Cerpen


04 Mac, 2011

Ada cerita tentang masa yang indah

1994...
  Aminah berjalan terjengkit-jengkit menghala ke halaman rumah sebelah, dgn harapan tiada yg mengetahui dia berada di luar. Dia menoleh ke kanan dan kiri, dgn langkah berhati-hati.
  Aminah, baru saja berusia 4 tahun ketika itu, tapi gadis ini bijak merancang sesuatu sebelum melakukan segala tindak-tanduknya. Hari ni, misinya adalah utk mengoyakkan kolam renang plastik milik jirannya. Dia berjalan lagi, berhati-hati. Kakinya pun mencecah jua ke halaman rumah jiran. Kolam renang hanya beberapa meter saja dari langkahannya kini.
  Aminah berlari pantas ke arah kolam renang plastik yang masih ditakungi sisa-sisa air. Si kecil itu dengan kepantasan daya kudrat di bawah usia itu segera mencarik-carik kolam renang plastik itu tapi usahanya menghasilkan kegagalan. 5 minit dia mencuba tapi seakan seperti sudah lama dia berada di situ mencuba dan mencuba lagi. Seperti tadi, usahanya masih gagal. Aminah, si kecil yang bijak akal itu mencari idea lain utk 'menghapuskan' kolam renang plastik itu, sambil matanya ligat memerhati ke arah sekeliling.
  Ada selonggok batu-batu kecil di halaman menarik pandangannya. Lantas, digenggam batu-batu kecil itu dgn tapak tangannya yg sgt comel, lalu ditaburkan batu-batu itu ke dalam kolam.
  Di sebalik kepayahan dan kepenatannya 'menguruskan' aktiviti jenayah kanak-kanaknya itu, ada kelibat yang memerhati tindak tanduknya di sebalik dinding di laman rumah. Piyah, menunggu masa yg sesuai utk menyergah Aminah yang sedang cuba merosakkan kolam renang plastik itu. Ya, kolam renang itu milik keluarga Piyah.
  Aminah menghembus nafas kecilnya sepadan dengan hidungnya yang bersaiz kecil itu. Aminah kepenatan. Terlerai sudah dendamnya pada kolam renang itu. Aminah pun segera mengangkat kaki ingin berlalu pergi meninggalkan kawasan kejadian.
  "Minaaaahhhh!!!!!!!! Minah buat apa dgn kolam Piyah??!!!" Jerit Piyah sambil berlari-lari ke arah Aminah. Aminah kaget. Kakinya semakin laju melangkah dan terus berlari, bimbang diserang oleh Piyah yang mcm orang gila. Tapi, dek kudrat Piyah yang lebih tua 2 tahun dari Aminah, Piyah berjaya mendapatkan Aminah yang terkedek-kedek berlari dalam kepayahannya yang masih memakai lampin.
  Piyah menarik rambut Aminah dgn kasarnya. Lalu, ditolaknya bahu Aminah sehingga si kecil itu jatuh tergolek-golek ke tanah. "Mahal-mahal bapak Piyah belikan kolam ni, Minah pegi letak batu pulak." Jerit Piyah marah-marah. Aminah yang kecil itu pun menangis akibat tergolek, ditarik rambut dan dimarahi. Sangat pakej utk si kecil yang nakal ini. "Piyah kedekut, tak kasi Minah mandi!" Balas Aminah dgn tangisan yang kuat. "Minah budak-budak lagi, nanti lemas." Jawab Piyah.
  "Tak kira, tak kira..Minah nak mandi jugak." Makin kuat tangisan Aminah memecah kedinginan pagi.
  Hafiz, Liya dan Jaja pun muncul dari muka pintu. Hafiz dan Liya adalah kakak dan abang kpd Minah. Manakala, Jaja adalah kakak sulung kpd Piyah. Melihatkan keadaan yang tidak keruan itu, mengundang marah di hati Jaja, "Piyah, kenapa kau kacau Minah?"
  "Kaklong, Minah masukkan batu dalam kolam kita." Kata Piyah dengan harapan dirinya akan dibela.
  "Kau ni dia kan lagi kecik daripada kau. Dia kan budak-budak lagi." Jaja segera mendukung Aminah dan cuba memujuk si kecil yang sudah jatuh tergolek itu.
  "Piyah, Minah, korang ni asik bergaduh je!" Si Hafiz selaku yang paling tua antara mereka, walaupun baru berusia 11 tahun ketika itu bertindak sebagai abang dan ketua antara mereka. "Sudah Minah, berhenti menangis. Yang kau pun satu, kenapa pegi masukkan batu kt kolam orang. Nanti aku bagitau mak bila mak balik kerja nanti." Sambung Hafiz lagi.
  Liya membatu. Memerhatikan saja gelagat adik beradiknya itu. Piyah pula sudah mencuka wajahnya kerana dimarahi oleh kakaknya sendiri, sambil dia memerhati kolam renang kesayangannya itu.
  Setelah reda tangisan Aminah, Hafiz memanggil keempat-empat mereka dan duduk di sisi kolam. Kolam dipenuhi batu-batu kecil. "Kamu berdua ni tak usahlah gaduh-gaduh. Nanti mak kita marah tau. Lepas ni, Piyah, Minah, Liya pergi buang batu dalam kolam sama-sama." Hafiz memulakan kata-kata. Walaupun di usianya yang masih mentah itu, tapi selaku yang paling tua, sedikit sebanyak mengajarnya menjadi seorang pemimpin yang matang dalam mengendalikan masalah-masalah adik-adiknya.
  Piyah menarik muka masam. Dia enggan membersihkan kolam itu. "Piyah, kau jgn nak mengada-ngada. Ikut cakap Hafiz tu." Arah Jaja apabila terpandang wajah Piyah yang masam. "Skrg ni, korang berdua salam mintak maaf. Pasni jgn kawan olok-olok. Kawan betul-betul." Hafiz berkata lagi.
  Aminah yang cuba memahami maksud abangnya, lekas menghulurkan tangan utk bersalam dgn Piyah sbg tanda kemaafan. Namun, Piyah enggan. Liya yang merupakan kakak kpd Aminah cuba membetulkan keadaan "Piyah, salamlah dgn Minah. Tak baik."
  Mendengar kata-kata Liya, Piyah segera menyambut salam Aminah dgn serba salah. Piyah si keras kepala memang lekas mengalah jika dipujuk Liya sendiri.
  "Haa....kan bagus macamni. Takde gaduh-gaduh. Kita kan adik beradik." Kata Hafiz lega.
  "Kita bukan adik beradik la, Hafiz. Hafiz, Liya ngn Minah je adik beradik. Jaja dan Piyah kan sepupu kita je. Mak yang cakap kita sepupu." Bangkang Liya cuba membetulkan kata-kata Hafiz.
  "Memanglah kita sepupu dengan mereka ni, tapi dari kecik kan kita membesar sama-sama. Sbb tu la mak-mak kita duduk rumah sebelah-sebelah supaya kita jadi macam adik beradik." Terang Hafiz lagi.
  "Ooohhh...!!!" Serentak yang lain mengangguk paham. "Jadi, adik beradik mana bole bergaduh." Tambah Hafiz. Sekali lagi dengan nada serentak "Ooohhh...!!!"


2000...
  "Kau rasa boleh ke kita buat benda ni?" soal Radiah, runsing. Memperkenalkan Radiah, antara yang paling bongsu dan Radiah tidak terlibat dengan cerita 'kolam renang plastik' kerana ketika itu dia masih menyusu dgn ibunya. Dia merupakan adik kepada Jaja dan Piyah.
  "Kau ni janganlah gabra sgt. Kita balik lah awal nanti. Mak takkan tahu punya." Pujuk Piyah bersungguh.
  "Aku takutlah." Sampuk Aminah pula.
  "Nak takut apa? Hafiz, Jaja kan ada kelas tambahan hari ni." Liya pula menambah.
  4 orang budak perempuan di lingkungan usia 9 hingga 13 tahun merancang utk keluar ke pusat membeli-belah dengan sendirinya tanpa pengetahuan ibu bapa dan keluarga mereka.
  "Kalau mak tahu, mati kita Liya." Aminah berkata lagi, resah dihatinya makin menjadi.
  "Korang ni macam budak-budak lah." Liya mula naik angin, dia lupa yang mereka sebenarnya masih budak-budak.
  "Habis nak pergi ke taknak pergi ni?" Tanya Piyah kepada Aminah dan Radiah, masing-masing membatu.
  Liya terus menyarungkan baju yang cantik utk dipakai ke pusat membeli-belah. Dia sungguh yakin akan keputusan yang dibuat. Memang impiannya utk duduk melepak seperti gadis-gadis remaja yang lain bersama kawan-kawan tanpa pengawasan ibu bapa.
  Dengan berat hati, Radiah dan Aminah pun bersiap dan bersedia utk keluar rumah tanpa pengetahuan sesiapa.
  Mereka menaiki teksi dan menuju ke sebuah pusat membeli-belah yang paling masyhur di daerah Johor Bahru itu, berbekalkan duit yang tidak seberapa. Setiba di sana, keadaan jadi sgt teruja buat mereka berempat. Segala mcm barang-barang yang tak diperlukan pun nak dibeli. Biasalah, kanak-kanak.
  "Dahlah, jom balik. Dah lewat ni. Kang mak kita dah balik, susah kita nanti." cadang Piyah sambil membelek jam di tangan.
  "Korang, aku rasa duit mcm dah tak cukup je nak balik naik teksi." Ujar Liya, gugup. Segala perbelanjaan pada hari itu, ditanggung penuh oleh Liya kerana Liya adalah antara yang paling tua di antara mereka. "Korang ada duit lebih tak?" tanya Liya.
  "Mana ada duit. Semua duit kan pada kau." Jawab Aminah.
  "Tu lah kau, shopping tak ingat dunia." Marah Piyah pula.
  "Habis, macammana nak balik ni?" Radiah pula menyambung.
  "Kita balik naik bas jelah. Kalau naik bas, cukuplah duit." Cadang Liya, cuba membetulkan keadaan.
  Mereka pun beratur dan bersesak di perhentian bas cuba mencari bas yang menghala ke taman perumahan mereka. Namun, masing-masing buntu di tengah-tengah kesesakan manusia. Dan tiada seorang pun di tengah-tengah himpunan manusia yang menghiraukan keberadaan mereka berempat di situ.
  Liya jadi buntu. Sumpah, inilah kali pertama dia menaiki bas awam. Selama ni naik bas sekolah memanglah pandai. Selaku yang paling tua antara mereka, dia terpaksa memberanikan diri mencuba sesuatu yang baru dan membimbing adik-adik yang kebuntuan.
  "Tu lah..cari pasal sangat. Keluar tak bagitau emak." bisik Liya sendiri dalam hati. Dia menyesal tak sudah. Buntu lagi.
  "Liya, kita nak naik bas yang mana satu ni? Kenapa ramai sangat orang? Jam dah pukul berapa ni? Dari tadi kita kat sini je? Pukul 6 kang emak mesti dah balik. Habislah kita!" Aminah yang terkenal dengan mulut becoknya mengeruhkan lagi keadaan yang huru hara itu.
  Tiba-tiba, Radiah menangis. "Radiah takut."
  "Minah, Radiah, cuba jangan penakut sangat. Biarlah Liya carikan bas." Piyah, memang apa pun, Liya tetap ketua baginya.
  "Abis, macammana ni Liya?" Tanya Piyah apabila melihat Liya diam seribu bahasa.
  "Piyah, aku tak pernah naik bas. Aku tak tahu nak naik bas yang mana satu." ujar Liya, jujur dan bersalah.
  Semakin kuat tangis Radiah menarik perhatian orang di sekeliling. "Radiah, kau boleh tolong diam sikit tak." Marah Piyah.
  "Aku nak balik, nanti mak marah. Takkan nak tidur sini." Radiah menangis lagi, menambah kusutkan keadaan.
  Liya diam sahaja. Diam dan terus diam. Dia mengalah.
  Aminah yang berakal panjang itu juga yang membuat keputusan utk menghubungi nombor rumah mereka dan meminta ayah mengambil mereka pulang dari situ. Setiba di rumah, tak perlulah diceritakan berapa banyak sebatan rotan di bahagian tangan dan kaki keempat-empat mereka. Dan yang paling teruk dibelasah sudah tentulah si 'ketua' yang konon-konon bijak itu. Kerana dialah segala yang dirancang menjadi kucar-kacir. Dan episod kehidupan itu menjadi lipatan memori buat mereka dan dijadikan pengajaran sampai bila-bila.


2006...
  Liya menggenggam sekeping kertas keras sambil tersenyum panjang. Tertera di helaian itu, Lesen Memandu Percubaan. Tak sabar rasanya utk diceritakan tentang perasaan itu kepada yang lain. 
  "Hafiz, Jaja, Piyah, Minah, Radiah, aku dah dapat lesen lah!!!" Jerit Liya berlari menuju ke kawasan tempat mereka sering duduk bersantai di petang hari, di anjung rumah. Mereka yang lain bersorak kegembiraan.
  "Tengok-tengok." Piyah menghulurkan tangan menyambut lesen milik Liya itu.
  "Lepas ni kita boleh pergi jalan-jalan 4 orang. Nak tunggu Hafiz dgn Jaja ni sibuk je belajar kat universiti. Tak sempat nak bawak kitorang jalan-jalan kan." Kata Liya dgn nada gembira.
  "Bagus sangatlah tu. Jangan jadi mcm dulu sudah. Kalau ada lesen pun, keluar rumah pun kena bagitahu emak jugak." Bebel Jaja penuh makna. Mereka melepaskan gelak mengingati peristiwa 6 tahun dahulu. Cepat sungguh waktu berjalan meninggalkan zaman. Zaman di mana tidak tahu apa-apa mengenai dunia tapi sekarang Liya sudah pandai memandu kereta. Hebat!
  "Baiklah, Jaja." Senyum Liya penuh makna.
  "Sempena Liya dah dapat lesen ni, jomlah kita suruh Liya bawak kita pergi main bowling malam ni nak tak?" cadang Hafiz. Semuanya melonjak kegembiraan apabila diajak keluar, kecuali Jaja yang masih berkerut. "Kau kenapa, kaklong? Muka macam ayam berak kapur je." Sindir Piyah apabila terlihat wajah Jaja berkedut seribu. "Kaklong ada temujanji dgn Zizi petang ni." Luah Jaja dengan rasa bersalah.
  "Alaaa...mcm dia sorang ada pakwe." Sampuk Radiah pula. Jaja buntu. "Tak apalah, lagipun Jaja dah janji dgn Zizi. Kita boleh keluar next time je." Hafiz cuba membantu Jaja yang sudah pun dimarahi oleh adiknya sendiri.
  "Kalau demi korang semua, kaklong cancel lah plan nak keluar dgn Zizi petang ni." Kata Jaja, spontan. Berat rasa hatinya utk melebihkan orang lain dari adik-beradiknya sendiri.
  "Macam tulah baru namanya Jaja." Liya berkata dan tersenyum gembira. Yang lain juga turut menyokong.


2011...
  Piyah merenung anak kecil yang berada di wad bayi di sebuah hospital di Johor Bahru. Piyah tersenyum. Macam tak percaya yang dia dah jadi seorang makcik. Rasanya baru semalam dia bergusti dengan Aminah dan Radiah, merebut tempat di kolam renang plastik. Terkenang pula bagaimana keadaan Liya yang sangat takut kepada air ketika berusia 7 tahun . Takut lemas katanya.
  Sedang khusyuk Piyah mengelamun, dia dihampiri seorang lelaki yang tidak asing baginya. Cinta hati dan kini menjadi tunangnya, Rashad melemparkan sebuah senyuman tanda kegembiraan.
  "Rashad, saya dah jadi makcik orang lah. Tengok anak Jaja tu sebijik macam muka Radiah pun ada jugak." Bisik Piyah, memperlahankan suaranya di hospital. Rashad tergelak kecil melihat keletah tunangnya, bukan main gelabah lagi Piyah ketika Jaja sakit ingin bersalin sepanjang perjalanan menuju ke hospital. Dah macam Piyah pula yang nak bersalin.
  "Tu terkenan muka Radiah tu sebab Radiah tu selalu kena marah dengan Jaja masa Jaja mengandungkan budak tu." Tambah Rashad sambil menahan gelak dengan kata-katanya sendiri. Piyah mengangguk, setuju. Ada betul juga kata-kata Rashad tu.
  "Oi korang berdua ni, dah dekat hospital pun nak bercinta lagi." Sergah Liya dari belakang, kehadiran Liya membuatkan Piyah sangat teruja dan sedikit menjerit. Kebahagiaan. Liya yang ditemani Azeri, sangat gembira melihat wajah Piyah yang berbunga-bunga itu.
  "Aku teka budak yang putih-putih tu mesti anak sedara aku kan. Sebab muka dia 'copy and paste' mcm Radiah. Serius tak tipu!" Liya menunjukkan ke arah seorang bayi kecil dalam inkubator bayi yang diletakkan paling hujung di dalam wad bayi itu.
  Mendengarkan kata-kata Liya, ketiga-tiga mereka tergelak sakan. Membuat bising di hospital. "Bila kau sampai? Tak mesej aku pun. Orang lain pun baru kahwin jugak, tapi ada je masa nak balas mesej aku. Kau ni tiba-tiba je sampai. Aku ingatkan nurse manalah yang sound kitorang tadi." Kata Piyah, sambil menggulung senyum. "Tadi patutnya nak sampai awal tapi dia ni nak menyinggah kat Jusco sekejap beli hadiah baby." Tiba-tiba Azeri menyampuk.
  "Kau ni mesti pergi beli hadiah mahal-mahal kan? Biasa-biasa sudahlah. Kau balik dari KL ni pun dah cukup baik." Ujar Piyah, cukup kenal dengan perangai pemboros si Liya sejak dari kecil lagi. "Alaa...anak sedara aku kan. Takkan nak beli sapu tangan je. Ni lagi satu, Hafiz dah on the way balik sini jugak. Excited dia nak tengok baby Jaja. Confirm dia terkejut sbb tiba-tiba muka mcm Radiah pulak." Kata-kata Liya memecah gelak antara mereka.
  "Oh ya, budak-budak kat perantauan tu dah tahu yang diorang ni dah jadi makcik? Lepas ni tak bolehlah nak manja-manja sangat dengan mak, sebab mak kita sibuk nak jaga cucu." Tanya Liya teringatkan 2 orang gadis yang sangat dirindui oleh mereka. Radiah dan Aminah, antara yang terbijak di kalangan mereka sejak dari kecil, kerana kebijakan merekalah peluang diberikan utk melanjutkan pelajaran di University Of Manchester dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Terima kasih Kerajaan Malaysia! Dan kebetulan mereka berdua ditawarkan di universiti yang sama walaupun bidang yang berlainan.
  Piyah mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu membuat panggilan video ke nombor Aminah, lambat bersahut, mungkin sedang sibuk menguruskan aktiviti sepanjang kuliah.
  "Minah, teka aku kat mana?" Tanya Piyah sambil melambai-lambaikan tangan ke arah telefon bimbit.
  "Macam kat hospital. Macam kat...macam kat...." Tergagap Aminah ingin menghabiskan ayatnya, sambil di fikirannya mengira-ngira tarikh Jaja akan bersalin.
  Sepantas kilat Radiah yang entah datang dari mana muncul sekali dalam panggilan video itu, berdiri di sebelah Aminah dan melambaikan tangan ke arah Piyah dan Liya. "Jaja dah bersalin ke?" Soal Radiah separuh menjerit.
  Belum sempat Piyah menjawap, Radiah dan Aminah sudah menjerit-jerit kegirangan dan ingin melihat wajah anak saudara mereka.
  "Budak tu mcm muka Radiah lah!" Pekik Aminah kuat, terkejut.
  "Korang berdua boleh bercakap perlahan sikit tak? Ni hospital." Tegur Liya, bimbang dimarahi oleh jururawat yang bertugas malam itu.
  "Memang macam muka kau, Radiah." Sahut Piyah sambil menjuihkan bibir ke arah Radiah, walaupun dalam telefon sahaja. Cukup untuk mengubat rindu mereka berempat.
  "Comelnya." Puji Radiah sendiri disambut gelak oleh mereka yang lain. "Perasan! Budak ni je yang comel." Liya bersuara pula, cuba menyakat Radiah. "He or she?" Itulah yang bermain di benak Radiah sejak dari tadi sebenarnya. "Girl...macam kita jugak." Jawab Liya penuh bangga.
  "So, how's Jaja? Is she okay?" Soal Aminah. "She's fine. Semua tadi berjalan lancar, Alhamdulillah." Ujar Piyah memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga dengan kurniaan dariNya.
  "Boleh tak kau halakan video ni kat baby tu? Aku nak buat ucapan. Hopefully she will recognize me once I come back home." Kata Radiah dengan penuh pengharapan. Sungguh terasa jauh jarak yang memisahkan. Tapi, dia bersyukur kerana ditemani Aminah di sana.
  Tanpa banyak berkata, Piyah menghalakan telefon bimbit ke arah wad bayi terutama ke arah inkubator bayi yang menjadi pujaan hati mereka sekarang.
  Radiah melihat dari skrin telefon bimbit. Dia tersenyum, memang ada muka aku kat budak kecil itu. Dia menarik nafas panjang. "Hai awak, saya ni aunty awak. Ni pun aunty awak." Sambil menunjukkan ke arah sebelah, Aminah. Radiah menyambung lagi, "Panggil saya maksu je. Kami balik lagi 2 tahun. Masa tu, awak dah pandai bercakap, dah pandai berjalan, nanti maksu belikan awak gula-gula banyak-banyak kat sini. Makan sampai habis. Awak jangan nakal-nakal tau. Dengar cakap mama awak, memang mama awak tu kuat membebel tapi dia baik sebenarnya. Dengar cakap ayah awak jugak, you're lucky to have him as your father. And you're very lucky to be born with this kind of family. Tu sajalah maksu nak cakap, sekarang aunty Aminah pulak nak bagi ucapan." Sengih Radiah sambil menepuk bahu Aminah yang khusyuk mendengar kata-kata Radiah.
  Aminah tersenyum ke arah bayi perempuan itu. "I'm not ready yet to give any speech." Lawak Aminah memecah tawa mereka di situ. "Awak, nanti jangan dengki sepupu awak dengan meletakkan batu di dalam kolamnya kerana sepupu awak tu bukanlah kedekut tapi dia sayangkan awak. Dia takut awak lemas dalam kolam sbb awak tu kecil lagi. Kemudian, awak jangan ikut cakap budak nakal yang suka buat kerja-kerja remaja yang memakan diri sendiri. And the most important is, awak kena sayang kami semua sbb kami semua syg antara satu sama lain. Be a good girl. A good wife, one day. Aunty tak sabar nak jumpa awak, nak balik jumpa nenek saudara awak, nenek awak, makcik pakcik awak. Aunty rindu sangat-sangat kt korang semua."
  Azeri menghulurkan sehelai tisu kepada Liya, apabila terlihat isterinya bergenang air mata. Begitu juga Piyah, sebak yang tidak dapat ditahan. Sungguh jauh terpisah dengan mereka di perantauan.
  Di balik tembok di sebelah wad bayi, Hafiz menangis melihat keadaan yang berlaku. Hatinya juga sayu mendengar kata-kata dari panggilan video itu. Dia menggagahkan diri dan menghampiri mereka, lalu memeluk bahu Liya menahan sabar. Sungguh akrab kasih sayang mereka utk diuji dengan kejauhan itu.
  Lantas Hafiz menghalakan panggilan video itu ke wajahnya sendiri. "Girls, kita bukan sepupu. Kita adik beradik. Remember?"
  Mereka berempat mengangguk serentak, Azeri dan Rashad memandang satu sama lain dan tersenyum gembira.




Ini adalah sebuah kisah benar yang telah diolah sedikit dan sebanyak demi menjaga nama baik dan keselesaan pembaca. Banyak jugak yang diolah sebenarnya. Kalau anda semua pandai, cuba teka watak aku yg mana satu? Jgn teka yg si bayi yg baru lahir tu sudahlah. So, moral of the story dari kisah ni mengenai peredaran masa dan zaman bersama adik beradik anda semua. Masa kecik-kecik mesti selalu gaduh dgn adik beradik kita, kadang rasa mcm nak pijak-pijak je adik kita tu, tapi bila dah besar ni, dah jauh, rindu pulak nak gaduh. Bila tengok tv sorang-sorang kat rumah, dah takde orang nak berebut remote tv dgn kita. Rindu jugak nak menyakat abang kita masa dia tengah sibuk main game kt komputer. Dan, inilah yang peredaran masa bersama bergerak mengikut peredaran zaman. Dalam mengharungi liku-liku kehidupan, kita akan bertemu dan berpisah dgn seseorang termasuk rakan-rakan zaman sekolah, cinta pertama di IPT..hehehe..dan bermacam lagi, namun, yg masih kekal bersama adalah hubungan kekeluargaan. Ibu, bapa, abang, kakak, adik, saudara mara dan yang seangkatan dengannya. Ini adalah hubungan yg kekal selamanya. Antara kasih syg dan pengorbanan kita sendiri dlm menjaga keharmonian isi rumah. Mcm aku, sgt bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan dlm sebuah keluarga yg sgt sgt sgt sgt harmoni. Alhamdulillah...sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah swt.
Maka, kpd pembaca-pembaca sekalian, yg rasa ada zaman kasih syg sewaktu kanak-kanak, imbas kembali waktu tu bersama-sama utk kita lebih menghargai keluarga yg kita ada sekarang. Kerana, setinggi mana pun manusia itu diangkat atau serendah mana pun taraf kita di alam pekerjaan, igtlah yg kita sama saja, dilahirkan dari perut si ibu. Dan, disitulah kita mula mengenal erti dunia.
Akhir kata dari saya dan pesanan khas utk kesemua manusia yg menyayangi dan disayangi oleh saya, anda semua sudah pun berada di hati lama dahulu walau sebelum kita berjumpa dan berkenalan..kerana Allah yg telah merancang waktu utk kita semua dipertemukan dalam tarikh kehidupan kita.

Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan