Cerpen


31 Mac, 2011

Bila Allah Menduga Kita

  Tajuk entry kali ini dipetik drpd tajuk sebuah buku dr berpuluh2 ribu buku yg ada kt perpustakaan tmpt aku bekerja. Bila Allah menduga kita. Thanks to Cik Siti kerana menemukan buku ini dlm episod kehidupan suka duka kita bersama. Utk pengetahuan korang semua, aku hanyalah membaca tajuk buku ini sahaja, dan subtajuknya juga. Kerana kekangan waktu dan kesempitan ruang2 masa menjadikn aku agak sukar utk membelek helaian demi helaian buku ini. Novel Rayyan Fantasi karya Ramlee Awang Murshid pun masih terhenti di mukasurat 171 walaupun aku dah beli novel tu 4 bulan yg lepas. Nak update blog pun kdg2 tak sempat. Thanks kpd follower2 yg bertambah secara rasmi dan tak rasmi. Teruskan pembacaan korang pada entry2 aku yg tak seberapa ni.

  Berbalik kpd "Bila Allah menduga kita". Baca tajuk ni pun aku rasa berat kat hati. Mungkin kerana ujian2 Allah yg datang kpd aku semenjak kebelakangan ini. Jika tidak kuat, mungkin aku akan jatuh tersungkur spt suatu masa di zaman kejahilan dahulu. 

  Kemudian, aku berfikir semula. Dan, aku nak ajak korang semua pun sama2 berfikir dgn aku. Terutamanya korang2 yang didatangkan dgn dugaan Allah yg lebih dahsyat dari orang lain. Kita rasa spt ingin bertanya kpd Tuhan kita "Nasib apakah yg Engkau timpakan pada aku ini, Ya Allah? Kau kata Kau Maha Penyanyang kpd hamba2 Mu." Jika persoalan ini lah yg pernah terlintas di minda korang semua walau sedetik cuma, hapuskanlah persoalan dan perasaan spt itu segera yg mungkin. Dan, panjatkan lah istighfar kerana Dia juga Yang Maha Pengampun. 

  Lalu, kita bermuhasabah diri sendiri mencari punca, faktor, dan hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah itu Maha Adil. Allah beri ujian pun mengikut kemampuan diri kita. Dan, aku ada satu kata-kata hikmah yang aku nak korang jugak gunakan dan sematkan dlm hati dan jiwa korang semua,

APABILA KITA MENERIMA SESUATU DGN REDHA, KITA AKAN BERTEMU DGN HIKMAHNYA.

  Aku nak story sikit pasal sorang kawan baik aku. Ni kisah benar ni. 'Aliza' bkn nama sebenar. Mungkin korang semua ada juga mengalami peristiwa ini, atau kawan2 ke, saudara ke, boleh jadi jiran-jiran ke..kisahnya bermula begini


  Aliza seorang gadis yg sgt ceria. Tapi, kadang-kadang emosi jugak. Biasalah, masalah orang perempuan. Sepanjang proses pembesarannya bersama adik beradiknya, ternyata dialah gadis yg paling nakal dan kepala batu dibandingkan dgn yang lain. Kadang-kadang emak dia ni dah jenuh nak membebel kat dia. Dan, Aliza ada seorang abang yg sgt mengambil berat terhadap dirinya. Abang dia sedari kecil tidak pernah henti memberi nasihat/membebel kpd Aliza. Kerana abangnya percaya hati Aliza sekeras batu di gua. Jika dihentak menggunakan tukul, ia pasti hancur berkecai. Biarlah abangnya menjadi titisan air gunung yg menitik di atas batu gua itu selama beribu tahun pun, lambat laun, batu gua yg keras itu akan berlekuk juga. Hebat abang si Aliza ni punya pepatah sbb nak jaga adik dia seorang yg degil ni. 
  Semakin Aliza meningkat dewasa, Aliza byk mempelajari erti hidup yg sebenarnya di dunia ini. Dia sedar dia telah terlalu byk terleka dan diabuai-buai keindahan dunia nan sementara ini. Semakin dia membesar jugalah, dia mula tahu yg dunia ini rupanya tempat persinggahan bagi semua umat manusia. Tiada yg kekal abadi di sini
  Aliza mula menghargai kedua orang tuanya lebih berbanding dulu. Dia mula merasai perhatian dan kasih sayang abangnya itu bukan suatu kongkongan yg tiada beralasan. Dia mula berusaha lebih gigih dalam mencari ilmu dan rezki Allah agar lebih diberkati. Dia mula belajar erti dunia dalam mengejar akhirat yg pasti, walaupun belum sepenuhnya tapi dia masih lagi berusaha, aku tahu usaha Aliza tidak pernah putus. Cuma terkadang dia terlupa yang dia sedang berusaha *boleh tak statement aku mcm tu?*
  Keluarga Aliza, rakan-rakan, jiran-jiran dan kucing peliharaan Aliza pun gembira melihat perubahan positif yg ditunjukkan Aliza. Mereka sering berkata yg Aliza sudah dewasa skrg. Dia juga sudah pandai membuat nasi ayam tanpa pemantauan dari  emaknya lagi. Dah boleh kata memang tiptop lah kalau nak jadi bini orang tu. Tapi, hati Aliza masih kosong dan tidak terisi oleh mana-mana lelaki yg istimewa pun buat masa skrg. Mungkin kerana pernah dikecewakan oleh cinta pertama, yg membuatkan hati Aliza sekeras kerikil ini menidakkan lelaki lain selepas itu. Aliza berkawan dgn ramai lelaki tapi tiada satu pun yg mampu menyentuh hati kewanitaannya.
  Suatu ketika, Aliza pergilah berkursus yg dihantar oleh company dia ni. Mungkin kerana wajah Aliza ni seorang yg sangat cintakan kursus dan ceramah segala. Maka, berangkatlah Aliza ke sebuah negeri yg agak jauh dari tempatnya. Selama 10 hari di sana, Aliza dalam diam menyukai seorang lelaki yg sama-sama berkursus di tempat itu. Lelaki itu sgt sederhana di pandangan mata orang lain. Gaya yg sederhana, sikapnya yg sederhana, dan segalanya pun sederhana lah senang kata. Sebab selalunya Aliza minat lelaki yg ada iras Orlando Bloom saja. Kalau lelaki hidung kemek-kemek ni, Aliza buat tak nampak je. Sebab Aliza perasan yang dia adalah gadis yg HOT..haha. 
  Tetapi, lelaki yg biasa ini, yang tiada iras langsung dgn Orlando Bloom mahupun Leonardo DeCaprio mahupun Madhavan, dialah satu-satunya lelaki yg telah berjaya mencairkan hati Aliza yg sebeku ais 50sen dijual di 7Eleven. Dek kerana Aliza seorang wanita yg konon-kononnya pemalu itu, dia mendiamkan sahaja hasrat hatinya kpd lelaki itu. Oh, hampir terlupa. Nama lelaki itu adalah 'Zaman' bukan nama sebenar..hehehe..
  Sehari sebelum kursus yg memakan masa selama lebih dari satu minggu berakhir, Zaman mendapatkan nombor telefon Aliza dgn izin Aliza sendiri. Ketika itu, Aliza pun buat-buat biasa sahaja padahal hatinya telah berbunga-bunga seperti bunga-bunga Sakura di negara Jepun. Selepas kursus berakhir, mereka saling menghubungi sesama mereka sendiri. Aliza bagaikan dibuai di alam mimpi lagi apabila mengetahui bahawa Zaman juga memendam perasaan yg sama padanya ketika berkursus dahulu.  Dan Aliza hampir pasti dgn keputusannya kali ini bahawa lelaki inilah yg diciptakan utknya, yg bakal menjadi imam kepadanya, yg bakal menjadi bapa kepada anak-anak mereka, yg bakal menerajui hari tua bersama-sama, ya, lelaki bernama Zaman itu. Kerana Aliza merasakan lelaki itu mencintai Allah dan agamanya sepenuh hatinya. Tidak seperti lelaki-lelaki yg dikenali Aliza sebelum ini. 
  Aliza pun dgn seikhlas hati menceritakan perasaan dan keinginan hatinya kpd abangnya. Abang tempatnya mengadu segala perihal peribadi dan menjadi tempatnya bersandar di kala susah senang menimpa kamus hidupnya. Namun, Aliza bagai terkena tempias dari sambaran petir tatkala menerima respon yg sgt sgt sgt negatif dari abangnya. Ternyata abangnya kali ini tidak menyetujui perhubungan mereka. Dgn nada yg sgt bersahaja, "Budak tu ada spm jer, Liza. Kerja pun bawah sahaja. Kau tu pulak highest maintenance orangnya. Takpe. Cari je yang lain. Kau tu muda lagi."
  Kata-kata itu bernada tegak dan tiada nada marah, mahupun tinggi suara. Bayangkan di minda korang bagaimana kata-kata itu keluar dari mulut abang Aliza. Mudah sekali bunyinya. Ringkas dan padat
  Selama hampir sehari Aliza tidak makan, tak boleh buat kerja kerana memikirkan kata-kata abangnya yg sebenarnya sgt mencengkam di kalbunya. Dia memikirkan perkara itu setiap kali dia duduk, bangun, pergi tandas, betulkan jam tangan, susun buku, picit jerawat, memandu, malahan tengah shopping di Econsave pun dia masih memikirkan hal itu. Aliza rasa mcm nak bunuh saja abangnya yg ego dan bongkak ketika itu. Dia seperti tidak mahu menerima abangnya lagi dlm hidupnya. Itulah perasaan Aliza ketika itu. Korang ambil masa 2 saat membayangkan keadaan Aliza ketika itu dan bagaimana jika korang berada di situasi itu tapi tolong jgn bayangkn mcm mana keadaannya di Econsave ketika dingorat oleh abang jual ayam pada waktu itu. 
  Masa pun berlalu dgn pantasnya, kegalauan hati Aliza dapat dibaca oleh sang ibu, walaupun sang ibu tidak mengetahui duduk perkara sebenar tapi sebagai seorang ibu yg terbaik dlm dunia ni, sang ibu tahu anaknya mengalami suatu golakan jiwa yg tidak mahu diceritakan pada sesiapa pun. Tapi, sang ibu mewakilkan orang lain utk memujuk jiwa kacau Aliza. 
  "Maklong cuma nak pesan kat kau ni, Za." Ibu saudara Aliza memulakan bicara ketika mereka berdua duduk minum petang di sebuah gerai pisang goreng kegemaran Aliza. "Maklong faham kau dgn abang kau tu dingin semacam saja. Abang kau dah cerita kat Maklong pasal perkara sebenar. Maklong ni niat bukan nak campur urusan kome adik beradik. Tapi, memang Maklong nak campur pun urusan kome ni hah! Sebab makin dibiar rajuk kamu tu, Aliza, makin tersasar kamu di jalan sebenar nanti. Maklong ni bkn apa, Maklong dah anggap anak-anak saudara maklong ni semua mcm anak maklong jugak." *Okeylah maklong! Pjg pulak mukadimah maklong kali ni* 
  "Kau kena faham kenapa dan mengapa abang kau tak kasi berkawan dgn budak tu. Abang kau ni penyayang orangnya cuma dia tak pandai nak tunjuk. Kalau dia tak syg, takdelah dulu dia balun kau dgn penyapu sbb kau cabut sekolah asrama dulu. Dia buat mcm tu sebab dia tahu dan kenal adik-adik dia macam mana. Dia taknak lah nanti bila adik beradik yg lain hidup senang lenang, tiba-tiba adik kesayangan dia yang sorang ni menolak motor dgn suaminya *motor kapcai rosak tgh jalan*, dia nak tolong pun tak boleh. Orang dah ada keluarga sendiri, susah lah sikit adik-beradik tak boleh nak masuk campur urusan rumah tangga. Maklong pun nak ingatkan kau, Aliza, kau kena buang jiwa remaja kau yg memberontak tu jauh-jauh, terima segala nasihat keluarga dgn hati terbuka. Sbb apa-apa pun yg kau buat, restu ibubapa tu yg jamin kau masuk syurga, tahu!"
  Maklong oh Maklong! 
  Beberapa hari kemudian, dgn tekad dan azam yg setinggi langit di angkasa raya, Aliza nekad utk menghindarkan segala bayangan, impian, angan-angan, harapan, cita-cita dan kenangan yg dicipta bersama-sama Zaman. Sambil mendendangkan sebuah lagu bertajuk "Pelamin Anganku Musnah"..
  Semakin kuat cuba dibuang bayangan dan senyuman Zaman, tapi lelaki itu tidak pernah putus asa menghadirkan diri dalam hidupnya. Ya, Zaman tidak mengetahui perkara sebenar yg terjadi ke atas kehidupan Aliza. Dan, korang bayangkan apa perasaan Aliza utk memberitahu perkara sebenar kepada Zaman. Wajarkah? Zaman di'reject' kerana taraf pendidikannya. Lelaki mana tidak akan terbakar jiwa raganya dgn hakikat itu nanti. Maka, Aliza bertindak menjauhkan diri dan membiarkan Zaman dihujani dgn 1001 persoalan mengenai kejauhan Aliza dari dirinya, padahal Zaman sgt pasti yg Aliza adalah segala-gala curahan hatinya kini. Oh Zaman, percayalah yg Aliza bkn yg terbaik utkmu. Percayalah, Aliza sebenarnya perempuan yg serba kekurangan dari agamanya. Maka, semoga Allah menemukan kau dgn wanita yg sebaik pekertimu, wahai Zaman. 
  Dan, buat Aliza yg masih mencari-cari kestabilan diri walaupun kau kadang-kadang mcm berpura-pura okey. Aku faham dan mengerti perasaan kau. Walaupun aku tidak meletakkan kakiku di kasutmu, Aliza. Percayalah, kasut kita sama saja. Dulu, kau lebih byk mengikut kemahuan kau sendiri sehingga betapa byk pengorbanan yg telah dilakukan oleh keluargamu. Jangan kau lupa itu. Jadi, sekali ini mereka meminta pengorbanan dari kau utk kebaikan kau sendiri di masa mendatang. Maka, kau TIDAK BOLEH TIDAK mengikut pesan ibumu. Mereka mahu yg terbaik utkmu. Saban hari aku akan menyanyikan lagu ini di telinga kau. Meh aku copy paste lirik lagu Sharifah Aini ni utk tatapan bersama,

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


  Tabahlah dgn ujian dan dugaan ini. Sandarlah di bahu Cik Siti dan rakan-rakanmu yg lain kerana mereka sentiasa ada dgn mu. Jgn mudah menangis, simpanlah rajuk hatimu agar kau menjadi lebih kuat di hari esok. Amin...




  Begitulah kisah sahabatku, Aliza (bkn nama sebenar), agar dijadikan iktibar dan pedoman buat pembaca "bila Allah menduga kita" nanti. Tak perlulah korang berfikir apakah kesudahan cerita ini, kerana cerita Aliza pun sampai situ jer. Kalau ada penyudah, akan disambung lagi nanti. InsyaAllah. Mungkin nampak mudah ujian ini buat orang lain, tapi tidak bagi Aliza barangkali. Kerana dia dan Tuhannya saja yg tahu tentang perihal hatinya. Maka, sama-sama kita doakan buat Aliza supaya dia tidak putus asa dalam hidupnya. You can do it!

  Sekian.



note :  A Doctor In The House sudah berada di office saya. Untung kerja kat library ni *sambil tersenyum kambing*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan