Cerpen


16 Ogos, 2011

Bila Allah Menduga Kita part 3

  Surat ini dituliskan oleh aku kepada Aliza sendiri. Semoga menjadi iktibar dan tauladan kepada rakan-rakan pembaca entry ini juga.





  Kehadapan sahabatku Aliza yg kini semakin matang dan dewasa,

 Semenjak kebelakangan ini, aku jarang sekali tengok engkau menangis teresak-esak macam dulu. Kau dah makin ceria sejak kau betul-betul boleh menerima hakikat kehilangan Zaman dalam hidup kau. Melihat telatah gelak tawa kau bersama rakan-rakan kita yg lain, membuat rakan-rakan lain pun menjadi tenang melihat perubahan dalam diri kau ini, baguslah..maklong kau kat kampung tu pun mesti bangga dengan pengorbanan kau ni. Kalau aku jadi kau, tentu aku tak sanggup nak buat berkorban macam ni sekali. 
  Hari-hari kau terisi dengan senyum dan gelak, seolah-olah kau sudah menemukan pengganti Zaman. Perangai kau ni buat aku rasa macam nak tanya kau sendiri, dah ada yang baru ke? Tapi, sejak dari kecil aku kenal kau, bukan semudah itu kau nak lupakan orang yg kau sayang. Mungkin kau dah matang agaknya. Kau dah tak macam dulu. Kau lebih tabah, gigih dan berjaya..(berjaya lah sangat..huhuhuhuuu..)
  Pada suatu hari, aku curi-curi tengok kau, walaupun dah jemu aku tengok muka kau setiap hari. Tapi, hari tu aku tetap nak tengok jugak. Terkejut bukan kepalang aku bila tengok kau menangis diam-diam. Apa yang kau buat ni, Aliza? Apa yang kau nangiskan? Sepatutnya semua perkara pada diri engkau nampak sempurna dan teratur. Apa lagi yang kurangnya, Aliza? Kenapa dengan kau ni?
  Hiba sangat tangisan kau tempoh hari! Berat mata aku yang memandang, berat lagi bahu kau yang kena pikul. Kesian kau, Aliza. Agaknya kesempurnaan yang kau cipta-ciptakan tu bukanlah sempurna sangat pun di hati kau sendiri. Tapi, kau harus lakukan jugak semua tu untuk insan-insan disekeliling kau yg sgt menyayangi kau termasuklah aku. 
  Aliza, aku tahu rasanya menahan airmata dari keluar mengalir ke pipi. Aku tahu rasanya menelan airmata itu lebih sakit dari menelan air liur sendiri di bulan puasa..hehehee...sabarlah Aliza. 
  Aku lihat ujian bertimpa-timpa datang kat kau. Tapi, kau dah tak menangis pun macam dulu. Ada kawan kita pesan, jangan simpan tangisan tu sangat, nanti hati bengkak jadinya. Pada pendapat aku pulak, menyembunyikan tangisan itu adalah ciri-ciri orang yang matang. Pada pendapat kau macammana pulak?
  Mesti kau bersedih sebab kau tertanya-tanya, apa khabarlah Zaman agaknya? Ingat lagi tak dia pada kau? Kau yang merinduinya siang dan malam. Kesian kau, Aliza. Tapi, apa boleh aku bantu? Aku pun takkan mampu mengejar Zaman untuk kau, mungkin kau juga sudah tidak mampu mengejar bayang-bayang Zaman sekalipun. Maka, kau doakanlah yang terbaik buat dirinya. Aku juga mendoakan yang terbaik untuk kau dan sahabat-sahabat kita yang lain, agar segala JALAN YANG JAUH ini akan menjadi mudah untuk diharungi setiap hari, setiap masa dan untuk selama-lamanya.
  Tabahkan lah hati kau, Aliza. Kita hanya mampu merancang tapi Allah s.w.t. itu sendiri yang telah menetapkan tiap sesuatu takdir untuk kita. Janganlah kau lalai dan leka dengan dugaan dunia yang sangat kecil dan sementara ini. Kau masih bertuah, memiliki keluarga dan sahabat yg tidak jemu menghabiskan 24 jam dalam sehari melayan kerenah kau yang tidak sudah-sudah itu. Jangan disiakan anugerah kegembiraan yang lebih besar maknanya dari apa yang telah kau kehilangan!
  Sekian sahaja surat dari aku untuk hari ini. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan sesuatu yg terbaik dari diri kau sendiri berbanding tahun-tahun yang sudah. Assalamualaikum...





note : "Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini..." Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid.

2 ulasan:

  1. kalo zaman hadir dalam mimpi pun ok kot..leh ubat hati yg merindu..huhu (kalo masuk mimpi org len pe cita lak) moga aliza sentiasa tabah ;)

    BalasPadam
  2. haah la misae, ko ngan aimi memang masuk dalam mimpi aku. tadi ko kutuk aku sgt kan... ingat aku tak dengar ker? Ramlee Awang Murshid!

    BalasPadam