Cerpen


16 Ogos, 2011

Bila Allah Menduga Kita part 3

  Surat ini dituliskan oleh aku kepada Aliza sendiri. Semoga menjadi iktibar dan tauladan kepada rakan-rakan pembaca entry ini juga.


12 Ogos, 2011

Kisah Raya yang tak berapa nak sadis!

  Assalamualaikum pembaca-pembaca budiman sekalian tak kira jauh dan dekat (mcm ramai sangat nak baca blog aku). As usual, aku akan cakap yang aku tak perlukan follower yang ramai sampai boleh jadi blogger terkaya, aku cuma memerlukan follower yang SETIA..hehee..
  Sempena Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi..hahaha..walaupun hari ni baru 12 Ramadhan, aku nak cerita tentang kisah raya yang tak berapa nak sadis sangat dari kisah raya yang sebelum ni. Mungkin ada yang ingat entry aku sebelum2 ni. Malas nak link dah. Pandai2 korang la carik ye.
  Selalunya saudara mara, sepupu sepapat aku akan berkumpul di kampung kami di satu kawasan di Johor. Memang seronok sangat, tak perlulah nak explain macammaner seronoknya beraya di kampung. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, masing2 dengan keletah masing-masing lah.
  Kisah yang tragis yang bakal aku ceritakan ini berlaku pada hari raya kedua tahun 2007. Ya, setahun selepas kejadian hari raya yang sadis dalam entry sebelum ni.

08 Ogos, 2011

Ramadhan Tanpa Ayah

Kehadapan ayah yang berada nun jauh di sana,


Surat ini dituliskan dari seorang anakmu yang kini sudah semakin dewasa. Takdir Allah telah menjemput ayah tepat pada waktunya. Tapi, sedarkah ayah, takdir itu sebenarnya terlalu awal untuk anakmu ini menerimanya. Untuk menerima dengan hati yang redha.
Ramadhan ini yang pertama tanpa ayah. Syawal yang menjelang juga yang pertama tanpamu. Kekesalan atau rindu jenis apakah yang menghimpit ruang-ruang hatiku ini.


Ayah,
Anakmu ini yang berhati batu, degil dan mungkin yang derhaka pada hayatmu, tahukah ayah yang aku menangis di dalam Ramadhan mengharapkan diberikan kekuatan hati dan memohon untuk bertemu ayah. Entah beban apa yang menggunung di hati ini tatkala mengingatkan masa silam kita.


Ayah,
Aku masih ingat puasamu tahun lepas, bukan hanya diuji dengan lapar dan dahaga. Tapi, kau masih tabah memaafkan kesilapanku yang kelmarin. Kata-katamu masih berlegar di ruang minda aku, "mungkin raya ini yang terakhir buat ayah." Aku saja yang mendengar kata-katamu itu, ayah, saat kau ucapkannya dengan genangan airmata. Dan, hari ini kau buktikan kata-kata kau sangat benar belaka.


Ayah,
Ramadhan ini, aku pinta sekali sahaja pada Tuhanku, "Izinkanlah ayah untuk kejutkan aku bersahur, dalam sedar dan tidak. Amin, Ya Allah"..Semoga dengan keadaan ini, aku tahu ayah masih menjaga aku, dan tidak pernah putus menghadiahkan kasihmu padaku walaupun hayatmu sudah tiada. Seperti juga Ramadhan sebelum ini, waktu kau mengejutkan aku bersahur dan mengingatkan aku, pentingnya untuk bersahur walaupun hanya dengan sebiji kurma.


Ayah,
Ibu, abang dan adik juga sebenarnya sangat merinduimu. Aku mahu kau tahu perkara itu. Benar sunyi Ramadhan tanpamu, yang aku baru tahu kebenaran itu sejak aku kehilanganmu.


Ayah,
Terima kasih kerana menunggu aku pulang, dahulu. Terima kasih kerana mengizinkan aku berbakti walaupun hanya dihujungnya.


Yang benar,
Anakmu....





note : "kita tak tahu rahsia Allah.." thanks sahabat =)

02 Ogos, 2011

Kabus Kota di Kuala Lumpur!

Kabus kota di Kuala Lumpur
Maghribnya, masih riuh di jalanan
Remaja belasan tahun mencari kedamaian kebebasan
Lebih bebas dan megah dari merak kayangan


Kabus kota di Kuala Lumpur
Punca rezeki sang pengemis, kadang tidak berkaki
Manakan mampu berjalan sejauh ini?


Kabus kota di Kuala Lumpur
Kemajuan dikecapi jadi pembunuh halus umat manusia
Berlegar menikmati makna permodenan


Kabus kota di Kuala Lumpur
Bukit Bintang ~ syurga si pelancong asing
Menogak apa sahaja tanpa rasa malu pada negara berdaulat ini
Oh, itu dia bangsaku sibuk berpesta
Hilang sudah warna dan rupa bangsaku


Kabus kota di Kuala Lumpur
Ia berdebu dan menyesakkan!

28 Julai, 2011

Tanda-Tanda Awal Si Dia Berubah Hati

  Hari ni nak kongsi beberapa ciri-ciri yg dapat anda kenalpasti melalui perlakuan pasangan anda yg sudah tidak menyayangi anda lagi. Kalau terasa mcm ada ciri-ciri di bawah pada pasangan anda, lebih baik berjaga-jaga dan memulakan persediaan mental & fizikal sekiranya anda & pasangan berpisah kelak :



Time si dia sayang kat anda : Apabila anda menceritakan sesuatu perkara, si dia sangat ingin tahu sehingga bermacam-macam soalan akan ditanya. Detail sungguh dia nak tahu. Cerita nak pergi toilet pun dia tanya kenapa nak kena pergi toilet? Hahahaha...ini contoh saja.
Time si dia dah tak sayang : "You niee...I penatlah hari-hari dengar cerita you pasal budak-budak office you. Esok-esok jelah cerita lagi." Lagi satu kena notice, mata si dia tidak lagi memandang wajah anda. Si dia lebih berminat memandang kucing yg sedang melintas jalan, atau mamak yg mengambil order makan di kedai makan.

Time si dia sayang kat anda : Ada saja waktu lapang lepas kerja/kuliah untuk dihabiskan dengan anda. Kadang-kadang anda tertanya-tanya yang dia ni tak lepak dengan kawan-kawan dia lagi ke?
Time si dia dah tak sayang : "Minggu ni I banyak dateline lah kat office. Kena overtime. Hujung minggu ni I teman emak I pergi kenduri kahwin. Tengoklah next week kalau I free, kita keluar, tapi tak janji tau."

12 Julai, 2011

Kenapa mesti ada Diari?

 Topik hari ini adalah DIARI. Apakah itu DIARI atau dlm bahasa omputehnya dieja dgn DIARY tp sebutannya sama je. Korang pernah ada diari tak? Ada orang yg tulis diari masa kecik2 dulu, ada jugak yg masih ada diari smpai dah dewasa pun. Ada jugak dah tua-tua pun masih ada diari. Diari yg dimaksudkan di sini adalah diari yg berbentuk peribadi, bukan diari harian kerja-kerja pejabat yang padat dgn jadual kerja (kalau padat sgt laaa...)
  Kalau zaman dulu, diari tu kebiasaannya ditulis dalam buku-buku note. Nak cantik sikit..bajet lebih sikit lah beli buku yg depan colour-colour gmbar Snow White ke. Nak secure sikit, diari tu mesti nak ada mangga, siap ada kunci dengan kata laluan pelbagai. Taknak kasik orang bacalah katakan. Diari zaman sekarang, tak payah buku note sgt sebab orang dah pakai notebook dah. Agak-agaknya zaman Hang Tuah dulu, diorang tulis diari kat mana? Urrmmm...diorang ada diari ke?

06 Julai, 2011

Kota Keriangan!

  Entry kali ni nak menceritakan pengalaman ke2 aku pergi Genting Highland..hihiii..kpd yg belum pernah pergi Genting tu..jgn jealous. Nanti aku bawak pergi sana ya kalau duit kita banyak.
  Baik aku start cerita dari mula. Pergi Genting ni tak rancang awal pun, sebab sebenarnya nak pergi bercuti kat pulau lah konon. Tapi, disebabkan bajet 2011 yg tak berapa nak bajet sangat tu telah menjadikan percutian ke pulau ditukar ke Genting Highland saja. Jimat kos katanya.
  Maka, pagi-pagi tu berangkat lah ke Genting bersama-sama adik dan abang aku pada jam 8.00 pagi. 3 orang pun havoc jugak nak pergi sana. Start dari pagi berebut bilik air, sampai masuk kereta pulak, aku & adik aku berebut nak duduk depan. Semua pun berebut. Sampai nak salam mak aku pun berebut lagi.
  Kebetulan pagi tu hujan sgt lebat di sekitar Selangor. Jalan jam. Tapi, kitorang tiba juga di Stesen Kereta Kabel Skyway kt Genting tu jam 10.30 pagi. Hujan memang lebat. Sejuknya cecah kat tulang rawan aku sikit. Walaupun ni adalah kali ke2 aku jejakkan kaki kt Genting, tapi ini merupakan kali pertama aku naik kereta kabel ni. Sebab 1st time aku pergi sana pada tahun 2009, bendaklah ni semua tgh under construction.
  Kalau diberi peluang lagi sekali naik benda ni, aku rela jalan kaki sampai atas. Memang taklah aku nk naik kereta kabel ni lagi. Tapi, pagi tu disebabkan hujan yg sgt lebat, kabus pun tebal je. So pemandangan sekitar gunung-ganang, gaung-maung, lurah dendam tak kelihatan sgt pada pagi itu. Tapi, aku dpt rasakan tekanan udara kt telinga aku ni memang tinggi betol nak sampai Genting Highland dgn kereta kabel ni. Rasa dekat 20 minit perjalanan nak sampai atas tu, dapat pulak adik beradik aku yg kuat menyakat aku yg gayat tapi ala-ala cover macho ni, aku rasa mcm separuh nyawa aku menahan debaran yg menusuk-nusuk di segenap ruang kereta kabel tu. Time-time tulah adik & abang aku nk bergambar kat tepi-tepi gaung. Time tu jugaklah diorang nak tolak aku kat pintu kabel. Nak buat-buat pengsan pun ada jugak masa tu.