Cerpen


08 Ogos, 2011

Ramadhan Tanpa Ayah

Kehadapan ayah yang berada nun jauh di sana,


Surat ini dituliskan dari seorang anakmu yang kini sudah semakin dewasa. Takdir Allah telah menjemput ayah tepat pada waktunya. Tapi, sedarkah ayah, takdir itu sebenarnya terlalu awal untuk anakmu ini menerimanya. Untuk menerima dengan hati yang redha.
Ramadhan ini yang pertama tanpa ayah. Syawal yang menjelang juga yang pertama tanpamu. Kekesalan atau rindu jenis apakah yang menghimpit ruang-ruang hatiku ini.


Ayah,
Anakmu ini yang berhati batu, degil dan mungkin yang derhaka pada hayatmu, tahukah ayah yang aku menangis di dalam Ramadhan mengharapkan diberikan kekuatan hati dan memohon untuk bertemu ayah. Entah beban apa yang menggunung di hati ini tatkala mengingatkan masa silam kita.


Ayah,
Aku masih ingat puasamu tahun lepas, bukan hanya diuji dengan lapar dan dahaga. Tapi, kau masih tabah memaafkan kesilapanku yang kelmarin. Kata-katamu masih berlegar di ruang minda aku, "mungkin raya ini yang terakhir buat ayah." Aku saja yang mendengar kata-katamu itu, ayah, saat kau ucapkannya dengan genangan airmata. Dan, hari ini kau buktikan kata-kata kau sangat benar belaka.


Ayah,
Ramadhan ini, aku pinta sekali sahaja pada Tuhanku, "Izinkanlah ayah untuk kejutkan aku bersahur, dalam sedar dan tidak. Amin, Ya Allah"..Semoga dengan keadaan ini, aku tahu ayah masih menjaga aku, dan tidak pernah putus menghadiahkan kasihmu padaku walaupun hayatmu sudah tiada. Seperti juga Ramadhan sebelum ini, waktu kau mengejutkan aku bersahur dan mengingatkan aku, pentingnya untuk bersahur walaupun hanya dengan sebiji kurma.


Ayah,
Ibu, abang dan adik juga sebenarnya sangat merinduimu. Aku mahu kau tahu perkara itu. Benar sunyi Ramadhan tanpamu, yang aku baru tahu kebenaran itu sejak aku kehilanganmu.


Ayah,
Terima kasih kerana menunggu aku pulang, dahulu. Terima kasih kerana mengizinkan aku berbakti walaupun hanya dihujungnya.


Yang benar,
Anakmu....





note : "kita tak tahu rahsia Allah.." thanks sahabat =)

3 ulasan:

  1. solat dgn doa anak yg soleh dapat menghubungkan kita dengan kasih ayah sampai bila2..insya allah

    BalasPadam
  2. Sabar yer.. sedih aku baca coretan ko nih. tesentuh hati dan naluri aku. banyak2 kan mengaji. bersedekahlah atas nama ayah mu.

    BalasPadam
  3. sama bro aku juga di tinggal ayah ku sepi emang rasanya tampa ayah ya bro

    BalasPadam