Air sungai yg mengalir ke laut
Hujan yg turun dari langit
Matahari yg terbit dari timur
Bunga yg mekar pada waktunya
Burung yg pulang ke sarang pabila senja menjelang
Lumrah alam...semua akan mengikut aturan yg telah ditetapkan. Sebegitu juga manusia. Bergerak mengikut aturannya. Pergi kerja utk cari duit. Mandi setiap pagi. Makan bila lapar. Tidur bila ngantuk. Tengok tv sebab ada cerita best.
Tapi, kadang-kadang manusia juga akan merasakan sesuatu perasaan. Perasaan yg dipanggil cinta. Kerana apabila manusia itu jatuh cinta, pergerakan hormonnya akan menjadi tidak normal spt selalu. Ada kajian yg mengatakan begitu. Sbb tu lah bila orang jatuh cinta, makan nasik 3 pinggan pun tak kenyang. Tidur pun tak berapa nak lena.
Jatuh cinta adalah perasaan yg normal melainkan jatuh cinta
- Jatuh cinta dgn suami/isteri orang
- Apabila kita jatuh cinta dgn orang lain pdhal kita sendiri sudah berpunya..hehehee...
- Jatuh cinta dgn Orlando Bloom sbb dia tu boyfriend aku..okeh!!!
Itu adalah antara beberapa contoh yg kebarangkaliannya sgt tinggi. Dan, ada jugak sebab2 lain kenapa kita tidak boleh jatuh cinta dgn seseorang. Aku cuma nak bagitahu perihal jatuh cinta itu adalah perihal perasaan. Perasaan tidak sama dgn akal. Akal ia berfungsi dalam kawalan, kecuali mcm medula oblongata yg mengawal fungsi pernafasan, percernaan dan lain-lain secara automatik. Tapi, masih lagi dlm kawalan otak.
Perasaan tu pulak ia di luar kawalan. Perasaan takut, marah, sedih, gembira dan sebagainya. Ia akan terjadi sendiri apabila tiba satu-satu keadaan. Ia akan wujud sendiri. Dan, rangsangan dari perasaan itu akan pergi ke otak. Dan, terpulanglah kepada otak kita utk menterjemahkan perilaku perasaan itu. *tiba-tiba aku rasa macam nak tulis dokumentari pulak*
So, hari ni aku nak cerita adalah perihal perasaan cinta. Dan, bagaimana otak kita menterjemahkan perasaan itu. Mungkin kita mengambil berat tentang si dia lebih dari orang lain. Kadang-kadang kita emosi lebih apabila dia tersalah bergurau dgn kita. Boleh jadi kita jealous tahap gaban bila ada orang lain mesej handphone dia. Kadang-kadang semua masalah kita jadi mudah bila tengok senyuman dia. Dan, pelbagai lagi perangai orang jatuh cinta atau dilamun cinta. Apa-apa pun, cinta yg baik adalah cinta manusia kepada Tuhan.
"Seorang lelaki jika dia tidak mencintai Allah sepenuhnya, bagaimana dia mampu mencintai isterinya selama-lamanya?"
Itu kalau kita jatuh cinta dgn orang yg sepatutnya. Cuba bygkan jika anda jatuh cinta dgn orang yg tidak sepatutnya. Sila refer contoh-contoh yg telah diberikan di atas tadi. Bagaimana utk menafikan perasaan? Atau ayat yg lebih dramatisnya 'menidakkan sebuah perasaan'. Waahhhh...ayat telenovela skrg!!!
Semuanya bergantung pada fungsi kawalan otak kita. Gunakan kelebihan yg Allah bagi kat kita yg Dia tak bagi kat haiwan..AKAL. Gunakan akal yg waras utk berfikir baik dan buruknya sesuatu tindakan kita. Sbb apa-apa pun kita kena ingat, perasaan cinta itu pun kurniaan Allah kpd kita. Maka, kita haruslah bertindak mengikut kewarasan akal dan fikiran kita. Jgn nak suka-suka kita jer. Walau sekuat mana pun hati kita remuk dan hancur, kita kena steady jer. Sebab akal kita yg waras akan mengatakan "kau tidak boleh hidup bersama dia kerana sebab-sebab tertentu yg munasabah." Maka, menafikan perasaan itu lebih baik dari bertindak mengikut perasaan. Kesudahannya, kita akan menjadi manusia yg lebih matang dan tabah dalam menilai sesuatu perkara sekaligus mengharapkan keputusan yg dibuat akan mendatangkan perkara yg baik dan diredhaiNya selalu.
Sebelum mengakhiri entry kali ni, di sini ada sedikit sajak aku karang khas utk kalian semua..hehe..terimalah..
Oh hati!
Berhentilah bermimpi dan menangis
Kerana esok kau perlu lebih berani
Esok aku akan menjadi dewasa keranamu
Oh hati!
Kenapa kau berani bermimpi?
Kau tahu mimpimu tidak pernah nyata
Lihatlah kau sekarang remuk dan berkecai
Berderai jadi serpihan
Oh hati!
Kau bangkitlah, bercantum dari remukmu
Mengejar mimpi yg pasti
Agar tidak tersungkur di kemudian hari
Oh hati!
Kebal lah agar tidak ditembusi lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan