Cerpen


23 Ogos, 2011

Persiapan Raya!!!

  Waaahhhh...suka betul kalau orang google Persiapan Raya, tiba-tiba termasuk kat blog Jalan Yang Jauh ni. Alang-alang dah masuk kat blog aku ni, baik korang abiskan baca satu entry ni. Mana tahu ada yang berfaedah dan boleh diambil sebagai pedoman.
  Tajuk entry pada hari ini adalah Persiapan Raya. Haaa....Persiapan Raya Yang Patut dan Persiapan Yang Memang Tak Patut. 


Yang Patut 
Beli baju raya baru, adalah menjadi sunah Rasulullah SAW mengenai persiapan memakai pakaian serba baru di hari raya. Tapi, berpadalah mengikut kemampuan. 

Yang Memang Tak Patut
Baju diaaaa...bukan raya pertama je. Kadang-kadang tempah sampai 30 pasang untuk 30 hari dalam bulan Syawal tu. Kalah artis wooo...sabo sabo. Tu dah kategori membazir ya kawan-kawan. Ni especially ditujukan untuk golongan perempuanlah kan. Kalau ada duit lebih sikit, bolehlah beli maksimum 5 pasanglah. Janganlah beli macam nak borong satu kedai Jakel tu ya! Beringat sikit.


Yang Patut
Hiaslah rumah. Lap-lap kipas kat siling yang dah seinci habuknya tu. Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih sebab kita tak tahu dalam masa 30 hari ni, bila-bila je muncul lah sedara-mara, jiran tetangga, rakan taulan dan geng-geng bas sekolah yang kerja collect duit raya tu. 

Yang Memang Tak Patut
Beli sofa baru, tv LCD 42" baru, karpet baru, meja makan baru, rak kasut baru, meja kopi baru, rak dapur baru, alas kaki pun baru. Sekali pandang dah macam kedai perabot pun ada. Lagi satu penyakit perabot ni dia macam penyakit berjangkit sebenarnya, ia berjangkit bila tengok jiran sebelah pakai perabot baru. Dapat pulak jiran tu kata "Semuanya percuma tanpa bayaran sehingga 2012". Alahaiiiii.....


Yang Patut
Kuih raya. Ni memang kategori wajib ada lah ye. Kalau takde kuih raya tu, rasa macam pelik je. Tak kisahlah kuih buatan tangan sendiri ke, buatan tangan orang lain, atau kuih tunjuk pakai tangan pun boleh jugak. Seronok betul dapat makan kuih raya di hari raya!

Yang Memang Tak Patut
Persiapan MERCUN RAYA! Ni memang kategori wajib ada jugak di hari raya. Wajib masuk surat khabar sebab hilang jari. Lebih baik beli kuih raya pelbagai jenis dari korang bakar duit ni..tak gitu kawan-kawan?


Yang Patut
Pecahkan duit raya siap-siap. Ikutlah kemampuan masing-masing. Duit raya ni dah jadi amalan tapi sebenarnya ini bukan hanya amalan kosong sebab ini sebenarnya sunnah Rasulullah SAW untuk memberi sedekah lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.

Yang Memang Tak Patut
Sibuk sangat pikir hal duit raya nak bagi kat orang, tapi zakat korang lupa nak bayar. Dah sampai orang sembahyang raya baru teringat tak bayar zakat lagi. Parah ni!


Yang Patut
Disebabkan nak balik beraya kat kampung, siap-siaplah servis kereta. Cek angin tayar, cek minyak hitam, cek air, cek sidemirror, cek lampu. Senang kata semua pun pasal  kereta dipastikan dalam keadaan baik untuk selamat sampai ke kampung halaman.

Yang Memang Tak Patut
Memandu dalam keadaan mengantuk atau memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan untuk sampai ke kampung halaman. Hati-hati ya! Biar lambat asal selamat. Tambahan lagi, OPS SIKAP 24 dah pun bermula mulai semalam (kalau tak silap). Sekarang polis 'shoot' dengan gambar-gambar sekali. Maka, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhilah undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. INGATLAH ORANG TERSAYANG!


  Rasanya setakat ini saja perkongsian ilmu kita pada hari ini. Persiapan yang lain tu korang fikirlah sendiri..rasanya tak awal sangat untuk aku mengucapkan....


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN





note : nak rak kasut IKEA ke? 

1 ulasan: