Cerpen


27 Jun, 2011

Apa yang kekal?

  Ada perkara yg kita harapkan untuk kekal selama-lamanya.  Dan selalunya kita percaya ia akan kekal kerana telah lama kita membina impian itu, tapi kuasa Tuhan juga telah menetapkan tiada apa yg abadi di dunia ini. Diri kita sendiri pun tidak akan selama-lamanya di sini, di dunia yg fana ini. Ia telah ditetapkan untuk berlaku seperti apa saja kehendakNya. Kita harus merelakannya. Mahu atau tidak? Redha atau tidak? Itu bukan persoalan lagi.
  Korang lihat pada diri sendiri. Apa yg masih kekal ada pada diri korang sendiri setelah sekian lama. Tengok jam tangan korang pakai sekarang. Rasanya jam tangan yg korang pakai sekarang tu jam tangan ke berapa dalam hidup? Korang pasti ke jam tangan tu korang akan pakai sampai akhir hayat? Kita mungkin boleh jaga dan pakai selagi termampu tapi siapa tahu takdir yg mendatang esok, lusa, tulat, minggu depan?
  Jadi, apabila kita kehilangan sesuatu dalam kehidupan. Mungkin harta benda, orang kesayangan, perhubungan yg dibina bertahun-tahun, kerja yg paling disukai, atau apa saja yg kita fikir adalah milik kita, ia akan hilang/musnah/pergi meninggalkan kita suatu hari nanti. Terima atau tidak kenyataan itu, bukan masalah bagi sesiapa melainkan diri kita sendiri.
  Pernah tak tengok orang mengeluh apabila kehilangan sesuatu. Tengok mcm penat je dia mengeluh. Tapi, penat lagi orang yang menanggung sebuah kehilangan itu. Mungkin korang jugak pernah rasa kehilangan sesuatu dalam hidup yg korang tahu ia tidak akan kembali seperti sedia kala. Seperti pokok yg patah, tak mungkin bahagian yg patah itu boleh disambung semula dan hidup seperti sediakala, tapi bahagian yg patah boleh tumbuh yg baru. Sedangkan yg patah boleh tumbuh, yg hilang pun akan berganti. 
  Mcm orang tua-tua selalu cakap, buat apa menunggu bulan jatuh ke riba. Betul jugak cakap diorang, sebab kalau bulan tu betul-betul jatuh kat riba korang, bkn setakat riba korang, dgn negara kita ni boleh hilang dihempap dek bulan tu tadi. So, tak payah la berharap pada apa yg tidak pasti atau apa yg tidak mungkin kembali. Apa yg ada di hadapan mata, yg masih ada bersama-sama kita, hargailah dan sayangilah sesuatu selagi mana kita tidak kehilangannya. Kadang-kadang kita tak perasan pun semua perkara yg kita ada sekarang, ia adalah perkara plg berharga sampailah satu saat perkara-perkara itu hilang dari pandangan, barulah kita sedar betapa berharganya ia ketika berada bersama kita.
  Susah kan nak menghargai sesuatu itu sebelum kita kehilangannya? Kadang-kadang kita lebih pentingkan perkara yg telah pun tiada lagi dlm hidup kita berbanding apa yg ada pada kita sekarang. Mcm kata pepatah yg aku olah ni, kuman di seberang jalan yg kita sibuk-sibuk nak tengok, gajah depan mata kita tak nampak pun. Lebih kurang lah ayat mcm tu.
  Orang tua-tua pun ada mengatakan "Barang lepas usah dikenang". Barang tu tak semestinya barang kemas, barang dapur, barang antik, barang 'baeekkk punya' dan sebagainyalah jenis barangan buatan Malaysia yg ada. Barang itu boleh dinilai dari maksud di sini mungkin sesuatu kenangan yg tak usah lagi dikenang-kenangkn. Kerana jika dikenang, sgt menyakitkan sebenarnya. Daripada melakukan sesuatu yg menyakitkan dan tidak berbaloi, adalah lebih baik membuat sesuatu yg membahagiakan dan menguntungkan diri sendiri dan orang ramai.
  Tapi, dalam banyak-banyak perkara yg disebut di atas, ada satu perkara yg sangat sangat sangat sangat sulit untuk dilupakan. Sulit itu bermaksud SUKAR bukannya sulit yg berbentuk kerahsiaan. Perkara yg sangat sangat sangat sangat sangat itu adalah melupakan orang yg disayangi. Tak kiralah apa cara orang yg disayangi itu menghilang dari hidup kita, samada pergi untuk selama-lamanya atau meninggalkan kita sebab dah ada orang lain atau apa sajalah keadaan yg memaksa dia pergi. Kalau harta benda yg hilang takkan sama rasanya seperti kehilangan orang tersayang. Betul tak kawan-kawan? Panjang juruteknik komputer kita senyum bila sebut orang tersayang.
  Pepatah lagi, "Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum". Percayalah kawan-kawan. Segala-galanya memerlukan masa. Kalau nak ambil masa 20 tahun pun takpe, dipersilakan. Yg penting jgn jadi orang yg suka membazirkan masa melepak di kaki lima sambil mengacau anak dara atau teruna yg lalu-lalang.
  Aku baru terbaca satu buku kat perpustakaan ni. Actually, aku cuma baca tajuk je *kira bacalah tu*. Tajuk buku tu "Time To Heal". Buku tu dalam susunan buku di rak Perubatan Kanser. Penyakit dan pesakit Kanser pun memerlukan masa untuk pulih. Maka, masa juga diperlukan untuk mengubat hati rawan. So, just take your time. Luka terkena minyak panas pun makan bulan untuk sembuh, inikan pulak jiwa yg terluka. Takkan nak bubuh minyak gamat kt jiwa. Takkan nak hantar jiwa pergi hospital? Kang kena masuk hospital sakit jiwa..korang tanggunglah sendiri.
  Berapa lama masa yang korang ambil untuk memulihkan jiwa korang bergantung pada keadaan sekeliling dan kekuatan rohani korang jugak. Jika keadaan sekeliling lebih banyak mengingatkan kenangan lampau, adalah lebih baik korang beredar saja dari tempat itu. Mungkin itu yg lebih baik. Kekuatan rohani pula bergantung pada diri sendiri. Masa ni lah kekuatan mental korang memainkan peranan yg sgt penting untuk memujuk jiwa yg pilu itu. Kalau zaman aku sekolah dulu, kawan aku ajar, tulis nama orang yg kita nak lupakan tu di atas sehelai kertas. Kemudian, lipat kertas tu sehingga muat untuk dimasukkan ke dalam botol. Dan, pergilah ke pantai-pantai peranginan yg berdekatan dgn kwsn tempat tinggal korang. Hanyutkan botol yg telah dimuatkan dengan kertas bertulis nama polan bin polan tadi ke pantai. Haaaa...korang cubalah try test buat mcm tu. Memang confirm kena denda RM 500.00 kerana mencemarkan kawasan pantai yg dah memang sedia tercemar tu. Kawan aku kata dia berjaya menghasilkan teori berkenaan menjadi praktikal. Dan, kesannya sungguh mengagumkan. Sebenarnya ia adalah alat psikologi yg bagus utk melupakan seseorang. Antara cara-cara untuk menyedapkan hati sendiri atau merawat jiwa yg parah. Terpulangla pada korang untuk mengubat hati rawan korang sendiri. Tapi, jgn sampai tersilap langkah. Jgn tersalah buat pilihan hidup yg tiada kata dua lagi. Nanti, jadi pulak pepatah, "ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA LALU."
  No No No! Tiada masa yg boleh diundur, cuma perahu yg terlajak je boleh masuk gear reverse. Itupun kalau gearbox tak rosak.
 That's for today! Have a nice day!





note : reply dlm hati je hari tu "aku pun belum bersedia sebenarnya"  =)
 

1 ulasan: