Cerpen


30 Mei, 2011

Kisah sadis di malam raya

  Tibe2 hari ni teringat kisah zaman dulu2 masa kat kampung. Sejak arwah nenek dah takde, aku dah jarang blk kampung sbb kampung dah takde siapa2 dah. Tapi bila ingat zaman dulu2 dgn sepupu2 kt sana, rasa rindu sangat detik2 tu. Yg paling aku tak boleh lupa kisah di malam raya tahun 2006..
  Masa tu, aku muda lagi. Muda sgt lah katakan. Sepupu dan adik beradik pun kebanyakannya umur di lingkungan umur2 aku dan ada jugak yg muda remaja dan kanak-kanak. Malam tu, kampung sgt meriah. Dah lepas berbuka puasa, ada lagi juadah raya mcm ketupat rendang masih dlm proses pembikinan kt blkg rumah. Tu mmg tugas2 makcik2 la senang kata. Nk harapkn aku yg konon-konon tak tahu nk buat kerja ni tp sebenarnya pemalas.
  Rumah kampung aku ada 2 tingkat. Ada beranda tempat lepak-lepak bergosip di malam hari. Sedang makcik sibuk-sibuk di dapur, yg budak-budak berlarian seluruh rumah, naik tingkat atas, lompat tangga. Pakcik-pakcik pulak sibuk rewang kt blkg rumah. Yg paling 'busy' sekali adalah golongan 16-23 tahun. Cuba korang teka busy apa..
  Busy dgn handphone. Masa tu aku berada dalam kategori tu la. Sgt busy duduk kat tingkat atas. Ada lebih kurang 8-9 orang yg masuk dlm kategori tu. Sambil duduk bersembang, tgn sikit2 sibuk balas mesej. Masing2 masa tu sibuk la nak mesej dgn buah hati dan kawan-kawan, tanya mkn apa, masak apa, dan kalau tak silap trend raya dulu2 mesti ada mesej raya yg mcmni,

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman SMS pun dah kira grand lah ye..!

  Bila dah ramai sgt orang nak bermesej di malam raya lagi2 tepat pukul 12 malam, line telefon pun menjadi2 lah seboknya. Masa tu memang lah bergaduh dgn yg tersayang sbb lambat balas mesej kononnya. Abang aku sibuk call2 awek dia tak dpt *masalah line telepon*. Kebetulan kampung aku tu ceruk sikit. Masing2 dah duduk kat beranda dan tepi2 tingkap sebab nk berbalas mesej. Tak kurang jugak yg melekat dkt tepi suis sebab tgh charge handphone. Aku pulak paling hampir dgn plug suis tu. Bygkan lah rumah kampung. Tingkat atas yg luas tu tapi plug suis tu cuma 1 sahaja. Makanya, extension plug tu tambah yg jenis 4 punya. Tak cukup 4, salah satu extension tu tambah lagi 1 extension. Korang kira lah sendiri brape ramai yg charge handphone masa tu. Masa aku tengah leka-leka melayan handphone, aku perasan ada satu kilauan atau seolah percikan api yg kecil dekat salah satu extension tu. Aku pun diamkan jelah. Aku tgk yg lain sibuk melayan perasaan masing2. Yg bergayut lain, yg bergaduh ngn boyfriend lain, yg sibuk hentak-hentak handphone kat dinding pun ada. Macam2 hal malam tu.
  Tiba-tiba........
  TUP! BLACK OUT!
  Hahahahahaaa....senyap 2 saat.
  Budak-budak berhenti lari.
  Yg remaja-remaja mcm aku berhenti dari melayan handphone.
  Makcik2 kat dapur berhenti goreng ayam.
  Pakcik-pakcik pun kaku kt belakang rumah.
  Aku je yg respon lain sikit...aku bau ada benda terbakar...
  Haaaa...!!!!!! Memang bendaklah tu la yg menyebabkan 1 rumah gelap gelita sampai pukul 3 pagi!!!!! Itu pun nasib lah ada orang kampung yg kerja TNB sudi nak dtg tolong, tiba-tiba je dia kena overtime malam2 raya.
  Bayangkan malam raya black out. Emak aku cakap dah mcm zaman dia dulu2 masa TNB tak sampai lagi kt kawasan kampung tu. Bayangkan lah anak-anak moden yg hidup tak pernah rasa serba kekurangan ni terutamanya budak-budak kecik, dah takut terus tidur, tulaaa tadi sibuk sgt korang lari2 keliling rumah sampai naik pening aku dibuatnya. Bila dah black out...hehehee.. Yg paling kesian sekali adalah orang kuat kt dapur sebab kena masak bersuluhkan cahaya pelita. Habis kalau diorang tak masak, esok raya takkan makan kuih jer kot..hehehe...Yg paling best sekali kitorang lah sebab kena marah dan dibebel sehingga raya keempat pun tak habis lagi.
  Sesudah dari kejadian itu, charger handphone tidak boleh digunakan bersama-sama dgn extension..hahaha..memang ngeri beb nak buat mcm tu lagi. Gunakan 1 plug suis utk 1 charger handphone sahaja.. Kalau suis semua dah penuh, SILA TUNGGU GILIRAN ANDA! Korang mesti tak dapat bayangkan kalau setakat charger, bukan ramai pun yg pakai. Akan tetapi, kapasiti penggunaan handphone di rumah itu apabila menjelang hari-hari raya atau cuti sekolah atau cuti-cuti umum *kira mcm peak period lah*, boleh mencecah sehingga 25 orang pengguna. Itu belum kira yang sorang ada 2 handphone lagi.
  Itulah kisah malam raya yg aku tak boleh lupa. Kalau ingat balik, memang aku tergelak-gelak sbb aku tak cerita pun kat diorang semua yg aku sebenarnya dah ternampak percikan api kt extension tu 10 minit sebelum terjadinya black out..hahaha..





note : bestnya kalau raya tahun ni dpt charge ipad2..hihihi...




3 ulasan: