31 Mac, 2011

Bila Allah Menduga Kita

  Tajuk entry kali ini dipetik drpd tajuk sebuah buku dr berpuluh2 ribu buku yg ada kt perpustakaan tmpt aku bekerja. Bila Allah menduga kita. Thanks to Cik Siti kerana menemukan buku ini dlm episod kehidupan suka duka kita bersama. Utk pengetahuan korang semua, aku hanyalah membaca tajuk buku ini sahaja, dan subtajuknya juga. Kerana kekangan waktu dan kesempitan ruang2 masa menjadikn aku agak sukar utk membelek helaian demi helaian buku ini. Novel Rayyan Fantasi karya Ramlee Awang Murshid pun masih terhenti di mukasurat 171 walaupun aku dah beli novel tu 4 bulan yg lepas. Nak update blog pun kdg2 tak sempat. Thanks kpd follower2 yg bertambah secara rasmi dan tak rasmi. Teruskan pembacaan korang pada entry2 aku yg tak seberapa ni.

  Berbalik kpd "Bila Allah menduga kita". Baca tajuk ni pun aku rasa berat kat hati. Mungkin kerana ujian2 Allah yg datang kpd aku semenjak kebelakangan ini. Jika tidak kuat, mungkin aku akan jatuh tersungkur spt suatu masa di zaman kejahilan dahulu. 

  Kemudian, aku berfikir semula. Dan, aku nak ajak korang semua pun sama2 berfikir dgn aku. Terutamanya korang2 yang didatangkan dgn dugaan Allah yg lebih dahsyat dari orang lain. Kita rasa spt ingin bertanya kpd Tuhan kita "Nasib apakah yg Engkau timpakan pada aku ini, Ya Allah? Kau kata Kau Maha Penyanyang kpd hamba2 Mu." Jika persoalan ini lah yg pernah terlintas di minda korang semua walau sedetik cuma, hapuskanlah persoalan dan perasaan spt itu segera yg mungkin. Dan, panjatkan lah istighfar kerana Dia juga Yang Maha Pengampun. 

  Lalu, kita bermuhasabah diri sendiri mencari punca, faktor, dan hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah itu Maha Adil. Allah beri ujian pun mengikut kemampuan diri kita. Dan, aku ada satu kata-kata hikmah yang aku nak korang jugak gunakan dan sematkan dlm hati dan jiwa korang semua,

APABILA KITA MENERIMA SESUATU DGN REDHA, KITA AKAN BERTEMU DGN HIKMAHNYA.

  Aku nak story sikit pasal sorang kawan baik aku. Ni kisah benar ni. 'Aliza' bkn nama sebenar. Mungkin korang semua ada juga mengalami peristiwa ini, atau kawan2 ke, saudara ke, boleh jadi jiran-jiran ke..kisahnya bermula begini

24 Mac, 2011

CINTA

  Bumi yg berputar mengikut paksinya
  Air sungai yg mengalir ke laut
  Hujan yg turun dari langit
  Matahari yg terbit dari timur
  Bunga yg mekar pada waktunya
  Burung yg pulang ke sarang pabila senja menjelang

Lumrah alam...semua akan mengikut aturan yg telah ditetapkan. Sebegitu juga manusia. Bergerak mengikut aturannya. Pergi kerja utk cari duit. Mandi setiap pagi. Makan bila lapar. Tidur bila ngantuk. Tengok tv sebab ada cerita best.

Tapi, kadang-kadang manusia juga akan merasakan sesuatu perasaan. Perasaan yg dipanggil cinta. Kerana apabila manusia itu jatuh cinta, pergerakan hormonnya akan menjadi tidak normal spt selalu. Ada kajian yg mengatakan begitu. Sbb tu lah bila orang jatuh cinta, makan nasik 3 pinggan pun tak kenyang. Tidur pun tak berapa nak lena.

16 Mac, 2011

Tabahlah hati.

Ku lihat kedut-kedut pada pudar wajahnya
Wajah tua yg sangat mendamaikan
Sebening kasihnya selembut mentari pagi dari matanya


Ku lihat garis-garis halus pada kasar tangannya
Tangan yg ingin ku pegang tidak ku lepas
Seluas rindunya sebesar mega dari pelukannya


Kau ibu
Lebih bererti dari seisi dunia yg telah aku miliki
Lebih bermakna dari semua cakerawala yg aku mampu tawani
Kerana kasihmu ibu yg membawa ku ke syurga abadi


Kau ibu
Tergenggam janji dalam panjimu
Mendewasakan aku dari kakiku seluas dua jarimu
Tidak sekali kau bercerita tentang kepayahan, pengorbanan dan jerihmu
Yg sering ku dengar hanya harapan, doa dan impianmu ibu


Kau ibu
Aku jadikan kau sbg impianku kini
Kerana kedewasaan dan kematangan aku jadikan ukuran kasihmu dulu, kasihmu kini, dan kasihmu selagi hayatmu
Atas balasan kemewahan duniawi tidak menjadi perkara bagimu
Kerana kau masih ibuku sehingga akhirnya
Ibu yg cukup sekadar aku adalah nilai berjuta-juta bagi dirinya

14 Mac, 2011

oh tsunami!

  Assalamualaikum wbt,

  Pertama sekali, takziah buat  warga Jepun terutama  mereka yg berada di daerah Sendai, Jepun atau kawasan yg berhampiran dengannya yg mengalami nasib yg sama akibat gempa bumi pd 11 Mac lalu. Gempa bumi yg plg dahsyat pada tahun 2011 setakat ini dgn ukuran 8.9 skala richter. Aku teringat kata2 sorang cikgu kat sekolah masa belajar  Geografi Tingkatan 3 dulu. Dia ada bercakap psl gempa dan dia pernah kata ukuran gempa bumi paling maksium pun 9 skala richter. Jadi, kalau dah 8.9 ni mungkin dah tak boleh nak kata apa. Gegaran pula berlaku di timur Laut Jepun yg mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter. Tinggi tu 10 meter. Kalau tak silap, gelombang tsunami kt Acheh pun berukuran 3 meter *betulkan aku kalau silap*
  Jepun yg terkenal dgn gahnya kemajuan teknologi yg dimiliki, di samping Tokyo yg menjadi antara bandaraya yg memerlukan kos yg sgt tinggi utk didiami. Jepun yg hebat itu pun boleh kalah juga dengan kuasa Tuhan. Sesungguhnya Allah itu lebih berkuasa ke atas sesuatu. Marilah kita sama-sama panjatkan doa agar diri, keluarga, rakan-rakan dan negara kita dilindungi dari ditimpa bencana dan malapetaka sedemikian rupa. Siapa tahu mungkin negara kita yg berada di luar Lingkaran Api Pasifik ni boleh terkena tempias dari bencana ini. Siapa yg lebih tahu melainkan Dia? Jadikan iktibar peristiwa 26 Disember 2004 sbg pengajaran utk kita selama-lamanya. Waktu itu barulah ramai yg tahu maksud TSUNAMI. Kalau dulu hanya mereka yg berpelajaran tinggi atau berpengetahuan lebih saja yg tahu maksud TSUNAMI. Skrg ni makcik-makcik kat hulu pun dah tau pasal TSUNAMI sejak tragedi 26 Disember 2004 itu melanda negara kita dan meninggalkan kesan yg amat mendalam bg mereka yg kehilangan insan tersayang dalam tagedi itu.

11 Mac, 2011

STRESS MANAGEMENT!

  STRESS adalah perasaan yang dibuat ketika kita bertindak balas terhadap kejadian tertentu. It's the body's way of rising to a challenge and preparing to meet a tough situation with focus, strength, stamina, and heightened alertness. Ini cara tubuh naik menjadi cabaran dan mempersiapkan untuk memenuhi situasi sulit dengan fokus, kekuatan, stamina, dan kewaspadaan tinggi.


Aku 'copy paste' ayat di atas dari sebuah laman web dan kemudian menterjemahkan melalui google. Thanks Google. I love you!


Pada petang Jumaat yg mulia ni, marilah kita sama-sama membincangkn topik mengenai cara-cara mengawal tekanan atau orang putih kata "Stress Management". Ini adalah kerana berkisar mengenai topik perbincangan yg lepas mengenai JANTUNG YG SIHAT. Setelah aku ditemuramah oleh doktor, dan memeriksa tekanan jantung segala, aku didapati bebas dr sebarang penyakit jantung. Alhamdulillah...lega rasa hati. Syg rasanya nak tinggalkn dunia yg fana ni. Tp apapun, kita tak tahu bila sampai ajal kita nanti. Org sihat sejahtera pun, jika dah sampai waktunya, apa-apa carapun akan pergilah jua.

04 Mac, 2011

Ada cerita tentang masa yang indah

1994...
  Aminah berjalan terjengkit-jengkit menghala ke halaman rumah sebelah, dgn harapan tiada yg mengetahui dia berada di luar. Dia menoleh ke kanan dan kiri, dgn langkah berhati-hati.
  Aminah, baru saja berusia 4 tahun ketika itu, tapi gadis ini bijak merancang sesuatu sebelum melakukan segala tindak-tanduknya. Hari ni, misinya adalah utk mengoyakkan kolam renang plastik milik jirannya. Dia berjalan lagi, berhati-hati. Kakinya pun mencecah jua ke halaman rumah jiran. Kolam renang hanya beberapa meter saja dari langkahannya kini.
  Aminah berlari pantas ke arah kolam renang plastik yang masih ditakungi sisa-sisa air. Si kecil itu dengan kepantasan daya kudrat di bawah usia itu segera mencarik-carik kolam renang plastik itu tapi usahanya menghasilkan kegagalan. 5 minit dia mencuba tapi seakan seperti sudah lama dia berada di situ mencuba dan mencuba lagi. Seperti tadi, usahanya masih gagal. Aminah, si kecil yang bijak akal itu mencari idea lain utk 'menghapuskan' kolam renang plastik itu, sambil matanya ligat memerhati ke arah sekeliling.
  Ada selonggok batu-batu kecil di halaman menarik pandangannya. Lantas, digenggam batu-batu kecil itu dgn tapak tangannya yg sgt comel, lalu ditaburkan batu-batu itu ke dalam kolam.