Di suatu petang, di hari yang indah, di sebuah kedai mamak...
Si A : Lama kita tak jumpa. Sibuk betul aku tengok kau kebelakangan ni.
Si B : Sibuk sikit lah, kawan.
Si A : Aku dengar kau pergi perhimpunan BERSIH 3.0 kat Dataran Merdeka hari tu?
Si B : A'ah. Kau tak pergi?
Si A : Aku tak boleh pergi. Lagipun, aku ada urusan kat Penang hari tu.
Si B : Kau jgn bagi alasan lah. BERSIH kali ni dibuat di seluruh dunia, tahu?
Si A : (Senyum) Lagipun, aku tak suka tempat sesak-sesak ni, nanti aku cepat pening.
Si B : Rugi kau tak pergi. Kita kena berjuang menuntut hak kita.
Si A : Mesti seronok kau dapat pergi sana..??
Si B : Seronok sungguh.
Si A : So, nanti PRU 13 yg akan datang ni, kau mengundi DUN mana?
Si B : Errrr....(kerut dahi)..mestilah aku sokong ##### (dirahsiakan)
Si A : Maksud aku, daerah mana? Parlimen mana?
Si B : Sebenarnya aku belum daftar mengundi lagi.
Si A : Pergilah daftar cepat. Aku dengar tarikh pilihanraya dah nak dekat ni.
Si B : Aku sebenarnya...tak tahu macammana nak daftar. Lagipun, aku malaslah nak mengundi beratur panjang-panjang. Dulu kecik-kecik aku teman emak aku pergi mengundi, berpeluh-peluh aku tunggu sampai petang.
Si A : Laaa....habis tu kau pergi perhimpunan BERSIH tu untuk perjuangkan hak siapa? Hak emak kau?
Si B : Hak? Hak apa?
Si A : Laaa...dah tadi kau kata hak kita? 8 tuntutan yang kau perjuangkan kat Dataran Merdeka tu...
Si B : 8 tuntutan apa?
Si A : Tuntutan BERSIH laaahhh...
Si B : Mana ada tuntutan. BERSIH kali ni, DUDUK BANTAH!
Si A : Apa sehh yang kau perjuangkan ni???
Si B : DUDUK BANTAH!
Si A lekas membayar harga makanan dan minuman lalu segera beredar meninggalkan si B terpinga-pinga. Tapi, si A memaafkan kekhilafan si B kerana dia tahu subjek Sejarah si B tak kredit masa SPM dulu. Dan, perkara ini membuat si A tertanya-tanya dalam hati, berapa ramai lagi yang berada di Dataran Merdeka tempoh hari yang tidak tahu apa erti perjuangan mereka di situ.
note : kenapa aku sebut subjek sejarah? pegi bukak balik buku teks sejarah tingkatan 5 (kalau syllabus tak bertukar lagi lah)