Cerpen


07 April, 2011

P.U.T.U.S.A.S.A.

Assalamualaikum wbt,


  Khas buat pembaca yg budiman walaupun tak ramai yg mengikuti blog ni tp cukuplah sekadar pembaca yg setia. Sekalung ucapan terima kasih kerana masih sudi meluangkan 2 minit dari 24jam masa yg ada dlm sehari utk  membaca entry2 aku. Walaupun tak terjangkaulah dek akal fikiran nak dptkan follower sehingga mencecah 4 angka, tapi cukuplah sekadar yg ada ini sahaja. Terima kasih daun keladi.
  Hari ni rasa nak bercerita mengenai erti putus asa. Putus asa bak kata omputeh adalah give up. Satu perasaan di mana kita telah berhenti berharap/berusaha melakukan sesuatu. Semua orang pernah putus asa. Tipulah kalau ada orang yg tak pernah putus asa. Bak kata orang, "putus asa tu takde dlm kamus hidup aku". Tipulah weyhhh. Hanya Rasulullah saw saja satu2nya insan yg tidak pernah putus asa dlm memperjuangkan agama Allah.
  Kenapa aku cerita pasal putus asa ni? Adakah aku baru saja putus asa? Jawapannya TIDAK! Aku rasa dlm byk2 orang kt Malaysia ni ramai sebenarnya yg putus asa dan kemudian bangkit semula dgn segera mengejar impian mereka. Adakah korang berada dlm kategori itu? Tepuk dahi, tanyalah diri sendiri. Kalau ada, SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Jika korang adalah orang yg putus asa, kemudian, membiarkan saja rasa putus asa itu sehingga bertahun2 lamanya, maka, tepuklah dahi sendiri kuat2, sambil berkata "Orang gila pun tak pernah putus asa memancing ikan dalam baldi."


 Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. 
Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

  Begitulah antara kalimah Allah swt yg mengkehendaki kita utk terus berusaha dlm hidup, di samping berdoa dan meminta kpd Nya. Dan, redhalah menerima apa saja pemberian mahupun rezeki yg tlh dituliskan utk kita. Apabila kita berusaha dan berdoa, kemudian kita tidak dikurniakan apa-apa yg kita inginkan, lalu, kita terus berputus asa dr mendapat redhaNya. Janganlah begitu. Jika kita tidak dibalas dgn kebaikan di dunia ini, bygkan betapa besarnya apa yg telah kita kumpul utk dihisab di akhirat yg kekal abadi. Subhanallah..
  Dlm erti hidup yg sebenar, mmg kita akan melalui kegagalan. Kadang-kadang bukan sekali kegagalan yg kita dpt. Malah, berulangkali. Ada juga hamba Allah yg tidak pernah berjaya mendapat apa yg diinginkan sehinggalah di saat kematiannya. Tapi, Allah itu lebih Mengetahui. Jgn putus asa utk mengecapi kejayaan. 
  Manusia mana yg tidak pernah merasai kegagalan. Saat keputusan SPM diumumkan, pasti ada yg mengalir air mata kerana gagal dalam peperiksaan. Bkn SPM saja, ada jugak yg gagal mendapatkn pekerjaan yg diidamkan. Kadang ada juga terus-menerus tidak mendapat sebarang pekerjaan. Masa tengah-tengah stress sebab tak dapat kerja, datang pulak surat PTPTN suruh byr hutang sebelum disenarai hitamkan dan tidak mendapat kebenaran ke luar negara selagi tidak menjelaskan bayaran pinjaman. Masa tu, rasa terduduk dan gagal lagi dalam hidup. 
  Tu kisah aku lah sebenarnya. Jujur sungguh pulak rasanya kat blog ni. Tapi, aku tak pernah putus asa terus. Adalah aku putus asa tapi 2 hari je. Kemudian, aku bangkit semula. Berpuluh-puluh sampul surat kat kedai apek berdekatan dgn rumah aku, aku borong utk hantar resume aku kat seluruh pelusuk negara sebab nak mintak kerja. Paling lawak sekali aku rasa, aku pernah mohon jawatan utk jadi pemandu kenderaan. Sampai emak aku pun menggaru kepalanya sendiri memikirkan kerenah aku. Itu baru emak, tapi emak tak pernah putus bagi dorongan. Steady je. Dia tak kata apa pun walau anak dia seorang penganggur tegar kat rumah. Makan tido, makan tido, main game, facebook dari pagi sampai ke malam. Emak tetap steady. That's why I love my mum like heaven..*ayat apekah*
  Pernah jugak kawan-kawan yg dah kerja 'besor' ckp kat aku "Kau ni apply kerja mcm nak gila tp kerja tak jugak!" Hehe..bisa beb ayat tu. Kemudian, seluruh kawan-kawan yg mendengar gurauan itu tergelak-gelakkan aku yg tersengih-sengih mcm kerang busuk. Dlm hati, Tuhan saja yg tahu. Tapi, aku ambil kata-kata tu sebagai satu ayat yg positif. Aku meyakinkan hati aku bahawa aku telah berusaha bersungguh-sungguh sehinggakan orang kata aku apply kerja mcm nak gila. Selebihnya itu kuasa Tuhan. Aku percaya pada rezeki yg Allah tuliskan utk aku. Abang aku pun pernah sound aku, "Kau ni bila nak kerja? Habiskan beras kat rumah jer." Kata-kata itu telah membuatkan aku berlinangan airmata. Sungguh. Org lelaki kalau bercakap memang tak fikir perasaan orang perempuan. 2 jam lepas berendam air mata, aku ambil kata-kata itu sbg suatu yg positif juga. Thanks to my adik yg mengajar aku teknik-teknik menukar ayat negatif menjadi ayat-ayat positif. Beberapa hari lepas tu, aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat swasta. Alhamdulillah. Ada jugak majikan yg sanggup ambil pekerja mcm aku. Dgn suasana pekerjaan yg menyenangkan, boss yg baik hati, bertimpa-timpa rezeki Allah bagi berkat kesabaran aku tu. Kenapa aku ckp mcm tu? Sebab dlm masa 2 bulan aku bekerja di situ, aku dah dpt elaun hari jadi, bonus kerja, duit upah pekerja dari syarikat lain. Dlm masa 2 bulan saja, aku mampu beli sebuah jam tangan yg sgt aku idamkan. Itulah yg dikatakan rezeki dan berkat org bersabar mcm aku...*duduk dlm bakul, angkat diri sendiri*
  Setelah 2 hingga 3 bulan bekerja di syarikat itu, aku mendapat 3 tawaran pekerjaan dan temuduga oleh beberapa syarikat awam dan swasta sekaligus. Masa tu, memang berpinar-pinar jugaklah biji mata nak pilih. Kawan yang dulu sound aku apply kerja mcm nak gila tu akhirnya memuji aku bersungguh-sungguh, masa tu timbul sikit rasa riak dgn member tu, tapi, cepat2 la aku menghapuskannya sebab kelebihan yg aku dapat ni bukan dtg dari aku. Ada yg lebih berhak utk dipuji dan dipuja. 
  So, aku memilih pekerjaan yg aku ada sekarang. Mungkin tak hebat mana, tapi aku rasa inilah hasil berkat usaha dan kesabaran, dan doa dari aku dan insan-insan yg tidak pernah putus mendoakan kejayaan aku dunia dan akhirat. Cara aku tulis mcm dah berjaya sgt je. Tapi, bolehlah aku rasa bahagia sikit sebab aku berjaya capai apa yg telah aku usahakan. Macam satu kelegaan gitu. Tapi, usaha aku tidak terhenti setakat ini sahaja. Aku ada visi yg lebih jauh lagi dari ini. 
  Kepada mereka yg telah berjaya mencapai apa yg diinginkan, buatlah lagi visi baru dalam hidup utk lebih berjaya dari apa yg kita ada skrg. Dan lagi satu, jgn lupa pada yg telah memberi kita kejayaan ini. Jgn lupa jugak kat orang-orang yg mendoakan kejayaan kita spt kedua orang tua kita dan yg lain-lain. Kalau ada yg berjaya dan terus terleka dan terlupa asal usulnya, tepuklah dahi laju-laju sambil berkata "Tak kenang budi punya orang!" Haha.!!
  Sekian sahaja entry utk kali ini. Utk pembaca-pembaca semua faham dan mengerti akan maksud sebenar putus asa dalam hidup. Takpe kalau nak rasa putus asa, tapi jgn lama-lama sgt. Lekas bangkit dari kegagalan. 


Assalamualaikum.










note : jenama jam tu TITUS namanya, setelah hampir 3 tahun  memandang jam itu di sebalik kaca, akhirnya ia berada di pergelangan tanganku..hehehe...*gedik*
  


1 ulasan: