Cerpen


14 Mac, 2011

oh tsunami!

  Assalamualaikum wbt,

  Pertama sekali, takziah buat  warga Jepun terutama  mereka yg berada di daerah Sendai, Jepun atau kawasan yg berhampiran dengannya yg mengalami nasib yg sama akibat gempa bumi pd 11 Mac lalu. Gempa bumi yg plg dahsyat pada tahun 2011 setakat ini dgn ukuran 8.9 skala richter. Aku teringat kata2 sorang cikgu kat sekolah masa belajar  Geografi Tingkatan 3 dulu. Dia ada bercakap psl gempa dan dia pernah kata ukuran gempa bumi paling maksium pun 9 skala richter. Jadi, kalau dah 8.9 ni mungkin dah tak boleh nak kata apa. Gegaran pula berlaku di timur Laut Jepun yg mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter. Tinggi tu 10 meter. Kalau tak silap, gelombang tsunami kt Acheh pun berukuran 3 meter *betulkan aku kalau silap*
  Jepun yg terkenal dgn gahnya kemajuan teknologi yg dimiliki, di samping Tokyo yg menjadi antara bandaraya yg memerlukan kos yg sgt tinggi utk didiami. Jepun yg hebat itu pun boleh kalah juga dengan kuasa Tuhan. Sesungguhnya Allah itu lebih berkuasa ke atas sesuatu. Marilah kita sama-sama panjatkan doa agar diri, keluarga, rakan-rakan dan negara kita dilindungi dari ditimpa bencana dan malapetaka sedemikian rupa. Siapa tahu mungkin negara kita yg berada di luar Lingkaran Api Pasifik ni boleh terkena tempias dari bencana ini. Siapa yg lebih tahu melainkan Dia? Jadikan iktibar peristiwa 26 Disember 2004 sbg pengajaran utk kita selama-lamanya. Waktu itu barulah ramai yg tahu maksud TSUNAMI. Kalau dulu hanya mereka yg berpelajaran tinggi atau berpengetahuan lebih saja yg tahu maksud TSUNAMI. Skrg ni makcik-makcik kat hulu pun dah tau pasal TSUNAMI sejak tragedi 26 Disember 2004 itu melanda negara kita dan meninggalkan kesan yg amat mendalam bg mereka yg kehilangan insan tersayang dalam tagedi itu.

  Memang blog kali ni nak cerita pasal Tsunami di Jepun skrg tp dari persepsi aku sendiri. Betapa bertuahnya kita hari ini, masih lagi bekerja seperti biasa, masih sarapan pagi di pejabat spt mggu lepas walaupun penyakit 'Monday Madness' ni susah nak hilang, masih sibuk ber'sms' dgn kekasih kita, dan masih sempat nak update blog. Kadang2 dlm keselesaan kita ni, kita cuba ambil masa 2 minit fikir sekejap apalah org Jepun yg dah takde rumah dan kereta tu tgh buat skrg. Itu belum lagi yg hilang ditelan ombak Tsunami.
  Hari Sabtu yg lepas, sehari selepas Tsunami di Jepun, aku bersama kawan2 memang happening sungguh sebab kami ada reunion yg entah kali keberapa kat Sunway Pyramid. Mmg havoc lah kalau dah lepak dgn kawan2 ni. Nak dijadikan cerita, selesai kami makan tengah hari, ada lah stesen TV luar negara yg dilanggan oleh kedai makan tu yg keluarkan berita pasal Tsunami ni. Masa tu masing-masing tergamam tak kata apa. Tengok kereta dan rumah-rumah hanyut dibadai ombak, kami termenung utk seketika. Selesai membayar bil segala, keluar dari restoran tu, fikiran masing2 jauh 'dihanyutkan' ombak Tsunami. Dlm hati aku pun jadi tak keruan, kerana kami semua sedang leka menjalani keindahan dunia, tapi ada sesuatu yg sedang berlaku di sekeliling dan seolah-olah tidak menjadi kesusahan bagi kami.  Seolah-olah perkata itu mmg bukan urusan kami. Mungkin kita semua tiada ahli keluarga di sana, jadi nak risaukan apa? Kita rakyat biasa yg kerja makan gaji ni takde pelaburan jutaan ringgit dgn negara matahari terbit tu, so kenapa nak kisah sgt dgn diorang? Tapi, selagi kita bergelar manusia sejagat, kenapa perlu mementingkan diri sendiri? Kenapa tak ambil kisah hal orang yg dalam kesusahan? Doakanlah kesejahteraan mereka di sana.
  Tiba-tiba aku terpanggil nak ulas statement sorang artis Malaysia ni, yg tulis kat twitter dia kata lebih kurang mcmnie "mana pergi Ultraman segala nak selamatkan Jepun kena Tsunami."  BERAT MASALAH MAMAT SORANG NI. Mungkin dia dah terbiasa bergurau begitu tp sedarlah awak tu artis kot. Bukan lah suruh jadi hipokrit sgt tapi sentiasalah behave kalau nak menulis apa-apa pun pada umum. Sebab penulisan tu tak kiralah setakat post kat status Facebook ke ape ke..ia tetap digelarkan penulisan. Sesebuah karya penulisan itu sebenarnya lebih tajam dari mata pisau. Penulisan jugalah menjadi penyumbang kemerdekaan negara kita dulu. Jgn lupa tu. Kalau awak tak baca blog saya ni pun takpelah. Janji jadi iktibar pada org lain. InsyaAllah.
  Lagi satu yg paling best ni aku terbaca 1 artikel kt ruangan Kosmo! bertarikh 13 Mac 2011, aku pun dah tak berapa nak ingat tajuk apa tapi diceritakan semula pengalaman seorang kawan penulis yg kebetulan berada di Sendai, Jepun ketika gempa berlaku. Insaf sekejap bila baca cerita penulis, penduduk Jepun masing-masing membantu menyelamatkan seorang warga OKU yang terperangkap di tingkat 3 sebuah bangunan. Dan yang paling menarik sekali, lebih kurang beginilah statementnya,

  "Peruncit kedai membawa keluar bekalan air mineral dan makanan utk diagih-agihkan kpd kanak-kanak dan orang ramai."

  Cuba anda semua bayangkan sekejap kalau tiba-tiba terjadi gempa kat negara kita. Aku repeat 'KALAU'..bukanlah nak kutuk warga negara kita sendiri, tapi anda semua rasa berapa ramai peruncit yg akan mengeluarkan bekalan inventori mereka kat stor utk disedekahkan kpd org ramai ketika itu. Cuba lah bayangkan. Silap-silap harga air mineral 500ml tu boleh jadi RM8. Dah macam pergi melancong kat Genting Highland pun ya jugak! Sebab time tu lah mungkin ramai peniaga yang akan mengambil kesempatan. Mungkinlah. Tapi, mungkin ada jugak peniaga yg sgt prihatin dan membantu. Kita mana tahu kan sbb perkara seumpama tu belum terjadi pada negara kita.. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin Ya Allah!
   So, rasanya sampai sini saja nak cerita. Mana yang rasa elok pada pembacaan mata kasar anda, semua itu dtg dari Yang Maha Esa. Mana yang rasa mcm tak berapa nak best tu, it's my own deficiency. Lagi satu pesanan penaja, kepada sesiapa yg ada membeli buku A Doctor In The House, tolonglah bagi aku pinjam. Tak terlarat rasanya nak kumpul duit sampai RM100 nak beli buku tu. Takpun, belikan lah aku hadiah tu sempena birthday aku yang tak lama je lagi ni sebab tiap2 bulan pun birthday aku..hahaha...



Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan