Masa kecil ku yg hilang. Entah apa yg aku ingat tentang zaman itu. Pantai laut. Ketawa mereka. Senyum emak. Gelak abah.
Tiba-tiba ia mcm hilang. Aku yg hilangkan atau tercicir di celah-celah perjalanan dewasaku. Atau hilang dicuri Encik Masa yg tak pernah tggu aku.
Berhenti sekejap berfikir. Kemudian, menaip semula. Mana masa kecil aku? Aku kah yg buang di tong kitar semula? Tolonglah kitarkan semula masa kecil aku, wahai Encik Tong Kitar Semula.
Tak mungkin aku buang. Mungkin aku TERRRRBUANG kot. Tapi....
Masa kecil itu indah sekali. 100 kali ganda lebih indah dr masa ini. Tergamak aku menghilangkannya. Sepatutnya aku jaga 'masa' tu. Abis mcm mane ni??? Mana nak cari???
Mungkin 'masa' tu mmg dah takde lagi. Dah expired kot.
Masa tu, yg jelas kt otak skrg. Emak aku ada duduk kt bwh pokok. Duduk beralaskan tikar mengkuang. Ada periuk nasi. Yang confirm adalah nasi lemak. Ada lauk-lauk. Angin pun sepoi-sepoi. Abang aku 2 orang dah kat tgh laut agaknya. Berani betul hero-hero ni. Tu bapak aku. Tgh dukung adik aku yg takut lemas. Aku tgh buat istana pasir. Tapi, air pantai ni selalu robohkan istana aku. Penat aku buat. Malas lah. Aku nak berenang lah ke tgh2 laut ikut hero-hero tu. Gedebush!!! Elehhh..tak dlm pun. Emak jerit, jgn jauh sgt. Tapi, kaki aku sampai je nak mandi kt situ..hehe. Abang aku yg kurus sorang tu tarik aku ke tengah laut. Lepas tu, dia kena marah dgn bapak aku. Haha..tulah sibuk nak dengki org sangat. Hambik kau!!!
Lapar! Lapar! Emak panggil makan. Lumba lari dr pantai ke tempat emak. Abang yg gemuk tertinggal ke belakang. Aku dan abg yg kurus gelak sakan. Sbb aku pun kurus dan kuat lari. Abah masih dukung adik. Makan-makan. Bila emak tanya bila nak balik. Kitorang 3 orang geleng taknak balik.
Eh eh! Tipulah semua tu. Macam takde apa-apa yg berlaku pun dulu bila tgk keadaan skrg. Eh eh! Aku dah gila agaknya. Tp kenapa ada bayangan 'masa kecil' tu kat medula oblongata aku ni. Kenapa kadang-kadang aku mimpi 'masa kecil' tu? 'Masa kecil' org lain agaknya kot..terserap kat otak aku. Tapi...
Aku ada bukti. Aku ada gambonye. Tapi kenapa masa kecil aku dah hilang. Pokemon kot ambik. Takpun Sailormoon yg simpan dlm tongkat sakti dia. Gila lah!
Hihihihii...serius aku rase
Nanti kalau ada sesiapa jumpa 'masa' yg aku carik tu. Tolong eyh. Pulangkn semula kt aku. Kot-kotlah terjumpa. Aku perlukan 'masa' tu. Aku nak mkn nasik lemak lagi. Nak lumba lari. Nak buat istana pasir sampai 3 tingkat. Tapi taknak buat dkt2 dgn pantai sgt. Nanti roboh dilambung ombak..hehe.
Entry mengarut kot ni? Kalau tak suka, jgn baca. Tp dah nak ending dah. Terima kasih sbb baca. I love you! I love my late father, my beautiful mother, my fat brother, my black brother, my gedik sister. Thank you for loving me so much like HEAVEN
note : bukti lagi 1..dah beso pon pandai berenang. walaupun dah tak berapa nak kurus..hihihi
mahu berenang juga.
BalasPadam