Cerpen


17 Februari, 2012

Cerita Seram di Hospital

Lokasi : Hospital Batu Pahat
Masa : 2.15 pagi
Tarikh : Januari, 2009


  "Rin, teman aku pergi tandas." Aku toleh pada pemilik suara itu, sepupu aku, Shila (bukan nama sebenar). Aku toleh semula pada jam di tangan.
  "Kau pergilah sendiri." Aku jawab.
  "Takut." Dia pun jawab.
  "Kan ada makcik guard jaga depan tandas tu."
  "Alaaa...temankanlaahhh.."

  Dengan penuh berat hati dan berat punggung, aku gagahkan juga diri menemani sepupu aku yg baru berusia 18 tahun ke tandas. Sebenarnya sudah hampir 4 hari kami 'menginap' di hospital ini. Waktu ini kami bergilir-gilir menjaga arwah nenek kami di hospital. Pakcik dan makcik juga sama-sama bergilir-gilir menjaga arwah nenek yang disahkan mengidap penyakit paru-paru berair ketika itu. Kebetulan, ketika nenek aku ditahan di hospital, aku sedang bercuti semester dan sepupu aku si Shila ni baru saja menamatkan SPM nya.
  Malam ini merupakan malam keempat nenek ditahan di hospital. Doktor kata sakitnya tenat. Maka, waris boleh berada di dalam kawasan hospital walaupun bukan pada waktu melawat. Cuma, hanya 2 orang waris sahaja dibenarkan masuk ke dalam wad, yang lain boleh menunggu di luar wad pesakit perempuan itu.
  Malam ini, emak dan makcik aku dah pun berada di sisi nenek aku di dalam wad pesakit. Maka, aku dan si Shila ni bersantai-santai lah di luar wad.
 
  Aku berhenti dari meneruskan langkah di kawasan koridor bersama-sama si Shila.
  "Kenapa?" Shila tanya, langkahnya turut terhenti.
  "Aku...aku..." Aku jawab gagap-gagap.
  "Kenapa dengan kau ni?" Shila cemas.
  Melihat reaksi wajah Shila yang memang dasar penakut tu, tak jadi aku nak menyambung lakonan aku menakut-nakutkan dia sebab dia dah memang penakut. Aku tergelak besar, akhirnya.
  "Kau ni memang tak gunakan." Aku tahu Shila dah masak sangat dengan perangai aku.
  "Aku tunggu kat sini jelah." Aku terus mengambil satu tempat duduk di koridor itu, bersebelahan dengan tangga. "Aku nampak kau dari sini." Aku tunjuk kat bawah. Aku boleh nampak makguard tu kat tandas bawah tu.
 
  Untuk pengetahuan you all...Hospital Batu Pahat yang aku pergi ni cuma ada 2 tingkat je. Dan, di laluan koridornya korang boleh tengok ke bawah sebab dia bukan bangunan yang tertutup keseluruhannya melainkan wad pesakit. Korang imaginelah sendiri.

  "Temanlah sampai bawah." Shila merayu.
  "Kau nii...dari sini boleh nampaklah. Lagipun makguard tu ada je kat depan tandas tu. Nak takut apa!!!" Kadang perangai penakut yg berlebih-lebihan seperti Shila ni boleh mengundang orang lain sakit jiwa.
  Shila akur. Dia pun turun ke bawah melalui tangga itu.

28 Januari, 2012

BIADAP PUNYA BUDAK!

Apa yang budak depan meja aku ni cari dari tadi. Bawah meja, bawah kerusi. Dia hilang barang agaknya. Kelam kabut! Sekejap-sekejap dia tanya member sebelah, kiri kanan.

Budak depan ni bukan betul sangat. Namanya je perempuan, tapi kuat menyakat lecturer mengalahkan perangai student laki. 

Ya, dia jarang sekali berbual dengan aku yang dah lama duduk belakang kerusi dia ni. Aku tahu dia labelkan aku 'budak baru' padahal aku cuma masuk lewat 2 minggu je dari tarikh sepatutnya, dan sekarang dah masuk semester kedua pun. 

Budak depan ni toleh kat aku. 

"Eh! Pinjam pen." Dengan muka kusutnya. Dia memang suka panggil aku EH!

Cepat-cepat carik pen dalam pencilcase ni, kang dia mengamuk pulak.

"Nah." Aku bagi pen biru yang paling berjenama dan paling bermutu tinggi antara pen-pen yang ada dalam pencilcase aku, dengan harapan dia tak kusut lagi.

Dia ambik tapi tak cakap terima kasih pun, takpelah. Nanti bila dia pulangkan pen tu, mesti dia cakap thanks.

Dia tulis satu huruf pada borang di atas mejanya.

Dia toleh ke belakang dengan laju, pen tadi dicampak atas meja aku, "Aku kata pen hitamlah! Hisshhh....!!!!"
Dia bangun sambil mencapai borang, dan berlalu pergi ke meja lain.


BIADAP PUNYA BUDAK!!!




note : kan bagus kalau ada kawan nama Ilham, kalau nak tulis cerpen bole cari dia...

18 Januari, 2012

Semua ada, kak!

Pekerja restoran : Ye kak, nak order apa?
Pelanggan              : Apa ada kat sini?
Pekerja restoran : Semua ada, kak.
Pelanggan              : Urmm..bagi saya char kue tiaw satu.
Pekerja restoran : Maaf, kak. Char kue tiaw kita belum buat lagi kat kedai ni.
Pelanggan              : Takpelah kalau macam tu. Bagi saya mee goreng satu.
Pekerja restoran : Mee habis, kak.
Pelanggan              : Ok. Cuba awak bagitau saya apa yang ada?
Pekerja restoran : Semua ada, kak.


Korang pernah tak kasi orang makan kasut saiz 8!!!




note : tolong bagi idea sambungan tunjukkan aku cinta yang sebenar, pleasee....

02 Januari, 2012

2012

2011

kepada mereka yang melukai dan dilukai
kepada mereka yang meninggalkan dan ditinggalkan
kepada mereka yang menipu dan ditipu
kepada mereka yang mengecewakan dan dikecewakan


kepada mereka yang membahagiakan dan dibahagiakan
kepada mereka yang membantu dan dibantu
kepada mereka yang menghargai dan dihargai
kepada mereka yang menyayangi dan disayangi



2012 

Semoga hari-hari yang dilalui lebih bermakna walau nombor itu bertukar lagi nanti




note : life is simple, so let's not make it perfect!

30 Disember, 2011

Manusia Puisi

Manusia puisi,
Tiada siapa tahu sebenarnya yang berdialog di fikirannya
Sedang penanya terherot-herot menulis huruf-huruf kecil dan halus


Manusia puisi,
Duduknya jauh dari pinggiran kota kebisingan
Dia rimas dengan hiruk pikuk dan propaganda harian


Manusia puisi,
Rambutnya hitam tersisir rapi
Sebatang pensil kayu terselit antara telinga dan kepala
Di tangannya sebuah catatan dan nyanyian hatinya


Manusia puisi,
Dia sukar untuk bersahabat dengan orang asing
Dia lebih selesa mengekalkan sahabat yang tersedia ada
Yang mengenali senyum manis dan tawarnya, oh manusia puisi!


Dialah manusia puisi yang mengira tapak langkahnya bila berjalan
Pabila dia memikirkan sesuatu yang rumit, langit dan awan menjadi kanvas imaginasinya
Oh manusia puisi!


Diamnya tanda dia berbicara
Bicaranya tanda dia berfikir
Berfikirnya tanda dia berdiam




note : jenuh nak taip puisi!

26 November, 2011

You are my dream, sayang!

  Daaanngg!!! Ayu menendang pintu rumah teres 2 tingkat yang memang sentiasa tidak berkunci itu, dengan sekuat hati. Walaupun dia tahu pintu itu boleh dibuka dengan mudah tapi dia lebih selesa bertindak dengan menendangnya. 
  "Razak, mana Razak?" Soal Ayu dengan sedikit terpekik. Dua tiga pasang mata yang memerhatikannya agak terkejut dengan tingkah Ayu itu, dari mula dia masuk rumah dengan cara begitu, langsung tidak memberi salam, apatah lagi meminta izin untuk masuk. "Aku tanya Razak mana?" Pekik Ayu lagi apabila masing-masing tidak memberikan sebarang respon positif kepada Ayu.
  Masing-masing kelu seribu bahasa untuk memberi jawapan terbaik kepada Ayu. Lalu, Ayu bergegas menuju ke tangga rumah itu dan terus menuju ke ruang di tingkat atas. Sampai di tingkat atas, Ayu terhenti seketika. Ada 3 buah bilik di situ. Ayu berfikir-fikir sendirian, yang mana satu bilik Razak sebenarnya. 
  Belum sempat Ayu bertindak, salah satu pintu terbuka dan menampakkan wajah Razak yang agak terkejut dengan kehadiran Ayu. Dia bangun dan keluar dari bilik itu pun kerana mendengar seperti ada huru-hara di ruang tamu bawah.
  "Sayang, you..." Belum sempat Razak menyambung bicaranya, Ayu menolak Razak dari muka pintu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik Razak. 
  Hatinya jadi remuk. Maka, betullah apa yang dilaporkan oleh seorang hamba Allah yang tidak dikenalinya menerusi panggilan telefon sewaktu dia bangun untuk menunaikan solat Subuh. Gugurnya jantungnya melihat seorang wanita tidak dikenali sedang lena diulit mimpi di atas katil Razak, dan hanya dibaluti selimut, mungkin tiada seurat benang yang menyaluti wanita itu.

22 November, 2011

1001 Duka, 1001 Pertanyaan, 1001 Bahagia & 1001 Persoalan....

12.31 PM
Aku melihat jam di tangan. Lapar betul hari ni. Bosan sungguh memulakan kerja di hari Isnin. Monday Madness! Duduk di kaunter perpustakaan berseorangan sambil menunggu kehadiran pengunjung yang keluar masuk singgah ke kaunter hari ni.

12.35 PM
Terlihat kelibat seorang makcik yang  rasanya seusia emak aku. Mungkin 50 tahun ke atas. Tak terdetik pula di hati nak bertanya lebih lanjut. Dia kemudian datang menghampiri kaunter sambil melemparkan sebuah senyuman, persis senyuman emak aku. Aku membalasnya dgn reaksi mata bertanya, "Boleh saya bantu, makcik?" (reaksi mata sahaja) kerana tiba-tiba lidah aku kelu untuk memulakan berbicara.

"Makcik nak mintak tandatangan untuk anak makcik menarik diri dari belajar.", kata makcik itu sambil mengunjurkan sehelai kertas yang biasa aku lihat. Ya, borang untuk menarik diri/berhenti dari sesi pengajian. Aku meneliti borang itu dan meminta makcik itu untuk mendapatkan tempat duduk di hadapan kaunter sementara aku menyiapkan tugas seperti yang biasa dilakukan.

Aku meneliti borang itu sambil tanganku menaip beberapa maklumat penting mengenai pelajar yang ingin menarik diri tersebut.


Sila tandakan ( X ) sebab untuk menarik diri :
(    ) Tidak minat bidang pengajian
(    ) Bertukar kolej
(    ) Mendapat pekerjaan
( X ) Masalah peribadi
(    )  Lain-lain. Sila nyatakan ______________________________________


Sesekali aku mengerling kelibat makcik yang duduk di hadapan kaunter, fikirannya menerawang jauh sehingga  dia tidak perasan yang aku sedang memerhatikan tingkahnya. Aku kembali menaip sesuatu. Lalu, aku mencapai Buku Rekod Pelajar Menarik Diri.

"Maaf makcik, saya nak minta tandatangan makcik di sini." Sambil menghulurkan sebatang pen kepadanya. "Ok. Itu sahaja, makcik. Terima kasih." Aku memulangkan semula borang yang diserahkan kepada aku sebentar tadi. Makcik itu menyambut sambil menguntumkan sebuah senyuman yang penuh bermakna. Senyuman manis yang melindungi 1001 duka di dalamnya.

12.45 PM
Makcik itu berlalu pergi setelah membalas terima kasih aku dengan 1001 pertanyaan. Selalunya, dengan girang hati seseorang pelajar menarik diri atas sebab ( X ) Bertukar Kolej. Dan, kebiasaanya mereka akan datang sendiri untuk menguruskan hal menarik diri dari sesi pengajian. Pasti aku bertanya, "Dapat sambung belajar kat mana, dik?" Dengan girang mereka menjawab "University of Manchester, under KPM. Bulan depan kena pergi Biro Tatanegara. Then, the next month terus fly ke sana, InsyaAllah. Belajar 3 tahun kat sana", panjang sekali jawapan yang diberikan sebelum soalan lanjut diajukan. Mereka menguntum senyum yang meluahkan 1001 bahagia. Rasanya kalau mereka duduk lebih lama lagi di hadapan kaunter perpustakaan ini, pasti mereka akan bercerita tentang keterujaan yang dialami dengan lebih mendalam. Ya, aku tahu perasaan itu walaupun tidak pernah mengalaminya.

Tapi, makcik itu benar-benar membuat aku rasa sebu. Perasaan sebu kerana aku tidak sempat bertanyakan itu ini. Tapi, rasanya kami tidak digalakkan untuk bertanya tentang masalah peribadi seseorang, walaupun sekadar untuk berbasa-basi. Cukuplah sekadar menyenangkan makcik itu dengan memudahkan segala urusan, dari bertanya itu ini, kelak akan menambahkan lagi 'masalah peribadi' makcik itu.

Tapi...
Kenapa makcik itu datang bersendirian menguruskan hal anaknya? Jikalau anaknya sakit sekalipun, pihak universiti faham akan masalah yang dihadapi. Mereka akan membenarkan pelajar berkenaan menangguhkan semester dari menamatkan terus sesi pengajian.
Kenapa makcik itu merenung jauh seperti memikirkan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal dan imaginasi aku?
Kenapa kenapa kenapa?


12.59 PM
Aku disapa dari hadapan kaunter oleh rakan sekerjaku, "Jauh termenung!" Bergegar dunia aku sekejap.
Aku membalas kata-kata itu dengan senyuman, senyuman yang cuba merungkaikan 1001 persoalan.
"Nak pergi makan tak?" Tanya rakanku lagi.
Aku melihat jam di tangan. Dah waktu rehat nampaknya. Lama juga aku mentafsir itu dan ini sehingga hilang dalam dunia aku sendiri.
"Cepatlah, nanti lauk habis. Lapar ni!" Sedikit pekik rakanku di dalam perpustakaan yang serba sunyi ini, apabila aku hanya membatukan diri merenung jam di tangan. Mungkin dia lapar sangat barangkali, tambahan pula melihat responku yang seperti acuh tidak acuh.
Aku bangkit meninggalkan kaunter perpustakaan dengan harapan agar segala persoalan yang bermain di benak akan menemui jawapannya kelak.




note : boleh anda dengar saya batuk dari jauh?