Hari yang sangat busy sejak kebelakangan ni, asyik cari idea yang sesuai nak update tajuk apa. Tapi, ilham dah datang dah. Mari bercerita pasal Facebook & Aku!
Haaaa......!!!! Apa tu Facebook?
Facebook tu laman sosial laaa...
Haaaa.....laman sosial pun tak tahu...????
Laman sosial tuuu....tempat kita bersosial dalam lamanlah...haaa...jangan salah anggap ya, jangan ada nak double meaning sangat.
Kalau tak tahu apa tu Facebook, pergi google taip je FACEBOOK.
Haaaaa..!!!!!!!! Google tu apa?????
Daaannggggggg......!!!!!!!!!
Facebook & Aku
Zaman Myspace vs Friendster
Time ni, Facebook tu mungkin tak cukup glamer macam sekarang. Ataupun dalam erti kata lain tak cukup glamer nak sampai kat aku. Zaman tu, orang layan Myspace dan Friendster. Tipulah kalau korang tak pernah ada Myspace. Cuba korang ingat balik password Myspace tu then log in lah. Kalau tengok balik zaman-zaman Mysapce tu mesti rasa nak tergelak je. Kalau nak dibandingkan Myspace ni mungkin banyak kekurangannya berbanding Facebook. Yelah...kalau balas-balas comment kat profile sendiri je. Kalau tulis status pun orang pandang sepi je. Kan kan kan? Hehehe....kalau upload photo kadang-kadang je orang komen. Sebab bila kita balas komen tu takde pulak pemberitahuan atau notification yang sampai kepada sang pengkomen foto kita tadi (tapi dengar cerita Myspace dah buat macam tu kot). So, macam tak meriah lah senang kata kalau komen-komen foto orang. Kalau facebok laaahhhh.....bersambung-sambung 'puji-pujian' kat foto kita tu. Tak cukup sorang, tambah lagi sorang kawan tag kawan-kawan yang lain. Bak kata omputeh, the more the merrier lah yeeee.....
Beberapa tahun berikutnya....
Hampir-hampir berani untuk aku mengatakan yang semua orang kat negara kita yang kita cintai ni, setiap seorang ada satu akaun Facebook. Tak kira tua muda, budak kecik bawah umur pun ada. Kecuali emak aku je belum nak buat Facebook lagi..hehehe.. Tapi, rata-ratanya memang ada Facebook. Bahkan bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia pun tahu apa tu Facebook. Hebat kan penangan Facebook ni? Kalau tak, takkanlah Mark Zuckerberg tu boleh jadi jutawan dalam usia semuda itu.
Facebook ni sebenarnya banyak kelebihannya, contohnya seperti boleh menghubungkan dengan kawan-kawan sekolah yang lama terpisah, juga boleh mengeratkan silaturahim sesama keluarga, dan macam2 lagilah. Tapi, biasalah benda baik ni memang ada je yang salah guna. Nak buat macamner...TEKNOLOGI.
Orang ramai semakin menggilai Facebook termasuklah aku. Aku pun gila Facebook jugak sebenarnya. Bukan gila lagi lah. Dah tahap ketagih pun ada.
Dulu kalau nak update status semuanya kena tunggu balik rumah, bukak laptop...tekan ON...Loading.....cucuk brokband....connected.....bukak Internet Explorer......taip www.facebook.com....masuk id password....update la status....
Penatnyeee
2 seconds ago
Kadang-kadang nak tulis tu jer tapi ambil masa jugaklah nak bukak laptop segala...urrmmm....nak buat macamne?? Nama pun gila Facebook.
Itu zaman laptop. Tapi, sejak-sejak brokband aku dah
Choosing a BlackBerry® service may be tricky, that's why we've laid it out for you.
Plan | Fee | Volume | Features |
BBM® with Xpax | 50 sen/day | 50 MB/day | Unlimited access for BlackBerry® Messenger. |
BlackBerry® Social | RM 1/day | 50 MB/day | Unlimited access to social media applications such as Facebook, Twitter, Windows Live Messenger and more. |
BlackBerry® Advance | RM 2/day | 50 MB/day | Unlimited access to everything. Surf the net, check emails, social media applications, instant messaging and more. |
Weekly Advance | RM 8/week | 100 MB/week | |
Monthly Advance | RM25/month | 250 MB/mont |
Aku pilih yang aku highlight tu. Nampak tak????
Bila aku kira-kira brokband aku
Setelah berjaya dengan jayanya...maka, Facebook kini berada di hujung jari aku. Betuullll!!!!! Hujung jari aku jer.
Situasinya begini :
- Sedang makan di meja makan - Facebook tepi pinggan. Tangan kanan makan, tangan kiri scroll down..scroll up balik..scroll down balik..sengih sekejap...comment sekejap..gelak besar....
- Jalan-jalan kat shopping complex - "Sesaknya orang kat Jusco hari ni" 10 minutes ago via BerryBerry hehehe
- Office - waktu busy pun boleh Facebook di sebelah boss. Boss bukan tahu pun ada apa kat handphone ni
- Baring depan tv - sampai tertepek handphone kat muka sendiri pun takpe. Yang penting Facebook.
- Hangout dengan member2 - pun cerita apa yang berlaku kat Facebook (gosip je..takde benda lain)
- Driving - pantang lampu merah je, check notification. Pantang check notification je lampu merah.
- Kalau ada event seperti hari raya, hari raya haji, hari wesak, thaipusam segala - upload gambo terus via mobile upload sebab nak tunjuk kat orang yang kita je beraya hari ni.
- Bangun tidur - Facebook dulu, lepas tu baru gosok gigi
- Tidur - Facebook lagi sampai boleh mimpi
Justin Bieber
Penat kan? Orang yang tengok kita mengadap Facebook kat hujung jari ni lagi penat sebenarnya. Habis nak buat macamner? Rugilah kalau tak gunakan 250MB dalam masa sebulan...hihihi...jangan marah ye..
So, korang ada idea macamner nak hilangkan penyakit ni? Kalau ada habaq mai kat cheq naaa....
note : aluminium foil yang melekat dihatiku...=)
bos pun tegur "jalan yang jauh" dgn "kesayangan hubby" asyik main tenet je..dh la friend ngn bos..hahaha..kantoi..padan muka :p
BalasPadamhehhe dah kantoi pun.. tapi dah dunia aku dunia IT no wonder la ngan internet jerk kan..kan..kan..
BalasPadam