Masa : 2.15 pagi
Tarikh : Januari, 2009
"Rin, teman aku pergi tandas." Aku toleh pada pemilik suara itu, sepupu aku, Shila (bukan nama sebenar). Aku toleh semula pada jam di tangan.
"Kau pergilah sendiri." Aku jawab.
"Takut." Dia pun jawab.
"Kan ada makcik guard jaga depan tandas tu."
"Alaaa...temankanlaahhh.."
Dengan penuh berat hati dan berat
Malam ini merupakan malam keempat nenek ditahan di hospital. Doktor kata sakitnya tenat. Maka, waris boleh berada di dalam kawasan hospital walaupun bukan pada waktu melawat. Cuma, hanya 2 orang waris sahaja dibenarkan masuk ke dalam wad, yang lain boleh menunggu di luar wad pesakit perempuan itu.
Malam ini, emak dan makcik aku dah pun berada di sisi nenek aku di dalam wad pesakit. Maka, aku dan si Shila ni bersantai-santai lah di luar wad.
Aku berhenti dari meneruskan langkah di kawasan koridor bersama-sama si Shila.
"Kenapa?" Shila tanya, langkahnya turut terhenti.
"Aku...aku..." Aku jawab gagap-gagap.
"Kenapa dengan kau ni?" Shila cemas.
Melihat reaksi wajah Shila yang memang dasar penakut tu, tak jadi aku nak menyambung lakonan aku menakut-nakutkan dia sebab dia dah memang penakut. Aku tergelak besar, akhirnya.
"Kau ni memang tak gunakan." Aku tahu Shila dah masak sangat dengan perangai aku.
"Aku tunggu kat sini jelah." Aku terus mengambil satu tempat duduk di koridor itu, bersebelahan dengan tangga. "Aku nampak kau dari sini." Aku tunjuk kat bawah. Aku boleh nampak makguard tu kat tandas bawah tu.
Untuk pengetahuan you all...Hospital Batu Pahat yang aku pergi ni cuma ada 2 tingkat je. Dan, di laluan koridornya korang boleh tengok ke bawah sebab dia bukan bangunan yang tertutup keseluruhannya melainkan wad pesakit. Korang imaginelah sendiri.
"Temanlah sampai bawah." Shila merayu.
"Kau nii...dari sini boleh nampaklah. Lagipun makguard tu ada je kat depan tandas tu. Nak takut apa!!!" Kadang perangai penakut yg berlebih-lebihan seperti Shila ni boleh mengundang orang lain sakit jiwa.
Shila akur. Dia pun turun ke bawah melalui tangga itu.