23 Ogos, 2011

Persiapan Raya!!!

  Waaahhhh...suka betul kalau orang google Persiapan Raya, tiba-tiba termasuk kat blog Jalan Yang Jauh ni. Alang-alang dah masuk kat blog aku ni, baik korang abiskan baca satu entry ni. Mana tahu ada yang berfaedah dan boleh diambil sebagai pedoman.
  Tajuk entry pada hari ini adalah Persiapan Raya. Haaa....Persiapan Raya Yang Patut dan Persiapan Yang Memang Tak Patut. 


Yang Patut 
Beli baju raya baru, adalah menjadi sunah Rasulullah SAW mengenai persiapan memakai pakaian serba baru di hari raya. Tapi, berpadalah mengikut kemampuan. 

Yang Memang Tak Patut
Baju diaaaa...bukan raya pertama je. Kadang-kadang tempah sampai 30 pasang untuk 30 hari dalam bulan Syawal tu. Kalah artis wooo...sabo sabo. Tu dah kategori membazir ya kawan-kawan. Ni especially ditujukan untuk golongan perempuanlah kan. Kalau ada duit lebih sikit, bolehlah beli maksimum 5 pasanglah. Janganlah beli macam nak borong satu kedai Jakel tu ya! Beringat sikit.


Yang Patut
Hiaslah rumah. Lap-lap kipas kat siling yang dah seinci habuknya tu. Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih sebab kita tak tahu dalam masa 30 hari ni, bila-bila je muncul lah sedara-mara, jiran tetangga, rakan taulan dan geng-geng bas sekolah yang kerja collect duit raya tu. 

Yang Memang Tak Patut
Beli sofa baru, tv LCD 42" baru, karpet baru, meja makan baru, rak kasut baru, meja kopi baru, rak dapur baru, alas kaki pun baru. Sekali pandang dah macam kedai perabot pun ada. Lagi satu penyakit perabot ni dia macam penyakit berjangkit sebenarnya, ia berjangkit bila tengok jiran sebelah pakai perabot baru. Dapat pulak jiran tu kata "Semuanya percuma tanpa bayaran sehingga 2012". Alahaiiiii.....


Yang Patut
Kuih raya. Ni memang kategori wajib ada lah ye. Kalau takde kuih raya tu, rasa macam pelik je. Tak kisahlah kuih buatan tangan sendiri ke, buatan tangan orang lain, atau kuih tunjuk pakai tangan pun boleh jugak. Seronok betul dapat makan kuih raya di hari raya!

Yang Memang Tak Patut
Persiapan MERCUN RAYA! Ni memang kategori wajib ada jugak di hari raya. Wajib masuk surat khabar sebab hilang jari. Lebih baik beli kuih raya pelbagai jenis dari korang bakar duit ni..tak gitu kawan-kawan?


Yang Patut
Pecahkan duit raya siap-siap. Ikutlah kemampuan masing-masing. Duit raya ni dah jadi amalan tapi sebenarnya ini bukan hanya amalan kosong sebab ini sebenarnya sunnah Rasulullah SAW untuk memberi sedekah lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.

Yang Memang Tak Patut
Sibuk sangat pikir hal duit raya nak bagi kat orang, tapi zakat korang lupa nak bayar. Dah sampai orang sembahyang raya baru teringat tak bayar zakat lagi. Parah ni!


Yang Patut
Disebabkan nak balik beraya kat kampung, siap-siaplah servis kereta. Cek angin tayar, cek minyak hitam, cek air, cek sidemirror, cek lampu. Senang kata semua pun pasal  kereta dipastikan dalam keadaan baik untuk selamat sampai ke kampung halaman.

Yang Memang Tak Patut
Memandu dalam keadaan mengantuk atau memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan untuk sampai ke kampung halaman. Hati-hati ya! Biar lambat asal selamat. Tambahan lagi, OPS SIKAP 24 dah pun bermula mulai semalam (kalau tak silap). Sekarang polis 'shoot' dengan gambar-gambar sekali. Maka, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhilah undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. INGATLAH ORANG TERSAYANG!


  Rasanya setakat ini saja perkongsian ilmu kita pada hari ini. Persiapan yang lain tu korang fikirlah sendiri..rasanya tak awal sangat untuk aku mengucapkan....


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN





note : nak rak kasut IKEA ke? 

19 Ogos, 2011

Mencari Lailatul Qadar

  Di suatu malam yang dingin selepas waktu berbuka puasa, duduk 2 orang sahabat menghadap bintang di langit..


Si A : Hey babe, aku nak tanya soalan sikit lah.
Si B : Tanyalah.
Si A : Malam Lailatul Qadar tu apa erk?
Si B : Malam Lailatul Qadar tuuu...malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Kenapa kau tanya?
Si A : Oh! Tanya je. Sebab hari tu aku dengar orang cerita-cerita pasal kelebihan Lailatul Qadar.
Si B : Apa yang orang cerita? Cerita lah kat aku jugak.
Si A : Orang kata malam tu pintu-pintu syurga terbuka, doa kita akan termakbul, kalau kita beribadah malam tu, pahala kita akan digandakan macam kita beribadat 1000 bulan.
Si B : Oh!

Diam sekejap...

Si A : Babe, nak tanya lagi boleh?
Si B : Tanyalah.
Si A : Bila malam Lailatul Qadar tu?
Si B : Malam tu adalah 1 malam di antara 10 malam-malam terakhir dalam bulan Ramadhan.
Si A : Ohhh...tapi...
Si B : Tapi apa?
Si A : Tapi bila 1 malam antara 10 tu?
Si B : Entah. Tu rahsia Allah.
Si A : Kenapa Allah rahsiakan pulak? Itu kan perkara baik.
Si B : Kalau Allah bagitahu, nanti orang-orang malas beribadah macam kita ni akan beribadah bersungguh-sungguh untuk malam tu saja. Lepas tu, 1000 bulan kita tak buat ibadah kat DIA lagi.
Si A : Oh! 

Diam lagi...

Si A : Babe, macammana nak cari malam Lailatul Qadar tu?
Si B : ......(diam)
Si A : Babe, kau dengar tak soalan aku ni?
Si B : Soalan kau ni susah sangat la aku nak jawab.
Si A : Oh!
Si B : Selalunya 10 malam-malam terakhir ni lah kita kena lebihkan ibadah kita sebab mesti dalam 10 malam tu, ada 1 malam Lailatul Qadar. So, kita tak missed la malam tu. Tambahan lagi, orang dulu-dulu selalu cakap, kalau malam tu malam Lailatul Qadar, pagi esoknya mesti mendung redup macam nak hujan. Rasa tenang je pagi tu. 
Si A : Oh!
Si B : Emak aku pernah cerita dulu, kalau tengok malam Lailatul Qadar ni, semua pokok-pokok, tumbuhan seolah-olah sujud ke arab kiblat. Itu cerita emak aku lah.
Si A : Oh!
Si B : Kau ni asyik Oh! je dari tadi.
Si A : Heheheee...banyak jugak benda kau tahu, tapi kau tak pernah cerita kat aku pun.
Si B : Dah engkau tak tanya.

Tenang sekejap...

Si A : Babe, agak-agak kan.....agak-agak lah kan.....
Si B : Agak-agak apa?
Si A : Agak-agak...orang macam kita ni boleh 'jumpa' malam Lailatul Qadar tu tak?
Si B : ........(diam)
Si A : Babe, soalan ni pun susah jugak ke?
Si B : Susah.
Si A : OK!

Senyap lama sikit.....

Si A : Boleh ke kita 'jumpa' malam tu, babe?
Si B : Entah. Tu pun rahsia Allah.
Si A : Tapi....
Si B : Kenalah betul-betul mendapatkan rahmatNya.
Si A : Oh!

Senyap lagi...

Si A : Jom!
Si B : Mana?
Si A : Nak dapat malam Lailatul Qadar tu, takkan nak duduk tengok bintang je.
Si B : Ya tak ya jugak...
Si A : Kau imam lah.
Si B : Yolah. Kalau kau jadi imam, panjang sangat surah kau baca nanti.
Si A : Jangan perli aku sangat, babe.

Sekian...




note : semoga...................  =)


16 Ogos, 2011

Bila Allah Menduga Kita part 3

  Surat ini dituliskan oleh aku kepada Aliza sendiri. Semoga menjadi iktibar dan tauladan kepada rakan-rakan pembaca entry ini juga.


12 Ogos, 2011

Kisah Raya yang tak berapa nak sadis!

  Assalamualaikum pembaca-pembaca budiman sekalian tak kira jauh dan dekat (mcm ramai sangat nak baca blog aku). As usual, aku akan cakap yang aku tak perlukan follower yang ramai sampai boleh jadi blogger terkaya, aku cuma memerlukan follower yang SETIA..hehee..
  Sempena Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi..hahaha..walaupun hari ni baru 12 Ramadhan, aku nak cerita tentang kisah raya yang tak berapa nak sadis sangat dari kisah raya yang sebelum ni. Mungkin ada yang ingat entry aku sebelum2 ni. Malas nak link dah. Pandai2 korang la carik ye.
  Selalunya saudara mara, sepupu sepapat aku akan berkumpul di kampung kami di satu kawasan di Johor. Memang seronok sangat, tak perlulah nak explain macammaner seronoknya beraya di kampung. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, masing2 dengan keletah masing-masing lah.
  Kisah yang tragis yang bakal aku ceritakan ini berlaku pada hari raya kedua tahun 2007. Ya, setahun selepas kejadian hari raya yang sadis dalam entry sebelum ni.

08 Ogos, 2011

Ramadhan Tanpa Ayah

Kehadapan ayah yang berada nun jauh di sana,


Surat ini dituliskan dari seorang anakmu yang kini sudah semakin dewasa. Takdir Allah telah menjemput ayah tepat pada waktunya. Tapi, sedarkah ayah, takdir itu sebenarnya terlalu awal untuk anakmu ini menerimanya. Untuk menerima dengan hati yang redha.
Ramadhan ini yang pertama tanpa ayah. Syawal yang menjelang juga yang pertama tanpamu. Kekesalan atau rindu jenis apakah yang menghimpit ruang-ruang hatiku ini.


Ayah,
Anakmu ini yang berhati batu, degil dan mungkin yang derhaka pada hayatmu, tahukah ayah yang aku menangis di dalam Ramadhan mengharapkan diberikan kekuatan hati dan memohon untuk bertemu ayah. Entah beban apa yang menggunung di hati ini tatkala mengingatkan masa silam kita.


Ayah,
Aku masih ingat puasamu tahun lepas, bukan hanya diuji dengan lapar dan dahaga. Tapi, kau masih tabah memaafkan kesilapanku yang kelmarin. Kata-katamu masih berlegar di ruang minda aku, "mungkin raya ini yang terakhir buat ayah." Aku saja yang mendengar kata-katamu itu, ayah, saat kau ucapkannya dengan genangan airmata. Dan, hari ini kau buktikan kata-kata kau sangat benar belaka.


Ayah,
Ramadhan ini, aku pinta sekali sahaja pada Tuhanku, "Izinkanlah ayah untuk kejutkan aku bersahur, dalam sedar dan tidak. Amin, Ya Allah"..Semoga dengan keadaan ini, aku tahu ayah masih menjaga aku, dan tidak pernah putus menghadiahkan kasihmu padaku walaupun hayatmu sudah tiada. Seperti juga Ramadhan sebelum ini, waktu kau mengejutkan aku bersahur dan mengingatkan aku, pentingnya untuk bersahur walaupun hanya dengan sebiji kurma.


Ayah,
Ibu, abang dan adik juga sebenarnya sangat merinduimu. Aku mahu kau tahu perkara itu. Benar sunyi Ramadhan tanpamu, yang aku baru tahu kebenaran itu sejak aku kehilanganmu.


Ayah,
Terima kasih kerana menunggu aku pulang, dahulu. Terima kasih kerana mengizinkan aku berbakti walaupun hanya dihujungnya.


Yang benar,
Anakmu....





note : "kita tak tahu rahsia Allah.." thanks sahabat =)

02 Ogos, 2011

Kabus Kota di Kuala Lumpur!

Kabus kota di Kuala Lumpur
Maghribnya, masih riuh di jalanan
Remaja belasan tahun mencari kedamaian kebebasan
Lebih bebas dan megah dari merak kayangan


Kabus kota di Kuala Lumpur
Punca rezeki sang pengemis, kadang tidak berkaki
Manakan mampu berjalan sejauh ini?


Kabus kota di Kuala Lumpur
Kemajuan dikecapi jadi pembunuh halus umat manusia
Berlegar menikmati makna permodenan


Kabus kota di Kuala Lumpur
Bukit Bintang ~ syurga si pelancong asing
Menogak apa sahaja tanpa rasa malu pada negara berdaulat ini
Oh, itu dia bangsaku sibuk berpesta
Hilang sudah warna dan rupa bangsaku


Kabus kota di Kuala Lumpur
Ia berdebu dan menyesakkan!