Sejak kebelakangan ni, aku mengalami sedikit masalah fizikal. Rasa sakit yg berterusan. Setelah aku meng'google' tanda-tanda sakit yg aku alami sekarang ni, info yg aku dpt sangat mengejutkan. TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG. MasyaAllah...
Lama aku termenung fikirkan perkara ni, bersediakah aku? Apakah tindakan seterusnya? Macammana kalau info tu tak tepat sebenarnya dgn keadaan aku skrg. Ok. Malas nak fikir hal tu. Cuma, aku berfikir cara apakah utk bersedia menghadapi segalanya?
Segalanya bermaksud kos utk menampung sakit aku. Siapakah kategori orang paling susah hati jaga aku kt wad nanti? Sudah tentulah ibu aku. Dan berapa ramaikah org yang akan susah dgn keadaan aku itu kelak? Hanya Allah saja yg lebih Mengetahui.
Tak sanggup rasanya menghadapi hari-hari getir seperti itu di waktu usia yg masih muda ini. Melihat orang ramai bersusah-susah dgn nasibku. Tambahan kat aku pula, redhakah aku akan ketentuan itu? Mungkin tidak. Selalu kita saja menonton rancangan "Bersamamu" TV3 dan bersimpati atas nasib orang. Cuba anda semua bayangkan suatu ketika orang ramai pula akan bersimpati atas nasib diri kita? Persoalannya disini, mampukah kita menjadi setabah-tabah manusia dengan takdir Allah? Cuba bayangkan di saat kita hanya mampu terbaring kaku sambil si ibu menyuapkan sesudu bubur ke mulut kita, sedikit sebanyak pasti terlintas di hati "Kenapa nasib aku begini?" atau "Kenapa aku, ya Allah?". Hebat kan ujian Allah...diturunkan sakit itu bkn kerana Dia benci. Itulah tanda kasihNya pada kita. Mungkin masa sihat ini kita semua pasti berfikir untuk menjadi lebih tabah walau ketika sakit kelak. Belum kena pada diri sendiri, mana kita nak tahu macammana. Betul tak? Tapi apapun, kita sentiasa igtkan diri sendiri. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit.
Itu kalau masih diberi kesempatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup. Tapi, kalaulah serangan sakit jantung yang menjadi sebab kepada ajal kita. Macamner pulak tu? Sempat ke aku nak bertaubat di saat-saat menghembuskan nafas terakhir itu? Sempat ke nak buat amal jariah ketika roh sudah berada di ubun-ubun? Sempat ke aku nak menuntut dan mengamalkan ilmu yang baik ketika Izrail sudah berada di sisiku dengan bengisnya? Takutnya! Kemudian, aku duduk termenung lagi dan berfikir jauh lagi. Berfikir mengenai orang-orang yg bakal aku tinggalkan di muka bumi ini. Bagaimana nasib mereka? Bagaimana nasib seorang ibu yg sudah kehilangan suami. Siapa lagi mampu menggalas tugas ini jika aku pergi sebelumnya. Tak tertanggung rasa pilu di hati membayangkan wajahnya sahaja. Inikan pula melihat tangisannya.
Meh aku petik serangkap lagu nasyid di zaman sekolah aku dahulu...
Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
KERANA DI SITU LETAK SYURGAKU...
Bagaimana nasibnya tanpa aku di dunia ini?
Sambung termenung sekejap walaupun tengah khyusuk menulis blog. Betullah kata pepatah, orang yg ditinggalkan lebih sengsara dari yang meninggalkan. Aku pernah merasainya ketika kehilangan nenek yg paling rapat denganku. Bulan Muharram itu perginya seorang hamba Allah, seorang ibu yang mithali kepada 9 orang anaknya. Seorang ibu yg gigih meredah gelora kehidupan selepas kematian suami tercinta. Allah sahaja mengetahui betapa berat melepaskan pemergianmu, nenek. Kemudian, Allah ambil pula seorang ayah yang menjadi tulang belakang keluarga kami, juga pada bulan Muharram 2 tahun berikutnya. Tidak tertanggung rasanya melepaskan ayah jika tidak redha dgn qada' dan qadar Mu. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui. Aku serahkan segala kepasrahan hati padaMu kerana Kau juga sebaik-baik penyembuh hati yang luka.
Maka, mulai hari ini, aku telah membuat janji pada diri sendiri (sbb janji kpd orang lain la antara janji yang senang dimungkiri)..aku akan cuba utk menjalani cara hidup sihat. Mungkin dalam post akan datang akan diceritakan pula bagaimana mengamalkan gaya hidup sihat mcm yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia "Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman". Beberapa ketika kempen tu keluar kt televisyen..harga gula pun naik 20sen sekilogram...huhuhu..mungkin kebetulan kot. Ok. Aku tak berani nak komen hal tu. Blog ni bukan utk kepentingan pihak lain.
Buat pembaca pertama blog ini yang sudi menunggu aku update blog, terima kasih diucapkan terutama kepada Cik Siti Yasmin (ya..anda tahu siapa anda)..terima kasih juta juta juta kali kerana menjadi orang paling dekat dan paling banyak bersabar dgn kerenah si penulis blog ini. Terima kasih lagi dan lagi.
Assalamualaikum...
jaga diri selalu...ingat org yg kamu sayang sbb mereka juga sayang kamu sampai bila2..
BalasPadamspertimana sy sentiasa sayangkan aimi
BalasPadam