Aku 'copy paste' ayat di atas dari sebuah laman web dan kemudian menterjemahkan melalui google. Thanks Google. I love you!
Pada petang Jumaat yg mulia ni, marilah kita sama-sama membincangkn topik mengenai cara-cara mengawal tekanan atau orang putih kata "Stress Management". Ini adalah kerana berkisar mengenai topik perbincangan yg lepas mengenai JANTUNG YG SIHAT. Setelah aku ditemuramah oleh doktor, dan memeriksa tekanan jantung segala, aku didapati bebas dr sebarang penyakit jantung. Alhamdulillah...lega rasa hati. Syg rasanya nak tinggalkn dunia yg fana ni. Tp apapun, kita tak tahu bila sampai ajal kita nanti. Org sihat sejahtera pun, jika dah sampai waktunya, apa-apa carapun akan pergilah jua.
Cuma, yg paling menyentuh urat ketawa aku nih, apabila doktor kata aku mungkin STRESS..dan ayat yg lebih menyentuh urat2 kentut aku bila doktor kata,
"Orang muda-muda ni selalu stress mungkin sbb gaji kecik, nak naik gaji atau sebagainya."
TERIMA KASIH DOKTOR! KERANA SGT MEMAHAMI! DAN TANYA AKU NAK MC KE??? ADA MCM MUKA DTG KLINIK NAK MINTAK MC KE APE AKU NIEE...
Sabo jerlah. Sila abaikan kenyataan doktor tu sekiranya anda tergolong dlm golongan stress sbb gaji kecik..hahaha....
Berbalik pada topik asal kita, cara-cara menangani STRESS. Sebenarnya aku pun tak pasti, tapi mari kita cuba cara di bawah hasil dr kajian aku sendiri untuk menangani STRESS dgn jayanya.
- Rembat kad kredit kawan serumah anda, kemudian pergi melancong ke pulau-pulau berhampiran dgn tempat anda bekerja. Tapi dgn syarat, segala telefon atau kemudahan telekomunikasi termasuk pager, laptop, celcom broadband dan telegram tak perlulah dibawa semasa percutian anda. Dan haruslah anda pergi seorang diri. Kalau ada yg nak ikut jugak, dia mmg saja lah nak tambah stress anda.
- Mohon cuti dgn boss anda secara sopan dan baik. Kalau bole cuti lah selama beberapa bulan. Kalau kene potong gaji pon potonglah. Setelah cuti anda yg selama 3 bulan itu diluluskan (cuti org bersalin ke ape ni..), anda tidak perlu ke mana-mana melainkan mengurung diri di dalam bilik. Bawak sekali dapur gas housemate anda ke dlm bilik anda. TV rumah anda pun bawak sekali masuk dlm bilik. Kunci bilik dan pastikan housemate anda tiada kunci pendua utk membuka pintu bilik anda. Sbb housemate anda bkn kisah pun anda nak buat apa dlm bilik tu tp sebenarnya dia nak dapur gas dia balik sbb nak masak megi. So, biarlah dia pun sama-sama rasa stress.
- Jgn angkat telefon atau balas sebarang mesej dr boyfriend/girlfriend anda selama setahun. Walaupun anda sgt rindukan dia, biarkan saja. Sekiranya dia cintakan anda, dia pasti sanggup menunggu anda menjawab panggilan telefon walaupun sudah setahun lamanya anda seolah-olah mengabaikan dirinya. Tapi sekiranya dia tidak mencintai anda, layaklah anda menerima kad undangan majlis perkahwinan darinya kerana dia akan berkahwin dgn org lain. Maka, perkara ini mungkin menjadikan anda lebih stress/gila terus..aku sarankan lebih baik anda huru-harakan majlis perkahwinan boyfriend/girlfriend anda supaya mereka pun stress melihat kehadiran anda di majlis itu.
- Add orang2 yg tidak dikenali di BBM anda (khusus utk pengguna BlackBerry saja). Add sajalah siapa-siapa yg suka letak BB pin di status2 mereka. Memang tulah tujuan utama mereka adalah utk di'add' oleh org yg tidak dikenali. Jika mereka berlawanan jantina dgn anda, anda cuba mengorat mereka dgn ayat-ayat manis mengatakan anda seorang yg kaya kerana memiliki BlackBerry Torch walhal anda pakai BlackBerry Curve yg takde 3G..hehehe..Sekiranya org yg anda add adalah bersamaan jantina dgn anda, anda keluarkan kata-kata makian dan kata-kata kesat supaya mereka turut stress spt anda dan terus remove anda dr BBM List mereka. Dan, menjadi pengajaran utk mereka supaya tidak memaparkan BB pin mereka di khalayak umum.
- Cari semula kasut2 yg dah lama anda tak pakai dlm rak kasut anda, sekiranya byk lagi simpanan anda, adalah lebih baik anda memilih kasut yg paling buruk dan tapak kasutnya memang kalau pakai dah rasa mcm berjalan di atas bumi..hehehe...Pakai kasut itu ke tempat kerja pd hari mesyuarat yg sgt penting dgn boss anda atau mesyuarat yg penting dgn klien anda. Tips yg plg mudah ialah pakai kasut itu dgn high level confident. Percayalah, boss/klien anda pasti kagum dgn high level confident anda. Dan boss anda akan terus menaikkan pangkat anda serta merta berkuatkuasa 24jam..hahaha...
- Lukis gambar hantu byk2 kat sehelai kertas A4. Lagi best kalau pakai kertas Double A yg sgt berkualiti tu. Lukis lah hantu ju-on ke drakula ke buffy the vampire slayer ke..tak kisahlah. Kalu anda berjiwa melayu, lukislah hantu pocong ke pontianak jibam-jibam ke penanggal ke. Jgn lukis gmbar Maya Karin sudah. Sbb Maya Karin tu hantu plg cantik dlm sejarah filem Melayu..hehe. Lepas da lukis gambar hantu tu, letakkan dlm sampul beserta setem 30sen dan alamatkan ke alamat rumah anda sendiri. Jgn lupa letak nama anda sebagai penerimanya. Lalu pos la di pejabat pos berhampiran dgn rumah anda. 3 hari kemudian, anda akan menerima surat itu. Lalu anda terkejut dan buat2lah pengsan supaya housemate anda akan segera menghantar anda ke rumah sakit jiwa. STRESSSS!!!!!!!
So, adakah idea di atas boleh diamalkan utk menghilangkn stress? Cubalah tp aku takkan menanggung sebarang kerugian mahupun keuntungan dari tindakan anda. Semoga anda sendiri yg menanggungnya dan jgnlah harapkan housemate anda akan bersimpati dgn nasib anda lagi kerana andalah penyebab dia stress sebenarnya.
Sekian.
yeah...sy nk pegi melancong!
BalasPadam