Cerpen


07 Jun, 2012

Tips DO & DON'T temuduga kerajan

Tips-tips DO and DON'T semasa interview kerajaan (dan bukan kerajaan pun boleh)...


1 ) Apabila nama anda dipanggil untuk masuk ke dalam bilik temuduga setelah sekian lama menunggu.
   
   DO - Tarik nafas dalam-dalam, ketuk pintu dan berikan salam yg berhemah "Assalamualaikum dan Selamat sejahtera (kot2 ada bukan Islam)". Masuk ke dalam bilik sambil memberikan senyuman penuh ceria kepada semua penemuduga itu.

     DON'T - Dgn gaya gelabah, tidak sempat memberi salam, terus masuk melulu atau memberi salam seperti memberi salam kepada jiran sebelah. Dan lagi, tunduk kerana takut berhadapan dgn penemuduga. Markah keyakinan anda 0% pada pandangan pertama pihak penemuduga.


2)  Duduk di kerusi
 
    DO - Duduk tegak. Duduk mcm orang bersanding pun lagi bagus. Senyum.

    DON'T - Duduk bersandar. Kaki bersilang. Anda bukan melepak kat kedai mamak ketika itu.


3) Nervous? Nervous adalah satu 'wabak' yg mampu menghilangkan semua cita-cita dan harapan dalam sekelip mata. Apa yg dijawab akan menjadi tidak sama dgn apa yang disoal akibat terlalu nervous.
 
     DO - Fokus pada soalan penemuduga. Sila fokus. Genggam kedua-dua belah tangan secara perlahan bagi menghilangkan perasaan nervous itu.

    DON'T - Jangan hilang fokus. Buruk padahnya.
                   "Kenapa awak sangat berminat dgn kerjaya ini?"
                   "Saya...saya...memang minat dgn kerja ni."
                   "Kenapa awak minat?"
                   "Sebab saya memang minat lah dgn kerjaya ini."
                   0% markah diberikan!!!


4) Perkenalkan diri. Ini mungkin soalan pertama yg diajukan. Dan mungkin ia akan menjadi sukar apabila diminta perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris. Sebenarnya, ia adalah untuk menguji keupayaan kita berbahasa Inggeris.

     DO - Perkenalkan nama, pendidikan yg diperolehi dari darjah 1 sehingga sekarang, pengalaman kerja (jika ada), sedikit latar belakang keluarga. Oh ya, perkenalkan diri dengan lancar dan jelas. Tahap keyakinan anda dinilai disitu.

     DON'T - Menceritakan makanan kegemaran, hobi di masa lapang, haiwan peliharaan, kisah putus cinta 2 tahun lepas, hal-hal peribadi yg tidak relevan langsung. Percayalah, ia tidak menampakkan anda seorang yg peramah, ia menampakkan anda TIDAK PROFESSIONAL.


5 )  Apa yg anda tahu mengenai tugas dan peranan jawatan yg dipohon?

     DO - Buat ulangkaji, ambil tips-tips temuduga dari orang lain, bersedia dan tahu akan tugas dari jawatan yg dipohon.

     DON'T - Bersikap sambil lewa, dan kemudian menjawab soalan subjektif ini seperti menjawab soalan objektif. PLEASEEEE...BE PREPARED! Di sini, ia akan menilai sejauh mana anda bersedia menerima sesuatu beban tugas.


6) Anda akan diberi soalan situasi dalam sebuah masalah kerja, bagaimana anda akan menyelesaikannya. Contoh soalan, "Sekiranya tugas anda banyak menimbun dan perlu disiapkan segera, tetapi ada rakan sejawat lain yg bekerja bersama anda tidak hadir, dan kerjanya juga perlu disiapkan dgn kadar segera. Mahukah anda membantu menyiapkan kerjanya?" 

     DO - Fikir dulu sebelum jawab. Jawapan anda boleh memakan diri anda sendiri. Dan, jawablah dengan ikhlas dan berhemah.

     DON'T - Jawab dengan kepura-puraan. Tahukah anda, panel penemuduga itu kemungkinan besar bakal menjadi orang atasan anda, mereka makan garam lebih dulu dari anda. Jadi, tidak perlu jawapan yg palsu untuk menaikkan diri anda sendiri.


7) Latarbelakang tempat anda bakal bekerja.

     DO - Hafal la setiap visi, misi, objektif, tahun bila ia ditubuhkan? Siapa ketua tertinggi organisasi?

     DON'T - Pergi interview dengan tiada pengetahuan langsung mengenai organisasi. Ini menunjukkan anda tidak berminat untuk bekerja di situ.


8) Pengalaman kerja terdahulu.

    DO - Menceritakan kesungguhan anda dalam menjalankan pekerjaan anda, sumbangan yg telah anda berikan terhadapa organisasi yg lepas.

    DON'T - Menceritakan keburukan boss anda. Ingat! Ni bukan kedai mamak!


9) Apa yang kamu lihat pada diri kamu 10 tahun akan datang?

    DO - "Saya nak jadi macam ........................(sebutkan nama ketua tertinggi dalam organisasi anda)", ucaplah dengan seikhlas hati. Tanamkan azam itu.

    DON'T - "Saya nak ada anak 4 orang, lepas tu saya nak buat kolam dekat belakang rumah, kat depan rumah pulak nak letak pasu bunga banyak-banyak."


10) Isu semasa

     DO - Sebelum sampai kat tempat temuduga, singgah la beli surat khabar. Ambil tahu berita hari ni. Ia akan menunjukkan diri anda seorang yg peka kepada hal-hal berkaitan ekonomi, politik, sukan, budaya, dan lain-lain. Mereka tentu akan memilih pekerja yang berpengetahuan luas.

     DON'T - Elakkan dari menceritakan isu-isu politik sahaja dan gaya anda seperti berpihak kepada mana-mana parti politik.


11) Kata-kata rumusan dan penggulungan (penggulungan pon boleeee)

     DO - "Kalau saya dapat menjawat jawatan ini, saya akan laksanakan tugas dgn baik, saya tidak akan menghampakan harapan mereka yg telah memilih saya. Kerana tidak kira di mana saja saya bekerja, di situlah punca rezki saya, yg saya berikan pada kedua ibu-bapa saya. Pekerjaan saya juga ibadah saya." Sila ambil ayat ni, bawak pergi temuduga, mcm ucapan menang anugerah bintang fofuler.

    DON'T - "Kalau dapat..dapatlah. Kalau tak dapat...takpe." Sila ambil surat keputusan temuduga selepas saja dari temuduga ini. CONFIRM GAGAL!!! HAHAHAHAHAA




note : jgn makan gula-gula, cekelat dan cewing gum semasa interview. ia tidak akan menampakkan anda cool langsung...