"Razak, mana Razak?" Soal Ayu dengan sedikit terpekik. Dua tiga pasang mata yang memerhatikannya agak terkejut dengan tingkah Ayu itu, dari mula dia masuk rumah dengan cara begitu, langsung tidak memberi salam, apatah lagi meminta izin untuk masuk. "Aku tanya Razak mana?" Pekik Ayu lagi apabila masing-masing tidak memberikan sebarang respon positif kepada Ayu.
Masing-masing kelu seribu bahasa untuk memberi jawapan terbaik kepada Ayu. Lalu, Ayu bergegas menuju ke tangga rumah itu dan terus menuju ke ruang di tingkat atas. Sampai di tingkat atas, Ayu terhenti seketika. Ada 3 buah bilik di situ. Ayu berfikir-fikir sendirian, yang mana satu bilik Razak sebenarnya.
Belum sempat Ayu bertindak, salah satu pintu terbuka dan menampakkan wajah Razak yang agak terkejut dengan kehadiran Ayu. Dia bangun dan keluar dari bilik itu pun kerana mendengar seperti ada huru-hara di ruang tamu bawah.
"Sayang, you..." Belum sempat Razak menyambung bicaranya, Ayu menolak Razak dari muka pintu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik Razak.
Hatinya jadi remuk. Maka, betullah apa yang dilaporkan oleh seorang hamba Allah yang tidak dikenalinya menerusi panggilan telefon sewaktu dia bangun untuk menunaikan solat Subuh. Gugurnya jantungnya melihat seorang wanita tidak dikenali sedang lena diulit mimpi di atas katil Razak, dan hanya dibaluti selimut, mungkin tiada seurat benang yang menyaluti wanita itu.
Razak meluru masuk, menarik Ayu supaya keluar dari bilik itu. "Sayang, kita boleh bincang hal ni." Ayu hanya membenarkan dirinya ditarik keluar dari bilik itu oleh Razak.
Razak berdiri dekat dengan Ayu, cuba memujuk Ayu dan memeluknya, tapi Ayu menepis sekuat hati. "Ok. Sekarang I bagi you peluang jelaskan sepenuhnya." Ayu menarik nafas dalam, dia perlu meraih kekuatan berdepan dengan lelaki yang paling disayanginya di dunia ini. Kerana lelaki bernama Razak ini, telah mengikat janji untuk menjadi suaminya dalam masa 3 bulan lagi. Segala persiapan majlis perkahwinan mereka hampir 80% siap. Setelah bercinta lebih dari 5 tahun dan bertunang hampir 2 tahun. Razak adalah segala-galanya dalam hidup Ayu.
Razak merenung syiling, kemudian matanya terarah kepada wajah Ayu. Razak masih buntu. "Come on tell me, honey." Ayu masih menunggu penjelasan dari Razak tentang semua ini, walaupun hatinya sebenarnya sudah tidak mampu menerima apa-apa pengertian pun buat masa sekarang.
"I'm sorry, sayang."
"Is that all you can say, honey?"
"I am really really sorry and I mean it."
Ayu menghembuskan nafas kelelahannya, "After all these years? Why Razak, why?"
Razak menundukkan wajahnya.
"Dia anak boss I. I tak tahu macammana benda ni boleh jadi. We only started out as friends, but...."
"So, benda ni dah lama lah. Di luar pengetahuan I. Honey, I percaya kat you. You are going to be my husband. How could you...." Ayu terasa berat untuk menghabiskan kata-katanya.
"Listen, sayang. Kitorang dah janji relationship ni akan tamat bila I dah kahwin dengan you nanti. You tahu tak, semua kesenangan yang I dapat hari ni, sebab dia yang tolong I."
"Razak...you dah gila tahu tak???!!!! Takkan sebab kerja you, you sanggup khianati I. Razak, you are the one and only in my life."
"Sayangg...I tahu I buat silap. Tapi, please..you have to understand..."
"Understand what? You bercinta dengan perempuan lain? Itu yang I kena paham???!!! You tidur dengan orang lain, then you want to be my loyal husband??!!! Apa lagi yang tak cukup dalam hidup you, kenapa you sanggup buat semua ni??"
"Shut up! You tahu ke apa yang I rasa? Betapa susahnya I nak sampai ke tahap yang I ada sekarang. You tahu apa!! Dia yang tolong I membina karier I selama ni. Nak harapkan you, you don't even help me to achieve my dream."
Ayu tersentak dengan kata-kata Razak itu, "Say it again, say it again your last word."
"You don't even help me to achieve my dream!!" Razak berkata dengan mengumpul kekuatan sendiri, melawan kesayuan hati Ayu dengan keegoan seorang lelaki.
Ayu tertunduk, air mata yang cuba ditahan sedari tadi menitis juga mengalir ke pipi, "I am your dream, Razak. Remember?" Ayu mencabut keluar dengan perlahan-perlahan cincin belah rotan di jari manisnya. Di relung bulatan cincin itu, tertulis 'Razak & Ayu 2003 till forever'
Razak membatukan diri mendengar kata-kata terakhir Ayu, lantas Ayu mencapai tangan Razak dan meletakkan cincin belah rotan itu dalam genggaman Razak. Maka, putuslah pertunangan mereka secara tidak rasmi.
Setahun Kemudian.....
Razak merenung ke arah seorang gadis yang sedang ligat bermain layang-layang di halaman padang yang luas itu. Ya, gadis yang sangat dirinduinya saban hari, setelah kehilangannya setahun yang lepas. Dia sedar kehadirannya di sini mungkin mengganggu-gugat emosi orang sekeliling tapi dia tidak peduli. Hatinya lebih banyak terjurus kepada gadis itu.
Selepas kejadian yang meragut seluruh jiwa raganya, dia memutuskan terus hubungan bersama wanita yang ditidurinya malam itu. Dia sedar dia sudah membuat kesilapan yang sangat besar dalam hidupnya, namun dia percaya pintu taubat itu masih terbuka untuknya. Tapi, apa yang dia pasti, pintu hati gadis yang girang hati bermain layang-layang itu, sudah pun tertutup untuknya.
Dia tahu betapa sukarnya Ayu untuk menerima kenyataan itu. Dia tahu Ayu trauma untuk mendekatinya lagi. Dia sedar, sejak dari tingkatan 4, mereka belajar di sekolah yang sama, dan ditakdirkan menyambung pelajaran di universiti yang sama selama hampir 5 tahun. Ayu lah yang membantunya mengecapi kehidupan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Ayu lah yang tidak pernah putus asa memberikan dorongan ketika dia jatuh. Namun, apabila dia sudah mula membina kerjayanya, dia jadi lupa tentang asal-usul dirinya. Dia jadi lupa tentang nilai-nilai keagamaan yang diterapkan dalam dirinya sedari kecil. Dia telah membuat percaturan yang salah.
Sejak dari itu, dia cuba mengecapi semula kepercayaan dari ahli keluarganya. Sebusuk-busuk tingkah kita, keluarga kita akan tetap menerima kita kembali, tapi tidak bagi Ayu. Tragedi itu betul-betul merenggut jiwa, akal dan emosinya.
Sejak dari kejadian itu, Ayu berhenti kerja selama 6 bulan. Razak tahu mengenai hal itu tapi dia tidak mahu membuat apa-apa tindakan. Dia sedar itu semua berpunca darinya. Dan, dia tidak tahu dalam tempoh 6 bulan itu, hati Ayu sudah disulam dengan manik-manik cinta dari lelaki lain. Dan, Ayu telah pun bertunang 3 bulan yang lepas. Entah kenapa Razak jadi seperti orang sasau mendengar berita itu. Dia akui dia seperti seorang lelaki 'gila talak'. Hatinya memberontak untuk mendapatkan Ayu kembali. Tapi, mustahil bagi Razak melakukan semua itu. Dia tahu hidupnya kini kosong tanpa gadis itu. Cinta yang bermula di bangku sekolah.
Sewaktu di tingkatan 4, Razak adalah seorang pelajar nakal yang kelihatan seperti tiada impian dan cita-cita. Razak pernah menuliskan sebuah nota cinta yang penuh tulus pada Ayu, kerana gadis itu selalu bertanya tentang impian Razak di masa hadapan. Dengan idea yang tidak berapa kreatif, Razak menuliskan sesuatu untuk diberi kepada Ayu, di atas sehelai kertas kecil yang dikoyak dari buku teks Sejarah Tingkatan 4.
Ayu menoleh sesekali ke arah Razak yang terduduk jauh di atas bangku kecil di sudut hujung halaman padang yang luas ini. Sambil tangannya tidak leka untuk menarik dan melepaskan tali layang-layang itu agar sentiasa berada dalam keadaan stabil dengan deru angin yang tidak menentu.
Kelihatan juga kanak-kanak kecil yang turut sama-sama bermain layang-layang berada di sekeliling Ayu. Dan kelihatan juga beberapa kelibat orang dewasa di kawasan padang yang lapang itu, turut sama bermain layang-layang.
"Ayu, abang rasa Razak datang tu nak jumpa Ayu agaknya."
Ayu menoleh pada seorang lelaki yang berbicara dengan nada yang tenang. "Abang..." Ayu mula bersuara. "Pergilah jumpa dia. Mungkin ada perkara yang perlu Ayu selesaikan dengan dia. Takpe..abang tak kisah. Abang faham." Ujar lelaki itu sebelum sempat Ayu menghabiskan bicaranya.
Ayu merenung lelaki itu, dan menoleh pula ke arah Razak yang jauh. Dua watak yang berbeza dalam hidup Ayu. Ayu melepaskan tali layang-layang di tangannya, dan membiarkan layang-layang itu jatuh nanti. Ayu tersenyum di dalam hati, dia tahu lelaki yang menjadi tunangannya sekarang ini akan mampu menjaganya hingga ke akhir hayatnya nanti.
Ayu menggerakkan langkah kakinya menghala ke arah tempat duduk Razak. Dia tahu Razak akan datang ke sini pada hari ini, sebab dia selalu melihat kelibat Razak di pejabatnya. Dan, dia cukup kenal Razak. Lelaki itu akan memerhatikan setiap gerak-gerinya dan akan menampakkan diri apabila tiba waktu yang sesuai. Ayu sebenarnya sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan Razak. Lebih bersedia dari apa yang orang lain sangkakan.
Ayu terus duduk bersebelahan dengan Razak, namun pandangan mata mereka masih ke arah layang-layang di udara. Razak tahu Ayu akan berjumpa dengannya. Razak pun kenal Ayu, gadis itu sentiasa bersedia dalam setiap tindak-tanduknya.
"You datang sini tak bawak layang-layang ke?" Ayu memulakan bicara, apabila suasana hening menyelubungi ruang di antara mereka berdua.
"Tak." Sepatah Razak menjawab, sepi kembali.
"Razak..."
"You used to call me 'honey'."
Ayu tergelak kecil, lalu memalingkan wajahnya ke arah Razak yang nampak bersahaja. Lelaki itu memang tak pernah berubah, fikirnya. Nakal dan bersahaja.
"I'm sorry." Razak tersengih, dia sedar akan kebodohan yang cuba ditunjukkanya.
"It's ok. So...how's life now?"
"I don't have any life now." Razak ketawa dengan lawak yang dibuat-buatnya sendiri.
"Razak...."
"Ok. To be honest, I sekarang dah ada kerjaya yang best. Family I dah maafkan kesilapan I. Kawan-kawan I okey je. You ingat tak kawan I yang nama Zaki tu?"
"Ya...kawan you yang macam Nobita tu kan? Perangai pun macam Nobita. So, dia dapat tak berkenalan dengan Suzika dia tu?" Mereka tergelak.
"Well, dia dah kahwin pun sebulan lepas dengan Sizuka tu. Even kat atas pelamin tu pun kitorang masih usik-usik dia sampai naik merah muka dia." Mereka tergelak lagi.
"You dengan kawan-kawan you, kalau tak menyakat orang memang tak sah." Mereka menghabiskan sisa-sisa gelak yang ada.
"So..." Razak mematikan bicaranya, hatinya kembang kecut untuk bercakap tentang perkara sebenar yang membawa langkahnya ke sini.
"So...that's my new fiancee. Yang tengah main layang-layang, yang pakai baju biru belang-belang tu, yang kurang handsome sikit dari you," Ayu tergelak dengan kata-katanya sendiri. Mengharapkan sebarang respon dari Razak, tapi Razak sudah lama mematikan senyumannya.
"Ya. I tahu. You tahu kan I selalu skodeng you." Razak membalas kata-kata Ayu dengan gelak tawa. Ayu juga begitu. Perkenalan mereka cukup lama sehingga mereka sudah pun cukup mengenali hati budi masing-masing.
Razak curi-curi memandang wajah Ayu, sementara Ayu tergelak-gelak kecil. Razak terdiam. Hatinya jadi sakit apabila mengetahui yang dia tidak mampu menyimpan gelak tawa Ayu dalam kehidupannya lagi selepas ini kerana Ayu bukan miliknya lagi.
"Ayu...." Razak menarik nafas dalam-dalam. Kalaulah dia bukan seorang lelaki, dia pasti sudah menumpahkan takungan air mata di padang yang luas ini.
Ayu memandang Razak, kemudian mengalihkan seluruh pandangan dan hatinya kepada lelaki yang berbaju biru belang-belang di tengah padang. Sesekali lelaki itu tersenyum ke arahnya.
"Dia yang ubat hati I selama you tak pernah sekali pun munculkan diri dalam hidup I lepas kejadian tu."
"I..."
"You tengah cari diri you kan? I know you well. I know you more than you do."
"Sayang...."
"Razak, you have to move on with someone else. I dah pun maafkan you. I dah pun lupakan you, cuma ada sesetengah memori lagi pasal you yang tak boleh delete. Dan, you pun tahu yang you tak boleh mintak I kembali pada you lagi, sekarang dan mungkin selama-lamanya. Take all of your time to forget me, but don't waste all your time to love me."
Razak diam, memandang ke arah hadapan. Otaknya ligat berfikir.
Tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak kecil yang entah dari mana, "Kakak! kakak! Jomlah main layang-layang. Layang-layang ni tak boleh terbang dari tadi." Katanya dengan suara halus memujuk. Ayu tersenyum manja kepadanya, "Nisa pergi main dulu ya, nanti 2 minit lagi akak datang." Pujuk Ayu kepada kanak-kanak kecil bernama Nisa itu. Kanak-kanak itu berlari-lari anak meninggalkan Ayu dan Razak yang diselubungi sunyi.
"Ok lah, Razak. I harap kata-kata I dah cukup jelas. Kebetulan you datang, I nak pulangkan balik note yang you bagi dulu, better jugak kalau you tampal balik kat buku teks Sejarah Tingkatan 4 you. I got to go now. Assalamualaikum." Ayu bersuara tenang, lalu menghulurkan secarik kertas kepada Razak, dan berlalu pergi dari hidup Razak untuk selama-lamanya.
Ayu,
Kenapa Ayu suka tanya soalan yang Ayu dah tahu jawapannya.
Ayu adalah impian dan cita-cita Razak. You are my dream, sayang.
Love,
Mohd Razak Mohd Yaakob
note : sejarah...ia tetap sejarah!
ohh sejarah....
BalasPadam