Cerpen


16 Mac, 2011

Tabahlah hati.

Ku lihat kedut-kedut pada pudar wajahnya
Wajah tua yg sangat mendamaikan
Sebening kasihnya selembut mentari pagi dari matanya


Ku lihat garis-garis halus pada kasar tangannya
Tangan yg ingin ku pegang tidak ku lepas
Seluas rindunya sebesar mega dari pelukannya


Kau ibu
Lebih bererti dari seisi dunia yg telah aku miliki
Lebih bermakna dari semua cakerawala yg aku mampu tawani
Kerana kasihmu ibu yg membawa ku ke syurga abadi


Kau ibu
Tergenggam janji dalam panjimu
Mendewasakan aku dari kakiku seluas dua jarimu
Tidak sekali kau bercerita tentang kepayahan, pengorbanan dan jerihmu
Yg sering ku dengar hanya harapan, doa dan impianmu ibu


Kau ibu
Aku jadikan kau sbg impianku kini
Kerana kedewasaan dan kematangan aku jadikan ukuran kasihmu dulu, kasihmu kini, dan kasihmu selagi hayatmu
Atas balasan kemewahan duniawi tidak menjadi perkara bagimu
Kerana kau masih ibuku sehingga akhirnya
Ibu yg cukup sekadar aku adalah nilai berjuta-juta bagi dirinya






Puisi ini khas utk ibu-ibu di seluruh Malaysia, terutama ibu aku lah. Puisi ini dikarang ketika hati sgt sebak mengenangkan beliau yg kesepian jauh dari anak-anak. Nak doa sekejap utk mak..

"Ya Allah, panjangkanlah umur mak aku. Kalau boleh, biarlah sampai dia dapat teman aku pergi konvokesyen anak-anak aku nanti. Amin Ya Allah."

Nak doa utk arwah ayah aku pulak ..

"Ya Allah, jauhkan lah abah dari azab seksa kuburMu. Jauhkanlah dia dari seksa api nerakaMu. Permudahkanlah kehidupannya di alam sana. Aku mohon padaMu, Ya Allah"

Tiba-tiba hari ni mood nak sedih kerana sesungguhnya aku sgt rindukan mereka berdua ini. Dan juga rindu pada abang2 dan adik aku. Oh! Tabahlah hati!


Assamualaikum...

1 ulasan: