Cerpen


28 Februari, 2011

JANTUNG YANG SIHAT

  Sejak kebelakangan ni, aku mengalami sedikit masalah fizikal. Rasa sakit yg berterusan. Setelah aku meng'google' tanda-tanda sakit yg aku alami sekarang ni, info yg aku dpt sangat mengejutkan. TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG. MasyaAllah...
 
  Lama aku termenung fikirkan perkara ni, bersediakah aku? Apakah tindakan seterusnya? Macammana kalau info tu tak tepat sebenarnya dgn keadaan aku skrg. Ok. Malas nak fikir hal tu. Cuma, aku berfikir cara apakah utk bersedia menghadapi segalanya?
 
  Segalanya bermaksud kos utk menampung sakit aku. Siapakah kategori orang paling susah hati jaga aku kt wad nanti? Sudah tentulah ibu aku. Dan berapa ramaikah org yang akan susah dgn keadaan aku itu kelak? Hanya Allah saja yg lebih Mengetahui.

14 Februari, 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,
Ini adalah sesuatu perkara yg aku rasa perlu dikongsi bersama. Kadang-kadang kita tak terduga apabila kita diberi kesedaran dan peringatan oleh Yang Maha Pencipta. Apabila urusan dunia diberi keutamaan, apabila harta dunia yg dikejarkan. Aku menulis ini bkn lah melambangkn aku seorang gadis yg baik. Sungguh jauh sekali utk aku mencapai diri menjadi wanita solehah tapi ada satu rasa yg ingin dikongsi kpd para pembaca utk dijadikan renungan.

Apabila kita sakit, apabila kita jatuh, apabila kita susah. Kita percaya Allah sdg menguji iman kita. Kita menangis dalam doa dan memohon dgn rasa hina dan dina. Kita rasa kitalah hamba yg paling mengharapkan redhaNya. Ya, manusia akan jadi begitu..kebanyakannya begitu. Tp janganlah dek kerana kemiskinan hidup, kita semakin jauh dgnNya. Buruk sekali.

Dan adakah kita percaya yg segala kesenangan, kemewahan, nikmat dunia ini bukan ujian sbg tanda kasihNya kpd kita.

11 Februari, 2011

Get Started

Assalamualaikum wbt,
Inilah ada post pertama aku dan merupakan blog pertama jugak. Mula-mula, malas jugak nak buat blog ni, layan Facebook pun dah sampai tak terlayan (opss...glamour la konon) tapi bila rasa seronok jugak menulis. Ya, menulis tentang apa saja asalkan tidak melanggar etika sebuah penulisan.

KENAPA AKU MENULIS?
Percayalah aku masih ada lagi menyimpan sebuah novel remaja tulisan aku sendiri yang hanya siap 67 muka surat saja. Pastu, dah tak larat nak habiskan 'cerita cinta remaja' yang takde kesudahannya.