Cerpen


27 April, 2011

Manusia dan Kuasa

Yang kaya terus kaya
Yang lemah terus ditindas
Di mana asasnya kemanusiaan kita?
Bagai lembu dicucuk hidungnya
Manusia yg lebih buruk dari lalang
Senget-senget lalang ditiup angin, senget lagi manusia ditiup noda

Nilai manusia kini hanya pada duit, harta, kuasa
Materialnya hanya perkara-perkara dunia
Bkn mengejar saksamanya dunia
Tidak lagi menegak keadilan sejagat

Dunia kini
Manusia kaya terus dijaga dihormati
Manusia lemah terus dibuang diabai
Apakah peranan kamu semua sudah berakhir?
Atau memang tiada peranan dari azalinya?
Atau peranan itu dikaburkan dari penglihatan zaman-berzaman?

Aku sebenarnya yg masih kabur
Tentang peranan, tanggungjawab, nilai, etika, konsep dan segala bentuk fahaman yg terwujud kini
Hanya janji semata
Tidak lebih dari kata-kata
Kerana kekaburan aku ini adalah kekaburan yg nyata
Janji itu tetap palsu!

Manusia yg bermimpi di balik awan biru
Hanyut dan terus hilang spt pelangi!

Manusia yg berjanji dgn kota-kota janji
Maka, kotakanlah!

Manusia yg berdiam bisu kaku buntu
Kau manusia yg akan terus begitu!

Manusia yg mewah dlm kegemilangan
Mewahlah kamu sebelum tiba ajalmu!

Manusia yg hingar bingar
Pulanglah ke jalan lurus!

Manusia seperti aku
Tulisan ini dan doa itu senjata kita!
Amin!






note : puisi ini ditujukan kpd pemimpin-pemimpin yg memimpin

25 April, 2011

TIPS KESELAMATAN UNTUK ORANG PEREMPUAN

KETIKA MENAIKI KENDERAAN TERUTAMANYA KERETA

  • Perkara plg penting sekali, apabila masuk saja dlm kereta. Terus kunci pintu kereta. Then, baru lah start enjin kereta. Kunci semua pintu dpn, belakang, tepi, bonet pun kunci la sekali. Tak payahla masuk kereta..sibuk tengok muka kat cermin dulu. Nak adjust lisptik tersenget kena pipi ke apa ke. Sebab perkara ini akan mengundang bahaya kepada korang jika terleka. Yang paling penting, jgn lupa baca doa naik kenderaan.
  • Sekiranya ada kertas atau apa-apa saja iklan di cermin belakang, atau cermin depan. Abaikan iklan atau kertas itu. Korang boleh membuang kertas tersebut kemudian. Kerana dikhuatiri kertas itu adalah taktik penjenayah utk melakukan serangan terhadap korang sekiranya korang keluar semula dari kenderaan utk membuang kertas/iklan tersebut. Bahaya tau ni! Kes ini pernah terjadi di Malaysia. 
  • Jika kereta korang tiba-tiba saja rosak di tengah2 malam sunyi. First, parking kenderaan ke tepi bahu jalan. Dan, jangan sesekali keluar dari kenderaan kerana tindakan ini akan mengundang minat si penjenayah utk mendekati korang dgn lebih dekat lagi. Susah nak percaya org zaman sekarang. Dan segera hubungi kawan-kawan yg boleh diharapkan/berhampiran dgn kwsn tersebut utk mengambil korang secepat mungkin. Bila mereka dah sampai, barulah keluar dari kenderaan. Dan, pastikan semua kenderaan dikunci. Biar sahajalah kereta tu kat situ untuk 1 malam. Esok siang2 pun boleh hanto repair. Tak pyh syg sgt nak repair time tu jugak. Bahaya beb! Serius sgt bahaya walaupun kawan yg dtg ambil korang tu merupakan lelaki yg gagah. 
  • Kalau lah terjadi yg korang ni lupa jugak nak kunci kereta sewaktu memandu, dan nak dijadikan cerita korang diugut utk diberikan wang atau apa saja. Wahai kaum Hawa semua, jangan panik. TOLONG JANGAN PANIK. Bila nampak saja penjenayah itu membuka pintu kereta terutamana ketika sedang berhenti kat traffic light, dan ada dpt menghidu bahaya yg mungkin tiba. Apa nak buat? Nak kunci pintu pun tak sempat. Ok. Tekan hon kereta dan jangan lepaskan. Sebab bunyi hon yg panjang itu akan mengundang perhatian/publisiti murahan org sekeliling. Semua org akan memandang ke arah kenderaan korang.  Nak lagi best, buatlah gaya-gaya spt kerani bank ketika banknya dirompak. Percayalah! Tindakan korang ini akan membuatkan penjenayah tadi panik dan akan segera berlari meninggalkan kenderaan korang. Cubalah test. Kalau2 kawan korang naik kereta dgn korang, korang tekan hon lama2 masa berhenti kat traffic light, confirm dia akan turun dari kereta dan segera menaiki RapidKL

22 April, 2011

Masa Kecil Yang Hilang

Ku namakan coretan ini dgn nama 'MASA KECIL AKU YG HILANG'

Masa kecil ku yg hilang. Entah apa yg aku ingat tentang zaman itu. Pantai laut. Ketawa mereka. Senyum emak. Gelak abah.

Tiba-tiba ia mcm hilang. Aku yg hilangkan atau tercicir di celah-celah perjalanan dewasaku. Atau hilang dicuri Encik Masa yg tak pernah tggu aku.

Berhenti sekejap berfikir. Kemudian, menaip semula. Mana masa kecil aku? Aku kah yg buang di tong kitar semula? Tolonglah kitarkan semula masa kecil aku, wahai Encik Tong Kitar Semula.

Tak mungkin aku buang. Mungkin aku TERRRRBUANG kot. Tapi....

Masa kecil itu indah sekali. 100 kali ganda lebih indah dr masa ini. Tergamak aku menghilangkannya. Sepatutnya aku jaga 'masa' tu. Abis mcm mane ni??? Mana nak cari???

Mungkin 'masa' tu mmg dah takde lagi. Dah expired kot. Entah.

15 April, 2011

Kisah si nenek tua

  Assalamualaikum wbt..

  Sempena aku menulis entry ini di hari Jumaat yg berbahagia ketika sedang mencari-cari ilham di mana-mana, akhirnya aku rasa nak bagi tazkirah kat semua pembaca yg dikasihi. Walaupun aku jrg sekali mendengo tazkirah tp aku nk bagi jugak tazkirah kat orang..hahaha...
  Topik tazkirah pada petang di hari penghulu segala hari, adalah IBADAH. Alhamdulillah. Dipanjangkan umur lagi kita bersua dlm topik hari ini, diberikan nikmat melihat dan membaca blog aku. Terima kasih buat pembaca setia ku yg sedang tersenyum ke arah komputer di pejabat cik. Lemparkan lah senyuman yang manis korang kpd orang yg korang tak suka, kelak korang dpt memaafkan perbuatan beliau secara luhurnya...hehe..
  IBADAH. Ibadah itu konsepnya sgt luas sebenarnya. Aku yg jahil lagi hina ni pun lebih memfokuskan ibadah itu hanya utk solat, mengaji Al-Quran, berzanji, bersedekah dan pelbagai lagi yg menjurus ke arah keagamaan. Dulu, aku tak tahu yang pergi sekolah, pergi kerja, tolong ibu kat dapur, sapu sampah, bertegur sapa sesama jiran, itu semua merupakan ibadah. Amalan baik yang ikhlas bertujuan utk mendapat redhaNya bkn hendak menunjuk-nunjuk/riak atau melakukan perkara baik dgn niat yg tidak baik.
  Kita harus melakukan ibadah itu dengan sesungguhnya kerana Allah swt. Contohnya, bekerja. Bekerja lah kerana Allah. Jgn curi tulang. Jangan selalu menghilang dari pejabat. Kalau ada terasa buat mcm tu, kadang-kadang tak boleh nak elak jugak kan dari melakukan perkara begitu, tapi sebolehnya elakkan lah. Sebab beberapa sen yang kita dapat tu diikut dari segi kerja yang kita lakukan sebenarnya. Maka, rajin-rajinkan lah diri membersihkan harta. Bagaimana cara untuk membersihkan harta? Aku pernah dengar ceramah satu ustaz ni tentang cara-cara utk membersihkan harta adalah dgn berzakat dan bersedekah. Kerana ada beberapa peratus sumber rezeki yang kita miliki sebenarnya bkn utk kita. Aku pun tak berapa pasti nak ceritakan bagaimana cara ustaz itu menyampaikan ceramahnya. Sbb tu aku tak pandai bagi tazkirah. Tapi, aku harap korang phm apa yang cuba aku sampaikan ni. Maksudnya, rezeki yang kita perolehi tu kadang-kadang ada hasilnya bkn dari titik peluh kita sepenuhnya. Tapi, dah gaji tetap kita begitu. Takkan kita nak suruh potong pulak. Maka, kita ambil beberapa byk bahagian utk disedekahkan. Dan, igtlah yang kita bersedekah semata-mata kerana Allah swt. Tapi, jgn pulak datang kerjanya curi tulang memanjang. Tolonglah jgn salah anggap kata-kata aku ni. Mati aku nak jawap nanti. Nauzubillah...

12 April, 2011

Pangkin Kecilku..

  Assalamualaikum wbt,


  Pastinya semua di antara kita memiliki impian di hari tua. Ada yg berimpikan utk memiliki sejumlah harta yg byk, tidak kurang juga yg ingin menjadi masyhur dan terkenal. Hari ini aku ingin berkongsi impian aku di hari tua. Walaupun mungkin ada yg tak sudi nak baca entry ni tapi aku peduli apa dgn orang yg taknak baca. Sebab yg nak menulisnya aku..hehehe..



  Impian aku di hari tua kelak terdapat dlm satu gambaran petang yg indah..

07 April, 2011

P.U.T.U.S.A.S.A.

Assalamualaikum wbt,


  Khas buat pembaca yg budiman walaupun tak ramai yg mengikuti blog ni tp cukuplah sekadar pembaca yg setia. Sekalung ucapan terima kasih kerana masih sudi meluangkan 2 minit dari 24jam masa yg ada dlm sehari utk  membaca entry2 aku. Walaupun tak terjangkaulah dek akal fikiran nak dptkan follower sehingga mencecah 4 angka, tapi cukuplah sekadar yg ada ini sahaja. Terima kasih daun keladi.
  Hari ni rasa nak bercerita mengenai erti putus asa. Putus asa bak kata omputeh adalah give up. Satu perasaan di mana kita telah berhenti berharap/berusaha melakukan sesuatu. Semua orang pernah putus asa. Tipulah kalau ada orang yg tak pernah putus asa. Bak kata orang, "putus asa tu takde dlm kamus hidup aku". Tipulah weyhhh. Hanya Rasulullah saw saja satu2nya insan yg tidak pernah putus asa dlm memperjuangkan agama Allah.
  Kenapa aku cerita pasal putus asa ni? Adakah aku baru saja putus asa? Jawapannya TIDAK! Aku rasa dlm byk2 orang kt Malaysia ni ramai sebenarnya yg putus asa dan kemudian bangkit semula dgn segera mengejar impian mereka. Adakah korang berada dlm kategori itu? Tepuk dahi, tanyalah diri sendiri. Kalau ada, SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Jika korang adalah orang yg putus asa, kemudian, membiarkan saja rasa putus asa itu sehingga bertahun2 lamanya, maka, tepuklah dahi sendiri kuat2, sambil berkata "Orang gila pun tak pernah putus asa memancing ikan dalam baldi."

05 April, 2011

Cikgu, bacalah tulisan ku ini.

  Assalamualaikum,
  Petang yg bahagia ni,  aku rasa terpanggil nak bercerita psl kisah adik yg bernama Saiful Syazani. Mungkin ramai lagi blogger lain dah cerita kisah ni, tp aku pun sebok jugak nak cerita. Pertama sekali, Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg diredhaiNya selalu di sana. Amin...

  Sekali lagi berita buruk sebegini telah menggemparkan rakyat Malaysia, dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru dan seluruh golongan pendidik. Terutama sekali kisah sebegini melibatkan kematian seorang kanak-kanak. Bila terdengar berita kematian adik Saiful Syazani ni pada malam Ahad di Buletin Utama, rasa sebak juga di hati mengenangkan ujian Allah buat keluarga si mati. Semoga keluarga arwah redha menerima takdirNya. Tidak dapat terbayangkn di minda bagaimana jika perkara sebegini terjadi pada keluarga sendiri. Maka, berdoa dan memohonlah kpd satu-satunya yg kita sembah.

  Sekarang ni, suspek telah pun ditahan. Dan, kita serahkan saja kepada undang-undang. Itulah selayaknya. Kita tiada hak utk menghukum apatah lagi utk memutuskan siapa benar dan salah di dunia ini. Itu semua bkn kerja kita. Cuma, jika ada guru-guru yg terbaca entry ni, atau bakal-bakal guru, atau tak kisah lah bakal pensyarah asalkan anda adalah di kalangan pendidik, aku ingin bertanya sesuatu? Atas alasan apa korang ingin menjadi guru? Kerja? Dah takde kerja lain (penat kerja swasta)? Atau korang rasa inilah tanggungjawab yg ada dlm diri utk mendidik anak bangsa? Amanah yg Allah bagi atas kelebihan atau kepandaian diri?

  Renung2kan kembali kata2 itu. Kerana pekerjaan seorang guru, sampai dah tua pun orang masih memanggil korang dgn nama 'cikgu'. Dah pencen pun korang akan dipanggil  'cikgu'. Rasa tak satu perasaan tu apabila melihat murid-murid korang berjaya, bkn saja melihat kejayaan mereka, kadang-kadang bila tgk mereka bersungguh-sungguh belajar pun, mungkin terdetik di hati korang "Inilah amanah aku." Kerana apa yang korang ajarkan pada usia kanak-kanak/remaja, itulah yg mereka akan bawa sampai tua. Ilmu.

03 April, 2011

If Tomorrow Never Comes

"If Tomorrow Never Comes"

Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes 





  Assalamualaikum wbt,


  Korang semua pernah dgr lagu tu tak? Penyanyinya Ronan Keating. Lagu ni tak silap zaman aku muda2 dulu *skrg tak berapa nak muda tp tak tua lagi erk*...


  Di dalam entry kali ni aku nak buat cerpen tapi tak berapa nak cerpen sgt...