkan kenderaan korang. Cubalah test. Kalau2 kawan korang naik kereta dgn korang, korang tekan hon lama2 masa berhenti kat traffic light, confirm dia akan turun dari kereta dan segera menaiki RapidKL.
22 April, 2011
Masa Kecil Yang Hilang
Ku namakan coretan ini dgn nama 'MASA KECIL AKU YG HILANG'
Masa kecil ku yg hilang. Entah apa yg aku ingat tentang zaman itu. Pantai laut. Ketawa mereka. Senyum emak. Gelak abah.
Tiba-tiba ia mcm hilang. Aku yg hilangkan atau tercicir di celah-celah perjalanan dewasaku. Atau hilang dicuri Encik Masa yg tak pernah tggu aku.
Berhenti sekejap berfikir. Kemudian, menaip semula. Mana masa kecil aku? Aku kah yg buang di tong kitar semula? Tolonglah kitarkan semula masa kecil aku, wahai Encik Tong Kitar Semula.
Tak mungkin aku buang. Mungkin aku TERRRRBUANG kot. Tapi....
Masa kecil itu indah sekali. 100 kali ganda lebih indah dr masa ini. Tergamak aku menghilangkannya. Sepatutnya aku jaga 'masa' tu. Abis mcm mane ni??? Mana nak cari???
Mungkin 'masa' tu mmg dah takde lagi. Dah expired kot.Entah.

Mungkin 'masa' tu mmg dah takde lagi. Dah expired kot.
Langgan:
Catatan (Atom)