Cerpen


03 Jun, 2011

It's All About Library

  Assalamualaikum wbt,
  Bertemu lagi kita di petang yg mulia ini..hehehee..petang Jumaat yg indah bersamaan 1 REJAB 1432 Hijrah. Maknanya dah nak dekat bulan puasa lah yer. Kalau ada ladies- ladies yg belum ganti puasa tu jgn buat2 gelabah sgt. Dari awal tahun dulu, sibuk sgt sampai asyik postpone nk ganti puasa. Skrg ni, baru la sibuk kira2 hari nk ganti. Bukan saja ladies, yg gentleman pun kalau ada terbatal puasa...oppsss...manalah tau sakit/demam masa puasa tahun lepas. Aku tahu korang bkn sengaja ponteng pun kaannnn..
  Hari ni bukan la nak cerita pasal puasa pun sebenarnya. Tu selingan je. Hari ni nak cerita psl pekerjaan yg aku kerja skrg ni. Kalau korang ni peminat setia blog ni mesti dpt baca post2 sebelum ni ada ckp psl aku ni bekerja di PERPUSTAKAAN. Perpustakaan mana tu tak perlulah nak bagitau sebab mana-mana perpustakaan tu lebih kurang  sama sahaja fungsi dan peranannya. Post ni pun bukan nak cerita pasal jenis-jenis dan fungsi perpustakaan, tetapi nak ceritakan perbezaan aku sebagai pengguna perpustakaan dan petugas di perpustakaan sendiri. Haaa...apa maksudnya pengguna perpustakaan?
  Pengguna atau pelanggan perpustakaan adalah mereka-mereka yg menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara am atau khususnya. Aku jugak pernah menjadi pengguna/pelanggan perpustakaan secara rasmi dan kadang-kadang tak rasmi sangat. Bermula di zaman sekolah, zaman belajar tinggi tak tinggi sangat, sehinggalah meningkat dewasa pun, aku masih jadi pelanggan perpustakaan.
  Petugas perpustakaan pula adalah mereka yg ditugaskan utk menjaga semua perihal perpustakaan dari A-Z. Rasanya benda ni tak perlulah aku terangkan sebab ia melibatkan skop tugas aku yg mungkin sangat kerahsiaan untuk tatapan umum.
  Hari ni aku nak ungkap kisah DULU-DULU aku sebagai pelanggan perpustakaan & kisah SEKARANG aku sbg petugas perpustakaan. Check it out!



DULU DULU : 
"Aku tengok si Minah tu rajin betul pegi library lepas class. Entah buku apa lagi yg dia nak baca kat library tu." Ni dialog sorang kawan aku, Zalia (bkn nama sebenar)sebab sibuk mengumpat hal orang lain. Orang nak pergi library pun dia kecoh..hehehe..sebab kategori macam aku dan kawan-kawan AKU (bkn nama sebenar) memang pergi sana hanya apabila diarahkan oleh pensyarah untuk mendapatkan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas di perpustakaan. 


SEKARANG :
Kalau aku duduk kat kaunter perpustakaan, balik-balik muka budak yg sama je masuk library. Mcm muka-muka tu jelah yg study kat sini, padahal statistik pelajar yg mendaftar setiap semester mencecah sampai 4 angka. Hipotesisnya adalah budak kategori Minah je yg suka berkunjung kat sini. Kawan-kawan Zalia (bkn nama sebenar) tadi mungkin lebih suka balik rumah dan tidur selepas waktu kelas.


DULU DULU :
Adalah sekali tu diarahkan jugak oleh pensyarah untuk masuk library sebab kena buat assignment. Dia nak tengok sumber rujukan pelajar dia dari buku-buku library jugak. Masa tu, gagahkan jugak diri bersama kawan-kawan masuk ke dalam blok batu yg senyap tu. Aku dengan muka confident nya, masuk tanpa toleh kiri kanan. "Diiikkkkkk!!!!! Dilarang membawa masuk beg yaaaa!!!!!" Suara makcik library tu boleh mengundang perhatian seluruh warga perpustakaan sampai tingkat atas pun sibuk jengah siapalah budak yg 'bertuah' tu. Dalam hati aku berkata, "motif sungguh makcik ni nak sound aku, sekampung sungguh suara dia. dlm beg ni ada duit handphone segala. takkan nak tinggalkn kat luar."


SEKARANG :
Kalau ada lah pelanggan perpustakaan yg bawak masuk beg, aku rasa mcm nak siku je. Tak tahu peraturan perpustakaan agaknya. Terang-terang tampal DILARANG MEMBAWA MASUK BEG kat pintu masuk. Tu kategori mcm aku lah masuk perpustakaan dengan confident! Barulah aku tahu sekarang, kenapa tak boleh bawak masuk beg? Sebab takut ada kes-kes kecurian buku. Buku-buku kat perpustakaan ni ada yg 1 buku boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Kalau gadai pun handphone dan segala kad-kad bank aku yg lebih banyak kad dari duitnya, belum tentu mampu nak tanggung kos kehilangan buku kat perpustakaan ni.



DULU DULU :
Kenapalah library ni senyap sgt? Aku dan kawan-kawan tolonglah memeriahkn perpustakaan dengan aktviti kitorang mengambil gambar dan ketawa yg ditahan-tahan, sehinggalah makcik yg sama itu memberi jelingan manja. Masa tu diam sekejap. 2 minit je. Bising balik..sehinggalah makcik yg sama tu jugaklah yg datang kat meja kitorang dan berkata "Sekali lagi awak semua bising, saya akan ambil tindakan melaporkan pada pensyarah jabatan korang." Kesudahan? Takkan nak tunggu sampai makcik tu mengambil tindakan sedemikian, maka, kami semua keluarlah dengan 'aman' dari perpustakaan yg aman tu.

SEKARANG :
Tolong senyap! Skema gila aku sekarang. Tolong jangan bayangkan muka aku seperti makcik tadi kerana terdapat byk perbezaan antara wajah kami berdua. Hahahaa..



DULU DULU :
Kenapa tak boleh bawak masuk makanan dan minuman? Gila poyo nak duduk perpustakaan ni. Macammana nak belajar lama-lama, lepas tu haus pulak tu.


SEKARANG :
Mcm tu jugaklah, petugas perpustakaan nak jaga buku ni dari sebarang kerosakan. Cuba bayangkan kalau makanan dan minuman dibenarkan bawa masuk, tak ke nanti ada yg bawak masuk nasi lemak, ayam goreng KFC yg bucket punya, siap ada yg bawak pisau potong buah nak potong buah jambu. Korang boleh imagine tak perpustakaan tu dah mcm kat tepi Tasik Titiwangsa. Tengah bersantai-santai kat perpustakaan, tiba-tiba air jus tembikai yg segar dari ladang tu tumpah kat atas buku yg hak milik perpustakaan. Just imagine!


DULU DULU :
Perpustakaan tu tempat nak pinjam buku je...


SEKARANG :
Perpustakaan ni gedung ilmu ye kawan-kawan dan pembaca blog sekalian. Bukan saja nak pinjam buku, malah pusat segala ilmu pun bermula di perpustakaan. Ada lebih kurang berbelas-belas dan lebih lagi perkhidmatan yg disediakan di perpustakaan ni. Ada kelas untuk pencarian maklumat menggunakan web perpustakaan sendiri. Ada rujukan ilmiah yg takde kat tempat lain. Haaa.....best kan library??? Orang-orang mcm Zalia dan kawan-kawannya saja yg memandang perpustakaan sebelah mata saja..termasuklah aku dulu-dulu (bkn nama sebenar)...kuikuikui...


  Rasanya setakat ni saja sharing knowledge kita hari ni. Mungkin dalam topik akan datang aku nak ceritakan pasal jenis-jenis perpustakaan pulak. Ada 5 jenis semuanya. Jangan buat-buat terlopong bila aku sebut 5 jenis sebab sebelum aku kerja sini pun aku terlopong jugak bila dpt tahu perpustakaan pun ada jenis-jenisnya..hehe..





note : kecik-kecik dulu suka pergi perpustakaan, ada tragedi waktu darjah 5 yg buat aku fobia nak pergi perpustakaan lagi...

2 ulasan:

  1. hehhehehe.. sy nak g perpustakaan nnt nak cari cik misae yang skema lah..

    BalasPadam
  2. itu belum kira petugas perpustakaan yg tidur di kaunter....hahahah x leh blah la entry nih

    BalasPadam