Cerpen


03 April, 2011

If Tomorrow Never Comes

"If Tomorrow Never Comes"

Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes 





  Assalamualaikum wbt,


  Korang semua pernah dgr lagu tu tak? Penyanyinya Ronan Keating. Lagu ni tak silap zaman aku muda2 dulu *skrg tak berapa nak muda tp tak tua lagi erk*...


  Di dalam entry kali ni aku nak buat cerpen tapi tak berapa nak cerpen sgt...







  Nasha duduk bersimpuh menghadap perkuburan ibunya yg bersemadi di situ selama hampir 2 tahun, dan selama itulah rutin harian hidupnya di pagi Jumaat menziarahi ibunya yg jauh di alam sana. Nasha bernasib baik kerana diberi keizinan oleh majikannya utk sampai ke pejabat sedikit lewat di pagi Jumaat. Majikannya sgt mengerti dan memahami etika pekerja yg sgt baik spt Nasha. 
  Tapi, pagi Jumaat itu Nasha tidak bersendirian spt Jumaat2 yg lalu. Kelihatan sepasang suami isteri sdg membaca Yassin di hadapan sebuah perkuburan tidak jauh dari kubur ibu Nasha. Nasha sekadar melemparkan senyum tawar ke arah mereka. Selesai membaca Al-Fatihah dan membaca selawat ke atas nabi junjungan Muhammad s.a.w., Nasha menyiram air dan menabur bunga-bunga segar ke atas pusara ibunya. 
  Kemudian dia duduk kembali dan menghadap perkuburan ibunya. Pasangan suami isteri itu menjadi perhatiannya di pagi itu kerana jarang sekali dia ditemani sesiapa di kawasan perkuburan yg kecil di hujung desa ini. Terdetik hati Nasha utk memerhatikan gelagat mereka. Nasha memasang telinga utk mendengar perbualan mereka 


  Isteri : Abang (sambil memandang ke arah kubur), hari ni ayang bawak seseorang utk abg kenal. Ni suami ayang sekarang. 
  Suami : Azman, aku Ashraff. Aku sudah selamat menikahi Nini semalam. Azman, mulai dari hari aku mengucapkan kata menerima nikahnya dgn Nini, aku berjanji akn menjaganya hingga ke akhir hayatku. Aku ingin meminta izin dari kau supaya spjg hayat aku di dunia ini, meletakkan Nini di hati aku. Dan, semoga Nini meletakkan nama kau di separuh hatinya, dan separuh lagi hatinya adalah utk aku juga. Dan aku berjanji, di hari pembalasan tiba, aku sebagai suaminya kini akan mengizinkan kebahgiaan kamu berdua di akhirat kelak. InsyaAllah. Tapi, buat sementara waktu di dunia ini, aku berjanji akn membahgiakan Nini sehingga ke akhir hayatnya. 


  Mendengarkan pengucapan itu, mengalir deras air mata si isteri. Sambil bahunya dipeluk erat oleh si suami. Hati Nasha pun mulai sebak melihat adegan itu. Sambil mulutnya terkumat-kamit memanjatkan doa buat ibunya. 
  Sejurus, Nasha pun berlalu meninggalkan kawasan perkuburan menuju ke pejabat. Sepanjang perjalanan yg memakan masa hampir setengah jam, dia lebih byk mengelamun memikirkan pasangan suami isteri sebentar tadi. Dia kehairanan kerana si isteri sungguh2 menangis di sisi kubur lelaki yg dikenali dgn nama Azman itu. Mungkin terlalu menyayat hati dgn ucapan suaminya. Nasha menarik nafas panjang "Lantaklah, bkn urusan aku." Bisiknya sendiri.
  Seminggu telah berlalu, Nasha masih lagi menjadi pengunjung tetap di kawasan tanah perkuburan itu. Tidak pernah kering pusara si ibu dari taburan bunga2 dan doa dari seorang anak yg solehah. Kdg2 gurauan dan usikan rakan-rakan mengenai aktiviti mingguan Nasha ini hanya akan dibalas dgn tenang oleh Nasha


"Menziarahi pusara kan byk mengingatkan kita dgn kematian, tak begitu kawan-kawan?" 


  Sedang Nasha khusyuk menghadiahkn Al-Fatihah buat si ibu, mata bundar Nasha tertarik dgn kehadiran seseorang yg pernah dilihat di perkuburan yg sama pd minggu lepas. Tapi, kali ini wanita itu bersendirian tidak ditemani si suami. Nasha menyambung bacaan Al-Fatihah utk dijadikan pendamai si ibu di sana. Sambil matanya dipejamkan kerana tidak mahu khusyuknya diganggu. 
  Selang beberapa minit, telinga Nasha menangkap suara seorang perempuan menangis. Nasha membuka matanya perlahan-lahan sambil menoleh ke arah si isteri tersebut. Nasha pasti di kawasan perkuburan itu hanya mereka berdua saja ditemani kedinginan pagi. Semakin lama semakin kuat tangisan itu kedengaran, detak hati Nasha mengatakan dia perlu melakukan sesuatu. Lalu, Nasha bangkit menghampiri wanita tersebut.
  "Assalamualaikum, puan." Tegur Nasha memberi ucapan sejahtera kpd wanita yg menangis itu.
  Wanita itu mengendurkan sedikit tangisannya lalu menoleh ke arah Nasha yg berpakaian kurung serba biru hari ini. "Waalaikumsalam." Lemah saja suara yg terkeluar dari mulut wanita tersebut.
  "Maaf kalau kehadiran saya mengganggu puan. Tapi, tangisan puan mengundang hati saya utk menyatakan sesuatu." Nasha cuba menyusun ayat dan bicara agar tidak mengundang salah faham antara mereka. "Panggil saya Kak Nini. Adik pulak?" Wanita itu menggelarkan dirinya Kak Nini mungkin kerana usianya yg dirasakan lebih tua berbanding Nasha. 
  "Oh..hampir terlupa nak perkenalkan diri. Nama saya Aminah Natasha. Kak Nini panggil saja Nasha.  Saya perasan kehadiran Kak Nini minggu lepas bersama seorang lelaki. Tapi, hari ni Kak Nini berseorangan. Saya tak pasti kenapa? Tapi, tangisan Kak Nini tadi membuatkan hati wanita saya tersentuh. Sebenarnya Kak Nini, tak elok kita menangis sebegitu rupa di atas perkuburan ini, bukan saja di sini, malah meratapi pemergian seseorang berlebih-lebihan pun telah melanggar syarak dan hukum kita sebagai seorang Islam. Tangisan Kak Nini tadi..maafkan saya kerana terkasar bahasa, tangisan Kak Nini seolah-olah tidak dapat menerima Qada' dan QadarNya. Maafkan saya sekali lagi, Kak Nini." Ikhlas sungguh hati Nasha mengingatkan dan memohon maaf. Setelah agak lama tiada sebarang respon dari Kak Nini, Nasha bercadang utk bergegas pergi, mungkin dia telah tersilap cara kerana mencampuri urusan peribadi orang yg tidak dikenali. "Saya mintak diri dulu, Kak." Nasha mengangkatkan kakinya utk beredar dari situ sambil tangannya masih lagi memegang jag air yg dibawa ke tanah perkuburan ini. "Nasha.." Panggil Kak Nini.
  Kini, Nasha dan Kak Nini sedang menikmati hidangan sarapan pagi di sebuah restoran mamak yg hampir dgn kawasan tanah perkuburan tadi. Nasha tidak tahu kenapa dia perlu memenuhi permintaan Kak Nini yg ingin berbicara lebih lanjut dengan dirinya. 
  "Tak mengganggu Nasha ke ni meluangkan waktu bersama akak?" Kak Nini memulakan bicara setelah agak lama mereka membisu setelah pesanan makanan diambil oleh salah seorang pekerja restoran tadi.  Nasha hanya menggeleng. Dia telah pun menghantar SMS kpd majikannya mengatakan dia mengambil cuti kecemasan pd hari ni, tapi sebab-sebab tidak pula dinyatakan kepada majikannya. "Kubur tu tadi, arwah suami akak yg sebelum ni. Kami berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Setelah 5 tahun berkahwin pun masih tidak dikurniakan cahayamata. Tapi, kehidupan kami sgt bahagia. Arwah seorang suami yg baik. Dia mencintai akak lebih dari dirinya sendiri. Tak pernah dia menghiraukan kata-kata orang lain mengenai kehidupan kami yg masih tidak dikurniakan cahaya mata. Dia percaya itu semua rezeki Allah. Arwah memang lelaki yg tabah. Sepanjang hidup bersama, dia tidak pernah mengeluh dan berputus asa demi kebahagiaan keluarga. Suatu hari, berlaku salah faham dan pertengkaran dalam rumah tangga kami. Akak sgt keras kepala utk meminta perdamaian. Arwah masih begitu. Penyabar dan setia. Sehigga larut malam, dia masih lagi memohon kemaafan daripada akak tapi akak masih tidak mahu memaafkannya. Dan arwah bertanya adakah akak masih sygkan dia spt selalu? Tapi, akak hanya mendiamkan diri sehingga akak tertidur. Keesokan harinya, arwah pergi kerja seperti biasa sambil melekatkan note di meja solek kami bertulis 'Abang sygkan ayang sampai bila2, isteriku dunia dan akhirat'. Dalam perjalanan arwah ke pejabat, arwah ditimpa kemalangan yg sgt dahsyat, lantas meragut nyawanya di tempat kejadian." Kak Nini menarik nafas panjang, menahan getaran perasaannya yg semakin bergolak. Nasha sempat mencapai beberapa helai tisu dihulurkan kpd Kak Nini. 
  "Akak ralat, Nasha. Akak ralat sgt. Sampai hari ni, akak nak bagitahu dia yg akak sgt sygkan dia." Tertumpah juga airmata seorang wanita di pipinya. Nasha menggenggam erat tangan Kak Nini, cuba mententeramkan wanita itu. Nasha mengeluh berat.
  Selepas saja mereka menghabiskan sisa-sisa makanan di restoran itu, Nasha pulang ke rumah. Ditatap gambar hiasan dinding, wajahnya bersama ibu ketika Nasha meniti usia remaja. Nasha senyum ke arah gambar itu, lalu hatinya berbisik. "Ibu, syukur aku kehadrat Illahi kerana kau pergi saat kau dalam dakapanku. Dan, syukur juga sewaktu hidupmu yg kau tahu setiap hari aku sgt menyayangimu. Malah, setelah pemergianmu pun kau masih tahu yg aku  sgt menyayangimu. Terima kasih ibu kerana telah menghadiahkan cinta dan kasih sygmu." Airmatanya berlinangan.










  Begitulah cerita Nasha di sebalik Kak Nini..atau Kak Nini di sebalik Nasha. Kesimpulannya di sini, sekiranya kita ada melakukan kesilapan dgn org tersayang, memberi maaf dan memohon maaf adalah sebaik-baik perkara dlm hidup. Sekiranya ada sesuatu yg ingin dikongsi, kongsikanlah dan beritahulah ibu, ayah, adik, abang, kakak, suami, isteri, kawan-kawan, skandle dan lain-lain yg korang sgt menyayangi mereka. Kalau tak dpt beritahu mereka, atleast biar mereka rasa disayangi oleh korang setiap hari. Kerana, kita tidak tahu apa akan jadi pd hari esok. Sekian.








note : aku jugak tak sempat bagitahu yg aku syg sgt kat dia smpailah ke akhir hayatnya. Al-Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan