Cerpen


14 Februari, 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,
Ini adalah sesuatu perkara yg aku rasa perlu dikongsi bersama. Kadang-kadang kita tak terduga apabila kita diberi kesedaran dan peringatan oleh Yang Maha Pencipta. Apabila urusan dunia diberi keutamaan, apabila harta dunia yg dikejarkan. Aku menulis ini bkn lah melambangkn aku seorang gadis yg baik. Sungguh jauh sekali utk aku mencapai diri menjadi wanita solehah tapi ada satu rasa yg ingin dikongsi kpd para pembaca utk dijadikan renungan.

Apabila kita sakit, apabila kita jatuh, apabila kita susah. Kita percaya Allah sdg menguji iman kita. Kita menangis dalam doa dan memohon dgn rasa hina dan dina. Kita rasa kitalah hamba yg paling mengharapkan redhaNya. Ya, manusia akan jadi begitu..kebanyakannya begitu. Tp janganlah dek kerana kemiskinan hidup, kita semakin jauh dgnNya. Buruk sekali.

Dan adakah kita percaya yg segala kesenangan, kemewahan, nikmat dunia ini bukan ujian sbg tanda kasihNya kpd kita.
 Ya, para pembaca sekalian, ada orang yg menganggap segala kesenangan hidup adalah nikmat Allah semata kepada dirinya tanpa dia tahu yg dia sedang diujia dgn segala kesenangan dan kemewahan itu. Dek kerana kesenangan dan segala puji-pujian kpd dirinya, dia jadi lupa makna dirinya sebagai khalifah di bumi ini. Dia juga tidak lg meminta-minta kpd Tuhannya. Dan tahukah anda, aku si pengarang blog ini juga adalah individu spt ini dahulu. Kini, sedikit sebanyak aku cuba memperbaiki segala kekurangan dan kealpaan aku dahulu dan masih banyak dan sgt byk sebenarnya yg ingin dibetulkan. Tapi, aku bersyukur walaupun semakin jauh aku dariNya, tapi Dia masih ada, Dia masih melindungi, Dia masih menyayangi.

PERKARA YG TERBEKAS DI HATI
Ada perkara atau kata-kata yg akan terbekas di hati dan menjadi panduan hidup kita selama-lamanya. Dan berdoa lah agar perkara itu adalah perkara yg baik. Dulu, aku nyaris terjebak dlm perkara-perkara yg sgt jahil dlm hidup. Maaf kerana menceritakn keburukan diri tp andai perkara ini yg menjadi pedoman dan panduan kpd pembaca, moga ada perkara yg ingin aku bawa di alam sana nanti. InsyaAllah...

Hari ini aku bkn lah nk menceritakan tntg diri sendiri. Cuma nk kongsi cerita bagaimana Allah sering mengingatkan kita tntg sesuatu yg kita lupa. Kalau nk ikut cerita zaman sekolah smpai dah besar ni, dah beratus ceramah agama pergi. Setiap kali maulud nabi, ada ceramah. Setiap kali Maal Hijrah, ada ceramah. Hari Jumaat pun ada ceramah. Tp entah di mana silapnya, hati ini tak pernah tersentuh utk menghayati setiap bait kata dan pesanan dari setiap penceramah-penceramah tersebut...huhuhu..

Tuhan Maha Kaya, dijadikn manusia dgn hati yg berbeza-beza walaupun rambut sama hitamnya. Entah kenapa dlm kehingaran pasar malam, aku menitikkan airmata apabila singgah di gerai menjual CD agama dan buku-buku agama. Kerana kebetulan ketika itu, si penjaga gerai memasang ceramah seorang ustaz yg tak dpt dikenali dgn jelas pd kaca televisyen di gerai tersebut. Tajuknya lebih kurang begini "APA YG DIBAWA SELEPAS KEHIDUPAN INI". Entah kenapa sungguh aku tidak dpt menahan sebak dlm keriuhan pasar malam itu.

Begitulah Allah mengingatkan aku apabila sering lupa kpdNya. Jika segunung ceramah pun yg aku pergi, tp aku sibuk berbalasa mesej di handphone..bagaimana ingin berbekas di hati. Tu belum cerita lagi aku tidur bersandar di majlis yg lebih selesa kerusinya..hehehe...

Kadang-kadang bila aku cemburu melihat kekayaan anak Dato' Datin dan segala Yang Berhormat Berbahagia, dihadirkan pula seorang tua yg entah dr mana datangnya di kedai makan meminta belas kasih dr aku utk menghulurkan derma kepadanya. Dan wajah tua itu lantas segera mengingatkn aku kpd ibuku. Alhamdulillah, cepat-cepat aku bersyukur atas kelebihan yg Allah beri kpd kami sekeluarga jika dibandingkan dgn si tua di kedai makan itu.

Selalu juga bila ada yg memuji kepandaian dan kelebihan yg ada pd diri, sedikit sebanyak timbul di hati rasa riak dan bangga dgn segala usaha yg aku lakukan selama ini. Maka, Allah lintaskan satu rahsia tentang seseorang yg berganda-ganda lebih berjaya dariku, tp tidak sedikitpun ia menceritakan kpd umum tentang kehebatan dirinya.

MAKA, TOLONG INGATKAN AKU
Semakin hari bila aku lupa, akan datang perkara yg mengingatkan. Dan dalam hidup ini, aku dibekalkan sebuah keluarga yg lebih dr sempurna. Tak mengapalah jika dilahirkan tiada Dato' Datin dlm hidupku. Keluarga merek sgt sempurna. Maka, aku gelarkan keluargaku lebih dari sempurna. Tak perlulah nama, pangkat, harta yg berlebih-lebihan sgt. Takut aku jadi makin lupa, riak dan segala-gala buruk perangai yg ada. Kalau nikmat kesederhanaan ini pun, aku sering lalai. Jadi aku takut utk meminta kemewahan. Aku sgt takut. Sebenarnya apapun dalam hidup ni, tak kisahlah kita ni kaya atau miskin. Yg kaya pun ramai yg lebih beriman dgn Allah, tidak kurang juga yg miskin. Tak kisahlah pangkat apa pun kita, lebih mewah pun kita, tapi kita fikirlah nilai apakah kita disisiNya. Maaf ya, jgn la membayangkan penulis blog ini di kalangan org-org yg baik dan mulia. Mungkin tidak terduga pada akal anda semua. Tapi, anggaplah apa yg ditaip ini utk dikongsi kpd semua...tentang perasaan dan pesanan dr pandangan mata hati aku sendiri. Yang baik diteruskan, yg buruk kita elakkan sepenuh hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan