Cerpen


10 Mei, 2011

HARI YANG PENTING DALAM HIDUP..

  Semua org pun tahu makna hari-hari penting dlm hidup. Sebab dalam setahun ada 365 hari, maka kena ada beberapa hari dari 365 hari itu merupakan hari yg kita wajib ingat. Hari ni kita bincang topik HARI PENTING! Bermula dari kanak-kanak hingga warga emas.


Kanak-kanak (5-10 tahun)

  1. Hari ulangtahun : Hari ini penting sebab hari ni la family akan buat birthday party panggil jiran-jiran. Kawan-kawan kelas pun adalah yg datang 2-3 orang. Masa tu, perasaan teruja sbb dpt hadiah teddy bear, kereta control, bantal peluk dsb.
  2. Hari anugerah pelajar cemerlang : Hari ni emak ayah datang sekolah tengok kita naik pentas sebab jd pelajar cemerlang dlm subjek matematik, BM atau keseluruhannya sekali. Memang kalau lepas kita turun pentas, pengacara panggil nama kita lagi sebab byk sgt skor utk subjek kat sekolah. Kira mmg cemerlang habis lah tu. Perkara inilah yg buat emak ayah rasa mcm tak sia-sia bergolok gadai sbb nak sekolahkan kita.
  3. Hari pertama cuti sekolah : Hari ni la sebenarnya yg ditunggu-tunggu nak2 pulak cuti bulan 12 yg panjang dan takde homework. Yippi!!!!!

Remaja (11-18 tahun)
  1. Hari ulangtahun : Hari yg ni berbeza sedikit dgn perasaan masa kanak-kanak. Hari ni lah rasa mcm takut je nak sambut birthday. Sebab kawan-kawan asrama semua pulak kategori mendengki orang mmg power habis!!! Masa nilah tilam katil kita nak tidur pun boleh hilang. Makanya 1 malam jadi birthday girl/boy tu lah tidur atas katil kayu saja. Nasib baik bantal diorang tak ambik. Tu belum cerita telur, tepung, yis, mentega dan mcm2 lagi la diadun kat muka dan rambut. Pagi2 bangun dah rasa mcm ada kek melekat kt kepala. 
  2. Hari pertama bertemu janji dgn gadis/jejaka idaman : Biasalah zaman-zaman ni, tgk minah/mamat tu cantik/handsome mula lah tergedik-gedik nak berkenalan. Mula-mula tulis surat pas kat kawan-kawan. Malulah konon! Almaklumlah...zaman aku dulu takde lagi iPhone 4 ke BlackBerry mcm budak-budak sekolah skrg. Zaman aku dulu, pakai surat..potong kertas colour biru, pink, cokelat, tampal cantik2. Letak bedak wangi sampai berdebu sampul surat.  Padahal nak tulis 3 patah perkataan je "SAYA SAYANG AWAK". Lepas dah berbulan-bulan berkirim surat, hari yg berbahagia adalah pergi dating kat mall-mall. Masa tu rasa mcm dah cukup baguslah sebab konon dah kenal erti cinta. Konon lagi lelaki/perempuan itu yg pertama dan terakhir la dalam hidup..huhuhu...
  3. Hari pertandingan sukan : Masa ni jadi wakil sekolah utk pertandingan bola baling, balapan, renang berirama atau pidato pon boleh. Asalkan jadi wakil sekolah utk bertanding kt peringkat-peringkat tertentu. Hari ini sgt penting kerana hari ini membuktikan siapa korang sebenar di mata guru-guru, pengetua, family, rakan-rakan, adik, abang, kekasih hati tak lupa jugak..haha..

Belia (19-30 tahun)
  1. Hari ulangtahun : Hari ni kita tidak berharap utk ramai yg menyambut birthday kita atau nak buat kenduri panggil jiran-jiran lagi. Kita cuma berharap ORANG-ORANG YG PENTING sepertimana PENTINGNYA HARI INI utk tidak pernah lupa akan TARIKH-TARIKH PENTING DALAM HIDUP KITA.  Kadang-kadang kita tidaklah mengharapkan hadiah sebesar rumah banglo atau semahal permata, tapi bila ORANG-ORANG PENTING ini ada di sisi dan mendoakn diri kita, itu lebih bermakna dari hadiah juta juta juta ringgit malaysia sekalipon.
  2. Hari perkahwinan : Ini sgt penting kerana ia mungkin berlaku sekali dalam hidup. Orang yg kita pilih utk melalui segala-galanya bersama. Kerana 1 hari yg penting ini akan merubah hidup kita sampai bila-bila. Memikul lebih byk tanggungjwb. Atau mungkin memindahkn syurga kita di bawah telapak kaki orang lain (khusus utk org perempuan sahaja)
  3. Hari mula bekerja/ kenaikan pangkat : Dah penat belajar sampai menara gading bak kata orang dulu-dulu, dpt jugak kerja utk membalas jasa keluarga *skema gila ayat* Hari pertama memulakan pekerjaan atau hari kita diberi mandat untuk kenaikan pangkat atas usaha gigih kita sendiri bkn dgn cara mengipas majikan kita. 

Dewasa (31-40 tahun)
  1. Hari ulangtahun : Bila dah umur mcmni, apa yg lebih bermakna adalah suami/isteri dan anak-anak. Doa-doa merekalah yg sentiasa kita harapkan. Dgn memiliki keluarga yg bahagia, hari-hari pun sebenarnya mcm hari ulangtahun. 
  2. Hari pertama menjadi ibu/ayah : Bagi orang perempuan, dah 9 bulan mengendong anak itu ke mana-mana, akhirnya penat lelah itu seakan hilang saat mendengar tangisan bayi itu bergema di wad bersalin..hehehe..sama jgk mcm lelaki. Rasa mcm bahagia sgt bila dpt mengalunkan azan di telinga anaknya sendiri. Detik itu tidak mungkin dilupakan oleh kedua mereka.
  3. Hari mengambil report card anak kat sekolah : Hari ni wajib ambil cuti! Sebulan sblm cuti dah apply cuti kat boss. Excited kot! Tertanya-tanya dalam hati mcm mana lah prestasi anak aku ni kat sekolah. Tengok kat rumah rajin membaca tp bila tengok markah keseluruhan pelajaran  kat sekolah sgt hampeh. Rupanya khusyuk baca komik ye! Sabo jelah...

Warga emas (40-60 tahun)
  1. Hari ulangtahun : Masa hari ni, kadang-kadang diri sendiri pun dah lupa yg hari ni hari jadi. Sebab byk sgt nak kena igt. Memory card pun dah berat..hahaha.. Tapi plg best sekali, tiba-tiba anak-anak buat surprise birthday party jemput Dato' Siti Nurhaliza sekali utk menyanyi di majlis hari jadi kita. Wow! Adik-beradik yg busy pun ada masa hari yg penting dlm hidup kita. Semua tu anak-anak kita yg plan. Rasa mcm dihargai sgt sehingga melinangkn airmata ketika memotong kek 18 tingkat.
  2. Hari kejayaan anak-anak : Hari yg sgt bersejarah dlm hidup anak kita bila mereka dpt naik pentas pakai jubah. Hari penting mereka secara kesimpulannya akan menjadi hari penting kita jugak secara automatik. Ambil gambar dgn kawan-kawan sambil campak topi konvo, kita yang tersenyum lebar sebagai ibu/bapa mereka. Hari penting dlm hidup adalah melihat mereka membesar dgn sempurna. Hari mereka menemui seseorang yg bermakna dlm hidup mereka adalah hari yg penting bg kita juga. Senang kata apa-apa hari yg penting untuk anak-anak kita pun adalah hari penting utk kita juga.
  3. Hari bersara : Yessszzaaaaa!!!! Cuti dapat gaji!!! Hahaha...syok gila! InsyaAllah. Kalau panjang umur, dpt keluar KWSP boleh pergi haji! Aminnnn..Boleh cari kawan-kawan lama yg terpisah. Boleh contact-contact dan jumpa balik kawan lama. Kawan lama yeee bkn kekasih lama! Boleh cari Cik Siti kat Penang, manalah tahu beliau dah gemuk gedempol ketika itu. Maklumlah anak dah ramai kan. Dekat 12 orang..hahaha..

Itu sahaja lah nak dicoretkan hari ini. Sebab semalam adalah HARI PENTING SAYA! hehe...gila glamour jap..





note : tahun ni first time emak wish birthday ckp psl jodoh..erkkk.....

1 ulasan: