17 Oktober, 2012

Sepetang ku disana


Di jalan itu
Ku lihat ada bayang kamu yang tersenyum
Disamping bayangku kita berjalan seiringan
Ada bahagia di sinar mata kita

Di tangga itu
Ku terdengar derap kaki kita yang malas
Namun kita masih gagah mendakinya bersama
Kerana kita ada kita, semangat kita jadi lain

Di tempat itu
Ku lihat bayang kita sedang tertawa
Untuk episod bahagia yang bagai tidak pernah ada akhirnya

Kenapa aku harus pulang mencari kau yang tiada di sini?
Memerhatikan setiap memori itu sendiri
Menghimpit jiwa jadi sepi

Di jalan, tangga dan tempat itu
Yang tinggal cuma tapak kaki kita dan kenangan kita, sedang jiwa kita sudah lama terpisah.


06 September, 2012

Mengurangkan kadar jenayah



Rata-rata rakyat Malaysia tidak akan bertanya "bila nak kurangkan?" "kenapa nak kurangkan?" "di mana nak dikurangkan?"
Rakyat Malaysia, rata-ratanya akan bertanya "BAGAIMANA? HOW?"
So, persoalan yang aku nak bawak hari ni adalah BAGAIMANA NAK MENGURANGKAN KADAR JENAYAH...

Ohh...sebelum tu, kepada adik-adik yang kurang faham (atau jugak abang2 akak2), yang masih blur tentang perkara ini. Nah, aku bagi link 6 Bidang Keberhasilan Utaman Negara. Sila baca.

Dan rata-rata rakyat Malaysia akan cakap "Pihak polis yang bertanggungjawab untuk memastikan matlamat ini tercapai, matlamat untuk mengurangkan kadar jenayah di seluruh Malaysia, khususnya dan dibantu oleh orang awam."

Macammana perasaan korang kalau aku cakap "Orang awam yang bertanggungjawab untuk memastikan matlamat ini tercapai, matlamat untuk mengurangkan kadar jenayah di seluruh Malaysia, khususnya dan dibantu oleh pihak polis."

Tapi, inilah realitinya.

PIHAK POLIS MEMBANTERAS JENAYAH. ORANG AWAM MENCEGAH JENAYAH.

Jenayah akan terjadi apabila wujudnya penjenayah. Sebelum seseorang penjenayah itu melakukan jenayah, beliau juga digelar orang awam. Kitalah orang awam itu tapi kita belum melakukan jenayah, jadi kita masih digelar orang awam.

Fikirkan sejenak. Bagaimana seorang anak kecil yg ibarat kain putih boleh menjadi peragut dalam masa 20 tahun akan datang? Salah pihak polis kah kerana gagal menangkap peragut itu? Mungkin kita boleh cakap salah keluarga si peragutlah yang tidak mendidik anaknya dgn baik tapi mana pergi nilai dan etika 'hidup bermasyarakat' kita dalam zaman yang serba bertamadun ni?

Entry kali ni berhenti takat ni. Korang fikirlah cara terbaik untuk kurangkan kadar jenayah selain dari pasang cctv kat setiap lampu jalan, polis buat rondaan lebih kerap, dan macam-macam lagi.




note : berhabuk dah blog ni

07 Jun, 2012

Tips DO & DON'T temuduga kerajan

Tips-tips DO and DON'T semasa interview kerajaan (dan bukan kerajaan pun boleh)...


1 ) Apabila nama anda dipanggil untuk masuk ke dalam bilik temuduga setelah sekian lama menunggu.
   
   DO - Tarik nafas dalam-dalam, ketuk pintu dan berikan salam yg berhemah "Assalamualaikum dan Selamat sejahtera (kot2 ada bukan Islam)". Masuk ke dalam bilik sambil memberikan senyuman penuh ceria kepada semua penemuduga itu.

     DON'T - Dgn gaya gelabah, tidak sempat memberi salam, terus masuk melulu atau memberi salam seperti memberi salam kepada jiran sebelah. Dan lagi, tunduk kerana takut berhadapan dgn penemuduga. Markah keyakinan anda 0% pada pandangan pertama pihak penemuduga.


2)  Duduk di kerusi
 
    DO - Duduk tegak. Duduk mcm orang bersanding pun lagi bagus. Senyum.

    DON'T - Duduk bersandar. Kaki bersilang. Anda bukan melepak kat kedai mamak ketika itu.


3) Nervous? Nervous adalah satu 'wabak' yg mampu menghilangkan semua cita-cita dan harapan dalam sekelip mata. Apa yg dijawab akan menjadi tidak sama dgn apa yang disoal akibat terlalu nervous.
 
     DO - Fokus pada soalan penemuduga. Sila fokus. Genggam kedua-dua belah tangan secara perlahan bagi menghilangkan perasaan nervous itu.

    DON'T - Jangan hilang fokus. Buruk padahnya.
                   "Kenapa awak sangat berminat dgn kerjaya ini?"
                   "Saya...saya...memang minat dgn kerja ni."
                   "Kenapa awak minat?"
                   "Sebab saya memang minat lah dgn kerjaya ini."
                   0% markah diberikan!!!


4) Perkenalkan diri. Ini mungkin soalan pertama yg diajukan. Dan mungkin ia akan menjadi sukar apabila diminta perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris. Sebenarnya, ia adalah untuk menguji keupayaan kita berbahasa Inggeris.

     DO - Perkenalkan nama, pendidikan yg diperolehi dari darjah 1 sehingga sekarang, pengalaman kerja (jika ada), sedikit latar belakang keluarga. Oh ya, perkenalkan diri dengan lancar dan jelas. Tahap keyakinan anda dinilai disitu.

     DON'T - Menceritakan makanan kegemaran, hobi di masa lapang, haiwan peliharaan, kisah putus cinta 2 tahun lepas, hal-hal peribadi yg tidak relevan langsung. Percayalah, ia tidak menampakkan anda seorang yg peramah, ia menampakkan anda TIDAK PROFESSIONAL.


5 )  Apa yg anda tahu mengenai tugas dan peranan jawatan yg dipohon?

     DO - Buat ulangkaji, ambil tips-tips temuduga dari orang lain, bersedia dan tahu akan tugas dari jawatan yg dipohon.

     DON'T - Bersikap sambil lewa, dan kemudian menjawab soalan subjektif ini seperti menjawab soalan objektif. PLEASEEEE...BE PREPARED! Di sini, ia akan menilai sejauh mana anda bersedia menerima sesuatu beban tugas.


6) Anda akan diberi soalan situasi dalam sebuah masalah kerja, bagaimana anda akan menyelesaikannya. Contoh soalan, "Sekiranya tugas anda banyak menimbun dan perlu disiapkan segera, tetapi ada rakan sejawat lain yg bekerja bersama anda tidak hadir, dan kerjanya juga perlu disiapkan dgn kadar segera. Mahukah anda membantu menyiapkan kerjanya?" 

     DO - Fikir dulu sebelum jawab. Jawapan anda boleh memakan diri anda sendiri. Dan, jawablah dengan ikhlas dan berhemah.

     DON'T - Jawab dengan kepura-puraan. Tahukah anda, panel penemuduga itu kemungkinan besar bakal menjadi orang atasan anda, mereka makan garam lebih dulu dari anda. Jadi, tidak perlu jawapan yg palsu untuk menaikkan diri anda sendiri.


7) Latarbelakang tempat anda bakal bekerja.

     DO - Hafal la setiap visi, misi, objektif, tahun bila ia ditubuhkan? Siapa ketua tertinggi organisasi?

     DON'T - Pergi interview dengan tiada pengetahuan langsung mengenai organisasi. Ini menunjukkan anda tidak berminat untuk bekerja di situ.


8) Pengalaman kerja terdahulu.

    DO - Menceritakan kesungguhan anda dalam menjalankan pekerjaan anda, sumbangan yg telah anda berikan terhadapa organisasi yg lepas.

    DON'T - Menceritakan keburukan boss anda. Ingat! Ni bukan kedai mamak!


9) Apa yang kamu lihat pada diri kamu 10 tahun akan datang?

    DO - "Saya nak jadi macam ........................(sebutkan nama ketua tertinggi dalam organisasi anda)", ucaplah dengan seikhlas hati. Tanamkan azam itu.

    DON'T - "Saya nak ada anak 4 orang, lepas tu saya nak buat kolam dekat belakang rumah, kat depan rumah pulak nak letak pasu bunga banyak-banyak."


10) Isu semasa

     DO - Sebelum sampai kat tempat temuduga, singgah la beli surat khabar. Ambil tahu berita hari ni. Ia akan menunjukkan diri anda seorang yg peka kepada hal-hal berkaitan ekonomi, politik, sukan, budaya, dan lain-lain. Mereka tentu akan memilih pekerja yang berpengetahuan luas.

     DON'T - Elakkan dari menceritakan isu-isu politik sahaja dan gaya anda seperti berpihak kepada mana-mana parti politik.


11) Kata-kata rumusan dan penggulungan (penggulungan pon boleeee)

     DO - "Kalau saya dapat menjawat jawatan ini, saya akan laksanakan tugas dgn baik, saya tidak akan menghampakan harapan mereka yg telah memilih saya. Kerana tidak kira di mana saja saya bekerja, di situlah punca rezki saya, yg saya berikan pada kedua ibu-bapa saya. Pekerjaan saya juga ibadah saya." Sila ambil ayat ni, bawak pergi temuduga, mcm ucapan menang anugerah bintang fofuler.

    DON'T - "Kalau dapat..dapatlah. Kalau tak dapat...takpe." Sila ambil surat keputusan temuduga selepas saja dari temuduga ini. CONFIRM GAGAL!!! HAHAHAHAHAA




note : jgn makan gula-gula, cekelat dan cewing gum semasa interview. ia tidak akan menampakkan anda cool langsung...

06 Mei, 2012

BERSIH 3.0 (khilafnya belia kita)

Di suatu petang, di hari yang indah, di sebuah kedai mamak...


Si A : Lama kita tak jumpa. Sibuk betul aku tengok kau kebelakangan ni.
Si B : Sibuk sikit lah, kawan.
Si A : Aku dengar kau pergi perhimpunan BERSIH 3.0 kat Dataran Merdeka hari tu?
Si B : A'ah. Kau tak pergi?
Si A : Aku tak boleh pergi. Lagipun, aku ada urusan kat Penang hari tu.
Si B : Kau jgn bagi alasan lah. BERSIH kali ni dibuat di seluruh dunia, tahu?
Si A : (Senyum) Lagipun, aku tak suka tempat sesak-sesak ni, nanti aku cepat pening.
Si B : Rugi kau tak pergi. Kita kena berjuang menuntut hak kita.
Si A : Mesti seronok kau dapat pergi sana..??
Si B : Seronok sungguh.
Si A : So, nanti PRU 13 yg akan datang ni, kau mengundi DUN mana?
Si B : Errrr....(kerut dahi)..mestilah aku sokong ##### (dirahsiakan)
Si A : Maksud aku, daerah mana? Parlimen mana?
Si B : Sebenarnya aku belum daftar mengundi lagi.
Si A : Pergilah daftar cepat. Aku dengar tarikh pilihanraya dah nak dekat ni.
Si B : Aku sebenarnya...tak tahu macammana nak daftar. Lagipun, aku malaslah nak mengundi beratur panjang-panjang. Dulu kecik-kecik aku teman emak aku pergi mengundi, berpeluh-peluh aku tunggu sampai petang.
Si A : Laaa....habis tu kau pergi perhimpunan BERSIH tu untuk perjuangkan hak siapa? Hak emak kau?
Si B : Hak? Hak apa?
Si A : Laaa...dah tadi kau kata hak kita? 8 tuntutan yang kau perjuangkan kat Dataran Merdeka tu...
Si B : 8 tuntutan apa?
Si A : Tuntutan BERSIH laaahhh...
Si B : Mana ada tuntutan. BERSIH kali ni, DUDUK BANTAH!
Si A : Apa sehh yang kau perjuangkan ni???
Si B : DUDUK BANTAH!


Si A lekas membayar harga makanan dan minuman lalu segera beredar meninggalkan si B terpinga-pinga. Tapi, si A memaafkan kekhilafan si B kerana dia tahu subjek Sejarah si B tak kredit masa SPM dulu. Dan, perkara ini membuat si A tertanya-tanya dalam hati, berapa ramai lagi yang berada di Dataran Merdeka tempoh hari yang tidak tahu apa erti perjuangan mereka di situ.



note : kenapa aku sebut subjek sejarah? pegi bukak balik buku teks sejarah tingkatan 5 (kalau syllabus tak bertukar lagi lah)

15 Mac, 2012

Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu...

Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu
20 tahun dan baunya masih sama
Tidak banyak yang mahu berubah
Hanya dakapan itu saja telah hilang bersama masa

Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu
Di benak minda ia masih terasa
Di benak hati ia sentiasa berdegup
Di benak masa ia tetap berdetik


Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu
Antara kenangan dan kenyataan
Di halusnya garis pemisah aku berdiri
Berdiri dalam duduknya aku bermenung


Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu
Untuk impian yang dibisikkan
Untuk doa dan harapan
Buat insan yang telah meninggalkan dan tidak kembali




note : lama dah tak update...

17 Februari, 2012

Cerita Seram di Hospital

Lokasi : Hospital Batu Pahat
Masa : 2.15 pagi
Tarikh : Januari, 2009


  "Rin, teman aku pergi tandas." Aku toleh pada pemilik suara itu, sepupu aku, Shila (bukan nama sebenar). Aku toleh semula pada jam di tangan.
  "Kau pergilah sendiri." Aku jawab.
  "Takut." Dia pun jawab.
  "Kan ada makcik guard jaga depan tandas tu."
  "Alaaa...temankanlaahhh.."

  Dengan penuh berat hati dan berat punggung, aku gagahkan juga diri menemani sepupu aku yg baru berusia 18 tahun ke tandas. Sebenarnya sudah hampir 4 hari kami 'menginap' di hospital ini. Waktu ini kami bergilir-gilir menjaga arwah nenek kami di hospital. Pakcik dan makcik juga sama-sama bergilir-gilir menjaga arwah nenek yang disahkan mengidap penyakit paru-paru berair ketika itu. Kebetulan, ketika nenek aku ditahan di hospital, aku sedang bercuti semester dan sepupu aku si Shila ni baru saja menamatkan SPM nya.
  Malam ini merupakan malam keempat nenek ditahan di hospital. Doktor kata sakitnya tenat. Maka, waris boleh berada di dalam kawasan hospital walaupun bukan pada waktu melawat. Cuma, hanya 2 orang waris sahaja dibenarkan masuk ke dalam wad, yang lain boleh menunggu di luar wad pesakit perempuan itu.
  Malam ini, emak dan makcik aku dah pun berada di sisi nenek aku di dalam wad pesakit. Maka, aku dan si Shila ni bersantai-santai lah di luar wad.
 
  Aku berhenti dari meneruskan langkah di kawasan koridor bersama-sama si Shila.
  "Kenapa?" Shila tanya, langkahnya turut terhenti.
  "Aku...aku..." Aku jawab gagap-gagap.
  "Kenapa dengan kau ni?" Shila cemas.
  Melihat reaksi wajah Shila yang memang dasar penakut tu, tak jadi aku nak menyambung lakonan aku menakut-nakutkan dia sebab dia dah memang penakut. Aku tergelak besar, akhirnya.
  "Kau ni memang tak gunakan." Aku tahu Shila dah masak sangat dengan perangai aku.
  "Aku tunggu kat sini jelah." Aku terus mengambil satu tempat duduk di koridor itu, bersebelahan dengan tangga. "Aku nampak kau dari sini." Aku tunjuk kat bawah. Aku boleh nampak makguard tu kat tandas bawah tu.
 
  Untuk pengetahuan you all...Hospital Batu Pahat yang aku pergi ni cuma ada 2 tingkat je. Dan, di laluan koridornya korang boleh tengok ke bawah sebab dia bukan bangunan yang tertutup keseluruhannya melainkan wad pesakit. Korang imaginelah sendiri.

  "Temanlah sampai bawah." Shila merayu.
  "Kau nii...dari sini boleh nampaklah. Lagipun makguard tu ada je kat depan tandas tu. Nak takut apa!!!" Kadang perangai penakut yg berlebih-lebihan seperti Shila ni boleh mengundang orang lain sakit jiwa.
  Shila akur. Dia pun turun ke bawah melalui tangga itu.

28 Januari, 2012

BIADAP PUNYA BUDAK!

Apa yang budak depan meja aku ni cari dari tadi. Bawah meja, bawah kerusi. Dia hilang barang agaknya. Kelam kabut! Sekejap-sekejap dia tanya member sebelah, kiri kanan.

Budak depan ni bukan betul sangat. Namanya je perempuan, tapi kuat menyakat lecturer mengalahkan perangai student laki. 

Ya, dia jarang sekali berbual dengan aku yang dah lama duduk belakang kerusi dia ni. Aku tahu dia labelkan aku 'budak baru' padahal aku cuma masuk lewat 2 minggu je dari tarikh sepatutnya, dan sekarang dah masuk semester kedua pun. 

Budak depan ni toleh kat aku. 

"Eh! Pinjam pen." Dengan muka kusutnya. Dia memang suka panggil aku EH!

Cepat-cepat carik pen dalam pencilcase ni, kang dia mengamuk pulak.

"Nah." Aku bagi pen biru yang paling berjenama dan paling bermutu tinggi antara pen-pen yang ada dalam pencilcase aku, dengan harapan dia tak kusut lagi.

Dia ambik tapi tak cakap terima kasih pun, takpelah. Nanti bila dia pulangkan pen tu, mesti dia cakap thanks.

Dia tulis satu huruf pada borang di atas mejanya.

Dia toleh ke belakang dengan laju, pen tadi dicampak atas meja aku, "Aku kata pen hitamlah! Hisshhh....!!!!"
Dia bangun sambil mencapai borang, dan berlalu pergi ke meja lain.


BIADAP PUNYA BUDAK!!!




note : kan bagus kalau ada kawan nama Ilham, kalau nak tulis cerpen bole cari dia...