Cerpen


06 Mei, 2012

BERSIH 3.0 (khilafnya belia kita)

Di suatu petang, di hari yang indah, di sebuah kedai mamak...


Si A : Lama kita tak jumpa. Sibuk betul aku tengok kau kebelakangan ni.
Si B : Sibuk sikit lah, kawan.
Si A : Aku dengar kau pergi perhimpunan BERSIH 3.0 kat Dataran Merdeka hari tu?
Si B : A'ah. Kau tak pergi?
Si A : Aku tak boleh pergi. Lagipun, aku ada urusan kat Penang hari tu.
Si B : Kau jgn bagi alasan lah. BERSIH kali ni dibuat di seluruh dunia, tahu?
Si A : (Senyum) Lagipun, aku tak suka tempat sesak-sesak ni, nanti aku cepat pening.
Si B : Rugi kau tak pergi. Kita kena berjuang menuntut hak kita.
Si A : Mesti seronok kau dapat pergi sana..??
Si B : Seronok sungguh.
Si A : So, nanti PRU 13 yg akan datang ni, kau mengundi DUN mana?
Si B : Errrr....(kerut dahi)..mestilah aku sokong ##### (dirahsiakan)
Si A : Maksud aku, daerah mana? Parlimen mana?
Si B : Sebenarnya aku belum daftar mengundi lagi.
Si A : Pergilah daftar cepat. Aku dengar tarikh pilihanraya dah nak dekat ni.
Si B : Aku sebenarnya...tak tahu macammana nak daftar. Lagipun, aku malaslah nak mengundi beratur panjang-panjang. Dulu kecik-kecik aku teman emak aku pergi mengundi, berpeluh-peluh aku tunggu sampai petang.
Si A : Laaa....habis tu kau pergi perhimpunan BERSIH tu untuk perjuangkan hak siapa? Hak emak kau?
Si B : Hak? Hak apa?
Si A : Laaa...dah tadi kau kata hak kita? 8 tuntutan yang kau perjuangkan kat Dataran Merdeka tu...
Si B : 8 tuntutan apa?
Si A : Tuntutan BERSIH laaahhh...
Si B : Mana ada tuntutan. BERSIH kali ni, DUDUK BANTAH!
Si A : Apa sehh yang kau perjuangkan ni???
Si B : DUDUK BANTAH!


Si A lekas membayar harga makanan dan minuman lalu segera beredar meninggalkan si B terpinga-pinga. Tapi, si A memaafkan kekhilafan si B kerana dia tahu subjek Sejarah si B tak kredit masa SPM dulu. Dan, perkara ini membuat si A tertanya-tanya dalam hati, berapa ramai lagi yang berada di Dataran Merdeka tempoh hari yang tidak tahu apa erti perjuangan mereka di situ.



note : kenapa aku sebut subjek sejarah? pegi bukak balik buku teks sejarah tingkatan 5 (kalau syllabus tak bertukar lagi lah)

15 Mac, 2012

Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu...

Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu
20 tahun dan baunya masih sama
Tidak banyak yang mahu berubah
Hanya dakapan itu saja telah hilang bersama masa

Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu
Di benak minda ia masih terasa
Di benak hati ia sentiasa berdegup
Di benak masa ia tetap berdetik


Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu
Antara kenangan dan kenyataan
Di halusnya garis pemisah aku berdiri
Berdiri dalam duduknya aku bermenung


Rumah itu, lorong itu dan dakapan itu
Untuk impian yang dibisikkan
Untuk doa dan harapan
Buat insan yang telah meninggalkan dan tidak kembali




note : lama dah tak update...

17 Februari, 2012

Cerita Seram di Hospital

Lokasi : Hospital Batu Pahat
Masa : 2.15 pagi
Tarikh : Januari, 2009


  "Rin, teman aku pergi tandas." Aku toleh pada pemilik suara itu, sepupu aku, Shila (bukan nama sebenar). Aku toleh semula pada jam di tangan.
  "Kau pergilah sendiri." Aku jawab.
  "Takut." Dia pun jawab.
  "Kan ada makcik guard jaga depan tandas tu."
  "Alaaa...temankanlaahhh.."

  Dengan penuh berat hati dan berat punggung, aku gagahkan juga diri menemani sepupu aku yg baru berusia 18 tahun ke tandas. Sebenarnya sudah hampir 4 hari kami 'menginap' di hospital ini. Waktu ini kami bergilir-gilir menjaga arwah nenek kami di hospital. Pakcik dan makcik juga sama-sama bergilir-gilir menjaga arwah nenek yang disahkan mengidap penyakit paru-paru berair ketika itu. Kebetulan, ketika nenek aku ditahan di hospital, aku sedang bercuti semester dan sepupu aku si Shila ni baru saja menamatkan SPM nya.
  Malam ini merupakan malam keempat nenek ditahan di hospital. Doktor kata sakitnya tenat. Maka, waris boleh berada di dalam kawasan hospital walaupun bukan pada waktu melawat. Cuma, hanya 2 orang waris sahaja dibenarkan masuk ke dalam wad, yang lain boleh menunggu di luar wad pesakit perempuan itu.
  Malam ini, emak dan makcik aku dah pun berada di sisi nenek aku di dalam wad pesakit. Maka, aku dan si Shila ni bersantai-santai lah di luar wad.
 
  Aku berhenti dari meneruskan langkah di kawasan koridor bersama-sama si Shila.
  "Kenapa?" Shila tanya, langkahnya turut terhenti.
  "Aku...aku..." Aku jawab gagap-gagap.
  "Kenapa dengan kau ni?" Shila cemas.
  Melihat reaksi wajah Shila yang memang dasar penakut tu, tak jadi aku nak menyambung lakonan aku menakut-nakutkan dia sebab dia dah memang penakut. Aku tergelak besar, akhirnya.
  "Kau ni memang tak gunakan." Aku tahu Shila dah masak sangat dengan perangai aku.
  "Aku tunggu kat sini jelah." Aku terus mengambil satu tempat duduk di koridor itu, bersebelahan dengan tangga. "Aku nampak kau dari sini." Aku tunjuk kat bawah. Aku boleh nampak makguard tu kat tandas bawah tu.
 
  Untuk pengetahuan you all...Hospital Batu Pahat yang aku pergi ni cuma ada 2 tingkat je. Dan, di laluan koridornya korang boleh tengok ke bawah sebab dia bukan bangunan yang tertutup keseluruhannya melainkan wad pesakit. Korang imaginelah sendiri.

  "Temanlah sampai bawah." Shila merayu.
  "Kau nii...dari sini boleh nampaklah. Lagipun makguard tu ada je kat depan tandas tu. Nak takut apa!!!" Kadang perangai penakut yg berlebih-lebihan seperti Shila ni boleh mengundang orang lain sakit jiwa.
  Shila akur. Dia pun turun ke bawah melalui tangga itu.

28 Januari, 2012

BIADAP PUNYA BUDAK!

Apa yang budak depan meja aku ni cari dari tadi. Bawah meja, bawah kerusi. Dia hilang barang agaknya. Kelam kabut! Sekejap-sekejap dia tanya member sebelah, kiri kanan.

Budak depan ni bukan betul sangat. Namanya je perempuan, tapi kuat menyakat lecturer mengalahkan perangai student laki. 

Ya, dia jarang sekali berbual dengan aku yang dah lama duduk belakang kerusi dia ni. Aku tahu dia labelkan aku 'budak baru' padahal aku cuma masuk lewat 2 minggu je dari tarikh sepatutnya, dan sekarang dah masuk semester kedua pun. 

Budak depan ni toleh kat aku. 

"Eh! Pinjam pen." Dengan muka kusutnya. Dia memang suka panggil aku EH!

Cepat-cepat carik pen dalam pencilcase ni, kang dia mengamuk pulak.

"Nah." Aku bagi pen biru yang paling berjenama dan paling bermutu tinggi antara pen-pen yang ada dalam pencilcase aku, dengan harapan dia tak kusut lagi.

Dia ambik tapi tak cakap terima kasih pun, takpelah. Nanti bila dia pulangkan pen tu, mesti dia cakap thanks.

Dia tulis satu huruf pada borang di atas mejanya.

Dia toleh ke belakang dengan laju, pen tadi dicampak atas meja aku, "Aku kata pen hitamlah! Hisshhh....!!!!"
Dia bangun sambil mencapai borang, dan berlalu pergi ke meja lain.


BIADAP PUNYA BUDAK!!!




note : kan bagus kalau ada kawan nama Ilham, kalau nak tulis cerpen bole cari dia...

18 Januari, 2012

Semua ada, kak!

Pekerja restoran : Ye kak, nak order apa?
Pelanggan              : Apa ada kat sini?
Pekerja restoran : Semua ada, kak.
Pelanggan              : Urmm..bagi saya char kue tiaw satu.
Pekerja restoran : Maaf, kak. Char kue tiaw kita belum buat lagi kat kedai ni.
Pelanggan              : Takpelah kalau macam tu. Bagi saya mee goreng satu.
Pekerja restoran : Mee habis, kak.
Pelanggan              : Ok. Cuba awak bagitau saya apa yang ada?
Pekerja restoran : Semua ada, kak.


Korang pernah tak kasi orang makan kasut saiz 8!!!




note : tolong bagi idea sambungan tunjukkan aku cinta yang sebenar, pleasee....

02 Januari, 2012

2012

2011

kepada mereka yang melukai dan dilukai
kepada mereka yang meninggalkan dan ditinggalkan
kepada mereka yang menipu dan ditipu
kepada mereka yang mengecewakan dan dikecewakan


kepada mereka yang membahagiakan dan dibahagiakan
kepada mereka yang membantu dan dibantu
kepada mereka yang menghargai dan dihargai
kepada mereka yang menyayangi dan disayangi



2012 

Semoga hari-hari yang dilalui lebih bermakna walau nombor itu bertukar lagi nanti




note : life is simple, so let's not make it perfect!

30 Disember, 2011

Manusia Puisi

Manusia puisi,
Tiada siapa tahu sebenarnya yang berdialog di fikirannya
Sedang penanya terherot-herot menulis huruf-huruf kecil dan halus


Manusia puisi,
Duduknya jauh dari pinggiran kota kebisingan
Dia rimas dengan hiruk pikuk dan propaganda harian


Manusia puisi,
Rambutnya hitam tersisir rapi
Sebatang pensil kayu terselit antara telinga dan kepala
Di tangannya sebuah catatan dan nyanyian hatinya


Manusia puisi,
Dia sukar untuk bersahabat dengan orang asing
Dia lebih selesa mengekalkan sahabat yang tersedia ada
Yang mengenali senyum manis dan tawarnya, oh manusia puisi!


Dialah manusia puisi yang mengira tapak langkahnya bila berjalan
Pabila dia memikirkan sesuatu yang rumit, langit dan awan menjadi kanvas imaginasinya
Oh manusia puisi!


Diamnya tanda dia berbicara
Bicaranya tanda dia berfikir
Berfikirnya tanda dia berdiam




note : jenuh nak taip puisi!