Cerpen


15 April, 2011

Kisah si nenek tua

  Assalamualaikum wbt..

  Sempena aku menulis entry ini di hari Jumaat yg berbahagia ketika sedang mencari-cari ilham di mana-mana, akhirnya aku rasa nak bagi tazkirah kat semua pembaca yg dikasihi. Walaupun aku jrg sekali mendengo tazkirah tp aku nk bagi jugak tazkirah kat orang..hahaha...
  Topik tazkirah pada petang di hari penghulu segala hari, adalah IBADAH. Alhamdulillah. Dipanjangkan umur lagi kita bersua dlm topik hari ini, diberikan nikmat melihat dan membaca blog aku. Terima kasih buat pembaca setia ku yg sedang tersenyum ke arah komputer di pejabat cik. Lemparkan lah senyuman yang manis korang kpd orang yg korang tak suka, kelak korang dpt memaafkan perbuatan beliau secara luhurnya...hehe..
  IBADAH. Ibadah itu konsepnya sgt luas sebenarnya. Aku yg jahil lagi hina ni pun lebih memfokuskan ibadah itu hanya utk solat, mengaji Al-Quran, berzanji, bersedekah dan pelbagai lagi yg menjurus ke arah keagamaan. Dulu, aku tak tahu yang pergi sekolah, pergi kerja, tolong ibu kat dapur, sapu sampah, bertegur sapa sesama jiran, itu semua merupakan ibadah. Amalan baik yang ikhlas bertujuan utk mendapat redhaNya bkn hendak menunjuk-nunjuk/riak atau melakukan perkara baik dgn niat yg tidak baik.
  Kita harus melakukan ibadah itu dengan sesungguhnya kerana Allah swt. Contohnya, bekerja. Bekerja lah kerana Allah. Jgn curi tulang. Jangan selalu menghilang dari pejabat. Kalau ada terasa buat mcm tu, kadang-kadang tak boleh nak elak jugak kan dari melakukan perkara begitu, tapi sebolehnya elakkan lah. Sebab beberapa sen yang kita dapat tu diikut dari segi kerja yang kita lakukan sebenarnya. Maka, rajin-rajinkan lah diri membersihkan harta. Bagaimana cara untuk membersihkan harta? Aku pernah dengar ceramah satu ustaz ni tentang cara-cara utk membersihkan harta adalah dgn berzakat dan bersedekah. Kerana ada beberapa peratus sumber rezeki yang kita miliki sebenarnya bkn utk kita. Aku pun tak berapa pasti nak ceritakan bagaimana cara ustaz itu menyampaikan ceramahnya. Sbb tu aku tak pandai bagi tazkirah. Tapi, aku harap korang phm apa yang cuba aku sampaikan ni. Maksudnya, rezeki yang kita perolehi tu kadang-kadang ada hasilnya bkn dari titik peluh kita sepenuhnya. Tapi, dah gaji tetap kita begitu. Takkan kita nak suruh potong pulak. Maka, kita ambil beberapa byk bahagian utk disedekahkan. Dan, igtlah yang kita bersedekah semata-mata kerana Allah swt. Tapi, jgn pulak datang kerjanya curi tulang memanjang. Tolonglah jgn salah anggap kata-kata aku ni. Mati aku nak jawap nanti. Nauzubillah...


   Ada kisah seorang nenek tua. Kisah ini tiada kena mengena samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Cerita ni hanya rekaan semata-mata. Sambung balik..dalam hidup nenek tua ni dia adalah seorang yang kuat beribadat kpd Allah swt. Dek kerana usia yang sudah menjangkau 80 tahun, makin taat dia mengerjakan perintah Allah tanpa jemunya. Senang kata, semua solat sunat pun dia mesti buat hari-hari. Solat fardhu pun memang confirm-confirm lah tak pernah miss kecuali masa zaman dia masih muda dulu. Almaklumlah, orang perempuan. Satu hari muncul seorang lelaki muda di hadapan rumahnya. Lalu, nenek tua itu bertanya hajat lelaki tersebut utk menemuinya.


Lelaki muda : Nenek, ada sebuah surau baru sudah didirikan berhampiran kawasan rumah nenek ini. Saya selaku wakil penduduk ingin meminta pertolongan dari nenek. Itupun jika nenek tidak keberatan utk menolong.
Nenek : Apa yang nenek boleh bantu, cu?
Lelaki muda : Kami cuma ingin meminta pertolongan nenek utk menjaga kebersihan kawasan surau ini setiap hari. Bolehkah nenek melakukannya?

  Nenek tua itu pun berfikir panjang sebelum memberi jawapan.


Nenek : Nenek bukan taknak, cu. Tapi, nenek rasa ibadah nenek akan terjejas sekiranya nenek diberi tugas sebegini rupa.
Lelaki muda : Apa maksud nenek?
Nenek : Nenek takut tidak sempat melakukan solat-solat sunat jika terlalu sibuk menguruskan kebersihan surau itu kelak. Bimbang ibadah nenek kpd Allah semakin berkurangan.


  Lelaki itu terdiam. Berfikir lagi. Lalu, dia mengangguk tanda faham. Lelaki itu pun segera berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih kepada nenek tua itu.
  Beberapa hari kemudian, nenek itu pun pergi ke pasar malam di kawasan kampungnya. Setelah selesai membeli sedikit juadah, dia pun segera ingin pulang. Nenek itu teragak-agak utk melintas jalan dalam keadaan jalan raya yg sgt sesak di kampungnya secara tiba-tiba. Beberapa saat kemudian, nenek itu didatangi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. "Nek, mari saya tolong nenek lintas jalan." Pelawa kanak-kanak itu dengan sopan sekali. Nenek itu pun mengangguk setuju. Mereka pun selamat melintas jalan.


Nenek : Terima kasih, cu. Cucu sgt baik menolong nenek. Cucu ni orang kampung inikah?
Kanak-kanak : Sama-sama, nenek. Ya, saya orang kampung ni.
Nenek : Dlm byk-byk pemuda kampung, kamulah anak kecil yang mungkin paling banyak berjasa kpd masyarakat terutamanya orang-orang tua di kampung ini.
Kanak-kanak : Nenek puji saya berlebih-lebihan pula. Saya menolong nenek tadi bkn kerana nenek sudah tua, tapi saya menolong nenek kerana Allah.
Nenek : ????
Kanak-kanak : Menolong orang lain itu kan satu ibadah. Saya lakukan sepenuh hati kerana Allah swt. Jadi, saya lebih mengharap redhaNya dari puji-pujian dari nenek sendiri. Sepatutnya sayalah yg mengucapkan terima kasih kpd nenek kerana memberi saya ruang utk melakukan kebaikan dan ibadah kpd Allah.


  Nenek itu terdiam di tepi jalan. Terpaku lama sehinggalah kanak-kanak tadi berlalu pergi. Kemudian, nenek tua itu terpaku lagi sehinggalah orang pasar malam pun dah nak tutup gerai..hehehe..



  Begitulah cerita nenek tua yang suka pergi pasar malam. Walaupun ending cerita ni tak habis. Maka, aku mintak korang habiskan cerita itu dalam minda korang sendiri. Bagaimana korang semua mengambil moral of the story cerita ini terpulang kpd korang semua. Kalau korang rasa nak tolong nenek tu membersihkan kawasan surau, tu ending paling best sekali. Kalau korang rasa nak teman nenek tu pergi pasar malam beli nasi lemak kukus, tu ending utk orang-orang yang hidup utk makan..hahaha..
  Apa-apa pun ending yang korang pilih, terpulang kepada korang sebab aku tukang tulis cerita saja. Semoga setiap apa keputusan dan perbuatan yang korang buat kat dunia ni, ingatlah konsep IBADAH tu tadi. Aku tak pandai nak bagi tazkirah hebat sgt. Semoga yg ada sikit ni bolehlah aku share mana yang patut. Aku pun manusia yang lebih byk kekurangan dari kelebihan. Maka, jika ada tersilap kata dari penulisan entry kali ni haraplah dimaafkan. Sekian terima kasih.

  Assalamualaikum wbt



note : Al-Fatihah buat arwah nenek aku yang pergi meninggalkn kami semua pada 10 Januari 2009. kasih sygmu masih disini.

1 ulasan: