Buat pembaca budiman yg dikasihi Allah swt. Hari ni nak buat kisah sambungan dari kisah 'Aliza' yg dinanti2kan oleh pembaca sekalian..hahaha.
Setelah Aliza memulakan hidup baru tanpa lelaki bernama Zaman, tidak dapat dinafikan Aliza sgt terkilan dgn tindak-tanduknya sendiri. Aliza lebih banyak mengelamun dan menghabiskan masa dgn kerja-kerja di pejabat. Lebih baik dia buat-buat busy dari dia mengenang kisah lalu bersama Zaman. Telah dipendamkan jauh di sudut hatinya tentang lelaki itu.
Setelah sekian lamanya mereka tidak berhubung, takdir telah menemukan mereka kembali di suatu keadaan. Aliza sgt teruja. Teruja dgn kehadiran Zaman untuk kali kedua dalam hidupnya. Mereka bercerita tentang kehidupan masing-masing sekarang. Dan, apa yang mengejutkan Aliza, Zaman kini sudah dimiliki oleh seseorang atau dlm bahasa kasarnya Zaman sudah pun ade awek. Aliza tidak terkilan akan perkara itu. Dia redha kerana dialah penyebab Zaman berasa kecewa, lalu mencari pengganti bagi membalut luka di hati. *skema gila ayat*
Aliza berasa lapang di hati kerana sekurang-kurangnya dia tahu Zaman berupaya meneruskan hidup setelah dikecewakan. Aliza tahu Zaman adalah lelaki yg sangat tabah dlm menghadapi ujian Allah. Tapi, apa yg menggusarkan Aliza adalah dari gaya penceritaan Zaman mengenai kekasihnya itu,
"Orangnya baik, cuma, kadang-kadang dia selalu menghilang. Kadang-kadang tiga hari tak dapat contact dia. Cuma semalam happy la jugak sebab dah dapat contact dia semula, macam-macam dia cerita, lepas tu dia cerita dia ada masalah sebab tak cukup duit nak beli perabot untuk rumah sewa dia. Kesian pulak kat dia. Ingat kejap lagi nak pergi bank in duit kat dia."
Aliza khusyuk mendengar, lalu bertanya, "Berapa ringgit perabot tu?"
"RM 1,000.00"
*perabot ikea agaknya yg mahal sgt tu*
3 hari kemudian, Aliza menghubungi Zaman melalui SMS bertanyakan khabar dan perihal aweknya itu,
Camne girlfriend awak? Sihat?
Entah. Dia senyap je. Call taknak angkat. Nak kata merajuk, saya takde buat salah apa pun.
Kalau korang baca cerita ni pun rasa nk hempuk je awek si Zaman tu, ni kan pulak Aliza. Aliza rasa nk menangis baca mesej dari Zaman tu. Sejak dari awal lagi Aliza mmg tahu, Zaman tidak seperti lelaki2 lain yang spesis buaya darat. Zaman adalah lelaki yg lurus yg tidak pandai membaca tipu daya manusia. Kebetulan, Zaman orangnya rajin menyimpan duit kerana walaupun gajinya yang sedikit dia dapat itu, tidak pun digunakan untuk tujuan hal remeh temeh duniawi. Berbeza dgn lelaki-lelaki yang harap gaji je beso tapi simpanan tak pernah pun jadi simpanan.
Kasihan Aliza, sepuas hati dia memujuk dirinya agar tidak mudah melatah dan menampakkan kelemahan hatinya melihat keadaan Zaman. Difikirannya dulu, dia sgt berasa lapang hati kerana Zaman menjumpai perempuan yg lebih baik darinya. Tapi........
Begitulah hidup Aliza kini, mengetahui Zaman telah menemui orang yg salah dalam episod hidupnya. Tapi, apa lagi yg mampu dilakukan Aliza. Ingin meminta Zaman mengakhiri perhubungan dengan perempuan itu? Jawap Zaman "Sekurang-kurangnya perempuan ini tidak meninggalkan saya dalam keadaan gantung tidak bertali seperti awak dulu."
Aliza akur dgn kehendak Zaman. Siapa lah Aliza skrg untuk mendapat tempat teristimewa di hati Zaman lagi. Aliza tahu betapa sukarnya Zaman merawat hati yg luka dek perbuatannya dulu. Tapi, jikalau Zaman tahu betapa susah lagi Aliza merawat hati, emosi, nurani, jiwa, naluri sehinggakan hari ini pun Aliza tidak mampu untuk menggantikan Zaman dgn yang lain. Ini semua dugaan bagi Aliza mengharunginya sendiri. Atas kehendak keluarga, dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri.
Sabarlah Aliza,
Pandanglah waktu ini dengan mata hatimu
Lihat itu..Allah sedang mengujimu
Perasaan cinta sesama manusia adalah perasaan yg Allah pinjamkan kepada setiap hambaNya
Lalu, imanmu diuji agar kau tidak membelakangkan keluargamu yg selama ini berjasa
Kau berdoalah agar diambil semula perasaan cinta pada Zaman yg telah Allah pinjamkan itu
Kau pun tahu erti kasih yang abadi...
Begitulah kesinambungan cerita Aliza ini untuk tatapan korang semua. Setakat tu jela kisah sambungan Aliza. Aku pon tak tahu mcm mana ending Aliza dengan Zaman ni nanti. Kita doa2kan la Aliza tabah dan cepat bertemu jodoh...hehehee...semoga aku pun dapat bertemu jodoh yg baik. Amin.
note : tak sampai hati aku nak beli perabot pakai duit orang sampai RM1,000.00
kenapa tajuk dia tak sama.. Buka Allah Menduga Kita? erm.. taip nih ngah ngantuk ker?
BalasPadamhahahaa terima kasih dania dee atas terguran anda. da edit semula pon. mmg mengantuk pon time ni..
BalasPadam