Cerpen


06 Julai, 2011

Kota Keriangan!

  Entry kali ni nak menceritakan pengalaman ke2 aku pergi Genting Highland..hihiii..kpd yg belum pernah pergi Genting tu..jgn jealous. Nanti aku bawak pergi sana ya kalau duit kita banyak.
  Baik aku start cerita dari mula. Pergi Genting ni tak rancang awal pun, sebab sebenarnya nak pergi bercuti kat pulau lah konon. Tapi, disebabkan bajet 2011 yg tak berapa nak bajet sangat tu telah menjadikan percutian ke pulau ditukar ke Genting Highland saja. Jimat kos katanya.
  Maka, pagi-pagi tu berangkat lah ke Genting bersama-sama adik dan abang aku pada jam 8.00 pagi. 3 orang pun havoc jugak nak pergi sana. Start dari pagi berebut bilik air, sampai masuk kereta pulak, aku & adik aku berebut nak duduk depan. Semua pun berebut. Sampai nak salam mak aku pun berebut lagi.
  Kebetulan pagi tu hujan sgt lebat di sekitar Selangor. Jalan jam. Tapi, kitorang tiba juga di Stesen Kereta Kabel Skyway kt Genting tu jam 10.30 pagi. Hujan memang lebat. Sejuknya cecah kat tulang rawan aku sikit. Walaupun ni adalah kali ke2 aku jejakkan kaki kt Genting, tapi ini merupakan kali pertama aku naik kereta kabel ni. Sebab 1st time aku pergi sana pada tahun 2009, bendaklah ni semua tgh under construction.
  Kalau diberi peluang lagi sekali naik benda ni, aku rela jalan kaki sampai atas. Memang taklah aku nk naik kereta kabel ni lagi. Tapi, pagi tu disebabkan hujan yg sgt lebat, kabus pun tebal je. So pemandangan sekitar gunung-ganang, gaung-maung, lurah dendam tak kelihatan sgt pada pagi itu. Tapi, aku dpt rasakan tekanan udara kt telinga aku ni memang tinggi betol nak sampai Genting Highland dgn kereta kabel ni. Rasa dekat 20 minit perjalanan nak sampai atas tu, dapat pulak adik beradik aku yg kuat menyakat aku yg gayat tapi ala-ala cover macho ni, aku rasa mcm separuh nyawa aku menahan debaran yg menusuk-nusuk di segenap ruang kereta kabel tu. Time-time tulah adik & abang aku nk bergambar kat tepi-tepi gaung. Time tu jugaklah diorang nak tolak aku kat pintu kabel. Nak buat-buat pengsan pun ada jugak masa tu.
  Bila dah sampai sana, automatic je perut aku bunyik-bunyik lapar, mungkin tekanan udara naik dari tempat rendah ke kawasan tanah tinggi membuatkan aku cepat lapar (padahal skrg ni aku mmg cepat lapar). Tapi, dek kerana keterujaan abg aku yg dah dress up ala-ala musim sejuk kt Korea, kitorang terus beli tiket untuk masuk Outdoor Theme Park. Actually aku tak minat nak masuk waterpark ni. Sexy sgt nanti orang lain pun taknak mandi..hahaha...
  Masa kat atas tu, hujan rintik-rintik je. Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Kosong je taman tema ni. Awal lagi kot. Kitorang pun bergegas ke roller coaster yg plg mencabar tahap kegayatan aku yg dipanggil "Cockscrew". Abg aku ambik tempat depan sekali, manakala aku & adik aku yg konon-konon berani ni duduk tempat kedua dari hadapan. Masa pekerja kt tempat suruh kitorang pakai "sit belt", tiba-tiba aku rasa mcm menyesal pulak pergi Genting. Masa tulah, aku rasa perut aku tiba-tiba mcm salah mkn pulak...hahahahaa...tadi mcm lapar sgt.
  Bila dah start je roller coaster gerak, korang imagine sendiri jelah macammana. Aku nak cerita pun tak mampu. Walaupun tempoh perjalanan roller coaster tu mengambil masa 2 minit sahaja, tapi itulah 2 minit yg plg menakutkan dalam hidup aku. Kalau ada hantu ju-on duduk sebelah sit aku kt roller coaster tu pun aku tak heran dah. Roller coaster tu lagi menakutkan.
  Lepas je keluar dari roller coaster tu, pergilah tengok gambar sendiri yg boleh dibeli dgn harga RM38.00 (kalau tak silap). Aku igt naklah beli 1 buat kenangan, tapi dek kerana gmbr aku tu dah rupa siamang duduk kat air, aku pun terus berlalu pergi dgn muka control cun sangaattttt.....
  Oh ya! Aku lupa nak cerita, masa first time pergi pun bendaklah roller coaster ni pun under counstruction jugak.
  Lepas tu, kitorang pergi main Go Kart kat situ. Memang terbaiklah Go Kart ni, dia punya bunyi enjin kalah bunyi enjin motorbot. Aku pun bawaklah mcm biasa, tapi aku pelik kenapa laju sgt adik beradik aku 2 orang kat depan tu. Memang problem betul go kart aku ni, lembab sgt. Aku jerit-jerit kat diorang suruh tunggu aku. Aku nak suruh diorang ambil gambar aku atas go kart ni. Akhirnya adik & abg aku memperlahankan go kart diorang sebab ada berlaku insiden kemalangan kt situ. Kesian kat budak Cina tu, nasiblah muka handsome macam Korea. Aku pun marah-marah abang aku sebab laju sgt. Aku cakap lah go kart aku ni problem.. sebab slow sgt. Abg aku pun jawab lah "Kau tu yg berat sgt, go kart tu tak boleh pergi nk bawak laju-laju."
  Daaannnnnggggg!!!!!!!!!!! Aku langgar bontot go kart yg abang aku naik tu. Statement dia sebentar tadi, betul-betul merobek imej aku di tengah-tengah Genting Highland itu. Nasiblah mamat Korea yg accident tadi tu tak dengar sebab kitorang dah jauh dari situ.
  Dah habis game tu, pergi kat Space Shot tapi benda tu under construction agaknya. Dah pukul 4 petang baru dia bukak untuk orang ramai. Tapi, kalaukorang bagi aku RM100.00 pun aku takkan naik benda tu. Abang aku naik 3 kali. Adik aku pulak mmg kategori aku lah sebenarnya. Dia tu pun konon-konon je berani...hehehe...






  Banyak lagi lah tempat kitorang pergi. Semua pun kitorang main. Dari pukul 11 pagi sampai pukul 7 ptg baru nak balik. Yg paling best bagi aku adalah Spinner. Spinner tu mcm mana?

Aku panggil benda ni MaryLand

  Aku naik 2 kali bendaklah ni (walaupun gayat). Sebab bila naik benda ni, aku rasa macam aku ni puteri raja yg naik buai di atas awan sambil ditemani pari-pari kayangan..waahhhhhh overrrrr!!!!! Bila turun je jejak kaki kat bumi, memang rasa nak muntah hijau.
  Lepas dah penat main mcm-mcm tu, kitorang ada jugak berhenti rehat kt dalam kawasan taman tema tu sebab aku memang dah lapar tahap gaban dah. Kitorang makan burger ayam dan secawan nescafe 3 in 1. Kongsi 3 orang. Save budget katanya. Sebab burger ayam tu je dah RM5.. tapi aku rasa kalau aku buat burger jauh lebih sedap berbanding burger tu..begedil mak aku buat pun lagi sedap. Hehe..nama pun  tempat yg high class. Duit pun kena high class lah.
  The best part masa nak balik tu, singgah kedai coklat kat dalam kawasan Outdoor, disebabkan aku dah pernah ambil gambar kat kedai tu dulu, jadi aku tak teruja sgt nak ambil gambar lagi. Aku belilah beberapa keping coklat untuk dihadiahkn kat cousin aku yg umur 5 tahun, sebab tulah gigi dia dah hampir reput sebab asyik kerja makan coklat je tapi malas nak gosok gigi.
  Masa nak balik tu, sekali lagi kena naik kereta kabel Skyway tu. Tu diaaaaa.....!!!! Kali ni pemandangan sgt jelas di hadapan mata, sebab dah takde kabus mcm pagi tadi. Setiap kali kereta kabel tu menurun ke bawah, kaki aku menekan cermin di dalam kereta kabel tersebut. Itulah taktik orang gayat supaya dia masih dapat melihat kakinya berada di dalam kereta kabel tu..hahahaha...memang lama betul rasanya berada dalam kereta kabel tu.
  Akhirnya, kami tiba juga di parkir kereta di Genting Skyway. Jam menunjukkan 7.20 ptg. Kitorang pun bergegas pulang. Masa on the way turun bukit Genting, kami menoleh ke belakang. Terlihat ada sebuah gunung tinggi dipenuhi cahaya lampu yg sgt cantik. Itulah Genting dgn personanya yg tersendiri.
  Kami tiba di rumah dengan selamat. Lalu segera mengupload gambar kat facebook..hehehe...Itu sahaja pengalaman kedua aku sepanjang di Genting Highland. Ada lagi tapi lain kali jelah cerita.


Assalamualaikum..





note : simpan kotak Beryl's elok-elok tau =)

2 ulasan:

  1. memang pecah perot aku baca citer ko nih.. hadoi lah.. berangan nak jadi tuan putteri la konon.. naik cabel car tu tak pulak ko rasa macam puteri kayangan.. hahhahhaha

    BalasPadam