Cerpen


11 Februari, 2011

Get Started

Assalamualaikum wbt,
Inilah ada post pertama aku dan merupakan blog pertama jugak. Mula-mula, malas jugak nak buat blog ni, layan Facebook pun dah sampai tak terlayan (opss...glamour la konon) tapi bila rasa seronok jugak menulis. Ya, menulis tentang apa saja asalkan tidak melanggar etika sebuah penulisan.

KENAPA AKU MENULIS?
Percayalah aku masih ada lagi menyimpan sebuah novel remaja tulisan aku sendiri yang hanya siap 67 muka surat saja. Pastu, dah tak larat nak habiskan 'cerita cinta remaja' yang takde kesudahannya.
Then, aku menulis cerpen dan puisi tapi aku masih simpan kt dlm PC sepertimana aku simpan novel remaja tu tadi. So, aku pikir lebih baik aku paparkan bakat yg tak seberapa ni utk tatapan orang ramai. Mungkin cerpen aku tak hebat mcm penulis yang sedia ada kt Malaysia nie. Tapi, why not kalau aku cuba bagi org baca? Mungkin ada yang mengambil iktibar dan pengajaran atau apa saja dorongan pedoman dan lain-lain. Tambahan pula, aku bekerja di kalangan penulis-penulis. Opsss..aku tidak bekerja di mana-mana syarikat penerbitan. Tapi, aku bekerja di sebuah perpustakaan kat Malaysia ni..hehehe. Hebat kan? Hari-hari aku 'berjumpa' dgn penulis. 'Mencari' mereka. 'Mengenali' mereka.

MENGENALI BUKU MELALUI PENULISNYA
Kalau anda  ni jenis orang yg suka baca novel, artikel, atau apa-apa saja (janji membaca..kalau yg malas nak membaca tu susah lah nak cakap), anda pasti mencari siapakah penulis novel kpd novel yang anda nak beli. Sebab anda lebih selesa dan rasa excited sangat kalau anda lebih memahami gaya penulisan seseorang. Bagi aku, aku sgt sgt mengagumi penulis novel thriller yg sgt dikenali ramai "Ramlee Awang Murshid". Setiap keluaran novel-novel beliau menjadi ikutan aku setakat ni. Tidak kurang hebat juga kpd penulis-penulis lain di Malaysia ini. Mereka juga mempunyai pengikut setia mereka sendiri.

Jadi, rasanya ini sahaja untuk permulaan. Mungkin blog ni nampak lawak dan hodoh pada awalnya tapi InsyaAllah aku akn cuba memperbaikinya dari masa ke semasa.

3 ulasan:

  1. tak sabar tgu hasil penulisan cerpen puan.. ;)

    BalasPadam
  2. maaf..tapi saya bkn puan yerrr..saya single lagik fyi

    BalasPadam
  3. bila cik misae nak terbitkan novel tersebut...

    BalasPadam