Cerpen


01 Julai, 2011

Edisi Khas : Sponge Bob Square Pants

Assalamualaikum wbt,



  Mood hari ni tiba terkenang kat Spongebob Squarepants! Kisah kartun kesayangan aku! Biarlah hari ni rasa mcm budak-budak tak matang. Dah korang pun baca blog aku, maka baca jelah sampai habis. Sebab tadi terbaca kat Mastika sikit info pasal kartun ni. Baru aku tahu umur Spongebob dah 24 tahun. Aku tengok Spongebob tu mcm budak-budak je, lagi-lagi kalau dia boleh layan kepala si Patrick yg tingtong tu. Patrick tu merupakan spesies tapak sulaiman sebenarnya. Kalau korang bukan peminat siri kartun Spongebob ni, baik jgn sambung baca post ni, nanti muntah hijau sebab aku cerita psl Spongebob mcm syok sendiri. Lantaklah! Aku bukan tulis kat blog korang pun..huhu...

Inilah Patrick, kawan baik Spongebob!

  Sambung balik ~ Spongebob ni seorang yg sgt berdedikasi dgn kerja..sampaikan Encik Krab kena saman dengan Majlis Perbandaran Bikini Bottom sebab ada sorang pekerja yg bernama Spongebob tak pernah ambil cuti sepanjang berkhidmat di Krusty Krab.

Cantik tak tempat kerja Spongebob?
  Tapi, ada satu makhluk spesies sotong kurita ni memang menyampah betul dekat Spongebob dan kawan baiknya, si Patrick.


  Memang muka SQUIDWARD ni mintak kaki sikit. Nak dijadikan cerita, sotong kurita ni pulak, rumah dia betul-betul kat tengah antara rumah Patrick & Spongebob


  HAAAAAA...korang tengok tu. Kiri sekali, rumah Patrick yg bulat separuh tu. Sebab Patrick tu tapak sulaiman jer. Dia memang hidup bawah batu agaknya sebab rumah dia tu sebenarnya mcm bawah tanah. 
  Who Live In  A Pineapple Under The Sea?
Sponge Bob Square Pants!
  Yg rumah lagi satu tu, memang mcm muka Squidward sikit..hehehee...
  Tapi, kadang-kadang aku pun stress jugak dapat jiran kiri kanan macam Spongebob & Patrick ni..hehehee..

  Belum habis lagi pasal Squidward ni sebab dia ni adalah rakan kerja Spongebob di Krusty Krab..hahaha..(jgn gelak kalau tak paham)

  Oh ya! Bagi sesiapa yg tak tahu..atau tak berkesempatan bertemu dengan parent Spongebob dalam tv, korang mesti tak pernah terfikir rupa kedut tua parent Spongebob ni.

  Sambung cerita psl Spongebob balik! Hobi dia menangkap obor-obor bersama Patrick. Obor-obor tu konon-konon mcm tangkap rama-rama lah kalau kat atas darat ni. Aku lupa nak mention kat korang yg tak tahu apa-apa psl Spongebob. Sebenarnya semua kejadian-kejadian di atas yg aku ceritakan ni berlaku jauh di dasar laut. Sebuah bandar yg bernama Bikini Bottom yg ada mcm-mcm hidupan laut. Tapi, aku terfikir jugak mcmmaner sponge kuning tu boleh berada bersama-sama hidupan laut? Hihihihihiii....
  Di tempat kerja Spongebob ni, Spongebob ditugaskan untuk menyediakan resepi rahsia Encik Krab yg bernamaaaaaaa.....


  Benda ni lah yg menjadi kegilaan penduduk di Bikini Bottom. Aku yg tengok cerita ni pun terdetik jauh di sudut hati nak mkn KRABBY PATTY yg sedaaappppp sangaatttttt ni. Boleh lawan Double Cheese tak?? Heheeheee...
  Disebabkan resepi rahsia dari Encik Krab yg sgt rahsia ni, ada sorang musuh dia yg kecik molek sibuk nak curi KRABBY PATTY yg sedap ni

  PLANKTON nama dia. Tengok jela tuh. Tak padan dengan kecik tapi tak pernah putus asa. Sebenarnya PLANKTON ni dulu bestfriend dengan Encik Krab. Pasal perebutan kuasa si PLANKTON yg gila kuasa sgt ni, mereka pun berselisih pendapat dan bergaduh

Comel kan mereka masa kecik-kecik dulu???
  Si PLANKTON ni memang tak kering dengan idea-idea jahat untuk merampas resepi KRABBY PATTY yg sedap tu...

Oklah..sebenarnya banyak lagi nak cerita psl Spongebob ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut psl Spongebob, boleh comment je bwh ni. Sebab korang memang tak tahu betapa addictnya aku dekat sponge kuning ni. Tu belum masuk aku cerita pasal Spongebob yg dah ambik ujian memandu sebanyak beratus ribu kali tapi tak pernah lulus. Hihihi...kesian spongebob. Diorang memandu bot tau kt dasar laut tu. 


  Hihihihiii...dah la. Esok pun tak habis nak cerita psl Spongebob ni. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sgt dekat Spongebob ni? Mungkin ideologi cerita ni kena dengan jiwa muda aku kot. 

  Tu jer. Rasa tak fair pulak kat kartun-kartun lain sebab ada lagi kartun yg aku suka, tapi Spongebob la yg plg aku syg..(tak boleh blah ayat)


 








note : percubaan pertama masukkan gambar dalam post  =)

2 ulasan:

  1. percubaan yang bagus.

    BalasPadam
  2. uiks... citer la lagi pasal sponge bob nih. aku pun minat.. tapi tak berkesempatan nak tgk.. ahhahahha bz siot...

    BalasPadam