Cerpen


27 Jun, 2011

Apa yang kekal?

  Ada perkara yg kita harapkan untuk kekal selama-lamanya.  Dan selalunya kita percaya ia akan kekal kerana telah lama kita membina impian itu, tapi kuasa Tuhan juga telah menetapkan tiada apa yg abadi di dunia ini. Diri kita sendiri pun tidak akan selama-lamanya di sini, di dunia yg fana ini. Ia telah ditetapkan untuk berlaku seperti apa saja kehendakNya. Kita harus merelakannya. Mahu atau tidak? Redha atau tidak? Itu bukan persoalan lagi.
  Korang lihat pada diri sendiri. Apa yg masih kekal ada pada diri korang sendiri setelah sekian lama. Tengok jam tangan korang pakai sekarang. Rasanya jam tangan yg korang pakai sekarang tu jam tangan ke berapa dalam hidup? Korang pasti ke jam tangan tu korang akan pakai sampai akhir hayat? Kita mungkin boleh jaga dan pakai selagi termampu tapi siapa tahu takdir yg mendatang esok, lusa, tulat, minggu depan?
  Jadi, apabila kita kehilangan sesuatu dalam kehidupan. Mungkin harta benda, orang kesayangan, perhubungan yg dibina bertahun-tahun, kerja yg paling disukai, atau apa saja yg kita fikir adalah milik kita, ia akan hilang/musnah/pergi meninggalkan kita suatu hari nanti. Terima atau tidak kenyataan itu, bukan masalah bagi sesiapa melainkan diri kita sendiri.
  Pernah tak tengok orang mengeluh apabila kehilangan sesuatu. Tengok mcm penat je dia mengeluh. Tapi, penat lagi orang yang menanggung sebuah kehilangan itu. Mungkin korang jugak pernah rasa kehilangan sesuatu dalam hidup yg korang tahu ia tidak akan kembali seperti sedia kala. Seperti pokok yg patah, tak mungkin bahagian yg patah itu boleh disambung semula dan hidup seperti sediakala, tapi bahagian yg patah boleh tumbuh yg baru. Sedangkan yg patah boleh tumbuh, yg hilang pun akan berganti. 

18 Jun, 2011

Bila Allah Menduga Kita part 2

Assalamualaikum wbt,

  Buat pembaca budiman yg dikasihi Allah swt. Hari ni nak buat kisah sambungan dari kisah 'Aliza' yg dinanti2kan oleh pembaca sekalian..hahaha..confident je aku kata ada orang menantikan sambungannya. Kalau ada yg tak berapa nak ingat atau tak berapa nak tahu cerita ni. Korang klik kat Bila Allah menduga kita, so kira ni part 2 lah untuk tatapan pembaca2 sekalian.

03 Jun, 2011

It's All About Library

  Assalamualaikum wbt,
  Bertemu lagi kita di petang yg mulia ini..hehehee..petang Jumaat yg indah bersamaan 1 REJAB 1432 Hijrah. Maknanya dah nak dekat bulan puasa lah yer. Kalau ada ladies- ladies yg belum ganti puasa tu jgn buat2 gelabah sgt. Dari awal tahun dulu, sibuk sgt sampai asyik postpone nk ganti puasa. Skrg ni, baru la sibuk kira2 hari nk ganti. Bukan saja ladies, yg gentleman pun kalau ada terbatal puasa...oppsss...manalah tau sakit/demam masa puasa tahun lepas. Aku tahu korang bkn sengaja ponteng pun kaannnn..
  Hari ni bukan la nak cerita pasal puasa pun sebenarnya. Tu selingan je. Hari ni nak cerita psl pekerjaan yg aku kerja skrg ni. Kalau korang ni peminat setia blog ni mesti dpt baca post2 sebelum ni ada ckp psl aku ni bekerja di PERPUSTAKAAN. Perpustakaan mana tu tak perlulah nak bagitau sebab mana-mana perpustakaan tu lebih kurang  sama sahaja fungsi dan peranannya. Post ni pun bukan nak cerita pasal jenis-jenis dan fungsi perpustakaan, tetapi nak ceritakan perbezaan aku sebagai pengguna perpustakaan dan petugas di perpustakaan sendiri. Haaa...apa maksudnya pengguna perpustakaan?
  Pengguna atau pelanggan perpustakaan adalah mereka-mereka yg menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara am atau khususnya. Aku jugak pernah menjadi pengguna/pelanggan perpustakaan secara rasmi dan kadang-kadang tak rasmi sangat. Bermula di zaman sekolah, zaman belajar tinggi tak tinggi sangat, sehinggalah meningkat dewasa pun, aku masih jadi pelanggan perpustakaan.
  Petugas perpustakaan pula adalah mereka yg ditugaskan utk menjaga semua perihal perpustakaan dari A-Z. Rasanya benda ni tak perlulah aku terangkan sebab ia melibatkan skop tugas aku yg mungkin sangat kerahsiaan untuk tatapan umum.
  Hari ni aku nak ungkap kisah DULU-DULU aku sebagai pelanggan perpustakaan & kisah SEKARANG aku sbg petugas perpustakaan. Check it out!