Berbalik kpd "Bila Allah menduga kita". Baca tajuk ni pun aku rasa berat kat hati. Mungkin kerana ujian2 Allah yg datang kpd aku semenjak kebelakangan ini. Jika tidak kuat, mungkin aku akan jatuh tersungkur spt suatu masa di zaman kejahilan dahulu.
Kemudian, aku berfikir semula. Dan, aku nak ajak korang semua pun sama2 berfikir dgn aku. Terutamanya korang2 yang didatangkan dgn dugaan Allah yg lebih dahsyat dari orang lain. Kita rasa spt ingin bertanya kpd Tuhan kita "Nasib apakah yg Engkau timpakan pada aku ini, Ya Allah? Kau kata Kau Maha Penyanyang kpd hamba2 Mu." Jika persoalan ini lah yg pernah terlintas di minda korang semua walau sedetik cuma, hapuskanlah persoalan dan perasaan spt itu segera yg mungkin. Dan, panjatkan lah istighfar kerana Dia juga Yang Maha Pengampun.
Lalu, kita bermuhasabah diri sendiri mencari punca, faktor, dan hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah itu Maha Adil. Allah beri ujian pun mengikut kemampuan diri kita. Dan, aku ada satu kata-kata hikmah yang aku nak korang jugak gunakan dan sematkan dlm hati dan jiwa korang semua,
APABILA KITA MENERIMA SESUATU DGN REDHA, KITA AKAN BERTEMU DGN HIKMAHNYA.
Aku nak story sikit pasal sorang kawan baik aku. Ni kisah benar ni. 'Aliza' bkn nama sebenar. Mungkin korang semua ada juga mengalami peristiwa ini, atau kawan2 ke, saudara ke, boleh jadi jiran-jiran ke..kisahnya bermula begini