Cerpen


12 Julai, 2011

Kenapa mesti ada Diari?

 Topik hari ini adalah DIARI. Apakah itu DIARI atau dlm bahasa omputehnya dieja dgn DIARY tp sebutannya sama je. Korang pernah ada diari tak? Ada orang yg tulis diari masa kecik2 dulu, ada jugak yg masih ada diari smpai dah dewasa pun. Ada jugak dah tua-tua pun masih ada diari. Diari yg dimaksudkan di sini adalah diari yg berbentuk peribadi, bukan diari harian kerja-kerja pejabat yang padat dgn jadual kerja (kalau padat sgt laaa...)
  Kalau zaman dulu, diari tu kebiasaannya ditulis dalam buku-buku note. Nak cantik sikit..bajet lebih sikit lah beli buku yg depan colour-colour gmbar Snow White ke. Nak secure sikit, diari tu mesti nak ada mangga, siap ada kunci dengan kata laluan pelbagai. Taknak kasik orang bacalah katakan. Diari zaman sekarang, tak payah buku note sgt sebab orang dah pakai notebook dah. Agak-agaknya zaman Hang Tuah dulu, diorang tulis diari kat mana? Urrmmm...diorang ada diari ke?

  Kenapa mesti ada diari? Kenapa? Macam-macam jenis diari ada. Macam-macam jenis cerita pun ada dalam 1 diari tu. Mostly, diari lah tempat luahan isi hati. Geram + marah + rindu + putus cinta + bahagia + kaya and so on. Cerita-cerita drama pulak, diari tu bertujuan untuk dibaca oleh orang yg tersayang selepas pemergiannya nanti. Jiwang lah sangat kan drama tu. Contoh, NURKASIH THE MOVIE. Adam tulis diari sebelum dia ingat dia akan pergi selama-lamanya meninggalkan Nur Amina dan anak dalam kandungan Nur. Tak pernah lagi cerita-cerita mcm KL GANGSTER, REMPIT, BOHSIA tengok scene orang tulis diari..hahaa..
  Kecik-kecik dulu, aku pun ada diari. Rasa kelakar je bila aku baca diari tu balik. Tak matang sungguh rasa di jiwa..hahaha..Dari persepsi aku sendiri, orang yg memiliki diari ni adalah orang yg 'kurang nak percaya pada kawan/pasangannya sendiri'. Kerana, mereka lebih selesa berkongsi berjuta-juta perasaan tu pada buku note yg bermangga dan ber'password' itu.
  Buat apa nak ada diari bila ada seseorang yg kita boleh berkongsi apa sahaja dengan beliau. Aku bertuah kerana ada ramai kawan yg menawarkan diri untuk menjadi 'diari' aku setiap hari. Dan, tambah bertuah lagi 'diari-diari' yg aku ada ni, kawalan keselamatannya lebih hebat dari diari yg disimpan dalam peti besi sekalipun Tambah lagi, aku pun dapat jadi 'diari' diorang jugak. To share and to trust each other. Itulah amalan gaya hidup sihat dalam rukun persahabatan yg sebenar.
  Kalau luah perasaan sedih kat diari, diari bukan boleh pujuk kita pun. Tapi, kalau luah perasaan kat 'diari', ia akan meminjamkan bahu untuk kita menagis sepuas hati. Kalau luah perasaan happy kat diari, diari tu keras jelah mcm tu. Tapi, kalau luah perasaan kat 'diari', ia akan tersengih-sengih melihat kita happy.
 Dan, menjadi diari seseorang juga adalah perkara terpenting dalam hidup. Jadilah orang yang boleh dipercayai. Jadilah seperti diari yang bermangga. Jgnlah kita mendedahkan rahsia dan aib kwn kita. Itu kan amanah yg telah diamanahkn kepada kita. Kalau satu hari nanti, kita bermusuh dgn kawan baik kita pun, rahsia itu tetap rahsia. Amanah dan janji kita masa kita kamcing dgn kawan tu tak boleh dimungkiri walaupun kita dah bermusuhan sekalipun.
  Bkn mudah untuk memiliki 'diari', tidak mudah juga untuk menjadi 'diari' yg baik. Pilihan di tangan korang. Sekiranya korang rasa, tulis diari kt buku Snow White tadi tu lebih baik, maka, teruskan sahaja niat murni itu. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.




note : Thank you 'DIARY' =)

1 ulasan:

  1. diari dh terkunci dalam almari berkunci..tp kunci dah hilang..taknak ada yang baca tapi tuan punya diari pun tak dapat nak baca...

    BalasPadam