Cerpen


12 Ogos, 2011

Kisah Raya yang tak berapa nak sadis!

  Assalamualaikum pembaca-pembaca budiman sekalian tak kira jauh dan dekat (mcm ramai sangat nak baca blog aku). As usual, aku akan cakap yang aku tak perlukan follower yang ramai sampai boleh jadi blogger terkaya, aku cuma memerlukan follower yang SETIA..hehee..
  Sempena Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi..hahaha..walaupun hari ni baru 12 Ramadhan, aku nak cerita tentang kisah raya yang tak berapa nak sadis sangat dari kisah raya yang sebelum ni. Mungkin ada yang ingat entry aku sebelum2 ni. Malas nak link dah. Pandai2 korang la carik ye.
  Selalunya saudara mara, sepupu sepapat aku akan berkumpul di kampung kami di satu kawasan di Johor. Memang seronok sangat, tak perlulah nak explain macammaner seronoknya beraya di kampung. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, masing2 dengan keletah masing-masing lah.
  Kisah yang tragis yang bakal aku ceritakan ini berlaku pada hari raya kedua tahun 2007. Ya, setahun selepas kejadian hari raya yang sadis dalam entry sebelum ni.

  Masa tu, macam biasalah bila dah ramai orang, aku akan bahagikan sanak saudara aku mengikut kategori. Kategori pakcik makcik berumur 30 tahun ke atas. Kategori aku ni dan yang ala-ala belia muda remaja dari umur 15 tahun hingga 30 tahun. Yang lebih bawah dari tu kategori kanak-kanak ribena.
  Malam raya kedua tu, kitorang yang belia muda remaja nih berpakat nak pergi salah sebuah mall di daerah kampung kami. Cadangnya nak main bowling. Waaahhh..bayangkan raya kedua main bowling tapi itu kadang-kadang aktiviti biasa kitorang kalau dah berkumpul sepupu sepapat semua. Kadang-kadang hari raya pertama pun kitorang dah pergi tengok movie. Tapi, biasanya aktiviti itu dilakukan pada malam hari. Taklah mengganggu aktiviti beraya ke rumah saudara mara satu kampung yang lain. So, kitorang pun bergerak lah ke destinasi yang dituju.
  Yang aku ingat masa tu pergi 3 kereta. Memang ramai sangat remaja-remaja terdiri dari sepupu sepapat aku nak ikut. Memang meriah lah pusat bowling tu. Tapi, kureng best sangat sebab abang aku tak join. Dia nak pergi beraya ke rumah kawan dia yang berhampiran ngn kampung kitorang.
  Game pun bermula. Kelentang kelentung main bowling macam profesional la konon. Dah tak kira siapa paling banyak strike. Kitorang kira siapa yang paling banyak masuk longkang. Tibalah giliran aku mencampakkan bola yang berat mcm angkat tong gas, baru nak baling...handphone pun bunyi2. Tertera nama abang aku yang sibuk sangat nak beraya ke rumah kawan. Dalam hati aku berdetik jugak..takkan dia nak ke sini pulak. Perbualan kami pun bermula (ayat novel jap)
  "Hello. Kenapa? Aku baru nak strike ni."
  "Pergi hospital sekarang!!!"
  "Ko ni gila ke apa?"
  "Semua gerak pergi hospital sekarang. Ashraf (bukan nama sebenar) melecur kena api."
  Tup! Letak!
  Bengong! Aku pun terus baling bola berat tuh, sambil toleh belakang.
  "Ada siapa-siapa emak dia telefon?" Aku tanya kat diorang. Semua geleng, pastu sambung main sampai habis game. Memang lama betul lah masa tu main sebab dah ramai sangat.

 Beberapa jam kemudian, aku dapat panggilan dari emak aku pulak...
  "Korang kat mana ni? Telefon semua tak dapat. Cepat pegi hospital. Ashraf masuk wad ni." Tak sempat aku nak reply apa-apa, emak aku dah letak. Kira betul emergency ni. Aku ingatkan abang aku tadi saja buat suspen.
  Aku pun ceritalah kat diorang yang tengah seronok main bowling tu tentang perkara sebenar. Barulah masing-masing tengok handphone. Kitorang pun menyudahkan balingan bowling secepat mungkin (sempat lagi tu), lalu bergegas ke hospital yang dimaksudkan.
  Aku pun plan lah ngan sepupu-sepupu aku semua cakap bila dah sampai hospital, semua kena lari-lari anak pergi wad. Masa tu, kepala aku je yang bijak. Semua pun berlari-lari anak, korang bayangkan lah ada lebih kurang 10-15 orang menuju ke wad pesakit kanak-kanak dalam keadaan berlari-lari, sampai nurse kat situ pun jadi kaget. Bila nampak je kelibat ahli keluarga yang lain kat area wad Ashraf, makin laju kitorang lari. Waaahhhh..menjadi kan kitorang punya drama melayu.
  Yang penting dalam keramaian tu, AKU BERHARAP TIDAK TERSEREMPAK DENGAN ABANG AKU!!!! Memang kena libas lah aku sebab tak bertindak secepat mungkin masa dia call. Sibuk sangat nak strike! Padahal longkang je lebih..hahahahaa...Tapi, bila dia nampak je aku, dia jeling aku macam nak makan orang! Hahahaha!!!!
  Agak teruk luka melecur yang ditanggung oleh Ashraf itu. Ketika itu Ashraf baru berusia 4 tahun. Biarlah aku cerita semula bagaimana kejadian itu menimpa ke atas dirinya yang bagai sudah malang, jatuh lagi ditimpa tangga.

CERITA BERMULA....
 
  Macam biasalah kampung aku, kadang sampai raya ke 30 pun masih pasang pelita lagi. Budak-budak pun selalunya mereka memang la asyik kerja main kejar-kejar jelah kalau korang perasan. Aku tak tahulah kalau diorang ni ada main game lain yang aku tak perasan, tapi mostly diorang lagi suka main kejar-kejar berbanding main doktor-doktor, cikgu-cikgu, baling selipar dan sebagainya. Aku tak tahulah, mungkin dah style cousins aku mcmnie kot.
  Tapi, kebiasaannya diorang ni jarang bermain kat luar waktu malam. Budak-budak tu penakut momok sebenarnya. Entah macammane datang keberanian diorang malam tu..diorang pergi main kat halaman kampung tanpa pengawasan orang tua. Kadang diorang main jugak kat luar, itupun kalau kitorang ada kat kawasan halaman jugak. Sebab geng-geng belia muda remaja ni lah tadi yang kerja pantau sepupu-sepupu yang kecik2 ni. Makcik pakcik memang sentiasa sibuk dalam rumah tu. Nak dijadikan cerita, takde siapalah nak pantau diorang tu berkejar-kejaran kat halaman.
  Biasalah budak-budak bila mereka bergurau, sorang sepupu aku ni yang umur 4 tahun lebih tua dari Ashraf bergurau lah menolak-nolak si Ashraf ni ke pelita. Kebetulan, dia tertolak si Ashraf kuat sangat sehingga terlanggar batang kayu pemegang pelita tadi. Lalu, jatuh lah pelita itu berserta isi minyak tanah yang terkandung dalam pelita itu. Jatuh menimpa ke seluruh bahagian kiri si Ashraf. Dari tangan, pinggang dan kaki kirinya terbakar. Dan, yang hebatnya mereka semua boleh berpakat untuk merahsiakan perkara ini kepada emak bapak. Pedih woooo si Ashraf tu..walau mereka semua memujuk budak tu, tapi susah nak diberhentikan sehinggalah salah seorang pakcik kitorang keluar ke halaman untuk menghisap rokok dan melihat sesuatu yang pelik dekat budak-budak ni.
  Apa lagi memang kecoh sekampung. Abang aku baru je sarung kasut nak pergi beraya terpaksa membatalkan hasratnya sebab emak aku pilih dia dan kereta Satria Neo dia yang habis laju tu berbanding memilih kereta ambulans yang memang kalah dengan kelajuan kereta abang aku. Kalau dari rumah kampung kami ke hospital memakan masa 35 minit tapi dengan menaiki kereta Neo itu, 15 minit aku boleh janji korang sampai dengan selamat, cuma macam naik rollercoaster lah kecut perutnya. Agaknya sebab tu lah dia call aku dalam keadaan tak berapa nak stabil.
  Bila diorang sampai je kat hospital. Seingat aku, rombongan ke hospital masa tu ada lah dalam 4 biji kereta juga termasuk kereta abang aku. Tambah lagi dengan kedatangan kitorang kat situ, memang superb wad Ashraf masa tu. Makcik pakcik semua pelik kenapa kitorang lambat sangat sampai kat hospital. Tapi, kitorang buat-buat tak jawab jelah. Dan, yang paling penting acting kami menjadi.
  Ashraf mengalami luka melecur tahap kedua (kalau tak silap aku), memang teruk sebenarnya untuk budak sekecil itu menahan sakit. Dia ditempatkan di wad lebih kurang 2 minggu. Ngilu betul tengok nurse tu cuci luka dia. Dia panggil "Emaaakkk...sakiittttt!!!!" Kesian sangat tengok. Sebelum ni seganas-ganas kitorang pun tak pernah main mercun sampai putus jari. Tapi, pelita pulak jadi penyebabnya.
 

CERITA PUN TAMAT...


  Korang nak tahu apa yg paling lawak sekali dari cerita di atas? Sepupu-sepupu kitorang yang kecik-kecik lagi ni memang tak ubah perangai macam kitorang jugak. Kalau ada benda tak betul, semua pakat jangan sampai orang-orang tua tahu. Macam acting lambat pergi hospital..padahal boleh lagi kitorang sudahkan main game bowling tu..huhuhu...Rupanya diorang yang kecik-kecik ni boleh pakat taknak bagitahu orang tua pasal Ashraf. Nasib la ada pakcik yang perasan. Kalau tak, makin teruk luka si Ashraf agaknya. Nak marah diorang pun tak boleh, sebab diorang belajar dari kitorang jugak agaknya.
  Dan, sejak kejadian itu menimpa keluarga kitorang, arwah nenek dengan rasminya telah mengharamkan sebarang bentuk pelita + mercun + bunga api kat rumah kampung kitorang pabila menjelang musim raya. Sebab tu lah aku malas nak komen kenapa aku dah tak terlibat dengan sebarang aktiviti penjualan, mahupun pembelian mercun sebab bukan boleh main pun kat kampung. Tapi, kalau budak-budak yang kecik tu tak paham bahasa, diorang beli jugak mercun bawak balik kampung. Apa lagi memang peluang dah depan mata, main jelah tak kira lah mercun mancis pun jadilah..hahahahaha....sebab nanti diorang yang kena marah...
  Ada lagi satu pengajaran untuk makcik pakcik kitorang jugak sebenarnya. Ini memang salah mereka sebab tak memantau aktiviti budak-budak. Budak-budak ~ diorang bukan tahu apa. Bukannya mereka fikir baik buruk sesuatu perbuatan. Kita yang tua ni lah yang sepatutnya memikirkan keadaan yang bakal terjadi. Tak gitu kawan-kawan? Apa pun, benda dah nak jadi. Ada hikmah yang tersurat dan tersirat di sebalik semua ini.
  So, macammana persiapan raya kawan-kawan? Dah beli baju? Dah buat kuih? Dah pasang langsir? Dah beli sofa baru? Yang penting, jangan gaduh-gaduh ngan jiran sebelah untuk tunjuk sofa siapa paling lawa. Tak balik modal pun berhari raya sampai macam tu sekali.
Sederhana itu lebih indah sebenarnya.




note : berpada-pada ya main bunga api, jangan sampai masuk Metro...!!!

2 ulasan:

  1. sempat lagi habiskan main tu...apadaa..hehe.. tp kesian budak tu..
    nak beli rak kasut baru :p

    BalasPadam
  2. hurm.. arwah nenek hang haramkan sebarang jenis pelita, bunga api n mercun disebabkan peristiwa etu. nasib baik dia tak haramkan untuk mengecas telefon kalau balik kg, sebab takut peristiwa blackout terjadi lagi.

    BalasPadam