Sempena aku menulis entry ini di hari Jumaat yg berbahagia ketika sedang mencari-cari ilham di mana-mana, akhirnya aku rasa nak bagi tazkirah kat semua pembaca yg dikasihi. Walaupun aku jrg sekali mendengo tazkirah tp aku nk bagi jugak tazkirah kat orang..hahaha...
Topik tazkirah pada petang di hari penghulu segala hari, adalah IBADAH. Alhamdulillah. Dipanjangkan umur lagi kita bersua dlm topik hari ini, diberikan nikmat melihat dan membaca blog aku. Terima kasih buat pembaca setia ku yg sedang tersenyum ke arah komputer di pejabat cik. Lemparkan lah senyuman yang manis korang kpd orang yg korang tak suka, kelak korang dpt memaafkan perbuatan beliau secara luhurnya...hehe..
IBADAH. Ibadah itu konsepnya sgt luas sebenarnya. Aku yg jahil lagi hina ni pun lebih memfokuskan ibadah itu hanya utk solat, mengaji Al-Quran, berzanji, bersedekah dan pelbagai lagi yg menjurus ke arah keagamaan. Dulu, aku tak tahu yang pergi sekolah, pergi kerja, tolong ibu kat dapur, sapu sampah, bertegur sapa sesama jiran, itu semua merupakan ibadah. Amalan baik yang ikhlas bertujuan utk mendapat redhaNya bkn hendak menunjuk-nunjuk/riak atau melakukan perkara baik dgn niat yg tidak baik.
Kita harus melakukan ibadah itu dengan sesungguhnya kerana Allah swt. Contohnya, bekerja. Bekerja lah kerana Allah. Jgn curi tulang. Jangan selalu menghilang dari pejabat. Kalau ada terasa buat mcm tu, kadang-kadang tak boleh nak elak jugak kan dari melakukan perkara begitu, tapi sebolehnya elakkan lah. Sebab beberapa sen yang kita dapat tu diikut dari segi kerja yang kita lakukan sebenarnya. Maka, rajin-rajinkan lah diri membersihkan harta. Bagaimana cara untuk membersihkan harta? Aku pernah dengar ceramah satu ustaz ni tentang cara-cara utk membersihkan harta adalah dgn berzakat dan bersedekah. Kerana ada beberapa peratus sumber rezeki yang kita miliki sebenarnya bkn utk kita. Aku pun tak berapa pasti nak ceritakan bagaimana cara ustaz itu menyampaikan ceramahnya.