Pastinya semua di antara kita memiliki impian di hari tua. Ada yg berimpikan utk memiliki sejumlah harta yg byk, tidak kurang juga yg ingin menjadi masyhur dan terkenal. Hari ini aku ingin berkongsi impian aku di hari tua. Walaupun mungkin ada yg tak sudi nak baca entry ni tapi aku peduli apa dgn orang yg taknak baca. Sebab yg nak menulisnya aku..hehehe..
Impian aku di hari tua kelak terdapat dlm satu gambaran petang yg indah..
Aku berjalan perlahan ke arah pangkin yg terletak di hadapan rumah. Pangkin kecil yg berpayungkan pohon manggis sebagai atapnya. Sambil di tangan memegang sepinggan pisang goreng utk hidangan minum petang keluarga. *masa tu da expert masak pisang goreng*
Aku meletakkan hidangan di pangkin, sambil dudukku disambut oleh Aqilah, anak sulungku yg kini berusia 32 tahun. "Sedapnya pisang goreng ibu." Sambil tangannya laju mencapai pisang goreng, lalu disuakan ke dalam mulutnya. Namun, Aqilah tersembur semula pisang goreng berkenaan dgn pantas, "Panas! Panas!" Tergelak aku melihat keletah si Aqilah. Dah tua bangka pun perangainya masih begini. "Along ni, kan ibu baru je letak. Doa pun tak baca, terus sumbat je dalam mulut." Tegur aku. Menantu ku, Waheeda tersengih-sengih melihat keletah Aqilah serupa anak kecil.
"Nenek, nak pisang!" Jerit satu suara kecil yg sejak tadi leka bermain bersama adik dan sepupunya. Hadi, kanak-kanak yg berusia 6 tahun itu adalah anak kepada Aqilah dan suaminya, Hisham. "Hadi, basuh tangan dulu." Tegur Aqilah selaku ibu Hadi. "Tangan Hadi tak kotorlah, emak." Hadi memberi alasan, malas utk ke dapur membasuh tangan. "Kamu jgn nak mengada-ngada, Hadi. Wash your hands, then you can eat." Aqilah membuat wajah garangnya. Hadi tertunduk, lalu segera berlari ke arah dapur utk membasuh tangan.
"Sama mcm kamu, Along, masa kecik-kecik dulu." Aku memerhatikan langkahan Hadi menuju ke dapur, terkenang perwatakan Aqilah sebiji tidak tumpah dgn perwatakan Hadi. Cuma, bezanya lelaki dan perempuan sahaja. "Tu kecik-kecik dulu, ibu. Sekarang dah lain." Jawab Aqilah, dia memang byk betul jawapan walaupun tiada soalan. "Sama je ibu tengok sekarang." Usik aku menimbulkan gelak tawa Waheeda yg lebih byk mendiamkan diri. Aqilah hanya mencebik apabila diusik sebegitu. "Yg kamu marah Hadi tu, kamu tu dah basuh tangan ke belum?" Tanya aku, cuba melihat reaksi Aqilah. "Ibu ni, Along bukan main pasir mcm Hadi tu." Sekali lagi Aqilah menarik muka, merajuk. Aku dan Waheeda tergelak-gelak melihat tingkahnya. Dah jadi emak orang pun, Aqilah masih begitu.
Hadi berlari-lari ke arah pangkin semula. "Nenek, nak pisang." Hadi duduk di atas riba aku, memang begitu kebiasaannya si kecik ini, jika pulang ke kampung. "Panas lagi ni, sayang. Biar nenek tiupkan." Sambil aku mencarik-carik pisang goreng itu dan meniup pisang goreng itu agar lekas sejuk, lalu aku suakan ke dalam mulut si kecil ini. Hadi makan dengan penuh berselera sekali.
Aqilah menoleh ke arah halaman di ruang permainan Hadi sebentar tadi. Kelihatan anak keduanya dan anak Waheeda sedang leka bermain bersama. "Leka betul Ayu dan Boboy main, sampai taknak makan." Aqilah menoleh pada Waheeda. "Biasalah, pantang kalau balik kampung si Ayu tu." Waheeda berkata. Dia lebih kenal dengan anaknya, Ayu yg berusia 4 tahun itu.
Tiba-tiba, muncul sebuah kereta dari arah jalan raya menghala masuk ke kawasan halaman. Serentak, kami bertiga tersenyum ke arah kereta tersebut. Boboy mengejar kereta itu dari belakang, diikuti oleh Ayu. "Yeah! Yeah! Atuk dah balik!" Suara jeritan si kecil Boboy diulang-ulang sehingga kelibat 3 orang lelaki keluar dari perut kereta itu.
"Atuk, Boboy nak naik motor mcm semalam." Si Boboy terlonjak kegirangan sambil berpetah dalam nada suara yg pelat. "Boboy, semalam kan dah naik motor. Esok pulak lah." Satu suara mencelah, ayah kepada Boboy, Hisham. "Alaaa...Boboy nak naik motor jugak." Rengek Boboy lagi kepada atuknya.
Suamiku hanya tersenyum. Serba salah utk menolak permintaan cucunya yg seorang ini. "Boboy!" Marah si ayah, apabila Boboy makin kuat merengek. "Nanti esok atuk bawak Boboy, hari ni tak boleh. Tadi ada polis kat depan kampung tu. Atuk takde lesen nak bawak Boboy." Tipu suamiku lagi, cuba memujuk cucunya. Suamiku mendukung Ayu dan Boboy sekaligus apabila Boboy tidak berhenti merengek. Suamiku, Hisham dan seorang lagi anak lelaki ku baru saja pulang dari surau menunaikan solat Asar berjemaah di masjid kampung.
"Jom kita pergi pondok. Tengok apa Abang Hadi makan tu." Pujuk suamiku lagi, begitulah keletah suamiku melayan cucunya, dahulu sewaktu anak-anak kami masih kecil pun dia sahaja yg lebih memanjakan anak-anak berbanding aku sendiri, yg lebih tegas kepada mereka.
Suamiku menurunkan Boboy dan Ayu di atas pangkin, lalu melabuhkan duduknya bersebelahan dgn aku. Begitu juga Hisham dan Daniel, masing-masing mencari ruang duduk di pangkin yg kecil itu. Daniel, satu-satunya anak lelaki kami yg kini sudah 5 tahun mendirikan gerbang perkahwinan bersama wanita pilihannya, Waheeda dan dikurniakan Nur Hidayu dalam hidup mereka.
"Ibu, Fatimah mana?" Daniel bertanya, mencari kelibat adik bongsunya yang tidak kelihatan di halaman rumah. "Ada kat dalam tu, sibuk bergayut dengan tunang dia. Sekejap lagi keluarlah tu. Meh, makan pisang goreng ni." Aku menjawab soalan Daniel dan memperlawa mereka makan. "Orang kalau dilamun cinta memang mcm tu, tunggulah dah kahwin nanti." Aqilah pula meluahkan pendapat sambil menjeling sinis pada Hisham yg leka menyuap pisang goreng ke dalam mulutnya. Yg lain semua hanya menahan tawa mendengar kata-kata sindiran Aqilah.
"Yelah, dulu sebelum kahwin, sopan je abang tengok awak ni. Bila dah kahwin, mengalahkan harimau garangnya." Usik Hisham sambil mencuit pinggang isterinya itu. Kami semua tergelak-gelak melihat keletah mereka berdua. "A'ah. Emak garang mcm rimau." Hadi turut mencelah, menimbulkan gelak yg berpanjangan antara kami semua. Aqilah merenung anak sulungnya itu dengan pandangan yg menggerunkan. Hadi tertunduk lagi.
"Along, along." Suamiku menggeleng, sambil menghabiskan sisa tawanya.
"Apa yang kecoh-kecoh sakan ni?" Muncul suara kecil Fatimah, yang entah bila pula munculnya dia di halaman, sambil telefon bimbit yang tidak lekang di tangannya.
"Kaulah kecoh! Orang lain pun ada tunang jugak, tapi taklah hari-hari bergayut." Usik Daniel, memandang wajah adik kesayangannya itu. Fatimah menjeling abangnya, lantas mengambil tempat di celah-celah kami. Pangkin yg kecil ini masih kukuh utk menampung kami anak-beranak.
"Elehhh..kau dgn Kak Waheeda dulu pun sama je. Pantang la kalau Kak Waheeda jauh sikit, cemburunya memanjang. Kan kak?" Sesi balas membalas usikan pun bermula. Waheeda hanya tertawa melihat wajah suaminya menahan malu. "Korang dua beradik, kalau berjumpa, tak sah kalau tak bertekak kan. Dah, Timah. Makan pisang goreng ni." Aku cuba meleraikan usik-mengusik mereka yang tidak akan berhenti itu.
"Oh ya, ibu. Faizal kirim salam." Fatimah hampir terlupa menyampaikan salam yg dikirimkan oleh tunangnya kpd aku. "Kirim salam pada ibu je? Ayah takde?" Kerut dahi suamiku memerhatikan Fatimah. "Faizal cakap ibu cantik, mcm Timah jugak." Hampir tersedak Daniel mendengar pengakuan jujur Fatimah. Aku hanya tersenyum, seraya menjawab salam itu di dalam hati.
"Kalau Faizal ckp ibu cantik, itu aku sokong. Part Faizal cakap cantik mcm kau, aku bangkang 100%. Betul tak, Along?" Daniel berkata-kata seraya menoleh ke arah kakaknya. "Along setuju, sebab Along rasa Along lebih cantik dari kau, Timah." Spontan saja kata-kata Aqilah, lalu menimbulkan tawa yang sangat meriah kepada kami semua.
"Ibu, tengok Along dgn Daniel ni." Rengek Fatimah, manja kepada aku. "Sudah! sudah!" Suamiku cuba meleraikan usikan Aqilah sebentar tadi. "Anak-anak ayah semua cantik dan kacak. Tapi, korang semua tetap tak boleh lawan ibu." Puji suamiku. Kembang setaman rasanya di hati ini. "Eleh..ibu. Kembang lah tu kena puji. Tapi, ayah. Ibu kan dah tua. So, kurang lah cantik dari masa muda dulu." Mulut Aqilah memang begini, laser tidak bertempat.
Suamiku tersenyum tapi tidak pula dia memandang ke arah aku, "Ibu memang dah tua. Tapi, cantiknya dia di mata ayah masih mcm pertama kali ayah memandang ibu kamu dahulu. Cinta pandang pertamalah katakan. Dan, ayah rasa setiap hari ayah dilamun cinta dgn ibu korang ni." Ya, lelaki di sebelahku ini, setiap hari dia akan memberitahu yg dia sygkan aku dan seluruh keluarga kami, walaupun sudah 34 tahun bersama, namun, dia tidak pernah jemu menjalankan tanggungjawab sebagai suami, bapa, dan juga datuk. Dia juga satu-satunya lelaki dlm jutaan lelaki yg memuji aku cantik hampir setiap harinya. Sekian terima kasih.
Begitulah aku menggambarkan hari tua aku kelak. InsyaAllah. Tapi, tang SUAMI tu memang tak dapat den nak nolong.
So, bagaimana dgn impian di hari tua korang pulak nanti? Hidup serba sederhana/bahagia/kaya-raya/jutawan/ahli perniagaan
note : semoga dipanjangkan usia, dan dapat memperbaiki amalan di dunia ini. amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan