28 Januari, 2012

BIADAP PUNYA BUDAK!

Apa yang budak depan meja aku ni cari dari tadi. Bawah meja, bawah kerusi. Dia hilang barang agaknya. Kelam kabut! Sekejap-sekejap dia tanya member sebelah, kiri kanan.

Budak depan ni bukan betul sangat. Namanya je perempuan, tapi kuat menyakat lecturer mengalahkan perangai student laki. 

Ya, dia jarang sekali berbual dengan aku yang dah lama duduk belakang kerusi dia ni. Aku tahu dia labelkan aku 'budak baru' padahal aku cuma masuk lewat 2 minggu je dari tarikh sepatutnya, dan sekarang dah masuk semester kedua pun. 

Budak depan ni toleh kat aku. 

"Eh! Pinjam pen." Dengan muka kusutnya. Dia memang suka panggil aku EH!

Cepat-cepat carik pen dalam pencilcase ni, kang dia mengamuk pulak.

"Nah." Aku bagi pen biru yang paling berjenama dan paling bermutu tinggi antara pen-pen yang ada dalam pencilcase aku, dengan harapan dia tak kusut lagi.

Dia ambik tapi tak cakap terima kasih pun, takpelah. Nanti bila dia pulangkan pen tu, mesti dia cakap thanks.

Dia tulis satu huruf pada borang di atas mejanya.

Dia toleh ke belakang dengan laju, pen tadi dicampak atas meja aku, "Aku kata pen hitamlah! Hisshhh....!!!!"
Dia bangun sambil mencapai borang, dan berlalu pergi ke meja lain.


BIADAP PUNYA BUDAK!!!




note : kan bagus kalau ada kawan nama Ilham, kalau nak tulis cerpen bole cari dia...

18 Januari, 2012

Semua ada, kak!

Pekerja restoran : Ye kak, nak order apa?
Pelanggan              : Apa ada kat sini?
Pekerja restoran : Semua ada, kak.
Pelanggan              : Urmm..bagi saya char kue tiaw satu.
Pekerja restoran : Maaf, kak. Char kue tiaw kita belum buat lagi kat kedai ni.
Pelanggan              : Takpelah kalau macam tu. Bagi saya mee goreng satu.
Pekerja restoran : Mee habis, kak.
Pelanggan              : Ok. Cuba awak bagitau saya apa yang ada?
Pekerja restoran : Semua ada, kak.


Korang pernah tak kasi orang makan kasut saiz 8!!!




note : tolong bagi idea sambungan tunjukkan aku cinta yang sebenar, pleasee....

02 Januari, 2012

2012

2011

kepada mereka yang melukai dan dilukai
kepada mereka yang meninggalkan dan ditinggalkan
kepada mereka yang menipu dan ditipu
kepada mereka yang mengecewakan dan dikecewakan


kepada mereka yang membahagiakan dan dibahagiakan
kepada mereka yang membantu dan dibantu
kepada mereka yang menghargai dan dihargai
kepada mereka yang menyayangi dan disayangi



2012 

Semoga hari-hari yang dilalui lebih bermakna walau nombor itu bertukar lagi nanti




note : life is simple, so let's not make it perfect!