Petang yg bahagia ni, aku rasa terpanggil nak bercerita psl kisah adik yg bernama Saiful Syazani. Mungkin ramai lagi blogger lain dah cerita kisah ni, tp aku pun sebok jugak nak cerita. Pertama sekali, Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg diredhaiNya selalu di sana. Amin...
Sekali lagi berita buruk sebegini telah menggemparkan rakyat Malaysia, dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru dan seluruh golongan pendidik. Terutama sekali kisah sebegini melibatkan kematian seorang kanak-kanak. Bila terdengar berita kematian adik Saiful Syazani ni pada malam Ahad di Buletin Utama, rasa sebak juga di hati mengenangkan ujian Allah buat keluarga si mati. Semoga keluarga arwah redha menerima takdirNya. Tidak dapat terbayangkn di minda bagaimana jika perkara sebegini terjadi pada keluarga sendiri. Maka, berdoa dan memohonlah kpd satu-satunya yg kita sembah.
Sekarang ni, suspek telah pun ditahan. Dan, kita serahkan saja kepada undang-undang. Itulah selayaknya. Kita tiada hak utk menghukum apatah lagi utk memutuskan siapa benar dan salah di dunia ini. Itu semua bkn kerja kita. Cuma, jika ada guru-guru yg terbaca entry ni, atau bakal-bakal guru, atau tak kisah lah bakal pensyarah asalkan anda adalah di kalangan pendidik, aku ingin bertanya sesuatu? Atas alasan apa korang ingin menjadi guru? Kerja? Dah takde kerja lain (penat kerja swasta)? Atau korang rasa inilah tanggungjawab yg ada dlm diri utk mendidik anak bangsa? Amanah yg Allah bagi atas kelebihan atau kepandaian diri?
Renung2kan kembali kata2 itu. Kerana pekerjaan seorang guru, sampai dah tua pun orang masih memanggil korang dgn nama 'cikgu'. Dah pencen pun korang akan dipanggil 'cikgu'. Rasa tak satu perasaan tu apabila melihat murid-murid korang berjaya, bkn saja melihat kejayaan mereka, kadang-kadang bila tgk mereka bersungguh-sungguh belajar pun, mungkin terdetik di hati korang "Inilah amanah aku." Kerana apa yang korang ajarkan pada usia kanak-kanak/remaja, itulah yg mereka akan bawa sampai tua. Ilmu.
Golongan pendidik bukanlah golongan yg hanya mengajar seorang pelajar berjaya dalam pelajarannya sahaja. Pendidik adalah golongan yg mendidik seseorang menjadi insan berguna di masa hadapan kelak. Itulah tugas seorang guru sebenarnya. Tak kiralah latar belakang apa pun anak murid yg dididik, pekerjaan korang itu amanah yg lebih besar maknanya di dunia ini. Teringat kata-kata seseorang yg sgt disegani oleh aku, bahawasanya beliau telah menolak tawaran utk bekerja dgn gaji yg lebih mewah lagi hanya kerana ingin kekal bekerja di sebuah institusi yg melahirkan produk yg bernama 'insan yg berguna'. Korang mesti tak phm kan? Macamni ceritanya, beliau ditawarkn bekerja di sebuah syarikat yg menghasilkan produk yg berkualiti lah senang kata, ditawarkan gaji sebulan RM 20,000. *kalau aku..pengsan terus* Sedangkan gajinya sekarang tidak mencecah angka itu, tapi beliau menolaknya dengan tenang lalu berkata "Saya suka tempat bekerja saya skrg kerana di sini saya menghasil produk yg lebih berkualiti dgn membentuk sebuah institusi agar menghasilkan insan yg berkualiti." Kata-kata pedoman itu masih aku ingat dan aku pegang menjadi azimat sepanjang aku berkhidmat di perpustakaan ini. InsyaAllah sampai bila-bila akan aku kenang.
Sepanjang perjalanan hidup aku, rasanya hidup korang pun sama juga, kita membesar hampir lama juga dgn insan bergelar pendidik ni. Dari kita mula belajar 123 sehinggalah kita belajar teori y = mx + c. Dan, mungkin ada yg lebih dari itu. Terlalu byk rasanya utk dikenang jasa dan pengorbanan mereka. Ada seorang cikgu ni yg masih segar dlm ingatan aku, betapa bersungguhnya dia mengajar kami semua satu kelas yg sgt nakal ni. Walaupun masa tu cikgu-cikgu lain dah give up nak mengajar kitorang, kebetulan dia cikgu baru yg dimasukkan ke sekolah tu, jadi pengetua pun letak nama dia jadi cikgu kitorang. Sebab cikgu-cikgu lain awal-awal dah tarik diri kalau nak mengajar kat kelas kitorang. Tak tahulah kenapa. Tapi, cikgu baru ni sahut cabaran dari pengetua utk mengajar kami semua dalam subjek Prinsip Perakaunan. Minggu pertama mmg mengucap panjang dia melihat keletah kawan-kawan aku..hehe.. Dia jugak cikgu pertama yg membuatkan aku kena berdiri di atas meja *
Jadi, itulah kisah bagaimana seorang pendidik itu mendidik. Zaman aku dulu, guru displin je yang boleh pegang rotan. Tapi, cikgu sorang ni dia pakai pembaris jugak nak pukul kami. Pukulnya bkn membelasah. Pukulnya ingin mendidik. Marahnya bkn amarah. Marahnya ingin mengajar. Tengkingnya bkn mengherdik. Tengkingnya ingin mengingatkan. Kalau tak dulu, mungkin aku dan kawan2
Cikgu! Ada sebab kenapa mereka marah. Ada sebab kenapa mereka tegur. Tapi, kalau kes arwah Saiful Syazani ni, di manakah silapnya seorang pendidik. Kalau korang ada anak 7 tahun, kita boleh pukul mereka jika meninggalkan solat. Itu pesan Rasul kita. Tapi, pukul yg bagaimana? Pukul yg ingin mendidik bkn pukul yg ingin memukul. Sayu rasa hati melihat gambar-gambar arwah Saiful Syazani di blog-blog orang lain. Apa-apa pun, moga perkara sebegini tidak lagi berulang di negara kita dan juga negara-negara lain.
Oh ya, sebenarnya apa-apa pekerjaan pun itu amanah. Tapi, aku tgh cerita psl peranan seorang pendidik. Jadi, jgn lah entry ni disalah ertikan ya. Jika ada yg bagus mengenai entry kali ni, semua itu datang dari Yang Maha Esa. Yg kurang-kurang tu, kelamahan aku sendiri. Assalamualaikum.
note : ada seseorang pernah bagitahu aku, dia akan marah dan pukul adik-adik dia jika mereka melakukan kesilapan, kemudian dia akan bgtahu sebab-sebab dia melakukan begitu kpd adik-adiknya. teringin rasanya jadi adik kandung dia jugak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan