- Perkara plg penting sekali, apabila masuk saja dlm kereta. Terus kunci pintu kereta. Then, baru lah start enjin kereta. Kunci semua pintu dpn, belakang, tepi, bonet pun kunci la sekali. Tak payahla masuk kereta..sibuk tengok muka kat cermin dulu. Nak adjust lisptik
tersenget kena pipi ke apa ke. Sebab perkara ini akan mengundang bahaya kepada korang jika terleka. Yang paling penting, jgn lupa baca doa naik kenderaan. - Sekiranya ada kertas atau apa-apa saja iklan di cermin belakang, atau cermin depan. Abaikan iklan atau kertas itu. Korang boleh membuang kertas tersebut kemudian. Kerana dikhuatiri kertas itu adalah taktik penjenayah utk melakukan serangan terhadap korang sekiranya korang keluar semula dari kenderaan utk membuang kertas/iklan tersebut. Bahaya tau ni! Kes ini pernah terjadi di Malaysia.
- Jika kereta korang tiba-tiba saja rosak di tengah2 malam sunyi. First, parking kenderaan ke tepi bahu jalan. Dan, jangan sesekali keluar dari kenderaan kerana tindakan ini akan mengundang minat si penjenayah utk mendekati korang dgn lebih dekat lagi. Susah nak percaya org zaman sekarang. Dan segera hubungi kawan-kawan yg boleh diharapkan/berhampiran dgn kwsn tersebut utk mengambil korang secepat mungkin. Bila mereka dah sampai, barulah keluar dari kenderaan. Dan, pastikan semua kenderaan dikunci. Biar sahajalah kereta tu kat situ untuk 1 malam. Esok siang2 pun boleh hanto repair. Tak pyh syg sgt nak repair time tu jugak. Bahaya beb! Serius sgt bahaya walaupun kawan yg dtg ambil korang tu merupakan lelaki
yg gagah. - Kalau lah terjadi yg korang ni lupa jugak nak kunci kereta sewaktu memandu, dan nak dijadikan cerita korang diugut utk diberikan wang atau apa saja. Wahai kaum Hawa semua, jangan panik. TOLONG JANGAN PANIK. Bila nampak saja penjenayah itu membuka pintu kereta terutamana ketika sedang berhenti kat traffic light, dan ada dpt menghidu bahaya yg mungkin tiba. Apa nak buat? Nak kunci pintu pun tak sempat. Ok. Tekan hon kereta dan jangan lepaskan. Sebab bunyi hon yg panjang itu akan mengundang perhatian/publisiti
murahanorg sekeliling. Semua org akan memandang ke arah kenderaan korang. Nak lagi best, buatlah gaya-gaya spt kerani bank ketika banknya dirompak. Percayalah! Tindakan korang ini akan membuatkan penjenayah tadi panik dan akan segera berlari meninggalkan kenderaan korang. Cubalah test. Kalau2 kawan korang naik kereta dgn korang, korang tekan hon lama2 masa berhenti kat traffic light, confirm dia akan turun dari kereta dan segera menaiki RapidKL. - Bagi golongan minah kereta yg suka bwk kereta sambil bukak tingkap. Mungkin sebab taknak mencemarkan alam sekitar dgn Chlorofluorocarbons (CFC) yg terhasil oleh penghawa dingin kereta. Korang dibolehkan utk membuka tingkap tetapi jgn lah sampai burung unta pun muat masuk ikut tingkap tu. Agak-agaklah ya. Jarak untuk membuka tingkap yg baik adalah dgn mengukur luas pergelangan tangan. Tak kisahlah tgn siapa pun.
Kalau dpt ukur tgn penjenayah tu lagi bagus. Sebabnya apabila tingkap tu dibuka sampai ke luas pergelangan tangan, maka sampai situ jelah tangannya boleh masuk. - Lagi satu akibat jika tidak mengunci pintu ketika memandu, penjenayah akan masuk mengikut pintu blkg *untung org bawak Satria sebab takde pintu belakang* dan mengacukan pisau di leher. JGN MELAWAN! JGN BUNYIKAN HON! AMBIL MASA BERTENANG DAN KALAU DIA MINTAK DUIT..TOLONGLAH BAGI JE KAT DIA MCM BAGI SEDEKAH. UTAMAKAN NYAWA KORANG DARI SEGALA HARTA DUNIA TU. Tapi, sekiranya dia bertindak utk suruh korang mengikut jln yang dia hendak tuju, ikut saja. Kat sini memang susah sikit nak tolong, tp ada caranya. Perhatikan dari cermin belakang, kalau dia terleka walau sesaat pun, gigit tangannya sampai dia terlepas pisau itu dan jatuhkan terus pisau itu ke bwh kaki korang. Kalau terkena kaki sendiri tu kira halal lah tu..hehehe. Dan bunyikan hon spt diajar di atas tadi. Boleh?
- Ini maklumat terbaru yg aku perolehi dan haruslah diberi kesedaran tentang hal ini terutamanya wanita-wanita yg suka merayap di malam hari. Bila dah sampai traffic light, jgn berhenti rapat dgn kenderaan di hadapan. Sebab ada taktik penjenayah yg terbaru. Bila korang dah berhenti rapat dgn kenderaan hadapan, tiba-tiba dtg kenderaan dr arah blkg pun berhenti rapat dgn kereta korang. Korang tak syak apa-apa pun sampailah kedua-dua pemilik kenderaan dpn dan belakang keluar dari kereta dgn membawa kayu utk memecahkan cermin tingkap kereta. Masa tu kereta korang dah stuck sebab takde ruang nak keluar. Lepas tu, tak sampai hati aku nak cerita. So, girls, pls do take care of yourself.
- Jgn sibuk sgt nak berhentikan kenderaan apabila terlihat org pengsan di tengah jln yg sunyi. Biarkan dia. Sebab ni pun taktik baru si penjenayah yg sgt licik. Biarkan dia. Melainkan korang sendiri nampak kemalangan itu berlaku. Tapi, kalau tiba-tiba ada org terbaring dgn motor terbalik. Mungkin itu betul-betul kemalangan tp kalau bukan, jgn cakap aku tak bagitahu. Teruskan pemanduan dan hubungi polis menyatakan lokasi kejadian dan nyatakan sebab-sebab korang tidak memberhentikan kenderaan. Polis pun faham kot.
- Sekiranya terasa spt kenderaan korang diekori, satu je tindakan plg best, pergi ke balai polis berhampiran. Dan elakkan melalui jln2 sunyi yg kurang digunakan oleh pemandu jalan raya. Lalulah highway yg sesak dgn kenderaan. Dan bersegeralah ke balai polis. Polis Malaysia yg baik ini akan membantu korang dan mintaklah tolong mereka mengiringi kenderaan korang sampai kat rumah. Wah! Dah mcm VVIP kau!!! Haha...
KETIKA MENGELUARKAN DUIT DARI MESIN ATM
- Girlsss, tolong jgn tayang duit kat orang. Terus masuk duit dlm purse. Dan pegang purse kuat-kuat. Walaupun korang cuma keluarkan RM10 *sebab belum gaji* tapi kena jugak simpan duit dlm purse. Biarlah org kata budak ni tak keluar duit kot sebab cek baki tak cukup ke apa. Lantaklah org lain. Yg penting korang selamat.
- Dgn muka bersahaja, perhatikan org sekeliling tp jgn nmpak sgt korang tengah sibuk tengok orang. Muka kena maintain atau bajet HOT. Cuba perhatikan mat-mat motor yang mengekori kereta korang selepas keluar dari bank. Ini bahaya! Buat mcm tadi. Pergi balai polis.
- Tolong elakkan mengeluarkan duit dari mesin ATM lebih pukul 10 malam. Esok2 pun boleh. Tapi, kalau emergency nak buat camne. Pastikan korang mengambil langkah berjaga-jaga di waktu malam.
- Ni ada satu tips dari aku sendiri, rasanya berguna kot utk aku sebab setakat ni Alhamdulillah..aku masih selamat dari ancaman penjenayah mesin ATM ni. Lepas je cucuk duit tu, baca Surah Yassin ayat 9. Google la kelebihan ayat ini dan maksudnya sekali. Dan, yakinlah. Yakinlah Dia melindungi kita.
Rasanya itu sahaja tips yg aku dpt share ngn korang. Ada byk lagi tips tapi bkn dari aku, korang kena google kat blog orang lain..hahaha. Kalau rasa rajin, belajarlah seni mempertahankan diri dan asas-asas mengelak diri dari diapa-apakan. Elakkan berjalan di lorong-lorong sunyi *ayat dah biasa*
Semuanya bergantung kepada diri korang, tapi kalau dah benda nak jadi kan. Ada orang pesan, mencegah itu lebih baik dari merawat. PEACE sekali..hehehe. Kalau rasa tips-tips ni tak boleh diguna pakai, sila tinggalkan saja comment yg munasabah kt entry ni. Sekian terima kasih.
note : Tips mengelakkan diri dari cepat panik...berfikirlah secepat 2 saat, bercakaplah tentang perkara remeh kurang dr 2 minit..hehe...
jgn pikir org jln kt tgh2 jln tu nk mintak sedekah. mungkin tu salah satu taktik jgk...(walopun org tu galas beg budak tadika) *peace*
BalasPadamcik misae pakai kereta satria ker?
BalasPadam