Cerpen


10 Oktober, 2011

Jiran yang baik vs Jiran yang kurang baik

Assalamulaikum wbt...

 Menemui follower blog aku yang dikasihi sekalian. Rasa macam dah berkulapuk sungguh blog ini kerana penulisnya busy semenjak kebelakangan ini. Hari tu, aku busy beraya. Sekarang ni, busy selepas raya. Maklumlah..sibuk pikir pasal Bajet 2012. Alhamdulillah, rezki masing-masing. Mana yang dapat, jangan nak mintak lebih dari itu. Mana yang tak dapat, jangan merungut.
  Okeylah. Taknak cerita pasal Bajet 2012 pun. Terlalu banyak dah rasanye blogger2 lain dah update pasal benda ni. Ada yang memuji, tak kurang juga yang mengutuk. Biaselah...bukan senang nak jadi pemimpin nak puaskan hati semua orang.
  Hari ni kita tinggalkan cerita-cerita bajet 2012 2013 2014, tarikh sebenar PRU13, video skandal seks, liwat sana liwat sini dan lain-lain yang sememangnya takde dalam blog ni. Langsung tak ada!!!

  Hari ni rasa macam nak bercerita mengenai JIRAN!
  Ya, jiran.
  Bagi aku, definisi jiran adalah yang 1 rumah disebelah kiri dan 1 rumah di sebelah kanan rumah aku.
  Maaf ya, tapi itu bukan definisi sebenar jiran. Jiran adalah penduduk-penduduk seisi rumah, 40 buah rumah di kiri, 40 buah rumah di kanan, 40 buah rumah di hadapan, 40 buah rumah ke belakang.

  Total rumah jiran kita : 40 + 40 + 40 + 40 = 160
  Total sebuah rumah mungkin puratanya 5 orang
  Total jiran-jiran kita : 160 buah rumah x 5 orang = 800orang



Hakikatnya, kita kenal ke semua jiran-jiran kita yang 800 orang tu??? Anak Cik Gayah tu nama siapa? Anak Haji Raman tu kerja kat mana? Bini baru Cik Omar tu umurnya berapa? Apakah hobi masa lapang anak bongsu Puan Rogayah?

Semua ini menjadi teka-teki dalam kehidupan seharian. Hebatlah kalau ada orang boleh tahu perihal 800 orang jirannya sekaligus.

Kalau nak bercerita pada aku mengenai jiran, begini kisah ringkasnya

Suatu petang yang indah...
Aku pun lepaklah bersantai bergayut kat handphone di luar rumah (biaselah...mood jiwang)
Datang 3 orang budak kecil yang merupakan anak jiran di sebelah kiri rumah aku, mereka mendekati aku, salah seorang antara mereka mendukung seekor anak kucing yang comel.
Aku pun bermain dengan anak kucing itu bersama-sama mereka.
Setelah hampir setengah jam aku bergurau senda bersama mereka dan anak kucing yang comel itu, aku pun masuk ke dalam rumah.
Lalu, emak aku pun menegur aku


Emak : Kau ke mana tadi?
Aku   : Kat depan tu je, main dengan budak-budak rumah sebelah ni. Kelakarlah diorang bertiga gaduh nak bela kucing sekor.
Emak : Tiga? Apa yang tiga?
Aku   : Diorang tiga beradiklah, mak.
Emak : Ooiiii....!!! Anak Cik Sal (bkn nama sebenar) ada 2 orang je. Mana datang lagi sorang??!!!
Aku   : *^&$%@+

Soalannya disini, manakah datangnya orang ketiga itu???
A) Anak jiran kepada jiran sebelah kiri punya sebelah kiri
B) Sepupu kepada anak jiran aku yang bernama Cik Sal itu (bermaksud anak kepada adik Cik Sal..hahaha..pening)
C) Anak kepada salah satu dari 40 buah jiran di sebelah kiri rumah aku.
D) Ketiga-tiga mereka sekaligus bukanlah anak kepada jiran aku sebelah kiri itu sebab sebenarnya aku tak kenal pon anak Cik Sal tu rupe diorang macammane....hahahahahaa...lu pikerlah sendiri.


  Kebenarannya adalah, sejak dari kecik hingga dah besar gabak ni..kadang-kadang aku tak tau apa fungsi jiran tetangga yang sebenar. Selama aku hidup di sebuah taman perumahan di daerah Johor Bahru, kalau aku kiralah, 40 jiran kiri kanan depan belakang tu... cuma ada 6 buah rumah sahaja yang didiami oleh orang-orang melayu. Selebihnya lagi, 154 buah rumah (anggaran kasar) adalah penduduk berbangsa Cina dan India.
  Kepada sesiapa yang bernasib seperti aku mungkin akan faham bahawasanya memiliki kejiranan begini sebenarnya tidak memberi erti kejiranan. Betul! Jarang sekali ada majlis yassin/tahlil di kawasan kami. Jarang sekali ada rewang kenduri kahwin segala (semua pun catering saja..biaselah orang taman).
  So, dari kecik hingga besar, aku kurang mengenali erti jiran. Bagi aku jiran adalah orang yang duduk di sebelah rumah kita. Itu saja! Rasanya tak perlulah kita tahu makanan kegemaran dan hobi di masa lapang mereka. Asalkan kita tak kacau halaman diorang, jaga kebersihan, tak parking depan gate rumah diorang, rasanya tu dah memadai untuk menjaga hati jiran kita.
  Silap tu sebenarnya. Jiran tu merupakan orang terpenting dalam kehidupan kita sebenarnya sebab apabila berlakunya kecemasan, jiranlah yang pertama yang akan membantu. Manalah tahu jiran sebelah rumah kita tu rupa-rupanya inspektor polis ke..tu untunglah kalau inspektor. Kalau jiran sebelah tu rupanya perampok, hari-hari kasut joging jenama Adidas yang kita jemur kat ampai akan hilang. Itulah akibatnya tidak mengenali jiran.
  Bila aku dah jadi bujang, berpindah ke kejiranan melayu, yang tersangat melayu. Bolehlah untuk aku katakan, tiada bangsa lain yang mendiami kawasan perumahan aku, tiba-tiba aku menjadi kekok. Seperti masuk ke kandang harimau lalu aku mengembek di kandang itu. Mereka sangat prihatin..ermmm..kadang-kadang rasa macam diperhatikan pun ada.


  Rutin aku ~ Pergi kerja, balik kerja, keluar rumah terus masuk kereta, keluar kereta terus masuk rumah.

  Tak perlulah rasanya nak menyapa jiran, memberi lauk pauk kepada mereka, menolong mereka menebas rumput di laman mereka, menegur jiran yang sedang membasuh kereta "Basuh kereta ke Kak Minah?".....#&^$%&*
 
  Ada banyak kelebihan menjadi jiran yang baik, di samping menjadi Sunnah dan ikutan kita sepatutnya, janganlah mencontohi aku ni. Aku masih dalam proses penyesuaian diri untuk mendekati jiran-jiran aku sekarang. Walaupun jiran depan rumah aku ni, rumahnya terbakar dan anggota bomba dah datang pun, aku hanya menjenguk di tingkap dan sambung tidur semula. Sebab aku rasa tu kerja bomba kot! Tak baik kan aku nie...???

  Tapi, kekurangan yang paling jelasss sekali aku nampak antara kejiranan yang rapat ni, apabila di waktu petang-petang hari, makcik-makcik 40 buah rumah ni berkumpul di beranda rumah jiran tertentu, bercerita pasal anak Gayah hujung kampung bawak balik jantan kat rumah sewa kat KL, anak Haji Seman tak habis sekolah sibuk bercinta, anak Pak Man Deris hisap dadah kat kelapa sawit, dan bermacam-macam anak orang dia nak canang.
  Tak baik hebohkan keaiban orang, walau hal itu benar sekalipun. Tak baik juga menyangka buruk kat orang lain, kalau hal itu tak betul, daaahhhhh jadi fitnah..nauzubillah!!! 

So, jiran-jiran korang macammana? Ada tak yang jenis macam aku ni?




note : sejak hari itu, aku cuba mencari ketiga-tiga kanak-kanak yang bermain kucing dengan  aku.....

3 ulasan:

  1. setuju sangat .......
    kebanyakan jiran-jiran pompuan bila berkumpul kt tangga atau kt bwah pokok at kat mana -mana mesti ada yang menyebut keaiban jiran atau saudara mereka yang lain. Upset sangat ! ni buat aku rasa malas nak bergaul rapat ngan jiran.padahal sesama Islam.

    BalasPadam
  2. Tapi Jika depa sebut keaiban orang lain pun tp jika depa back up balik atau think positif kat orang yang depa buka aib tu, ok lah juga . Contohnya : dia jd lagu tu ( makan dadah ke ) mungkin sebab dia tersalah pilih kawan , kesiann....ye . Kan bagus sikit jika mccm tu wahai makcik- makcik n cik kak - cik kak sekalian !

    BalasPadam
  3. jiran aku sebelah umah (aku duduk umah mini semi-D) kerek nk mampuih! Dr dia pindah umah hingga bawa mak bapa dia dok umah dia...langsung menyombong! Menyampah pun ada aku tgk dia ni. Bini dia doktor, dia ntah apa kerja yg aku tau gomen lah...lu dah jd KSU or KSN takpa juga...pakai pun MyVi n paling hot pun Vios...dah bangga...satu hari bapa dia ketuk sana sini, husband aku tegur. Apa tidak Ahad, tghri anak kecik 4bln nk tido, aku pun layan movie, adik berFB dia ketuk2 mmg sangatlah mengganggu. Bapa dia apalg dgn bahasa negerinya menyumpah seranah kami, ajak jumpa kt luar. Aku n husbnad apalagi....tak takut pun nak jumpa.Dia kuang ajar sgt, hisap rokok puntung rokok baling kt muka husband aku...uisshhhh...dia dah tk ingat dia siapa...Natijahnya? Aku nk pindah umah je. Tk best ada jiran mcm ni...Sgt2 mengganggu kehidupanku.

    BalasPadam